Tun Dr Mahathir pun ada dilemanya sendiri |
Pengarang buku ‘Malay Dilemma’ ini kini mengarang satu lagi ‘dilema’, kali ini ‘Chinese dilemma’ dan saya tidak berminat untuk menerima pandangan yang tidak diperlukan itu. Sesungguhnya ia bukannya ‘Chinese dilemma’ dan bukannya dilema sesiapa. Yang dalam dilema sekarang ialah rakyat Malaysia sendiri khususnya orang Melayu dan sedikit dari bangsa-bangsa lain di negara ini.
LKS dengan dilemanya. |
Lim Kit Siang (LKS) memberikan
reaksi dengan mengatakan Mahathir sebagai rasis kerana mencipta ciptaan barunya
iaiatu ‘Chinese dilemma’. Apa yang dikatakan oleh LKS itu tidak salah dan ia
adalah benar. Tetapi apa yang tidak terfikir oleh LKS, beliau juga memimpin
parti yang terbentuk persepsi yang ia adalah parti yang tertumpu kepada imej
parti Cina dan itu jelas dilihat dan kita tengok secara terang-terangan. Itulah
sebabnya saya katakan dilema ini bukan sahaja dilema Cina seperti yang
diperkatakan oleh Mahathir, ia adalah dilema semua bangsa dalam negara ini.
Rakyat sebenarnya dalam dilema,
bukannya Mahathir dan bukan juga LKS. Di satu pihak rakyat khususnya orang
melayu dalam dilema yang teramat sangat. Mereka tersepit diantara menerima
kerajaan yang korup dan tercemar dalam segala-galanya dengan memilih pihak yang
hanya mementingkan bangsanya sendiri dalam perjuangan politik mereka.
DAP telah berjaya menundukkan
orang Melayu dan sudah pun ramai yang tampil memberikan sokongan kepada parti
yang di dominasi oleh kaum Cina itu. Ini adalah satu trend yang sihat kalau
dipandang dari sudut rakyat yang 'ordinary' ini. Fenomena ini tercetus kerana
orang Melayu dalam dilema hasil dari ketidak jujuran pimpinan BN khususnya UMNO
itu. Tetapi orang melayu telah dipermainkan juga oleh pihak yang memberikan
laungan kuat tentang ‘multiracialism’ ini dengan hanya mahukan sokongan dan
undi orang melayu sahaja sedangkan ia tetap kekal memaparkan sebagai sebuah
parti kaum Cina.
Mungkin di sini betulnya Mahathir
kerana tidak adil disangkal yang kita lihat di Pulau Pinang kuasa politik
dikuasai oleh DAP yang di dominasi oleh bangsa Cina sedangkan parti DAP itu
mencanangkan partinya sebagai parti berbilang kaum. Tidak seorang pun dari
Ahli-Ahli Legislatif dari DUN Pulau Pinang di wakili oleh orang Melayu kalau
kita lihat wajah mereka satu persatu.
Di Pulau Pinang misalnya orang
melayu layaknya hanyalah untuk mengandar dan menampal poster di dinding-dinding
bangunan dan tiang telefon semasa pilihanraya umum yang lalu. Mungkin itulah
yang dianggap sebagai politik berbilang kaum itu. Kaum Cina menguasai kerajaan
dan orang melayu menjadi penampal poster dan menjadi penceramah-penceramah
sahaja.
Orang Melayu hanya dijadikan
‘kuda pelejang’ untuk menyerang pimpinan dan orang Melayu yang lain. Orang
melayu Islam diberi upah dengan memberikan peruntukkan yang tinggi kepada Majlis
Agama Islam dan jumlah peruntukkan untuk kegiatan Islam yang sebanyak itu
sememangnya tidak menjadi hal kepada kerajaan P Pinang, negeri yang kaya raya
itu.
Tetapi siapa yang bersalah
disini, sehinggakan orang Melayu dengan mudah sahaja di jadikan sebagai ‘kuda
pelejang’ tadi? Ia mesti bersebab dan penyebabnya ialah kerana kepimpinan
Melayu yang sudah menghadapi kekurangan keyakinan dari orang Melayu sendiri?
Sebusuk-busuk orang Melayu mereka tidak mahu melihat pemimpin mereka yang
rasuah dan tidak bermoral itu? Maka orang Melayu terus dalam dilema dan itulah
yang sepatutnya difahami oleh Dr Mahathir.
LKS tidak ada masalah memahami
keadaan ini. Kalau tidak masakan beliau dengan mudah menggunakan Melayu yang
dalam dilema ini untuk memberikan sokongan kepada DAP dan parti-parti lain
dalam PR itu? Sekarang ada pihak yang merasakan sudah menjadi satu dosa jika
orang Melayu tidak menyokong DAP itu.
Semuanya ini terjadi kerana
dilema rakyat yang sedang tersepit diantara pihak yang rasuah yang mereka benci
dan pihak yang menggunakan kelemahan ini untuk memberikan tumpuan kepada
kelompok mereka sendiri.
Rasis tetap wujud dikedua-dua
belah pihak. Satu pihak bercakap isu rasis, satu pihak lain tidak bercakap
tentang isu ini tetapi tindakan serta hasil politik mereka tidak lain dan tidak
bukan adalah rasis yang menebal.
Kedua-duanya sama sahaja. Itulah
menjadikan rakyat dalam dilema untuk memilih. Apabila mereka (rakyat) berada
dalam dilema seperti ini maka akhirnya mereka terpaksa memilih pimpinan dari
bangsanya sendiri. Orang Melayu berfikir
sebusuk-busuk melayu ada bau Melayunya dan pihak lain pula akan berfikir
sebusuk-busuk bangsanya masih ada terhidu bau bangsanya.
Orang Melayu selalunya akan
mencium bau baju atau pakaian ibunya untuk menghilangkan kerinduan terhadap
ibunya yang baru meninggal. Itulah kaedah dan maksud kata-kata saya tadi.
Kalau China hendak mengambil alih kuasa politik apa salahnya ,kuasa eknomi sudah ada ditangan kaum Cina ,maka sebaiknya kuasa politik berada ditangan kaum Cina juga ,barulah seiring.
ReplyDeletemcm lagu kru "dilema"
ReplyDeleteSelagi orang melayu mengakui Tun Dr. Bapa kemerosotan malaysia seorang melayu tulin 100%....dan manusia melayu boleh lahir Islam.....
ReplyDeleteDisitulah realiti melayu yang masih tak sedar apa dia Kebenaran dan Penipuan!!
AA,
ReplyDeleteDalam pilihanraya ke14 nanti kita tengok sejauh mana Anthony Loke boleh bermain politik dengan Kamarul Baharin Pkr. Saya berharap mereka tidak berpecah. Kita tengok saja permainan seorang yang tamak dari Pkr dan seorang chauvinis Cina Dap tu.
Saya bergembira dapat mengalihkan soongan ramai pengundi kembali keBN di Ampangan, Pilah dan Juasseh dan juga Seri Menanti.
Orang putih kata, 'once bitten twice shy'.
Kpd sesiapa yg bnar7 ARIF..
ReplyDeletekpd yg bnar7 teliti lg mgHALUSI..
kpd yg bnar7 meNITI jln nabi2..
Ssgguhnya KUASA itu bukan pd politik
ssgguhnya KUASA bukan pd ekonomi
sbnr7 KUASA bukan pd darjat/raja
sbnr7 KUASA bukan pd majoriti/bangsa
Sbnr7 KUASA..
Sbnr7 smutlak7 KUASA,adalah..
Apb Yusof as diFITNAH & dpenjara..
Apb Musa as brguru dgn Khidir as..
Apb nabi SAW brTAFAKKUR ddlm gua..
Sume nabi2 melalu PROSES dmana mrk akhirnya TIADA lg mmentingkanDIRI..
mrk TIADA, TIADA, TIADA pntingDIRI..
TIADA lg nilai2 harta bngsa/kroni..
yg pnting HANYA..unvrsal VALUE
yg pnting HANYA..NILAI2 dr ygSATU
HANYAlah nilai2 SEJAGAT/wahyu ygSATU
Maka..
memancarlah INTEGRTY yg trtggi skali
brsinarlah ACCOUNTABLITY yg murni
brcahayalah TRNSPRENCY yg kudus suci
suburlah AMANAH,kjujuran keikhlasan CINTA & kasehSAYANG yg TAK mungkin diTUKAR ganti..
BUKANkah sbnr7 KUASA itu ada dsisi TUHAN?
BUKANkah jln nabi2 itu mmbawa kita bnar7 kpd KUASA TUHAN??
KUASA siapakah yg ingin kita cari?
KUASA nafsu serakah HALOBA yg keji?
KUASA tipu fitnah KHIANAT yg jahat?
KUASA gelap/samar BELIT sprt ular?
Apakah yg tlh kita SAKSIkan?
Apakah ertinya '2 kalimah SYAHADAH' yg tlh kita lafazkan??
wahai Ramadhon..KAU bukakan lah..
lahaula wala quata illa biLLAH..
Sdr Aspan Alias, selamat menyambut hari lebaran.
ReplyDeleteSaya terus membaca dan menikmati tulisan yg selalu datang dari jiwa mu yg sebenarnny.
Keep it up Sdr AspanAlias.
TDM tu pemimpin yg gila-gila...jgn ikut sangat cakap dia tu..nanti jadi gila
ReplyDeletePak Aspan,
ReplyDeleteThe canteen never close in Chinese schools
Well, Mr writer, I think LKS is not dilemma in politically, he is been progressive like PKR progressive ideology compare to Mahathir's GOP aged old far-right ideology.
ReplyDeletePlease be more progressive in these 21st Century of innovative and creativity
Sdr Aspan,
ReplyDeleteUlasan yg menarik tentang TDM.Tak perlu risau tentang beliau.
Kebanyakan komennya sudah tidak releven lagi bagi rakyat Malaysia.
Delema yg rakyat ada sekarang adalah akibat pemerentahannya yg terlalu lama dan membiarkan/memulakan sikap rasuah yg berleluasa di pihak yg berkuasa.
Rakyat perlu bencikan rasuah hingga ke tulang hitam.
Baru UMNO akan tahu nasibnya.
Saya tak Nampak sangat orang Melayu begiyu resis cuba yg sewaktu dgn TDM saja.
Orang Cina juga begitu. PRU 13 mereka hanya benci rasuah Melayu bukan org Melayu.
Nas