Apa pun keputusan PRK Kuala
Besut, keadaan tidak berubah. Ia tetap menunjukkan BN adalah pihak pemerintah
yang lemah dan tidak mampu menjadi kerajaan yang kuat dan stabil di Terengganu.
Jika PAS memenangi PRK ini, ia akan
menjadikan kedudukan BN dan PR sama banyak kerusi di Dewan Undangan
Negeri Terengganu itu. Tidak pula diketahui apakah cara undang-undang dan
perlembagaan yang akan mencari penyelesaian terhadap isu ini jika ia berlaku.
Jika BN menang ia akan
mengekalkan kedudukan 17/15 dalam Dewan Undangan Negeri itu dan ia tetap
melambangkan kelemahan BN di negeri itu. UMNO sebenarnya tidak kuat di
Terengganu dan apa sahaja boleh berlaku dalam PRK kali ini di Kuala Besut.
UMNO sendiri bermasalah dalaman yang besar. UMNO tidak bersatu diantara
pemimpinnya dan ini diketahui umum.
Idris Jusuh, Ketua UMNO Bahagian
itu berkata ada usaha PAS untuk melagakan beliau dengan Menteri Besar, Ahmad
Said. Ahmad Shabery Cheek pula mengatakan yang tidak akan ada mana-mana pihak
yang akan percaya dengan ‘tohmahan’ PAS itu.
Sesungguhnya kata-kata kedua-dua
pemimpin UMNO Terengganu itu adalah lambang kepada apa yang sebenarnya berlaku
dalam UMNO Terengganu. Ini politk dan kita faham hakikat yang ada di dalam UMNO
itu. Jika ada pemimpinnya bercakap sedemikian. dengan menuding jari dan menuduh
PAS melagakan kedua-dua kumpulan dalam UMNO itu semata-mata untuk melindungi
dan menutup keadaan sebenarnya dalam parti pemerintah itu.
Hakikatnya kedua-dua pemimpin,
Idris dan Ahmad Said ini tidak perlu dilagakan, kerana kedua-duanya memang
sudah pun berlaga dari dulu lagi. Bagaimana kita hendak menafikannya kerana
mereka berlaga secara terbuka sejak selepas PRU ke12 dahulu. Tidak payah
diulangi apa yang berlaku kerana itu semua dalam pengetahuan umum. Jadi jika
ada dalam UMNO Terengganu menafikannya itu adalah bohong belaka.
Tetapi itu bukannya perkara
penting bagi PAS. Bagi PAS yang penting ialah untuk menunjukkan kepada rakyat
yang parti itu adalah parti ‘alternative’ terbaik bagi Melayu yang tidak
menyokong UMNO. Baik buruknya PAS itu masih ada bau Melayunya. Yang menang dan
yang kalah itu Melayu yang sama agama mereka.
Pilihanraya yang baru lalu ini
telah memberikan pelajaran kepada kita yang retorik memperjuangkan ‘multiracialism’
itu adalah palsu semata-mata. Ada pihak yang berjuang untuk ‘multiracialism’ nya
tetapi mereka sendiri itu adalah rasis dalam ‘approach’ politik yang di
tunjukkan kepada rakyat.
Oleh itu orang Melayu yang
beragama Islam ini wajar jangan berpecah dan sama-sama membetulkan apa-apa
perbezaan dianatara kita. Yang penting kita tidak boleh berpecah kerana politik
kepartian ini. Biarlah politik kepartian ini menjadi kehadapan semasa
pilihanraya sahaja.
Dalam kes Kuala Besut ini adalah
baik jika PAS diberikan tempat kali ini. Bagi setengah pihak PAS wajar mendapat
perhatian orang Melayu khususnya yang beragama Islam. Jika PAS mendapat
kemenangan di Besut maka kita boleh menunjukkan kepada mana-mana pihak yang lain
yang orang Melayu sudah mula bersatu dan jangan cuba memecahkan Melayu itu untuk
kepentingan perjuangan rasis mereka itu.
Setiap orang melakukan kesalahan
termasuk saudara dan saya sendiri dalam hidup ini termasuk politik. Hidup ini
ibarat meniti permatang sawah yang sempit. Dalam penitian permatangan sawah itu
kadangkala kita terkelincir dan jatuh kedalam lopak sawah itu. Tetapi kita
bangun dan naik kembali ke permatangan itu dan berjalan terus dan melakukan
penitian itu. Jika jatuh lagi, naik kembali dan teruskan perjuangan penitian
itu sampai ke penghujung penitian itu.
Saya merasakan tidak ada salahnya
jika PAS mendapat tempat di Kuala Besut itu. Setidak-tidaknya jika PAS
memenangi kerusi itu kedudukan sama banyak kerusi di DUN Terengganu akan dapat
memberikan latihan untuk kita melakukan penyelesaian secara baik apabila
berhadapan situasi sedemikian.
Yang penting sekarang kedua-dua
pihak mesti menghormati kehadiran pihak lawan dan tidak perlu bergaduh dan
bertikam lidah untuk menegakkan perbahasan masing-masing. Jika perbahasan itu
terlalu hangat ia sangat tidak kena dengan keadaan pilihanraya di bulan Ramadan
al Mubarak ini.
Ada beberapa orang pembaca blog saya dari
kawasan itu bertanyakan pihak mana yang mereka harus menyokong. Ternyata mereka
adalah dari kumpulan yang duduk diatas pagar. Jawapan saya kepada mereka mudah.
Hak untuk mengundi pihak mana itu adalah hak mutlak mereka. Tetapi jika mereka
bertanya kepada pandangan dan pendapat saya, saya telah katakan kepada mereka
PAS adalah yang sewajarnya diberikan peluang untuk mewakili kawasan Kuala Besut
itu.
Memberikan PAS sokongan bukannya
tindakan jenayah dan tidak perlu berasa takut untuk memberikan sokongan kepada
parti itu. Begitu juga tindakan membelakangkan UMNO dalam pilihanraya kecil di
Kuala Besut itu pun bukannya satu tindakan jenayah.
Sementara menunggu UMNO berubah
dalam erti kata sebenarnya, memberikan undi kepada PAS itu bukanlah tindakan
yang tidak baik, malahan ia akan menambahkan usaha UMNO itu memperbaiki parti
itu secara serius.
Setakat hari ini UMNO yang
beriya-iya untuk berubah belum pun mendapat ilham apa perubahan yang mereka
patut lakukan. Dengan nilai kepimpinan serta keupayaan pimpinan UMNO hari ini
ramai berpendapat UMNO tidak akan berubah.
Maka beransur-ansurlah kita
memberikan tumpuan untuk menunjukkan yang kita semua adalah manusia yang serius
untuk perubahan itu. Tetapi jika UMNO tidak serius untuk berubah pun tidak
mengapa kerana orang Melayu mempunyai PAS sebagai pilihan kepada wadah
perjuangan mereka.
Tidak ada ruginya jika PAS menang
dan tidak pula ada untungnya jika UMNO menang di Besut itu.
Benar pak. Umno menang pun bukanya ada untung apa pun.
ReplyDeletejaya
YA..KITA NYAHKAN EGOOO UMUNU TU...
ReplyDeleteKalau PAS yang menang, pasti dlm sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu nanti, pasti tiada ADUN BN/UMNO yang berani ponteng sidang. Semuanya akan hadir dengan tekun. Akan ada usul yang akan menyebabkan DUN terbubar nanti. Dan dia akan dipersalahkan oleh partinya.
ReplyDeleteBesar makna dan kesannya jika PAS menang,
ReplyDeleteTiada makna dan buruk kesannya jika UMNO menang,
PAS menang, Idris Jusoh untung, Mat Said jatuh takhta
UMNO menang, Idris kecewa, Mat Said bersorak ria
Ada untung dunia, ada untung akhirat. Yang kita hendak dunia akhirat. Kedua duanya tidak akan jadi duniaakirat. Silap silap pilih jadilah kita bangkrap.
ReplyDeleteSemuanya turun bagi janji. Bagi anak ayam pun jadilah.
Wahai sdra pengundi PRK Kuala Besut, jadilah orang cerdik, sekali kena cukuplah.
Pak Aspan yang budiman,
ReplyDeletePada pendapat saya, rakyat Kuala Besut semestinya memenangkan PAS dalam pilihan raya kecil nanti tidak kira samada penyokong UMNO atau PAS itu sendiri.
Ini kerana, keuntungan berlipat ganda yang bakal dinikmati bukan hanya di Kuala Besut malahan seluruh negeri Terengganu seandainya kedudukan 16:16. Bila keadaan ini terjadi sudah pastinya kerajaan akan menatang penuh semua rakyat Terengganu bagaikan minyak yang penuh. Wang ihsan minyak pun mungkin bertambah-ruah dan bermacam-macam lagi projek yang akan ditabur di seluruh negeri.
Kalau pun pengundian semula terpaksa dijalankan di seluruh Terengganu, bukankah rakyat Terengganu akan mendapat durian runtuh sekali lagi?
Keputusan 16:16 sudah tentu akan menjadi sejarah politik tanahair. Kes PRK Kuala Besut akan bakal menjadi rujukan sampai bila-bila.
Yang pasti Kuala Besut akan menjadi topik bualan untuk waktu yang lama sehinggalah penyelesaian untuk situasi 16:16 dilaksanakan.
Tetapi seandainya, UBN menang di Kuala Besut nanti, keadaan akan menjadi 'gitu-gitu' sahaja seperti sebelum ini. Dua tiga hari selepas pilihanraya, rakyat marhaen akan kembali ke laut, sawah seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sedikit demi sedikit Kuala Besut akan dilupakan seperti sedia kala. PRK Kuala Besut hanya akan dikenang sebagai salah satu dari PRK-PRK biasa sebelum ini. Bezanya PRK ini dijalankan di bulan puasa sahaja.
Alangkah ruginya rakyat Kuala Besut sekiranya mereka mempersiakan peluang yang sangat keemasan ini, peluang yang mungkin sekali seumur hidup.
Wallahuaklam.
Harap PAS menang....kita nak bocorkan semua INTERPRETASI PELEMBAGAAN NEGARA.....nak tengok macam mana Sultan buat cadangan....siapa boleh dibeli....macam mana SPR/EC buat laporan ...macam mana reaksi dari Mahkamah tinggi & UMNO.....macam2 ...tulang keluar dari almari...
ReplyDeleteKali ini lah.....perlu 2500 lagi orang melayu undi Pakatan.....sebab lepas PRU13......Hidup harian lebih TERUK MAHAL!!
Dear Pak Aspan,
ReplyDeleteIts been a very long time I never posted a comments here, I am still enjoying the articles written by you, as I always said again, DAP A MAN liked you to engage them to be multiracial party, of cause there are certain turk in the DAP are crazy over power given the chinese support are so overwhelming. I certainly support your view that Penang should give some good space for Malays to represent its EXCO or even higher position in the State and not just money, I remember and acknowledge this country belong to Malaysian but without the ultimate support from the Malays, we cant change the present Administrator, as I always mentioned again, the Chinese wants good government, good economics condition, and good platform of education for our future generation, aren't these I have mentioned not passion for the Malays or Bumis? I hope my comments here doesn't hurt you and because I still look upon you because liked Chinese says, " Pak Aspan lebih makan garam dari saya makan nasi dalam bidang politics di Malaysia". Sekian Salam Sejahtera and Selamat Berpuasa Pak Aspan.
Salam Tuan,
ReplyDeleteSekiranya PAS menang , kedudukan menjadi seri mungkin UMNO adakan melipatgandakan usaha "membeli" YB dari PAS kerana sejarah membuktikan tindakan UMNO pada PRU 12 di Perak.
Adalah tidak beretika bilamana seorang YB yang di undi oleh pengundinya melompat keseberang tak kiralah dari UMNO atau PAS atau PKR.
Sekiranya UMNO menang , keadaan akan menjadi sediakala iaitu UMNO mempunyai kelebihan 2 kerusi.
Walau apapun melayu tetap menguasai Trengganu dan Ahmad Said terus menjadi MB seandainya situasi UMNO menang.
Pada pendapat saya yang bernilai kurang setengah sen, biarlah UMNO menang supaya Ahmad Said terus menunjukkan keangkuhannya dan pada PRU 14, pengundi akan menghukum mereka sepertimana pada tahun 1999.
PRU 13 menyaksikan pertarungan sengit apabila BN hanya mendapat 47 peratus undi popular walaupun menguasai Putrajaya dengan bantuan SPR yang diragui keneutralannya.
Rakyat Malaysia akan terus memerhati dan membuat kesimpulan di PRU 14 nanti.
akhirnya semua bergantung kpd keperibadian calon
ReplyDeleteSiapa menang pun tidak jadi soal bagi BN. Bn yang dah sampai ketahap tenat sekarang hanya mengharap untung sabut -timbul. Andai tenggelam pun BN masih lagi bolih memerintah Terangganu berdasarkan pembentukan kerajaan sebelum ini.
ReplyDeleteSaya puji orang Terangganu yang pandai main politik macam orang Perak juga. Setiap kali DUN bersidang wakil rakyat akan lebih berhati hati atau terus menikus saja.
Ada cerita dalam dunia pra sejarah dulu orang kata binatang bolih bercakap. Tak tahu pula benar atau tidak. Pernah terjadi pada kerajaan binatang anjing bersidang dalam parlimen mereka .Sebelum tamat bersidang keputusan diambil bahawa semua anjing anjing dalam Negara itu diharamkan makan najis manusia supaya nampak diri mereka bersih dan berwibawa sebagai pemimpin Negara. Masing masing pun mematuhi akta larangan makan najis tersebut. Tetapi keinginan dan ketagihan anjing anjing ini makan najis tak dapat di bendung lagi.Secara senyap dan tersembunyi anjing anjing kerajaan datang semula menjengok tong najis di bawah jamban (zaman dulu najis diangkut olih orang). Maka dihidunya bau najis itu sepuasnya walau tidak dimakannya.Demikianlah kalau seseorang itu dah biasa buat kerja kotor walau dilarang pun tetap akan buat juga jika berpeluang. Kita manusia ini janganlah meniru kerja kotor kerajaan anjing saperti cerita diatas. Seeloknya kita sendirilah yang berusha menjadikan diri kita baik ,barulah kita dipercayai dan disegani orang. Perbuatan 'telunjuk lurus kelingking berkait' itu elok bertaubat nasuha. Masa kerja- betul betul buat kerja , jangan sampai rakyat kata makan gaji buta.
Orang padang besar
ORG2 CINA LEBIH BIJAK BERPOLITIK DR ORG2 MELAYU KERANA MEREKA ADALAH SATU BANGSA YG MEMPUNYAI SIKAP MENGUASAI.. SBB ITU SINGAPURA YG KECIK DLM MENGALAHKAN MALAYSIA DR SUDUT EKONOMINYA.. ORG2 MELAYU MENGAMBIL ISLAM SEBAGAI AGAMA, NAMUN PEMERINTAH MELAYU TIDAK INGIN SEKALI-KALI ISLAM DI JADIKAN CARA HIDUP...CUKUP SEKADAR RITUAL/IBADAH TANPA MELIBATKAN POLITIK AGAR MEREKA DPT TERUS BERKUASA HINGGA KIAMAT. PENERUSAN KEMENANGAN MEREKA MERUPAKAN HASIL DR PLATFORM YG TELAH DI SEDIAKAN OLEH PIHAK BRITISH KPD MEREKA... BRITISH CUBA BERKUASA LEBIH LAMA DGN MALAYAN UNION(ATAUPON MERUPAKAN HELAH BRITISH UTK MENAIKKAN SEMANGAT ORG2 MELAYU MELAWAN BRITISH SUPAYA BRITISH DPT BERI KUASA KPD UMNO-ANAK DIDIK BRITISH). APA-APAPON YG PASTINYA UMNO MERUPAKAN CAMPORAN ANTARA PENERUSAN WARISAN BRITISH DAN JUGA CORAK PEMERINTAHAN YG KEMBALI KPD ZAMAN FEUDAL MELAYU DLM BENTUK BARU... DAN SEMUA INI TELAH DI REKACIPTA OLEH BRITISH SEMASA MEREKA MEMPERKENALKAN 'MALAYAN UNION' YG TUJUAN WAHID/UTAMA ADALAH UTK 'MENGAWAL KUASA POLITIK ORG2 MELAYU (DI BACA : ISLAM YG SYUMUL-CARA HIDUP).
ReplyDelete