Rakyat Mesir akan berhari raya di
Dataran Raba’ah dan beberapa dataran lain di Cairo. Mereka tidak akan kembali
ke rumah masing-masing selagi Mursi tidak dikembalikan kuasa yang telah dimandatkan
rakyat dalam pilihanraya demokrasi yang pertama dua tahun dahulu. Puluhan juta
rakyat telah berkumpul dan berhimpun secara terbuka menuntut Mursi dikembalikan
ke Istana Presiden di Ittihadiyyah tanpa syarat.
Tiga lagi tuntutan mereka ialah
untuk diadakan segera pilihanraya Dewan Rakyat dan kembalikan Dewan Senat yang
telah dibubarkan. Mereka juga menuntut agar ditubuhkan Jawatankuasa yang
diketuai oleh Mursi yang sebelum ini telah disertai oleh semua pihak. Mereka
juga mahukan sistem dalam mana penyingkiran Mursi atau mana-mana Presiden hanya
di lakukan mengikut Perlembagaan.
Di Dataran Raba’ah sahaja lebih
dari tiga juta rakyat telah berhimpun dan jutaan telah berhimpun di
Dataran-Dataran Giza, Ramsis, Istana Ittihadiyyah, Alemena, Qina, Aswan, Asyat dan Fayoun.
Mereka mahu keempat-empat tuntutan mereka ini dipenuhi sebelum mereka bersurai
dan kembali ke rumah masing-masing. Jika tuntutan mereka tidak dipenuhi mereka
akan terus berhimpun dan mereka akan berada di Dataran-Dataran tersebut
walaupun semasa Hari Raya Aidilfitri nanti.
Bagi pemerhati politik himpunan ini
merupakan himpunan yang kuat kerana mereka adalah datangnya dari penyokong
Mursi yang telah mendapat kemenangan dalam pilihanraya yang lalu dan tentunya
mereka adalah dari pihak yang majoriti. Keyakinan mereka yang berhimpun ini adalah tinggi
kerana ini merupakan perhimpunan yang bertembung dengan pihak yang didalangi
oleh kuasa asing yang hanya mahu melihat gerakan Islam menjadi kucar-kacir.
Mursi yang menjadi Presiden yang
dipilih secara demokrasi buat kali pertama bagi Mesir adalah dari kumpulan pejuang
Ikhwahnul Muslimin. Nyata di Mesir
demokrasi yang baru wujud ini tidak bertahan lama kerana Mesir sejak 60 tahun
dahulu dipimpin oleh pemimpin yang autokratik dan tidak pernah mengalami
demokrasi yang sebenarnya.
Bagi Mesir demokrasi adalah baru
dan belum menjadi budaya politik dan cara pemilihan pemimpin bagi mereka.
Keadaan itu ditokok tambah dengan peranan yang dimainkan oleh kuasa asing yang
berkecenderungan memihak kepada Israel
dan zionis yang selama ini menjadi musuh kepada Islam termasuk oleh rakyat
Mesir sendiri.
Pejuang Islam telah lama
melakukan usaha untuk meminggirkan pimpinan yang autokratik yang pro barat di
Mesir. Dalam usaha-usaha itu Presiden Anwar Sadat telah dibunuh oleh pejuang
Islam pada 6hb Oktober 1981dahulu, semuanya kerana tentangan mereka terhadap
pimpinan yang menjadi boneka kepada barat.
Usaha mereka berterusan dalam
beberapa dekad sehinggakan mereka mampu menolak kepimpinan Hosni Mubarak yang
telah berkuasa setelah menjadi Presiden menggantikan Anwar Sadat pada 1981 yang
lalu dan akhirnya mereka dari puak Islam ini telah berjaya menuntut untuk
mengadakan pilihanraya secara demokrasi hampir dua tahun lalu. Kejayaan
Ikhwanul Muslimin ini telah menyebabkan pihak yang pro barat tidak berpuas hati
dan telah melakukan jenayah politik dengan menyingkirkan Morsi, Presiden yang
pertama dipilih melalui demokrasi yang merupakan puak Islam yang berpengaruh di
Mesir. Presiden Morsi telah digulingkan oleh pihak yang bersimpati dengan Israel
dengan bantuan tentera yang nyata telah mendapat bantuan AS sebayak USD
2billion.
Pendeknya apa yang sedang berlaku
di Mesir ini adalah kejadian yang biasa dimana-mana negara yang membiarkan
kuasa asing khususnya barat bersama-sama bermain politik dalam negara-negara
tersebut. Di Mesir, pertembungan ini
ialah diantara puak pro barat yang takut dengan kekuatan Islam yang
bersempadanan dengan negara haram Israel itu.
Israel
sememangnya tidak selesa jika ada negara Islam yang berjiran dengannya yang
kuat kerana Israel
mengakui yang mereka adalah dari negara yang di wujudkan oleh kuasa asing
melalui Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1948 dahulu. Israel mendapat sokongan padu dari Amerika
Syarikat dan Britain dan apa
sahaja yang mereka rasakan boleh mengugat kedudukan Israel, mereka tidak berdiam diri
untuk melemahkan pihak ini.
Dalam isu ini banyak
negara-negara Timur Tengah yang dalam ketakutan jika ‘arab spring’ berlaku di
negara mereka tidak bersama Morsi malahan mereka memberikan dukungan kepada
pihak tentera Mesir dalam isu penggulingan Morsi ini. Mereka khuatir jika tidak
bersama dengan puak yang menggulingkan Morsi ini mereka akan menghadapi keadaan
yang sama kerana mereka tahu yang kuasa luar barat ini akan melengkapkan
perjuangan mereka di Timur Tengah dengan melakukan gerakan terhadap mereka dengan
menggunakan pihak pembangkang bagi menggugat kedudukan ‘mornachy’
dinegara mereka.
Qatar,
Oman, Emiriah Arab Bersatu
serta Jordan
memihak kepada tentera dan pembangkang di Mesir dan itu adalah jalan yang
selamat bagi mereka untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku di negara
mereka.
Pendeknya permainan kuasa asing
barat yang menjadikan Timur Tengah sebagai padang
permainan politik licik mereka itu adalah semata-mata bagi membenamkan
negara-negara islam ke kancah kehancuran untuk memastikan Israel dan sekutunya akan terus
bermaharajalela tanpa had. Perjuangan barat yang dikuasai zionis ini adalah
perjuangan global dan tidak akan berhenti sampai bila bila.
Di sebaliknya perjuangan
negara-negara Islam tidak bersifat global kerana lebih mementingkan puak dan
negara sendiri dan itu menyebabkan perjuangan umat Islam tidak padu dan
sentiasa menjadi landasan bagi puak barat dukungan zionis ini berkuasa dalam
semua bidang khusunya dalam bidang
ekonomi dan ketenteraan.
Bagi pihak barat memecah-belahkan
negara-negara Islam itu adalah perniagaan mereka kerana perpecahan islam dan
negara-negara islam itu akan menguntungkan puak mereka. Itu adalah perjuangan yang
‘ulimate’ bagi puak zionis antarabangsa. Musuh mereka hanya lah Islam dan di
Mesir musuh mereka ialah ikhwanul Muslimin yang diketuai oleh Mosri yang baru
mereka singkirkan dengan menggunakan tentera Mesir itu sendiri.
Mereka akan menaikkan pemimpin
boneka mereka dan perlantikan pimpinan baru Mesir oleh pengguling kerajaan dan
pemimpin Islam di Mesir itu adalah permainan mereka yang sangat biasa kita
lihat berlaku dimana-mana di dunia ini.
Permainan ganas pihak zionis dan
Amerika ini begitu menonjol setelah tamatnya perang dingin diantara Amerika dan
barat dengan Soviet Union yang telah berpecah belah dua dekad yang lalu.
Bagi negara kita, rakyat perlu
prihatin terhadap elemen ini yang sedang mula berluasa dinegara ini dan rakyat
ramai harus berwaspada terhadap isu ini dan jangan sekali-kali membiarkan
sesiapa yang menjadi agen permainan zionis dan AS di negara ini mendapat
kekuasaan dalam kerajaan dan negara kita.
Perjuangan ini adalah perjuangan
yang berterusan dan generasi kita wajar mewariskan semangat menjaga negara ini
dari dipengaruhi oleh kuasa asing yang zalim dan jahat ini.
Perjuangan penentang ini wajar
ditanam dari mula anak dan generasi kita lahir sampailah keakhir hayat mereka
kerana puak zionis yahudi ini akan menggunakan pimpinan Islam sendiri untuk
memecah belahkan negara kita yang kita cintai ini seperti yang dilakukannya di
Mesir sekarang.
ReplyDeleteThis is a borderless world with infor at your finger tips....population and military power is no guarantee of security.
Every INDIVIDUAL must play his/her part to contribute to the economy by creating real jobs and income to the millions of ordinary people.
But we have politicians/leaders promoting and encouraging politics of division and distrust between Muslim vs non Muslim, Bumi vs non Bumi, Malay vs non Malay dll.....an unnecessary and damaging division waiting for disaster.
kita sudah bawah telunjuk Israel..
ReplyDeleteingat UMNO,ingat APCO..