21 August 2013

Pilih diantara seruan Nabi Muhamad (saw) atau Mahathir Mohamad (Tun)

Ramai pemimpin, penulis, penganalisa politik dan berbagai-bagai lagi pertubuhan sehari dua ini bercakap tentang kegagalan Najib dalam 100 hari pertama sejak memenangi pilihanraya yang lalu. PAS menyebut tentang isu harga barangan yang melambung naik, tahap keselamatan yang membimbangkan dan hutang negara yang kini sudah mencapai tahap 68 peratus dari GDP negara, jika diambil kira hutang tanggungan ‘off-budget agencies’ negara.

Memang benar. Jika dipandang dari satu sudut negara kita dari segi teknikalnya adalah sebuah negara yang diambang kebankrapan. Samada ada pihak yang membenci pandangan ini, tidaklah menjadi hal kepada saya dan sesiapa yang sama seperti saya. Setelah memenangi pilihanraya sekali lagi pada 5hb Ogos yang lalu, Najib di intai segala perkembangan yang berlaku dalam 100 hari pertama pentadbiran beliau selepas mendapat mandat baru, walaupun dengan mandat yang lebih kecil.

Bagi saya adalah tidak adil untuk mengadili Najib hanya dalam 100 hari sahaja. Mana mungkin Najib boleh membuat dan menunjukkan prestasi dalam 100 hari sahaja. Najib telah diberikan beberapa tahun untuk menunjukkan kecekapannya mentadbir negara, tetapi tidak ada apa yang boleh dibanggakan selain dari berbelanja wang rakyat dengan begitu ‘lavish’ sekali.

Bagi pandangan saya jika di berikan masa 100 bulan atau 100 tahun sekali pun, keadaan negara kita akan bertambah buruk. Ianya bukan kerana negara kita miskin atau negara kita sebuah negara yang buruk. Ia di sebabkan pimpinan negara yang buruk dan kelakuan dan sikap kerajaan yang buruk serta kerana sikap ahli-ahli UMNO yang selalu memberikan sokonagn kepada manusia yang bersikap buruk untuk menjadikan negara kita sebuah negara buruk.

Apabila semua ahli-ahli UMNO selama ini memilih pimpinan yang mempunyai niat dan matlamat buruk maka buruklah hasilnya. Tetapi kebanyakan diantara ahli dan pimpinan UMNO tidak tahu yang mana satu yang baik dan yang mana yang buruk. Pimpinan UMNO hari ini bukannya tidak mahu berbuat baik. Mereka kepingin sangat untuk melakukan kebaikan untuk rakyat. Masalah yang mereka hadapi, mereka tidak tahu yang mana satu yang baik dan mana satu yang buruk.

Kenapa perkara seperti ini berlaku? Jawapannya ialah kerana kebanyakan pemimpin yang naik tangga kepimpinan itu naik melalui jalan yang buruk dan kotor. Kebanyakan pemimpin yang menaiki tangga kepimpinan UMNO adalah tergulung dari mereka yang menumpukan tenaga dan pemikiran untuk menjadi ‘social climbers’ semata-mata, bukan untuk menawarkan tenaga dan usaha mereka untuk memimpin negara dan rakyat kearah kemajuan.

Apabila parti sarat dengan ‘social climbers’ parti itu akan dipenuhi dengan mereka yang melakukan cara apa sekali pun untuk menjadi pemimpin, waimma melalui pembayaran undi dan pembelian perasaan yang  memilih. Itu sebabnya kita melihat dalam UMNO terlihat oleh kita pemimpin yang menawarkan diri kebanyakkannya dari mereka yang tidak berkeyakinan untuk menang tanpa membeli undi. Maka terbentuklah budaya perwakilan-perwakilan atau ‘warlords’ dalam UMNO yang diyakini boleh membawa undi menjadi perwakilan ‘premium’ dan mendapat jumlah wang yang banyak. Kesempatan dalam pemilihan ini dipergunakan oleh perwakilan untuk mencari punca ‘rezki’ melalui pemimpin-pemimpin yang bercita-cita tinggi tetapi tidak mempunyai kepimpinan.

Budaya ini merupakan salah satu penyebab kenapa 100 hari pertama Najib selepas pilihanraya ini tidak berlaku apa-apa yang beliau telah janjikan kepada rakyat. Najib, pertamanya sudah tidak mampu untuk berfikir dengan tenang lagi kerana kedudukan beliau dalam UMNO sebagai Presiden pun bukannya stabil sangat. Najib sedar yang dibelakang beliau sudah ada gerakan untuk menjatuhkan beliau.

Ada pemimpin besar samada yang telah bersara dan belum bersara sedang berkempen dalam perjumpaan tertutup untuk mempengaruhi kedudukan Najib. Dalam pada itu ada desas desus yang mengatakan Najib telah mengambil langkah untuk menyambung nyawa politiknya dengan berunding dengan musuh dan seteru nombor satu beliau, Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan perpaduan. Anwar pun sama, tidak berbunyi pun suaranya akhir-akhir ini dan tidak seperti sebelum pilihanraya yang lalu.

Jika perkara yang di spekulasikan ini benar, belum tahu lagi siapa yang mengelentung dan siapa yang kena kelentung. Anwar dikatakan akan menjadi Timbalan Perdana Menteri satu dan yang Timbalan sekarang akan menjadi Timbalan kedua. Entahkan benar atau tidak berita ini tidak pula saya dapat pastikan. Itu sebabnya samada seseorng itu pemimpin besar BN atau Pakatan, mereka sama sahaja. Apabila mendapat peluang mereka akan lakukan dan mereka yang telah berpecah-pecah dibawah ini adalah cerita remeh bagi mereka.

UMNO sekarang ditambah pula dengan didikan baru oleh Dr Mahathir seperti yang saya sebut dalam posting yang lepas. UMNO itu benar parti yang tidak baik pada pandangan Dr Mahathir kerana rasuah dan salah laku pimpinan yang nyata. Tetapi orang Melayu mesti juga menyokong UMNO. Orang Melayu khususnya ahli-ahli UMNO sangat keliru sekarang ini.

Satu pihak ada agama yang dibawa oleh Nabi Mohamad supaya memerangi rasuah dan salah laku kepimpinan. Di sebelah sini pula ada pemimpin seperti Dr Mahathir menyeru ahli-ahli UMNO yang jangan kisah dengan rasuah asalkan UMNO itu kekal berkuasa untuk menjamin keselamatan rakyat dan orang Melayu. Kalau mengikut seruan Dr Mahathir orang Melayu walau di tindas oleh UMNO, mereka (orang Melayu) mesti sokong UMNO. Parti itu sahaja yang boleh menjamin masa depan mereka, kata Mahathir.

Justeru orang Melayu sengaja di kelirukan oleh pimpinan supaya tidak berdaya memilih dengan betul untuk kepentingan mereka yang berkuasa dan yang hampir dengan kuasa. Tidk ada sesiapa lagi yang mampu berbuat apa-apa untuk menghidupkan kembali maruah orang Melayu.

Nabi Muhammad saw kata buat begini, Mahathir Mohamad pula kata buat begitu. Rakyat keliru dan terus dikelirukan. Pemutusnya buatlah apa yang masing-masing suka, tepuk dada tanyalah selera.

Pilihlah satu diantara dua ajaran dan seruan yang ada dihadapan mereka. Mereka boleh memilih Nabi Muhamad (saw) atau Mahathir Mohamad (Tun). Saya seorang yang jahil segala-galanya tetapi saya memilih untuk berusaha mengikut seruan Muhamad (saw).

Seorang yang beragama dan bertuhan akan akur bahawa tiada pilihan selain dari memilih seruan dan anjuran Muhamad (saw).

24 comments:

  1. Tuan Aspan,

    Saya hanya penjenguk blok yang dipunyai oleh tuan. Adalah hak mutlak tuan untuk menulis luahan hati tuan. Namun izinkan saya melahirkan rasa tidak selesa dengan seruan tuan ini. Menganjurkan pilihan seperti ini seolah memberi pengiktirafan kepada manusia pelbagai rupa bernama Mahathir ini. Biarlah kita menganalisa kepelbagaian rupa manusia Mahathir tanpa dikaitkan dengan kekasih hati kita itu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Saya amat bersetuju apa yang Tuan nyatakan itu. Sememangnya orang Umno sekarang ini samada dari ahli biasa sehingga kepada Presiden hanya mementingkan tombolok mereka sahaja. Masalah rasuah dimana mana pun berlaku akan tetapi dalam Umno amat ketara, terutama semasa PRU yang baru lepas, tanya sajalah.. memang mereka yang terlibat akan mengiayakan kenyataan ini.

    ReplyDelete
  3. Benar tuan, tiada pilihan selian dari Muhamad saw.

    ReplyDelete
  4. Pengakuan tuan sebagai seorang yang jahil itu sesungguhnya sikap orang Islam sebenarnya.

    Alhamdulillah!

    ReplyDelete
  5. Mahadhir pernah berkata..``umno telah busuk sampai ke usus..skrg mahadhir berkata umno lah penyelamat org melayu...skrg rakyat malaysia sudah tau..mahathir org nye mcmana..

    untuk mengalahkan umno/bn hanya perlu pada pru nnti..kerana rakyat malaysia skrg ini takut untuk bertindak..kerana telah dibebani masalah kehidupan seperti hutang rumah,hutang kereta,hutang kredit kad,hutang ptptn dan perbagai hutang lagi..jika mereka bertindak bagaimana dgn keluarga mereka..kerana itu rakyat malaysia tunggu pru 14..iaitu melalui undi..pemimpin pakatan rakyat mesti mentangani dgn sistemetik penipuan penipuan umno/bn dlm pru nnti...

    Kerana itu mahathir,umno hendak melihat org melayu sentiasa susah..dan diimport segala pendatang untuk mengambil peluang kerja penduduk tempatan...

    Saya skrg skrg suka membaca blog pak aspan dan sangmokol 47..yg benar benar memberitau apa yg umno telah buat pada org melayu...

    ReplyDelete
  6. Dalam hal ini saya SETUJU benar dengan Pa Aspan...!!!

    Kerana kita beragama dan WAJIB kita ikut ajaran agama kita. Hanya mereka2 yang kurang berILMU dan tidak faham apa yang mereka di-beritahu akan terus menerus menuju kejalan yang salah......!!!

    UMNO baru itu hanya partai bukan AGAMA ISLAM yang syumul...jadi persoalan nya wajibkah kita ikut UMNO baru itu????

    -- Ikhlas , atuk.

    ReplyDelete
  7. Ramai orang melayu tidak mengenali Muhammad(saw) sebab mereka tidak mengaji tentang Muhammad(saw). Mereka lebih menyayangi mahathir mohamad sebab media nasional melayu begitu menyanjung mahathir seakan2 beliau it maksum!

    ReplyDelete
  8. Tuan,Najib dikerumun oleh hulubalang2 yang ketara seangkatan beliau,budaya ini menjelma hasil didikan Mahatir yang tidak mahu menyiapkan barisan pemimpin pelapis yang berwibawa...natijahnya apa yang kita lihat hari ini.

    ReplyDelete
  9. Skrg ini..pemimpin umno sedang memasang agenda sendiri sebelum pemilihan umno nnti..masing masing berusaha supaya legasi politik peribadi akan berterusan...mahadir dgn mukhriz..najib pun tngh berkira kira siapa yg akan menyokong anak beliau..smpaikan nazri aziz pun sedang melatih anak beliau yg bermasalah dlm politik..cuma bagaiman dgn mahayuddin,zahid hamidi dan shafie abdal..

    Ini yg susah,jika jika pemimpin maukan anak sendiri mengambil alih kekosongan yg akan ditinggalkan...pas,pkr dan dap harus mengambil iktibar apa yg berlaku dlm umno...

    ReplyDelete
  10. Amat malang sekali manusia bernama Mahathir ni yg sudah berdekatan dengan "rumahnya " di dalam tanah masih diperkotakkatitkan akan kuasa yang huduh dimasa lalu.

    Tidak dinafikan bahawa doa2 mereka yang dianiayainya semakin terpapar satu persatu.

    Manakala Nabi Muhammad SAW juga seorang pemimpin agong meninggalkan jasa yang besar untuk umatnya. Bagi Mahathir apa yang di tinggalkan kepada rakyatnya amat menyedihkan.

    Amat malang, bagi manusia Melayu Islam kalau menolak dan tidak memahami RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN, maka segala perbuatannya akan memakan diri mereka sendiri.

    ReplyDelete

  11. Saudara Aspan,

    Agak keterlaluan perbandingan yang saudara berikan, tetapi kalau disuroh pilih antara Mahathir Muhamad & Lim Kit Siang untok jadi PM Malaysia ,moleklah dipilih Lim Kit Siang kerana dia lebih telus dalam urusanya.

    ReplyDelete
  12. Lufang, kenapa nak banding LKS dgn Mahathir pula? ada bukti LKS nak jadi PM ke? Nak komen pun ikut topikla, janganlah nak tunjuk sangat kebodohan UMNO tu. Kesian aku tengok orang- orang UMNO yang sayangkan bangsanya lebih dari Islam. Yang nabi seru diabaikan, yang mamak kerala ni seru dipatuhi. Bangga sgt Mamak ni sbb bina KLCC untuk dibawa ke akhirat kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ke KLCC/TWIN TOWER tu mcm batu nesan jer... madet dah siapkan batu nesan dia awal-awal lagi!!! Batu nesan tertinggi, termahal, tercantik di dunia...

      Delete
  13. Tidak dinafikan kebenaran tulisan tuan ini. Mengajak pembaca berfikir mencari punca asas perjuangan UMNO sekarang. Walau rakyat rata ratanya sudah muak dengan kepimpinan Umno tetapi masih ada ruang untuk Umno membaiki diri sendiri.
    Pemimpin Umno mesti korbankan dasar perjuangan sediaada dan gantikan dengan bentuk baru mengambil kira kehendak majority rakyat Negara.Pemimpin Umno usah angkut mendabit dada lagi. Yang gagal melayakkan diri mesti segera berundur. Banyak kesilapan telah dilakukan Umno walau memegang tampuk pemerintahan lebih setengah abad. Arus kemajuan material dan kerohanian gagal diketengahkan dengan seimbang.Sebaliknya kian pudar dan ketinggalan dari Negara ketiga yang dipandang lekeh olih kepimpinan Umno terdahulu.
    Dasar pandang Ketimur TM gagal. Usha menerapkan nilai Islam dalam pentadbiran Negara juga gagal akibat dari ketamakkan pemimpin atasan gila kuasa, berkroni dan amalan rasuah berleluasa.
    Kini rakyat luar Bandar terjerumus semula kedalam perangkap kemiskinan melampau. Pekerja pekerja asing menguasai sector binaan (non scale workers) diseluruh Negara. Harga barangan melambung. Syarikat swasta memperalatkan pekerja tempatan demi mengaut keuntungan besar. Pekerja tempatan bagaikan hamba dinegara sendiri. Anak muda menjadi liar dan hilang arah mencari pekerjaan. Bekerja disektor swasta maknanya menjadi hamba diperas bekerja lebih masa tetapi pendapatan tak seberapa.
    Umno mesti faham semua ini.Tak semua rakyat bolih menyertai sektor kerajaan atau syarikat milik kerajaan/separuh kerajaan yang lebih baik ganjarannya. Selebihnya bekerja disektor swasta . Tiada jaminan pendapatan dan faedah pesaraan mereka. Ramai yang ditipu kerana mereka bagaikan hamba kepada syarikat swasta ini.Kenapa?. Seringkali kita mendengar keluhan pekerja cuci bangunan, pengangkut sampah, kelindan lori, boroh binaan, boroh ladang, pekerja kedai pakaian, kedai kasut, kedai makan, sekuriti dan macam macam lagi yang mereka itu ditindasn olih majikan. Dapat kita baca dalam akhbar, majalah atau dalam internet. Keluhan ini sekali sekala mendapat respon pemimpin dengan janji mencipta dasar itu dan ini demi membela pekerja. Tetapi siapa majikan yang menindas itu. Milik siapa syarikat penindas ini. Nak jaga periuk nasi siapa? Periuk sendiri atau periuk nasi rakyat. Akhirnya laungan tadi hilang entah kemana.
    Inilah akibatnya jika Islam ditinggalkan.Rakyat dipaksa makan nasi bilih gerai tepi jalan, pakai kereta second hand, kipas angin bukan air-con, pakai pakaian bundle atau baju lelong dipasar malam.

    Diatas anak raja, dibawah anak papa.
    Diatas atap geting, dibawah atap rumbia.

    Orang padang besar

    ReplyDelete
  14. nabi saw menyuruh umat islam menunaikan solat... solat adalah fardu... jika bertukar kerajaan sekalipon, negara ini belom tentu akan berlaku seperti kehendak kita.. kita makhluk yang tiada daya dan upaya... jangan mengambil tugas pencipta dan pentadbir alam ini dengan berkata jika dapat kerajaan kita boleh buat itu dan ini, kita boleh tingkatkan agama... itu adalah pembohongan dan penipuan dari syaitan.... belajarlah dan mengembaralahlah di negeri dalam negara ini bagaimana amalan umat islam hari ini... hatta di negeri kelantan yang di war warkan hebat islam tapi musibah buruk telah berlaku... perpecahan uamat demi perpecahan sungguh membimbangkan... negeri yang dulu mempunyai 500 lebih madrasah kini tinggal tidak sampai 20 buah sahaja yang tinggal... ini salah siapa? adakah salah umno juga? lu pikirlah sendiri... jangan dok sibuk slahkan orangt lain.. diri sendiri meruntuhkan agama tidak nampak..?

    ReplyDelete
  15. Salam tuan,

    Saya gemar mengikuti tulisan tuan namun saya rasa terganggu bilamana tuan membuat pembandingan yang pada saya agak melampau. Siapa Tun jika hendak dibandingkan dengan KEKASIH ALLAH.
    Mengapa tuan tidak bandingkan sahaja Tun dengan TGNA?

    Ali Abu

    ReplyDelete
  16. Pak Aspan bukan membandingakn Nabi dengan Mahathir. Pak Aspan cuma hendak membezakan apa yang di seru oleh agama yang dibawa Muhammad dengan seruan yang dibuat oleh Dr Mahathir.

    Nyata apa yang di seru Mahathir itu bertentangan dengan a[pa yang di seru oleh agama yang di bawa Muhammad.

    Jangan terganggu dengan tidak ada pasal.

    ReplyDelete
  17. Kadang kadang hairan ahli umno yg masih lagi tidak mengenal siapa mahathir? apa yg mahathir tlah lakukan pada org melayu/islam selama berkuasa 22tahun sebagai pm..terutama ahli akar umbi di kg kg...mungkin ahli mengharap keajaiban umno..untuk memberi kekayaan..kalo nak kaya kena lah berusaha keras dgn sendiri..walaupun kerajaan bertukar nnti..
    Kerajaan umno skrg adalah kerajaan yg tidak kuat kerana lebih 50% warganegara asal tidak mengundi bn..bn berkuasa skrg kerana menipu dlm pru...

    Kebanjiran pendatang asing skrg adalah kerana mahathir..mahathir tau pendatang asing yg di beri ic akan mengundi bn dlm pru..bagaimana maruah warganegara malaysia jika membiarkan tindakan mahathir..

    lambat laun..rakyat akan tau mahathir adalah pengkhianat negara melalui projek ic..dan perkara ini terdapat dokumen melaluir suruhanjata RCI di sabah..

    Sebelum terlambat rakyat mesti bertindak..dgn menolak legasi politik mahathir...jgn sampai terdapat mahathir kedua sebagai pm..ingat siapa mukhriz

    ReplyDelete

  18. Anonymous 13:00

    Hanya orang yang bodoh sahaja yang akan mengatakan orang lain bodoh,orang yang bijak ,jauh dari berbuat bagitu.

    Apa tujuan berparti dan berpolitik kalau bukan untok kuasa ?.
    Kalau Lim Kit Siang diberi mandat untok kuasa takanlah ia nak menolak,tak gitu !,cuma buat masa ini mandat itu belum diperolihi, siapa saudara untok menafikanya.

    ReplyDelete
  19. Saya sangat suka jika "orang padang besar" boleh olah dan oleh cerita politik orang kampong boleh di "beli" hidup2 oleh UMNO. Kini dulu dan selama2nya ada dikalangan mereka yang cerdik tapi boleh diperbodohkan.

    Pak Aspan tolong juga "cerita" tentang hala tuju orang wibawa UMNO tulin TRH- Tg.Razeilgh Hamzah. Tidak banyak cerita terkini mengenainya.

    Banyak orang kanan UMNO terkeliru dengan perjuangan mereka terhadap orang Melayu. Contoh Mahathir. Adakah ini satu bala?

    ReplyDelete
  20. apalah ko nak dengor cakap si tua 88 tahun tu........Nabi Muhammad yang akan menyelamat kita dunia dan akhirat pilihan aku.Mamak sekalian boleh ikut cakap Mahathir geng kamu tu ya

    ReplyDelete
  21. Mahathir sebenarnya tidak mau meletak jawatan dan menyerah jawatan kepada paklah...terbukti skrg mahathir seperti gila kuasa walaupun telah lama meletak jawatan..

    Kita tau,mahathir mempunyai beberapa guru antara nya yg tinggal di ayer puteh..pendang,yg tekenal dgn ilmu falak (arwah sudah)..kemungkinan rakyat akan menolak mahathir dan umno dlm pru nnti..maka berlakulah perletakan jawatan oleh mahathir..dan pada pru itu paklah telah menang dan mahathir lupa bahwa guru tersebut bukan tuahan..dan ianya hanya meramalkan..dan start pada itu mahathir marahlah pada paklah dan menyeasal meletak jawatan ..terus la sampai najib...mahathir,dari gila kuasa sampai gila meroyan sehingga matlamat mau melihat mukhriz jadi pm tercapai...

    ReplyDelete

  22. Tuan Aspan,

    Saya cuma teringat fatwa Mahathir Muhamad (Tun) kalau hukum islam dilaksanakan busuk sungai kelantan kerana banyak tangan yang kena potong dan dibuang kat sungai....

    Zaman Nabi Muhammad SAW orang islam terpaksa simpan janggut sebab tak ada pisau cukur gilette.....

    Nauzubillah- minassyaitan nirrajeem

    ReplyDelete
  23. Semua yang diperkatakan adalah almaklum. Jadi, apa seterusnya?

    ReplyDelete