Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim
berkata tidak ada himpunan ‘black 505’ lagi buat sementara waktu ini. Apa
yang menyebabkan beliau berkata demikian tidak pula dapat difahami kerana
beliau masih lagi belum berjaya meminta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
SPR berundur serta meletakkan jawatan
mereka.
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
SPR diminta berundur dan meletakkan jawatan diatas tuduhan pihak pembangkang
yang diketuai oleh Anwar, penipuan besar-besaran telah berlaku semasa PRU 13 yang
lepas. Ketua Pembangkang ini berkata selepas perasmian konvensyen Pakatan Rakyat
semalam.
Semasa himpunan 505 sehari
sebelum itu, Anwar berkata yang beliau sependapat dengan pandangan Husam Musa,
Naib Presiden PAS yang ada dikalangan Pakatan Rakyat yang sedang menghadapi
sindrom kepenatan. Mereka ini, kata Husam itu adalah, UMNO dalam Pakatan
Rakyat.
Anwar meminta semua pihak supaya
tidak dihinggapi penyakit sindrom kepenatan ini kerana perjuangan untuk
meminta SPR meletakkan jawatan belum tercapai lagi. Tetapi kita mesti juga
menerima hakikat bahawa rakyat yang ramai ini juga memerlukan masa untuk
merehatkan pemikiran mereka. Rakyat ini manusia dan memerlukan rehat dari
memikirkan tentang himpunan dan demonstrasi-demonstrasi ini.
Pemimpin-pemimpin yang
menganjurkan himpunan ini boleh berehat dengan kemudahan kehidupan mereka
bercuti dimana-mana contohnya, tetapi bagi mereka yang diheret untuk berhimpum
ramai-ramai tidak mempunyai kemudahan seperti yang ada kepada pimpinan seperti
Anwar dan lain-lain itu.
Dalam himpunan 505 di Padang
Merbok sabtu lalu, kehadiran sudah banyak berkurangan. Hanya 10 peratus dari
jumlah sasaran 300,000 orang itu yang hadir dan setengahnya sudah meninggalkan
Padang Merbok pada jam 6 petang lagi. Pihak penganjur telah memberikan alasan
jerebu sebagai penyebab utama kenapa kekurangan peserta himpunan itu, tetapi
mereka tidak menghadirkan diri kerana banyak sebab-sebab yang lain.
Satu perkara yang kita harus
sedar, keupayaan seseorang menerima dan mendengar lagu yang sama berlarutan itu
ada hadnya. Mendengar ceramah dan lawak jenaka yang sama oleh mereka yang sama
itu sangat membosankan kebanyakkan orang yang pernah menyertai himpunan itu.
Mereka tahu apa yang akan mereka dengari sebelum mereka tiba ke tempat himpunan
itu kerana semua isi kandungan ucapan yang akan mereka dengar semuanya
‘predictable’.
Lama kelamaannya ramai-ramai yang
hadir itu terlalu kenyang dengan ucapan yang sama, kandungan ucapan yang tidak
berubah selain dari lawak jenaka dan pertunjukan pentas oleh penceramah-penceramah
yang sama. Lauk pauk yang kita suka sendiri pun akan terasa menjemukan jika
dihidangkan setiap masa dihadapan kita. Ramai yang bertanya apabila kembali
kerumah, “apa yang aku baru dapat pada hari ini?” Apa yang mereka dapati
hanyalah keletihan dan salahkan mereka merasakan kepenatan itu?
Mereka kembali bertanya, “Ini
saja kah kegiatan sebuah atau sekumpulan parti yang dikatakan parti-parti
perjuangan?” Sampai bila hendak berhimpun dan berdemonstrasi itu? Pilihanraya
akan diadakan lima tahun lagi dan setakat ini
mereka telah berkempen dan berhimpun sudah menjangkau lima
tahun lamanya untuk persediaan PRU ke13 yang lalu.
Bagi orang seperti saya yang
tidak pandai dan berpengaruh ini, berpendapat masing-masing parti perlu mengkaji
kelemahan masing-masing kenapa Pakatan Rakyat kalah walaupun ‘mood’ semasa itu
menampakkan situasi yang tidak memungkinkan BN memenangi mana-mana kerusi di
seluruh negara. Mudahlah untuk menyalahkan SPR dan sebagainya tetapi tidak
adakah kesalahan kita sendiri?
Bagi pihak yang hendak melakukan pembaharuan
yang terpenting dilakukan ialah mengetahui dan memahami apa-apa kelemahan dan
kesalahan sendiri dahulu. Takkanlah tuduhan penipuan itu sahaja yang
menyebabkan pihak kita kalah dalam PRU itu. Bagi diri saya sedikit sebanyak tahu
apa kelemahan yang ada disetiap parti yang menganggotai Pakatan Rakyat itu.
Jangan emotional bila mendengar teguran seperti yang saya paparkan ini.
PKR mempunyai masalah budaya yang
tidak jauh bezanya dari budaya UMNO yang bermain politik sesama sendiri tanpa
had. DAP pula telah saya sebut sebagai parti yang ‘smart’ dengan tuduhan pihak
lawan sebagai parti rasis tanpa disedari ramai bahawa rupa dan penampilan parti
itu sendiri adalah sebagai sebuah parti yang hanya mewakili kaum Cina sahaja.
Bagi saya PAS mempunyai ciri
parti yang baik, tetapi oleh kerana imej baik itu PAS tidak membentuk ‘skill’
pengurusan yang baik sebagai persediaan untuk mentadbir negara diperingkat
tertinggi. Parti itu apabila diberikan peluang untuk mentadbir mereka gagal
dalam mentadbir negeri yang di perintahnya kecuali Kelantan.
Terengganu pernah dimenangi oleh
PAS dengan majoriti 4/5 di Dewan Undangan Negeri Terengganu, tetapi tidak
berjaya mengekalkan kuasa di Terengganu semata-mata kerana kegagalan mentadbir
negeri itu. Baru-baru ini saya ke Kedah untuk membantu PAS dalam pilihanraya
berulang-alik setiap minggu.
Tetapi nyata kerana pentadbiran
negeri Kedah dibawah PAS tidak mempunyai ummph yang kuat maka rakyat
memulangkan kembali kuasa kepada BN walaupun BN itu merupakan parti yang
terlalu banyak isu untuk dipersoalkan. Daripada menyertai himpunan lebih baik
PAS memulakan usaha membina kemahiran mentadbir. PAS boleh menghantar pimpinan ke
kursus-kursus pentadbiran di mana-mana pusat pengajian tinggi ternama diseluruh
dunia bagi persediaan untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan kita.
Dari bersusah payah ke Padang
Merbok berhimpun, kenapa PAS tidak fokuskan usaha untuk mengilap kemahiran
mentadbir negeri dan negara? Benar,
Islam itu tinggi, tetapi jika kita benar-benar memperjuangkan Islam itu,
mewujudkan kemahiran pentadbiran itu juga kehendak Islam. Kenapa tidak
diberikan tumpuan terhadap isu besar ini. Islam itu selari degan setiap masa
dan zaman, maka amat perlu untuk meningkatkan ‘skill’ pentadbiran dengan gigih.
Kalau kita gagal menjadi pentadbir
yang baik maka sekali gus kita tidak memenuhi tuntutan agama suci kita itu.
Kita mesti akui yang politik itu adalah ‘game of perception’. Kalau kita gagal
untuk memberikan persepsi baik maka ia memberi makna kita gagal.
Kita perlu ingat, mengekalkan
pengaruh melalui himpunan 505 itu tidak akan mampu mengekalkan sokongan ramai
buat jangka masa yang lama. Yang akan mengekalkan sokongan ramai ialah hasil
dan kemampuan kita mentadbir. TS Khalid Ibrahim terkenal sebagai seorang yang
tidak pandai berpolitik, tetapi hasil kerja tangan dan minda beliau telah mampu
untuk hampir melenyapkan BN di negeri Selangor baru-baru ini.
Terima lah teguran dan pandangan
secara ilmiah dan terbuka. Jangan kita memberikan reaksi seperti yang kita
dengar beberapa hari yang lalu dimana teguran saya itu terbit kerana saya tidak
menjadi calon oleh seorang pemimpin besar sebuah parti dalam Pakatan Rakyat
sendiri.
Berbalik kepada isu himpunan 505
itu, ia tidak akan membawa sesiapa kemana-mana. Yang boleh memberikan
‘consequence’ ialah memperbaiki parti dan perjuangannya dan jika boleh diluruskan niat dan tujuan pimpinan melakukannya. Lama kelamaan rakyat akan
menyedarinya.
Saranan dan kupasan yang sangat baik dan tepat, tuan.. Seharunya peluang yang sudah terlepas dijadikan sempadan dan untuk masa depan pengaruhi rakyat dengan menunjukan teladan kepimpinan berkualiti seperti pimpinan TSKI dan TGNA, rakyat akan menyukai Dan bersedia memilih PR dan segala helah dan tipu daya BN dan SPR tidak akan menjadi!
ReplyDeleteIsmail
Saranan Pak Aspan sangat benar. Kerja kuat perlu dilakukan untuk memperbaiki diri sendiri dari mengata pihak lain tidak betul.
ReplyDeletekah kah kah! anwar lepak dalam aircond.. pencacainya tidor dalam jerebu... kah kah kah!
ReplyDeleteSdra Aspan,
ReplyDeleteEloklah kita berehat, lagipun dua ekor gajah tu pun nampaknya dan berhenti bertempur,,,tempik gajah pun dan bertukar nada menjadi lembut gemalai,,,belalai dua ekor gajah pun dan nampaknya saling sangkut menyangkut bersama sama menikmati manisnya air tebu. Lepas ini semestinya semua gajah gajah ini akan mendampingi gajah betina dan sang kancil pun akan berlalu pergi. Maka tamat lah lagi satu episod ceritera hikayat melayu lama yang menjadi cerita turun menurun.
Marilah kita orang kampong meneruskan kehidupan kita, membanting tulang empat kerat mencari rezeki yang halal. Harap ketua kampong dapat mengerahkan anak anak muda kampong kembali membajak sawah seperti biasa. Kerbau kerbau kat sawah tu dah lama berjemur kat tengah padang, tolongnglah siapa yang rasa bertanggungjawab menariknya pulang, kot kot nanti dicuri oleh jembalang tanah yang geram melihat
susuk kerbau muda yang gagah perkasa itu.
Harapan orang kampong semua, musim menuai yang akan datang tu akan lebih berhasil. Mana mana yang yang kecewa dengan hasil tahun ini,
bolehlah bertukar menanam jagong pulak. Dengar khabarnya ramai taukeh cina sudi membeli hasil jagong kita. Dengarnya ramai tokeh cina dah jadi jutawan dek berniaga bela ayam telor dan jual ayam daging Mereka ni sudi membeli jagong yang kita orang melayu tanam dan menjualnya semula kepada tokeh ayam dengan harga pasaran campor ngan GST yang telah diluluskan oleh ketua kampong.
Jom marilah ikut aku, balik kampong tanam jagong, sekurang kurang nya usaha aku nanti akan mendapat hasil yang nyata.
Episod suatu musim menuai telah tamat dari aku DanielMuslim. Terima kasih Pak Aspan.
ReplyDeleteSaya tidak rasa bersalah membawa keluarga dan jiran-jiran saya kembali menyokong BN di K Pilah apabila abang Aspan tidak dicalonkan oleh Dap.
Kawasan Seri Menanti, DUN Pilah dan Juasseh PR patut menang tetapi kalah kesudahanya.
Saya juga berjempen kuat untuk mengalahkan calon PR diampangan dikalangan sdr-sdr saya di sana.
Jgn biarkan Dap gomeng kepala kita lagi. Meerea tak ubah seperti kera dapat cincin. Loke dan kamarul baharin, jangan kau datang kawasan aku lagi. Jahannam.
zahari hashim, ampangan
Baguslah PR kalah tu...kalau depa menang Dap akan sama-sama memerintah. Depa ni masih lagi ingat negara ini negara tongsan.
ReplyDeleteMentaliti depa mentaliti pendatang.
Tak salah kan kalau kita kata mereka kaum mendatang?..tengoklah apa depa buat?
ReplyDeleteperjuangan PR...ibarat berniaga bulu kasap...hujung hilang pangkal lesap bro.
Sama aje bro. Pkr hanya untuknaikkan Anwar saja. Maka Dap pun masuk daun sekali. Dap dapat tambah kerusi, akhirnya Pas dan Pkr hilang kerusi.
Hiruk pikuk disana sini. Satu stadium penuh dengan penyokong. Kita pun ingat PR akan menang.
Tapi akhirnya hanya satu stadium itu sahaja yang nyokong.
Bunyinya macam guruh. Jalannya macam siput. Sekarang Anwar mita kita berhimpun menggunakan isu spr untuk menyatukan penyokongnya. Sampai bila bang!!
Tak payah himpun himpun ni.
snow
Bo AA,
ReplyDeleteAnwar akan jatuh dgn sendirinya. Percayalah bro.
kyb
Dear AA,
ReplyDeleteWe're back to square one, another status quo...The peoples have to take a rest, it's been a very tiring season.
We're again caught in another political malaise,after a failure political game by our political masters. We rakyat should not expect much as our political system in Malaysia is very predictable.
We're still dreaming of a 'superhero' who will come into our political play and change our political landscape.
Seriously our present political player are worst actor/actresses and the drama they are playing is very low class and nauseating to me as an ordinary rakyat.
Sekarang ni eloklah SPR rancang dan kemuka mengundi secara atas talian bagi PRU14. Ia lebih menyenangkan pengundi dan juga SPR dan kerajaan sendiri.
ReplyDeleteTak perlu keluar rumah dan undi akan dikira secara otomatik oleh komputer.
MIMOS, Universiti Multimedia ataupun Jabatan Perdana Menteri sendiri boleh kendali program undi atas talian ini.
Politically,tski delivered.administratively,he is MAD.absolute rubbish.
ReplyDeleteCukup setakat yg mampu. Keupayan jelas terbukti himpunan demi himpunan. Justru itu, penilaian mesti ada dlm setiap benak kita. Penilaian dari sudut politik, sosial moral, kewangan dll. Saya berpendapat kita berjaya dlm semua aspek tadi. Cuma hasilnya boleh di lihat dan dirasa dlm dewan rakyat, penghujjahan wakil rakyat. Juga dlm perlaksanaan ekonomi utk rakyat untung atau rugi. Sudut sosial adakah ke arah kesedaran dan banyak lagi.
ReplyDeletePak Aspan, saya rasa tuan tentu bersetuju dgn saya kalau saya katakan kesedaran, kebangkitan dan kemarahan rakyat terutama kaum muda akhir-akhir ini kerana kesan daripada tindak balas perbuatan pemerintahan banyak ke arah menipu dan memperbodohkan rakyat. Oh sakit nya tuan tidak terkira bila anak cucu cicit kita akn membesar dlm negara dunia pancaroba di lahirkan dari kilang pemikir-pemikir otak penipu.
Langkah paling selamat berdoa jua adanya.
Lipat Kajang nama tempat
Orang bugis datang berniaga.
Jangan jadi bangsa merempat
Cepat bangkit terus jaga.
Pak Aspan pencetus minda
Selalu berhujah di alam maya
Kerana Tuan saya sedar
Harap negara sentiasa berjaya.
Cahaya Pelita ayam saya belajar
Ubi kayu bekal ke sekolah
Tulisan tuan orangpun sedar
Pastikan langkah kita tidak salah.
Merdekalah bangsaku !!!
ReplyDeleteSedih tengok manusia yang diberi akal yang sempurna diperlembukan sampai snngup berkorban naywa demi perjuangan pemimpin.
Begitulah kalau kita tidak mengunakan anugerah akal dengan baik bagi menilai.
Kobou Den pon pandai memileh mana rumput yang baik dengan yang tidak.
Kuatkan perjuangan dengan ilmu bukan semangat semata-mata. 4 tahun sebelum PRU14 akan datang pemimpin PR perlu menambah ilmu pentadbiran dalam dada mereka dan sebarkan ilmu itu pada ahli. Ahli tidak lagi boleh diajak berjuang berdasarkan hanya dengan semangat.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeletewalaupun saya lebih suka tidak bersetuju dgn pandangan Tuan AA
walaupun dituduh kerana tidak menjadi calon , Tuan dilihat banyak mengkritik & melawan arus menentang PR
tetapi,
tulisan Tuan AA bagi saya sangat berkualiti
perlu ada 1 golongan 'NAHI MUNGKAR ', sementelah juga perlu ada 1 golongan 'AMAR MAKRUF'
Blackout505
- tidak harus diberhentikan
- cuma direhatkan sementara
- sementelah lagi kini parlimen mula bersidang
- dan utk 6 bulan akan datang , PR perlu buat 'HOMEWORK' untk cuba2 menentang 'SYAITAN YANG DIKENALI' samada di mahkamah , ataupun balai2 polis , atau di mana2
tidak siapa menyangka , perjuangan yg dikatakan bermula soal peribadi 'PROJEK LIWAT' & 'RASUAH' 1998 , malah bermula lebih awal lagi iatu sekitar 1996
- yg isu pokoknya kerana penentangan DSAI ke atas mahathir
- atas dasar kronisma & nepotisma
- suatu yg sgt asing asing bagi hampir 99.9% rakyat ketika itu
- kecuali 0.1% sahaja yg sedar & tahu [ yg terdiri dari pemain tegar kronisma & nepotisma]
- sejarah 15 tahun lalu , tanpa 'SINDROM KEPENATAN' , malah makin bertenaga yg dipimpin oleh DSAI ,,,, sejauh ini jadinya
- tidak mungkin akan wujud BN dgn 133 kerusi & PR 89 ,
- tapi ianya wujud
- dan sudah payah utk berundur ke belakang
- dgn pemimpin 'SYAITAN YANG DIKENALI' kini berusia 88 tahun dah ,,,, sudah 'KEPENATAN' dah
- cuma paling lama umur yg Allah swt peruntukan kpd nya utk melakukan kerosakan di bumi Malaysia , ada kira2 berbaki 4,5 tahun SAHAJA lagi
- padam nya orang tua ni , rakyat Malaysia berpeluang utk kembali kepada fitrah kejadian manusia
insyaallah
- dan ini disokong oleh 'PLATFORM' yg cukup berharga yg disedikan oleh DSAI sepanjang 15 tahun lalu.
Alhamdulillah
ReplyDeleteUlitmayang....siapa yang belum penat berhimpunlah. Siapa yang rasa penat berehat. Ini negara demokrasi.
Merugikan diri itu juga kehendak masing2. Buatlah tidak ada siapa yang larang.
Bab Anwar, kita juga tahu dia. Sebanarnya Anwar bukan orgnya yang boleh membawa perubahan itu.
Itu hak beliau. Sokonglah dia, kita pun tak marah. Jadi jgn marah pada yang tidak menyokong dia.
Hormat pada pandangan org lain, kita pun tak kisah Anwar nak jadi PM ke atau apa.
suzuki
ReplyDeleteulitmayang,
Saya sudah penat. Bukan penat berjuang tapi penat dgn sikap Anwar Ibrahim.
He is a faked.
Salam bro Aspan dan sdra yang dihormati semua,
ReplyDeleteAlhamdulillah, Penulisan Aspan pasca PRU saya kira adalah luahan ikhlas dari hati dan ini menarik perhatian saya walaupun saya bukanlah penyokong PR.Saya yakin dan percaya ramai yang menulis adalah kerana beberapa sebab.Ada yang jujur dengan pandangan dan perjuangan masing masing memperbaiki kepincangan yang ada dan ada yang menulis bagi melepaskan geram mahukan perubahan dan juga atas berbagai sebab lain.Tidak kurang juga ada yang menulis saperti bro Aspan kini adalah satu luahan ikhlas dan jujur dan "BUKAN KERNA NAMA"- Luahan Sdra M.Sharif.
Kita akan teruskan penulisan walaupun kita berbeza pandangan dan 'Bukan Kerna nama'ini adalah hadiah untuk kita semua dan diharapkan kita dapat menghormati perbezaan.
Hayati lirik dan lagunya dibawah:
Jangan kau pandang bibir yang manis
kerana dia bisa menghancurkan
jangan kau pandang wajah yang indah
kerana dia bisa meracunmu
(chorus)
dengarlah hai teman
dengarkan bersama
aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih
pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangmu
kita sama SEMUANYA SAMA
apa yang ada hanyalah KEHIDUPAN
Jangan kau dengar puisi dusta
kerana dia bisa merosakkan jiwamu
dengarkanlah puisi di pusaka
yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
dengan secebis warna kehitaman
dialah seperti anai anai
Lambat laun HANCURLAH diri mu.!! "
........
Sekian, salam hormat dan terima kasih
apa perlu lagi kpd blackout505 apabila ahli parlimen sudah pun mengangkat sumpah dan secara rasmi pru 13 dan isunya sudahpun berakhir dan kalaulah blackout semata mata utk mendesak pengerusi spr dan naibnya letak jawatan bukankah itu lawak jenaka kerana ahli parlimen pembangkang hanya boikot sesi taklimat parlimen tapi bukan upacara angkat
ReplyDeletesumpah? maklumla elaun sbg ahli parlimen mana boleh lepas.. apapun rakyat berhak mendapat rehat dari terus memikir politik negara yg tak berkesudahan..sudah resmi politik tiada yang solid dan sentiasa ada kerja bagi mereka utk dibuat
PRU 14 masih lama lagi..semangat boleh direhatkan utk dipersembahkan kpd hari yg lain dan kepada yg memperkecilkan semangat anda memang silap kerana dgn semangat semua benda dpt ditempuhi..menuntut ilmu sekalipun bukankah itu semangat juga
ReplyDeleteAA...bukan senang hendak percaya kepada Dap selepas ini.
Dap should go on its own after this pleae.
Dap can cheat only once and everyone must be reminded time and again that Dap should be stamped down after this.
Kalau AA tak mahu "mengotorkan" diri dengan berhimpun untuk menetang kemungkaran, itu adalah hak AA. Kami rakyat madani akan teruskan perjuangan. Lawan tetap lawan.
ReplyDeletemahuhari2,
ReplyDeleteSilakan lah. Semoga berjaya.
Di sana ada satu sahaja matlamat dlm piliharaya d Malaya bagaimana nak delete umno dari peta bumi Malaya. TAJ
ReplyDeleteSalam Sdra AA,
ReplyDelete"Tak UMNO Baru hilang didunia" kata Panglima Mahakutty.Hari ini telah terbukti, masih ramai anak muridnya duduk bersila dalam "balairongseri" negara. Maka tersenyum mamanda menteri teringat betulnya ramalan ahli nujum Tun Daim.
Jika ada Dato dato yang ingin bermimpi menjadi memanda menteri atau ada Laksamana yang bercita cita menjadi Paduka Menteri, silalah bersilat dulu dengan hulubalang hulubalang anakmurid Panglima Mahakutty.
Di negara Sepadang Semerbak ini,telah tertulis satu riwayat hanya anak cucu aku suku bangsawan mamanda sahaja yang layak menjadi mamanda PakMenteri.
Kalau kamu dari kalangan rakyat jelata dan tak pernah berguru di Gua Mahathirism, jangan harap kamu akan diberi kuasa. Kamu hanya layak menjadi tukang kipas orang orang besar dan tukang cuci dulang hartawan YapAhLoy dan keturunannya sahaja.
sekadar mmberikn pandangan,
ReplyDeletesaya rasakan impak kebangkitan rakyat masih lagi relevan dan sebenarnya buat UMNO,lebih2 lagi tahun2 mendatang sehingga PRU 14.Jika melihat percaturannya ahli politik PR...kekalahan 133 kerusi pada PRU 13 lepas adalah cuma permulaan kepada kekalahan besar BN pada PRU14.
Saya ingin menambah dan mengusik sedikit ulasan org Ampangan diatas,Dun Pilah BN cuma menang majoriti 100 kerusi sahaja dan saya brharap senjata ampuh UMNO boleh mndaptkn balik majoriti besar jika boleh.Dun Seri Menanti seperti yang diduga akan kalah walaubagaimanapun senjata BN memainkan isu2 perkauman sempit tiap2 hari agak melampau.Nilai2 ketamadunan telah hilang begitu saja.Apapun saya berharap Dun Johol,Juasseh,Sri Menanti dan Pilah akan dapat ditawan lagi 4 tahun lagi.
I agree pretty much with your article but I would like dear brother aspan to look at the rally in the view point of our opposition leaders. The rally though does not bring the much wanted results, is no less meaningful in that it ask for changes that could not be bring about by just words. Just like the bersih rallies, the 8 points has yet to be achieved, but the rally proved to be useful to awaken the people on the weakness of the election system. DAP could be have a majority of chinese members but I believe there was not once DAP had ever motion or support racist statements or actions. I would suggest dear brother aspan to push forward the change in DAP by bringing in more members of all races to make it a multi racial party, and to make the much needed push, as you had always critise the weaknesses of the party, but again just words are not enough. You have our support, we want a better Malaysia dont we?
ReplyDeletesiapa yang belum penat berhimpunlah. Siapa yang rasa penat berehat. Ini negara demokrasi.
ReplyDeleteMerugikan diri itu juga kehendak masing2.
Sdr Suzuki
Tak ada siapa yg rugi bila berhimpun
Bagi yg beragama islam , kalau naiwaitu ikhlas , khususnya utk menentang pemimpin yg zalim , spt kata yb husam , syahid kiranya mati
Buatlah tidak ada siapa yang larang.
Bab Anwar, kita juga tahu dia.
Sebanarnya Anwar bukan orgnya yang boleh membawa perubahan itu
Sdr Suzuki
Sdr cuba menafikan hakikat
Tak baik mcm tu
Nanti jiwa merana , hati sakit menerima kenyataan
Kalau dah 1 dunia mengiktiraf DSAI , Cuma beb org sahaja yg menafikannya [ termasuk sdr ] ,,,, itu nama tidak mahu menrima reality
.
Itu hak beliau. Sokonglah dia, kita pun tak marah.
Jadi jgn marah pada yang tidak menyokong dia.
Sdr Suzuki
Sya Cuma marah kepada umno , Mahathir & najib sahaja. Itu hak individu
Sama seperti kalau sdr menyokong Mahathir , najib & umno , tak pulak saya marah , kenapa harus saya marah
Hormat pada pandangan org lain, kita pun tak kisah Anwar nak jadi PM ke atau apa
Terima kasih atas saranan ikhlas buat PAS.
ReplyDeleteLihat apa telah terjadi pada Morsi dan Ikhwan?
tentera Mesir yang memang tidak mungkin boleh hidup mewah dengan Morsi.
Amerika Syarikat menggunakan baruah yang ada dalam tentera dan birokrasi Mesir cepat memastikan Morsi dan Ikhwan tumbang.
Jangan hairan bila Raja Saudi sendiri paling cepat iktiraf Pemimpin Junta Mesir yang tak sampai 3 jam diumumkan.
Ikhwan mungkin ada sokongan majoriti rakyat Mesir, tapi tidak ada general yang korup sanggup melepaskan lubuk emas mereka dengan mudah.
Kini Israel akan kembali menguasai geopolitik Arab Mesir.
Raja Arab dari maghrib ke Oman sekarang boleh tidur lena.
Sokongan kepada puak Islam di Syria hanyalah propaganda. Yang mereka ingin tewaskan ialah Iran dan puak Syiah dari menghapuskan semua diktator raja Arab dari Timur Tengah.