06 June 2013

Jika layaknya jadi pembangkang sahaja, jadilah pembangkang yang baik

Filem ‘Tanda Putra” akhirnya akan ditayangkan di pawagam-pawagam di negara ini dan Finas berpendapat filem 'controversial' itu boleh ditayangkan dimana-mana dan oleh sesiapa tanpa halangan. Penayangan ini juga menokok tambah kepada banyak kontroversi yang sedia ada sekarang ini dan nampaknya rakyat Malaysia merupakan rakyat yang bermain politik sepanjang hayat dan masa, tanpa henti-henti.

Dalam pada itu perebutan dan pertandingan pemilihan dalam parti juga menjadi isu yang mendapat perhatian ramai. MIC sedang bergelut dengan isu bila perhimpunan tahunannya patut diadakan dengan menyempurnakan pemilihan jawatan dalam parti itu. Pemangku Presidennya mahukan pemilihan diadakan hujung tahun ini kerana sememangnya sudah sampai masanya untuk diadakan perhimpunan tahunannya dan seterusnya membuat pemilihan pimpinan peringkat tertingginya.

UMNO juga nampaknya menghadapi sedikit masalah kerana ada di antara ahli dan pimpinan meminta jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Keadaan ini juga mengundang masalah kepada parti itu tetapi usaha untuk menyekat seseorang daripada menawarkan diri untuk mengambilalih tanggungjawab kepada parti itu sudah tidak lagi boleh dilakukan.

UMNO sudah tidak boleh diubah lagi kerana untuk menandingi jawatan tertinggi itu sudah menjadi ‘impossible’ dengan budaya demokrasi acuan sendiri anjuran Dr Mahathir dahulu sudah tidak dapat dihilangkan sehingga saat ini. DAP juga menghadapi masalah pemilihan yang diadakah pada 15hb Disember lalu dan sehingga sekarang ROS tidak mengiktiraf barisan pimpinan CEC yang dipilih pada 15hb Disember 2012.

Apabila menghampiri kuasa mana-mana parti pun nampaknya akan berubah keadaan dalamannya. DAP berhadapan dengan isu beberapa ratus perwakilan yang tidak diberi notis untuk hadir di kongres parti itu pada 15hb Disember lalu dan pihak DAP menafikannya. Tetapi itu bukan isu yang hendak disebut kali ini. Yang hendak disedari ramai ialah sememangnya parti yang berkuasa dan menghampiri kuasa itu akan berubah. Tidak semena-mena DAP menghadapi kontroversi seperti ini.

Dalam PKR juga tidak sunyi dengan masalahnya seperti apa yang berlaku dalam UMNO, MCA dan MIC serta DAP. Konflik dalaman menjadi perkara biasa dan kadangkala tidak ada pihak yang boleh mengkritik pihak yang lain kerana ia akan hanya membawa ke situasi ‘bontot kuali mengatakan bontot cerek itu hitam'. PKR jelas-jelasnya menghadapi penyakit dan kuman yang menghinggapi mereka semasa mereka menjadi pemimpin UMNO dahulu.

Apa yang sedang berlaku dalam kesemua kontroversi parti-parti tadi dilihat secara terang oleh rakyat dan persepsi buruk rakyat terhadap kepimpinan parti-parti yang terlibat sudah mula meresap di kalangan pemikiran rakyat. Jika parti pembangkang dianggap sebagai sebenar-benarnya ‘alternative’ kepada BN yang kian sumbang dan sumbing itu, keadaan yang sama akan tetap berlaku dalam pihak ‘alternative’ ini pula. Malahan ia akan berlaku lebih awal dari ianya berlaku di dalam BN dahulu. Hanya mereka yang mengalami keadaan ini boleh memberikan pencerahan yang benar.

Bak kata orang-orang tua dahulu, ‘kalau nak tahu bagaimana sayang anak, beranak dahulu, kalau nak tahu betapa sayangnya seseorang kepada cucu, bercuculah dahulu’. Begitu jugalah dengan parti politik. Kalau hendak tahu bagaimana rasa sebenarnya sebagai ahli UMNO, sertailah UMNO itu. Kalau hendak tahu bagaimana keadaan dalam PKR, sertailah PKR itu tanpa tangguh-tangguh. Begitu jugalah kalau hendak tahu bagaimana keadaan dalam DAP, jangan ragu-ragu, sertailah parti itu kalau parti itu menerima permohonan kita itu.

Saya pernah menulis posting yang bertajuk 2x5 dan 5x2 itu memberi jawapan yang sama. Oleh yang demikian jika persepsi rakyat itu sudah terbenam dengan persepsi yang mana-mana parti pun sama, maka BN lebih mudah untuk bertahan kerana kuasa ‘incumbency’ yang ada kepada mereka.

Itu sebabnya selalu blog ini berkata yang sesiapa atau mana-mana pihak hendak mengambilalih kuasa dari BN, pihak itu perlu menunjukkan kelainan yang jelas untuk rakyat memberikan keyakinan terhadap mereka. Percayalah setakat berhimpun dan bersyarah setiap malam tidak boleh meyakinkan mana-mana pihak yang kita boleh melakukan kelainan dari UMNO dan BN itu.

KELAINAN inilah yang pihak Pakatan Rakyat belum berkemampuan untuk mendapatkannya. Apakah kelainan itu, carilah sendiri. Perkara itu terang-terang berada di hadapan mata kita semua. Elemen yang membuatkan sesiapa menjadi buta dan tidak nampak apa kelainan yang perlu dilakukan itu hanyalah kepentingan peribadi, semangat perkauman yang menebal dan kecetekan atau ‘kesontotan’ pemikiran serta tidak berkemampuan berfikir di luar kotak.

Kalau tidak mampu mencari kelainan itu, tidak ada cara lain selain dai memilih untuk menjadi pembangkang yang baik sampai bila-bila. Mungkin kita hanya layak untuk menjadi pembangkang yang baik sahaja.

Itu sebabnya kita diberikan tugas untuk membangkang sahaja.

10 comments:

  1. Tuan Aspan,

    Setuju benar saya dengan pemikiran tuan ini.

    Teruskan menulis. Tahniah dan terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Atau biarkan umno menjadi penipu berjaya..

    ReplyDelete
  3. jika tiada KELAINAN, lain kalilah pun belum tentu.

    kueh

    ReplyDelete
  4. Usia 55 tahun regim umno berkuasa dah tiba ke penghujung nya

    - itu lah putaran alam
    - hukum alam (Allah ?) tidak pernah mungkir
    - wajib percaya itu adalah aturan Tuhan

    hukum akal sgt menyakini umno & mahathir akan berkuasa hingga kiamat
    - bagi ahli umno , bekas2 ahli umno & pemikir2 yg lahir dari perut umno , sgt tegar dlm pemikiran mereka , umno & mahathir akan kekal berkuasa hingga kiamat

    - teori anak2 muda bangkit di mesir , aljeria , syria , turki , libya gagal difahami pemikir2 (bekas2 ahli & pemimpin umno)

    1998
    - bermula nya rakyat yg berani
    - dsai menggerakkan masa
    - perjalanan 15 tahun begitu cemerlang kini

    - tampuk kuasa , insyaAllah tunggu masa sahaja
    - umno sdg menjalani hukuman Allah swt , ini tidak dipercayai oleh pemikir2 ( & bekas2) yg hanya guna akal dlm menghukum

    Pemikir2 umno ini tak pernah percaya Russia boleh hancur , komunis boleh pupus ,

    Pemikir2 umno juga tidak percaya umno & mahathir boleh tumpas



    ReplyDelete
  5. Diantara kelainan yang PR kena buat ialah untuk menipu si penipu. Mampukah dan bolehkah dibuat begitu...

    ReplyDelete
  6. Pakatan Rakyat sebenarnya layak untuk diangkat untuk menjadi pentadbir baru bagi Malaysia. dan apa yang saya perhatikan orang Melayu langsung tidak mempunyai pendirian yang TETAP. Mentaliti orang melayu berada di tahap paling bawah dan teruk didunia ini, lebih teruk dari orang asli.

    Jadi untuk memperbetulkan mentaliti ini, melayu perlu khatam Quran..bukan hanya sekadar baca , tetapi fahamkan apa yang hendak di sampaikannya. Quran bukan buku hiasan, tetapi Quran itu adalah buku panduan hidup kita untuk umat manusia didunia ini.

    ReplyDelete
  7. Salam bro Aspan,

    1.Didalam blog The Scribe saya mencadangkan tidak ada pertandingan pada dua pucuk pimpinan UMNO bagi tidak memecahkan UMNO.Pada saya UMNO tetap akan terus relevan disebabkan struktur parti itu yang kuat.Ini terbukti kira kira 63% pengundi Melayu mengundi BN di Semenanjung (Ref:Dah Ikhwan Weblog) walaupun dengan "TSUNAMI CINA"dengan 90% pengundi Cina menolak BN.Saya tdak hairan.

    2.Tidak salah berpolitik berterusan sekira kedua pihak boleh menerima kemenangan dan kekalahan dengan baik. Anwar/PKR tidak menghormati keputusan PRU 13 dan sebabnya semua kita tahu. Best of luck to the man,PM wannabe.

    3.Pada saya kegagalan PR sudah lama di jangka disebabkan kekuatan UMNO dan BN itu sendiri walau apa pun perception dan deception negatif disebarkan di media alternatif terhadap parti tunjang orang Melayu/Bumiputra ini, BN prevailed.

    4.DAP pula terus gagal memikat minat dan hati orang melayu dan India. Kemenengan 38 kerusi di PRU 13 mungkin terbaik bagi DAP sekira inilah rupa pendekatan parti ini.

    5.Teruskan penulisan kamu yang baik bro walaupun saya masih banyak tidak setuju dengan DAP dan sentiasa di belakang pemerintah terutama UMNO walaupun ada banyak kelemahan yang mesti diperbaiki.

    Now that the PRU is over we can meet more often talking about the good old days and forget politics .I am glad you have become more critical of DAP.

    ReplyDelete
  8. Ini dia orang Islam era sekaranng: TUDUH dulu, cari bukti dan saksi, cerita lain..

    Berita penuh...

    http://khairulryezal.blogspot.com/2013/06/lawak-apakah-ini-rafiziramli-tuduh-dulu.html

    ReplyDelete