Desakan dari setengah pihak dalam
UMNO untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO supaya tidak ditandingi
bertambah nyaring. Walaupun perlembagaan memperuntukan sesiapa boleh bertanding
apa-apa jawatan dalam parti tetapi ada pihak yang tidak mahu diadakan
pertandingan itu kerana ditakuti akan memecah belahkan parti.
Tidak ada siapa yang boleh
melakukan apa-apa kerana pimpinan diatas tidak yakin dengan peruntukan
perlembagaan parti mereka sendiri. Tetapi pucuk pimpinan boleh diubah tanpa
pertandingan kali ini seperti yang berlaku semasa Najib mengambil alih
kepimpinan dari Abdullah Badawi dahulu.
Najib boleh dialih jika cara yang
sama dilakukan seperti yang dilakukan kepada Abdullah dahulu. Asas menolak
Abdullah dulu adalah diatas kegagalan Abdullah mendapatkan kemenangan 2/3
majoriti di Dewan Parlimen. Najib mendapat jumlah kerusi yang lebih kecil maka
elok jika dilakukan cara pengambil alihan dari Najib mengikut cara Abdullah
berhenti dahulu.
Dulunya Muhyiddin begitu kuat dan
mundar mandir ke hulu ke hilir. Muhyiddin merupakan orang ke hulu ke hilir
untuk Abdullah memberikan laluan kepada Najib. Muhyiddin merupakan orang yang
paling hebat kedepan meminta Abdullah turun dan memberikan laluan kepada Najib.
Tentulah niat beliau ialah untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden itu untuk
menggantikan Najib yang telah menerima banyak jasa dari tindakan beliau
(Muhyiddin) itu. Maka Abdullah pun berhenti dan Muhyiddin menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Najib..
Tetapi sekarang Najib sememangnya
lebih lemah dari prestasi Abdullah maka adalah baik bagi salah seorang dari
Naib Presiden menolak Najib pula untuk Muhyiddin mengambil alih Najib sebagai
Presiden UMNO itu. Jika tidak ada salah seorang melakukan tindakan untuk
Muhyiddin, maka jelaslah yang Muhyiddin ini ibarat lilin yang membakar dirinya
untuk kepentingan Najib dan kroninya. Itulah politik UMNO. Jika berjaya
rundingan diantara Najib dengan Anwar maka giliran Muhyiddin akan tercicir dan
tidak siapa akan menghiraukan beliau apabila graf politiknya menurun.
Tetapi sekarang walaupun keadaan
lebih buruk dari masa Abdullah meletakkan jawatan dahulu, tetapi tiada siapa
yang berani mahu menandingi Najib dan tidak ada pun pemimpin tinggi diperingkat
Naib Presiden berani menggerakkan usaha untuk mengambil alih kepimpinan UMNO
dari Najib.
Dahulu orang yang sebenarnya
menggerakkan Abdullah untuk bersara ialah Dr Mahathir dan menggunakan Muhyiddin
untuk bergerak melaksanakan program peralihan kuasa itu. Muhyidin mundar mandir
membuat desakan agar Abdullah meletakkan jawatan untuk memberikan laluan
terhadap Najib diatas alasan kekalahan teruk UMNO sehingga hilang majoriti 2/3
di Parlimen dan kehilangan Kedah, Selangor dan P Pinang kepada pembangkang.
Mahathir mengambil tindakan lebih
jauh dengan bertindak keluar dari UMNO yang beliau tubuhkan sendiri itu. Beliau
hanya kembali ke dalam UMNO setelah berjaya menolak Abdullah dari jawatan
Perdana Menteri. Mahathir lebih rela menghancurkan UMNO asalkan sahaja Abdullah
tidak lagi memimpin kerajaan kita.
Ramai diantara rakan-rakan saya
memberitahu saya yang mereka telah berjumpa Mahathir untuk melakukan tindakan
menolak Najib tetapi kali ini Mahathir tidak pula keluar membidas Najib seperti
yang beliau lakukan terhadap Abdullah. Mungkin oleh kerana Najib lebih berusaha
untuk menyejukkan Dr Mahathir dengan tidak memutuskan hubungan seperti yang
dilakukan oleh Abdullah.
Abdullah dahulu tidak
mempedulikan Dr Mahathir samasekali kerana Dr Mahathir selalu melakukan
gangguan terhadap pentadbiran beliau. Apabila Dr Mahathir berjumpa dengan
beliau (Abdullah) beliau tidak bercakap dan membiarkan Dr Mahathir bercakap
seorang diri dan Abdullah memenuhi masa dengan Dr Mahathir semasa perjumpaan
itu menulis dan mencatatkan sahaja apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir.
Seperkara yang ramai tidak tahu,
Abdullah adalah seorang yang nampak lembut tetapi beliau adalah seorang yang
keras dan degil. Lembutnya Abdullah bukannya untuk di sudu. Beliau tidak
membenarkan Dr Mahathir bermaharaja lela dan beliau terus sahaja dengan selamba
melakukan apa yang patut beliau fikir perlu di lakukan.
UMNO sesungguhnya perlukan
perubahan tetapi tidak nampak perubahan itu akan berlaku. Kalau pun bertukar
orang yang memimpinnya UMNO tetap seperti yang ada sekarang ini malahan ia akan
lebih lemah lagi selepas ini. Saya selalu berulang-ulang bercakap yang jika di
tukar Najib dengan diantara mereka yang ada dalam barisan pimpinan tertinggi
UMNO, parti itu akan tetap sama kerana mereka mempunyai budaya dan sikap serta
kemampuan yang sama sahaja.
Kita tidak boleh mengharapkan
apa-apa dari pemilihan kali ini. Apa yang kita mungkin lihat hanyalah perubahan
muka-muka yang baru tetapi mereka tetap sama sahaja. Masalah tetap sama dan
keresahan rakyat tetap wujud.
Dr Mahathir akhir-akhir ini
mengakui kelemahan nyata tetapi menyeru orang melayu menyokong UMNO juga diatas
nama perpaduan dan keselamatan orang melayu. Biarpun rakyat sengsara dalam UMNO
tetapi mesti menyokong juga UMNO itu.
Orang melayu tidak dibenarkan
berubah oleh Dr Mahathir. Bagi beliau orang melayu mesti hidup terus-terusan
dibawah parti yang lemah. Orang melayu mesti terus-terusan bersabar melihat
kepimpinan UMNO melakukan rasuah dan segala-gala dosa dan noda.
Kalau orang Melayu tidak
menyokong noda dan dosa ini nanti Melayu akan berpecah pula. Biarkan kita
berada dalam dosa dan noda, UMNO mesti dipertahankan. Apa nak jadi, jadilah.
Kalau terpaksa bergelumang dengan UMNO yang melakukan segala noda itu, maka
sokonglah UMNO.
Kalau agama kata jangan rasuah,
jangan di hiraukan jika seruan itu merosakkan melemahkan UMNO. Bagi Dr Mahathir
UMNO itu adalah ‘ultimate’ untuk semua dunia dan akhirat.
Bukan umno saja... pas pun sama. Pas bukan tak ada pemimpin pelapis cuma ego muka2 lembab dalam pas masih mempertahankan kelemahan dan kebodohan masing2.
ReplyDeleteUmno juga ada pelapis tetapi terlalu muda untuk diangkat sebagai pemimpin tertinggi.
umno ada pelapis??? sapa? fathul bari ka? nedim nazri aziz ka? menantu tajudin pasir salak ka?.... memang puak tu pelapis... pelapis untuk perabih harta rakyat!!!
Deletedlm pas pun sama cuma tak seteruk umno.... Din Ayam???? yusri mat piah... poooooodah!!!! ptui...
Salam Tuan!
ReplyDeleteOrang cerita pasal umno, dia cerita pasal pas. Memang melayu jenis ni melayu lembab yang suka mindanya dikongkong oleh orang lain. Matinya, hidupnya kerana umno, sebab tu melayu jenis ni melayu yang boleh diperkotak-katikkan oleh Tuan-tuan mereka.
Salam Pak Aspan...
ReplyDeleteSkrg ini mahathir sedang mengerakkan jentera untuk menjatuhkan shafie abdal bagi membolehkan mukhriz bertanding naib presedin umno..mahathir tau dia sudah kesuntukan masa untuk melihat mukhriz ditabalkan sebagai pm..mungkin faktor usia atau tembelang beliau sudah banyak pecah serta kekuatan umno itu sudah terumbang ambing..
Mahathir sangat cemburu melihat lee kuan yew yg dpt menaikkan lee beliau menjadi pm..
Mula mula mahathir melancarkan wawasan 2020 iatu wawasan beliau sendiri..iaitu tahun 2020 mukhriz akan menjadi pm..tetapi beliau risau bila mukhriz kalah dlm ketua pemuda..najib pun membodek mahathir dgn berkata wawasan 2020 boleh dipercepatkan..supaya mahathir tidak memaksa najib meletak jawatan atas prestasi buruk najib dlm pru lepas..seperti apa yg mahathir buat pada paklah...
Skrg ini mahathir menyuruh macai beliau dari sabah iaitu musa aman untuk bertanding naib presedin sebagai wakil sabah mengantikan shafie abdal..kerana mahathir tau musa aman akan kalah..kerana mukhriz akan bertanding naib presedin supaya menang nnti..
Dengan kekuatan zahid,hisamuddin,shafie abdal sebagai penyandang bertanding adalah susah untuk mukriz untuk menang..mahathir pun pernah tunjukansikap tidak suka mahathir semasa diatas pentas perhimpuanan umno yg lepas..dan dpt dilihat ditv semasa siaran lansung..
Untuk menyelamat org melayu dan rakyat malaysia am nya rancangan mahathir harus disanggah oleh akar umbi umno..
mahadhir tidak akan bersetuju mahayudin menjadi pm malaysia..kerana isteri mahayudin tidak seperti dr hasmah dlm cara berpakaian..mahayudin hanya di pergunakan oleh mahadhir...
ReplyDeleteDan akan ramai lagi pemimpin umno lain akan di pergunakan serta di umpan wang asalkan cita cita mahadhir tercapai..
Mahadir mempunyai sikap ``i dont care``dengan bangkangan atau nasihat org lain untuk mencapai hasrat beliau...sikap ini yg membolehkan mahadhir menjadi pm selama 22 tahun..
Mahathir mungkin merasakan diri beliau harimau yg menguasai kawasan..tetapi beliau sudah tua..dan beliau pun bukan pm lagi sehingga ramai pemimpin umno yg takut dgn mahadhir..mahadhir hanya menunggu masa untuk menemui Maha Pencipta..dan anak beliau hanya sebagai menteri besar kedah sahaja..dan kedah pernah kalah dlm pru..serta masa depan politik mukhriz adalah samar samar dan bintang mukhriz tidak cerah kerana ada pemimpin muda lain yg lebih berkaliber dan mantap..