Timbalan Presiden MCA Liow Tiong
Lai mencadangkan agar BN dijadikan sebuah parti ‘multiracial’ sebagai
persediaan menghadapi perubahan masa dan zaman bagi mempastikan BN terus
relevan pada masa yang akan datang. Cadangan ini selari dengan setengah suara untuk
mengakhiri zaman parti-parti politik yang berlandaskan kepada penyertaan
keahlian mengikut bangsa-bangsa.
BN setakat hari ini adalah sebuah
‘coalition’ dari parti-parti yang berlandaskan kepada perkauman tetapi jika
dipandang dari sudut BN itu sebagai sebuah parti ia sememangnya adalah gabungan
yang tersedia sebagai gabungan yang ‘multiracial’. BN pernah berjaya menggabungkan dan
menyatukan rakyat yang berbilang kaum ini dimana rakyat pernah berpadu tanpa
menghadapi sebarang masalah.
Kepada rakyat yang sudah berusia
mereka tentu merasakan yang dahulunya tidak ada masalah dalam perhubungan
diantara kaum. Semasa BN mempunyai kepimpinan kuat masalah perhubungan kaum itu
terjalin dan sehingga hari ini mereka yang mempunyai rakan diantara berbilang
kaum itu masih lagi berhubung tanpa mempunyai sebarang masalah. Saya sendiri
sebagai unit yang kecil dalam masyarakat ini, masih kekal dengan perhubungan
yang baik dengan rakan-rakan dari bangsa bukan Melayu.
Perpaduan diantara kaum mula
terencat pembinaannya apabila kepimpinan parti-parti seperti UMNO dan MCA serta
MIC mula menjadi lemah kerana berbagai sebab yang mereka hadapi. UMNO
menggunakan isu perkauman sebagai senjata untuk menakutkan orang Melayu untuik
bersama-sama bersatu dengan bangsa bukan Melayu. Pimpinan yang kian hari kian
lemah itu terpaksa menggunakan isu perkauman untuk mengekalkan orang Melayu
bersatu dibawahnya.
Ini adalah di sebabkan orang
Melayu semakin hari semakin menjauhi UMNO kerana masalah dan isu besar yang
dihadapi UMNO itu sendiri. UMNO sudah ketandusan kepimpinan disetiap peringkat
kerana mereka yang menjadi pemimpin datangnya dari mereka yang tidak
berkepimpinan dan tidak dihormati oleh orang ramai.
Apabila UMNO dirasuk oleh
penyakit politik wang, maka hanya mereka yang sanggup membeli dan membayar
sokongan dari ahli-ahlinya yang lahapkan wang ringgit untuk menjadi pemimpin.
Akhirnya UMNO menjadi parti yang tidak berkepimpinan kerana yang berkepimpinan
telah diketepikan kerana tidak bermain dengan politik wang itu.
Mereka yang sepatutnya
diketepikan oleh perwakilan dan ahlinya masih menjadi pemimpin sehinggakan
parti itu ketandusan kepimpinan untuk menghadapi rakyat yang mereka sedang
pimpin itu. Tambahan kepada politik wang itu menyusur isu yang dimainkan oleh
pemimpin-pemimpin ini bagi mengekalkan sokongan orang ramai khususnya
dikalangan ahli-ahlinya, iaitu isu perkauman.
Mengetahui orang Melayu sudah
mula mual dengan parti itu maka isu perkauman dimainkan bagi menakut-nakutkan
orang Melayu dari meninggalkan mereka. Sememangnya tidak menghairankan jika
rasuah menjadi isu besar kerana rasuah selalunya dilakukan oleh pimpinan yang
tidak berharga dan lemah. Pimpinan yang lemah tidak akan mampu mengelak dari
melakukan rasuah kerana pemimpin seperti ini mempunyai jiwa yang kecil dan
kenit. Hanya pemimpin yang mempunyai jiwa besar sahaja yang tidak sanggup
melakukan rasuah kerana seorang yang berjiwa besar akan menentukan fokus
kepimpinan mereka hanya untuk kepentingan negara semata-mata.
Seperti yang saya sebutkan
beberapa kali sebelum ini hanya pemimpin yang berjiwa kecil sahaja yang tidak
berani menghadapi realiti dan kehendak negara itu sendiri. Hanya mereka yang
fakir jiwanya yang takut untuk menyatukan kaum-kaum kerana jika rakyat
berbilang kaum bersatu mereka akan kehilangan kedudukan kepimpinan kerana sifat
mereka yang lemah dan miskin jiwa tadi.
Itulah sebabnya cerita perpaduan
kaum ini menjadi isu dalam politik masing-masing termasuk dari parti-parti
pembangkang tetapi mereka juga sama sikapnya kerana sama-sama miskin jiwa dan
fakir pemikiran dan kemampuan mereka untuk memimpin. Masing-masing lemah dan
menyandarkan sokongan dengan menaikkan suhu perselisihan keyakinan diantara
kaum masing-masing untuk kekal relevan dan berkuasa.
Seruan Timbalan Presiden MCA itu
adalah seruan baik, tetapi banyak isu yang harus di selesaikan sebelum BN itu
boleh dijadikan sebagai sebuah parti yang ‘multiracial’ agar ia
benar-benar-benar berlaku di dalam erti kata yag sebenarnya.
Kita tidak mahu melihat ‘multiracial’
itu hanya dislogankan sahaja kerana ada pihak yang memainkan slogan itu tetapi
tidak ada perlaksanaannya kerana seperti yang saya sebutkan beberapa kali,
iaitu pimpinan yang miskin jiwa dan kepimpinan mereka. Mereka sentiasa bimbang
dan terpaksa berpaut kepada sentimen perkauman keatas kaum yang mereka pimpin
itu.
BN seperti yang disebut diatas
tadi adalah sebuah pertubuhan politik yang sudah pun ‘multiracial' bentuknya.
Hanya keahlian BN itu dianggotai oleh parti-parti yang dianggotai mengikut
bangsa masing-masing. Mungkin kali ini semua anggota-anggota MCA, MIC dan UMNO
misalnya didaftarkan sebagai ahli-ahli secara terus BN. Selepas itu hanya
beberapa isu penting yang lain yang boleh mengikat kepentingan mana-mana pihak
dengan ketat agar ia tidak hanya tinggal sebagai retorik pilihanraya yang
mengelirukan sahaja.
Jika benar BN boleh di jadikan ‘multiracial’
dalam erti kata sebenarnya, ia perlu di gubal strukturnya dengan kuat dengan
kadar yang agak segera untuk mengasaskan ‘foundation’ yang kuat untuk
pencapaian matlamat perpaduan kaum itu demi masa depan negara.
Apakah asas-asas yang mesti
diperlihatkan dan di bentuk elok kita sambong rencana ini sehari dua lagi.
(bersambong)
ReplyDeleteThe enormous damage of politics of race, religion, hate, discrimination dll. are permanent and far reaching.
The ordinary people are, by their nature, peaceful and law abiding citizens....all you need is a fair, reasonable and transparent government systems to cater for the needs of all citizens.
Eg. you don't lose tens or hundreds of billions through gross mismanagement and corruption and then discriminate others of their basic rights for support and assistance in education.
Dog eats dog..that's what actually happening in Dap bro. Trust me...
ReplyDeletehow about pig eats pig
ReplyDeleteAA, penipuan dalam pemilihan Dap itu benar. Permainan seperti ini sudah bermula dalam Dap. Tidak adillah anda hanya membidas Umno saja tuan. Umno sudah 67 tahun baru kita nampak penipuan, Sya kata kepada tuan skrg, Dap belum berkuasa dah menipu ahlinyasendiri.
ReplyDeleteAA, please go back to your used to be good sense of judgement tuan. Tuan kena adillah sikit.
Saudara ku AA,
ReplyDeleteBenar, susah hendak mempercayai mana-mana pihak untuk berkata benar.
Benar BN tidak menjalankan tanggung jawab dengan betul.
Benar parti pembangkang tidak ada beza perlakuan mereka
Benar Dap Dap itu hanya mementingkan bangsa Cina sahaja dan menggunakan orang Melayu panjat tiang dan dinding untuk pasang poster saja. Di Pulau Pinang, tidak terjumpa orang Cina memanjat tiang pasang poster. Hanya orang Melayu yang pasang poster. Orang Cina Dap hanya menjadi calon dan menguasai politik saja.
Orang Melayu ditipu dan di hina oleh Dap. Mana boleh kita kata Dap parti berbilang kaum?
samsuri Bagan