UMNO Negri Sembilan merupakan
Badan Perhubungan yang pertama mengunjurkan agar jawatan Presiden dan Timbalan
Presiden UMNO tidak dipertandingkan. Unjuran ini adalah unjuran yang begitu
‘familiar’ dalam UMNO sejak lebih dari dua puluh tahun dahulu dan seruan
seperti ini jika dipandang dari satu sudut ia tidak perlu diambil kira atau di
berikan perhatian.
Sejak pemilihan tahun 1987 dahulu
dan setelah UMNO asal itu dibunuh, dan wujudnya UMNO yang sekarang ini,
berbagai-bagai keadaan telah kita lihat dalam isu pemilihan kepimpinan UMNO
itu.
Perpecahan itu bermula apabila pihak yang memenangi pemilihan itu ,menjadi ‘sore winner’. Pihak yang
memenangi pemilihan itu, telah menentang pucuk pimpinan semasa itu dianggap sebagai satu jenayah.
Sedangkan perlembagaan parti semasa itu membenarkan mana pihak dan ahli
menawarkan diri untuk memegang apa-apa jawatan jika merasakan boleh membetulkan
keadaan yang tidak betul dalam parti.
Selepas sahaja wujud UMNO yang
baru pada 1988 dahulu, telah diwujudkan sistem bonus. Seseorang yang mendapat
pencalonan Presiden, misalnya akan secara otomatik mendapat sepuluh undi bonus
dan seseorang yang ingin mencabar kepimpinan Tertinggi perlu mendapat 30
peratus dari jumlah bahagian UMNO yang wujud dinegara ini.
Selepas itu wujud pula sistem
yang seseorang yang ingin mencabar jawatan Tertinggi terpaksa mendaftarkan niat
mereka terlebih dahulu. Berbagai-bagai cara pimpinan Tertinggi lakukan untuk
mereka susah dicabar dan semasa itu bermulalah kematian demokrasi secara
terus-terusan dalam UMNO. Parti itu melebihkan usaha untuk memagar dan menjaga
kepimpinan parti dari menjaga kehendak ahli dan sampailah sekarang
berbagai-bagai cara untuk tidak membolehkan Presiden itu dicabar.
Slogan ‘Malaysia Boleh’ itu boleh
diaplikasikan dalam apa jua perkara. Yang tidak boleh hanya bertanding jawatan
Presiden UMNO sahaja. Kenapa ini semua berlaku? Ia bermula apabila yang menang menjadi ‘sore
winner’ dan segala rancangan untuk menyekat kemaraan orang yang baik dan ‘viable’
untuk UMNO diberikan tumpuan sehinggakan UMNO itu sudah tiada kepimpinan lagi.
Apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir
itu adalah benar tetapi saya ulangi apa yang beliau tidak menyebut dengan jelas
ialah segala-gala ini bermula dari permainan politik beliau sendiri.
Kalau benar Dr Mahathir mahukan
keadaan UMNO seperti dulu kala, maksud saya sebelum beliau mengambilalih kuasa
pada tahun 1991 dahulu. Jika beliau masih berkemampuan dan diterima pandangan
beliau, Dr Mahathir perlu berusaha mengembalikan keadaan UMNO seperti semasa
beliau mula mengambilalih dahulu. Tetapi masalahnya masihkah ada yang ingin
mendengar nasihat beliau jika beliau jujur untuk melakukan perubahan itu?
Jika pandangan beliau masih diterima
dan mempunyai pengaruh dalam partinya, masih ingatkah Dr Mahathir apa yang baik
dalam UMNO sebelum beliau mengambilalih kuasa dahulu? Jika beliau masih ingat
apa kah yang baik yang pada pimpinan semasa itu, dengan yang buruk pada pimpinan
sekarang yang Mahathir katakan itu?
Beliau mesti tahu dan memahami
apa yang baik dahulu dan yang buruk sekarang ini. Barulah mudah untuk dilakukan
perubahan dan menyelesaikan jika tidak semua, sebahagian besar dari
masalah-masalah yang ada.
Kalau semua jawapannya ‘yes’,
apakah beliau sanggup melakukan perubahan itu dan selepas itu bergembira dan
bersyukur kepada yang Esa kerana akhirnya beliau kembali kepada politik untuk
orang Melayu dan seluruh rakyat yang sebenarnya?
Persoalannya apakah cara yang
hendak beliau lakukan jika beliau masih dihormati atau setidak-tidaknya di
geruni oleh pimpinan dan ahli-ahli UMNO yang bertaburan di seluruh negara ini?
Untuk melakukan perubahan itu beliau mesti ada manusia yang bersama
beliau yang masih berkemampuan untuk kembali kepada situasi yang baik yang pernah
dirasai rakyat semasa beliau belum mengambilalih kuasa negara diwaktu itu.
Apa yang saya bersetuju dengan Dr
Mahathir hari ini adalah berdasarkan kepada ‘assumption’ yang beliau jujur
meluahkan perasaan beliau tentang UMNO hari ini. Pimpinan hari ini adalah
kumpulan pimpinan yang terdidik semasa UMNO sudah kehilangan identitinya
sebagai sebuah parti yang benar-benar bertanggungjawab kepada negara dan rakyat
berbilang kaum dinegara ini.
Justeru tidak mungkin mereka
dapat ‘appreciate’ apa yang dikatakan kebaikan semasa sebelum Dr Mahathir
mengambilalih kepimpinan dahulu. Pimpinan hari ini masih bermain dengan tali
seluar lagi semasa itu kerana Dr Mahathir berada diatas lebih dari dua dekad
yang menyebabkan budaya baik yang ada semasa beliau mula-mula mengambilalih
kuasa dahulu.
Kalau ada pun yang masih hidup
dan sihat sekarang ini hanya tinggal Musa Hitam dan Tengku Razaleigh sahaja
yang boleh dibawa berunding bagi menyediakan kepimpinan yang baik selepas ini
dan mewariskan kepada yang telah dilatih untuk meneruskan kepimpinan rakyat
dimasa-masa yang akan datang. Bawa sekali wakil-wakil dari semua bangsa, agama dan semua pimpinan politik ke meja bulat dalam perundingan untuk mencari 'formula' baru yang dimaksudkan.
Bagi saya untuk mencapai matlamat
politik negara yang baik, seperti matematik, ia mesti ada ‘formula’ yang betul bagi
mendapat jawapan yang betul dan tepat. Bagi pandangan saya itu sahajalah nama
yang tinggal jika benar kita mahu menyusun ‘formula’ yang baik dan tepat itu.
Selepas sahaja ‘formula’ itu
diperolehi maka serahkanlah ‘formula’ itu kembali kepada sesiapa yang muda-muda
yang mampu membawa negara lebih ‘progressif’ untuk generasi yang akan datang
nanti dengan mengikuti ‘formula’ yang telah di wujudkan secara mesyuarah
diantara semua pihak di negara ini.
Lupakan perasaan ego dan sengketa yang lalu semata-mata untuk generasi kita yang akan datang.Jangan terpengaruh dengan bisikan khatir yang bathil itu agar kita terjurus kepada melakukan niat yang baik kita itu.Kadangkala seteru kita yang akhirnya memberikan keselamatan kepada kita sendiri dan kadangkala kepada keluarga dan sanak saudara kita.
Saya sendiri tidak tahu, tetapi inikah yang saya serta ramai yang lain maksudkan sebagai usaha membentuk sebuah negara baru yang kami selalu impikan itu?
Lupakan perasaan ego dan sengketa yang lalu semata-mata untuk generasi kita yang akan datang.Jangan terpengaruh dengan bisikan khatir yang bathil itu agar kita terjurus kepada melakukan niat yang baik kita itu.Kadangkala seteru kita yang akhirnya memberikan keselamatan kepada kita sendiri dan kadangkala kepada keluarga dan sanak saudara kita.
Saya sendiri tidak tahu, tetapi inikah yang saya serta ramai yang lain maksudkan sebagai usaha membentuk sebuah negara baru yang kami selalu impikan itu?
mahadey menjadi badut pada diri sendiri...ibarat meludah kelangit...jatuh ke muka sendiri...
ReplyDeleteKenyataan mahadey hanya untuk meuntung kan empunya badan..jika tidak untuk mukhriz...sedangkan malapetaka yg menimpa umno adalah perbuatan beliau..
Jika najib ingin kekal menjadi pm..beliau harus menangkap dan mendakwa mahadey atas kesalahan yg mahadey lakukan selama 22 tahun jadi pm untuk selamatkan umno..
umno semakin parah..bn semakin tenat...untuk membiarkan pakatan rakyat membentuk kerajaan..akan menyebabkan pertumbahan darah..
ReplyDeleteMungkinkah panglima panglima angkatan tentera akan merampas kuasa..supaya pneyelesaian politik dpt dilakukan.. untuk beberapa tahun..sehingga pru yg adil diadakan...agar dlm beberapa tahun pemimpin yg korup tetapi terlepas tindakan undang seperti madey dll menemui ajal..
najib tidak mau mencari penyelesaian..hanya menlantik org yg akan bercakap seperti guruh di langit..
ReplyDeletepru 12 bn/umno kalah 2/3..pru 13 hanya dpt 133 kerusi..dan masih lagi lantik org sama sperti zahid hamidi dan nazri aziz..yg rakyat tidak suka..
rakyat yang celik maklumat tahu umno cuma mahu kuasa sahaja, ada kuasa menyelamatkan umno dari hukuman.tunggu dan lihat mereka sedang menyekat internet.
ReplyDeleteKalau pun madey mengambilalih dan menerajui BN semula sentimen rakyat keseluruhan akan tetap menolak BN dan sekutunya, bak kata perpatah terlajak perahu boleh berpatah balik, tapi terlajak kata dan perbuatan rosak binasa.
ReplyDeleteTerlampau banyak kerosakan yg BN bermula dr madey telah dilakukan sehingga keadaan jd rumit dan mustahil utk dipulihkan. Agak mustahil sekiranya pemimpin BN sejak dr madey ketuai sampai sekarang utk mengakui kesalahan mereka bagi membolehkan undang2 menghukumi mereka, maka mustahillah juga rakyat boleh menerima mereka. Selagi kelakuan munafik mereka yg bathil tidak dibuang selagi itulah perkara2 hak yg rakyat impikan tidak dapat di reconcile.
Dgn kata lain utk mencari jln penyelesaian yg tepat BN kena back to basic iaitu samak dulu yg najis sebelum ianya suci dan boleh digunakan. Kalau BN tak sanggup tunggu sajalah kejatuhan yg pasti berlaku kerana ianya adalah ketetapan dr Allah azzawajallah, empunya diri seluruh kejadian.
Sdr anon 22:06,
ReplyDeletePak Aspan tidak bermaksud untuk meminta TDM mengambil alih kembali kuasa negara. Baca betul-betul lah sdr.
Saya tahu maksud AA itu. Dia meminta TDM mengambil langkah mencari pentadbir negara yang baru yang lain dari barisan pimpinan umno tertinggi hari ini untuk menyusun kembali negara ini.
Itu maksud sebenar AA. Jika salah pak AA boleh betulkan pandangan saya ini.
salam, ismail samsir
Sy pun tak kata AA begitu. Yg sy kata kalau madey ambilalih pun tak guna sebab punca segala masalah dlm BN dan negara ialah madey sendiri. Spt firasat almarhum ust fadhil noor, madey akan hidup lama utk menyaksikan kerosakan hasil tangannya. Skrg jelas ianya berlaku life depan mata kita. Tak masuk akal menyuruh madey utk membetulkan keadaan sebab dia sendiri dah rosak dan dgn denial syndrome yg kuat dlm diri dia mustahil dia boleh berubah, jauh sekali nak merubah BN dan sekutunya.
DeletePelik tapi anihnya cuba juga hendakkan demokrasi. Undang-undang di buat untuk kesejahteraan parti dan ahli. Dalam masa yang sama ada pula unsor-unsor menyekat kebebasan dalam pemilihan. Sampai bila-bila mereka TIDAK MASAK DAN CERDIK. Ini lah dikatakan gergasi bermata satu, hanya nampak satu sahaja.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteApa juga pemikiran Mahathir sama ada ianya memberi kesan kepada survival umno , saya berpendapat ianya sudah terlambat dan ianya tidak mungkin mampu menyelamatkan kerosakan yang umno alami sekarang ini.
Formula Fear Factor yang UMNO cuba semaikan semasa PRU13 telah membuktikan rakyat yang atas pagar tidak sama sekali termakan umpan mereka. Ini adalah kerana generasi baru sudah berani mengambil risiko. Barangkali rakyat diluar bandar masih ada rasa takutkan perubahan terutamanya momokkan perkauman khususnya dominasi kaum cina.
Dominasinya kaum cina adalah polisi halus Mahathir memperkayakan dan membuka ruang seluas-luasnya pada ahli perniagaan kaum cina semasa era pemerintahannya. Apa alasannya? Mahathir seperti biasa mempunyai alasan yang licik dan bijak untuk melindungi dan menyembunyikan perangai buruknya iaitu pengamal komisyen yang terhebat.
Apabila Mahathir mengamalkan private limitednya dan ternyata berkesan , maka pemimpin-pemimpin Umno khususnya terus mengamalkan konsep ini dengan jayanya sehingga hari ini yang akhirnya melahirkan pemimpin umno yang terlalu pentingkan diri sendiri dan empayar perniagaan masing-masing.
Ahli-ahli atau ajk bahagian yang bijak barangkali dapat menumpang sedikit tetapi hakikanya ahli-ahli umno yang marhein tetap hidup melarat dan pada hari ini terdapat terlalu ramai ketua-ketua cawangan umno yang bakal mengundi pada pemilihann UMNO yang akan datang masih ada yang menjual nasi lemak tepi jalan dan ramai di antara mereka yang mejual air tebu / ayam goring / kuah-mueh menjelang bulan Ramadan yang mulia ini untuk menampung perbelanjaan aidil-fitri yang mendatang. Allahuakbar..pemikiran yang bagaimanapun Mahathir boleh sumbangkan sekarang ini..bukannya melayu mudah lupa tetapi melayu yang terus menerus layu.
ReplyDeleteSalam,
hai, kalau sarapan tak baca aspanalias memang bukan sarapan namanya.
Hahahah! Kamu semua ini memang ada-ada saja komennya. Baca apa yang Pak Aspan tulis dengan mata hati. Tapi tak tahulah kalau mata hati orang tertentu dah terkelabu pulak!
Teh tarik ni manis sangat dan nasi lemak pon .. sambalnya kok manis? Tak tahu la nak buang mana kalori yang terlebih ni.
- Perempuan dari Batu Berendam
Sekarang ini umno dilihat parti kuno..begitu juga bn..rakyat skrg semakin cerdik dgn kemajuan internet,,apa kesalahan yg dilakukan oleh pemimpin umno..sekejap saja rakyat tau...dan umno fobia dgn kesedaran rakyat..
ReplyDeleteSebenarnya tiada penyelesaian yg boleh dilakukan oleh umno..walaupun mahadey digantung akan kesalahan menjadi pengkhianat negara..kerana malaysia bukan milik umno..tiada yg kekal selama lama nya di dunia melainkan Allah...dan umno akan menipu untuk kekal kuasa dari dulu..kini..dab selama lama nya..sehingga sanggup menjadi pengkhianat rakyat malaysia khasnya org melayu...
Jika umno tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan pemimpin mereka mengikut undang undang...hayat umno sebagai sebahagian kerajaan akan berkubur..
Pak Aspan...madey ne..kaki temberang..mulut ckp lain..hati ckp lain,,matlamat madey skrg hanya la...bagaimana nak naik mukhriz sebagai pm..silap silap bangla,pakistan,myanmar pon dapat kad keahlian umno...
ReplyDelete