12 August 2013

'The awakening', Dr Mahathir dan Abdullah (sambungan)

Permintaan agak ramai dari pengikut blog ini ini untuk saya meneruskan menulis isu tentang Pak Lah dan Mahathir seperti yang dihebohkan hasil dari terbitnya buku ‘The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia’ yang saya sentuh semalam. Seperti yang di jangkakan isu perkelahian Dr Mahathir dengan Pak Lah ini pastinya menjadi isu hangat kerana sememangnya kedua-duanya dalam keadaan bermusuhan dan seteru ‘intra-politics’ dalam UMNO itu sendiri.

Perbalahan diantara kedua-dua pemimpin ini tidak terkejut berlaku kerana ia didasarkan kepada niat dan politik peribadi yang disalut dengan kepentingan dan kemahuan peribadi masing-masing. Kalau tidak kerana politik tidak mungkin mereka berdua berkelahi kerana perkelahian diantara mereka yang sudah tua ini amat buruk pada pandangan yang melihatnya.

Dr Mahathir bukan sahaja berjaya menurunkan Hussein Onn yang melantik beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO. Sebelum itu Dr Mahathir juga merupakan pemain penting yang telah memaksa Tunku Abdul Rahman turun dari kepimpinan negara. Tunku semasa akhir hayatnya mengaku yang beliau telah terlebih masa duduk dipuncak kepimpinan dan ini meresahkan Tun Razak yang telah menjadi Timbalannya selama lebih dari satu dekad.

Dr Mahathir telah mengganyang Tunku pada tahun 1969 dahulu dengan berbagai-bagai cara dan akhirnya pada penghujung tahun 1970 telah meletakkan jawatan dan memberikan laluan kepada Tun Razak untuk mengambil alih kepimpinan negara. Tun Razak telah memberikan Dr Mahathir jawatan kabinet sebagai Menteri Pelajaran setelah beliau  kembali diterima sebagai ahli UMNO.

Boleh dikatakan kenaikkan Dr Mahathir sedikit sebanyak oleh Tun Razak adalah kerana membalas budi Dr Mahathir kerana menurunkan Tunku pada tahun 1969 dan 1970 dahulu. Ramai telah menyangkal pandangan ini kerana di masa itu cara permainan politik begitu halus dan susah hendak difahami oleh orang awam kerana hendak menjaga parti dari berpecah.

Semasa Dr Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri Hussein Onn begitu tertekan dengan apa yang dilakukan oleh Timbalannya dan yang paling menyayat hati Hussein ialah apabila beliau (Hussein) ditandingi diperingkat Presiden parti oleh Sulaiman Palestin pada tahun 1977 atau tahun 1978 dahulu. Sebagai seorang yang begitu mementingkan sokongan padu sedikit undi yang diperolehi oleh Sulaiman Palestin itu mencukupi bagi Hussein untuk meletakkan jawatan.Mahu tidak mahu tampilnya Sulaiman Palestin dalam pertandingan jawatan Presiden itu ada kaitan dengan peranan Dr Mahathir untuk 'undermine' kepimpinan Hussein Onn.

Hussein berfikir dan akhirnya beliau dalam perhimpunan itu juga mengumumkan yang beliau tidak akan mengekalkan jawatan beliau pada pemilihan parti yang berikutnya, iaitu pada tahun 1981 dahulu. Beliau bukannya merajuk kerana pertandingan itu, tetapi beliau berkecil hati kerana pertandingan itu di dorong oleh Timbalannya yang beliau telah lantik sendiri.

Moralnya Hussein telah mengamalkan semangat demokrasi yang tulin. Sewaktu itu ada sedikit sebanyak tentangan terhadap kepimpinannya beliau mengambil keputusan untuk berundur walaupun beliau mendapat majoriti lebih dari seribu undi. Beliau tahu yang Timbalannya sangat berkehendakkan jawatan itu secepat yang mungkin.

Itulah rupanya politik jika dipimpin oleh orang-orang dari kelas aristokrat dan ia amat berbeza dengan pimpinan selepas beliau yang mempunyai mentaliti seperti mentaliti ‘migrant’ yang telah merobah keseluruhan semangat dan budaya politik demokrasi sejak dari saat itu. Bermula dari saat itulah hilangnya sifat ‘magnanimity’ kepimpinan dan pemimpin UMNO selepas Hussein merupakan pemimpin yang membawa budaya dan semangat demokrasi acuan yang berlainan.

Bermula dari saat itu pemimpin UMNO adalah dari gulungan yang hati yang kecil dan fakir jiwanya dengan mangambil kuasa itu sebagai kuasa yang mutlak bagi dirinya sendiri sahaja. Kuasa itu amat penting bagi diri-diri mereka dan bukannya kuasa besar untuk parti yang mereka pimpin lagi.

Pimpinan sejak selepas Hussein Onn mempunyai kompleks ‘inferiority’ yang besar dan pucuk pimpinan bermula dari saat itu mudah takut dengan bayang-bayang kerana kemiskinan jiwa kepimpinan mereka tadi.

Dari saat itu jugalah bermulanya pembersihan parti dari pemimpin-pemimpin yang ditakuti oleh Dr Mahathir dan usaha ini dilakukan dengan begitu sistematik sehingga sampai beliau bersara setelah 22 tahun duduk diatas kuasa. Dizaman kepimpinan ini, usaha untuk mewujudkan kepimpinan pelapis yang berkalibar tidak langsung dibuat malahan semua pemimpin yang berkemampuan yang dididik oleh Tun Razak bersama beliau sendiri (Mahathir) telah dikeluarkan oleh Mahathir dengan begitu sistematik.

Sepatutnya Mahathir membina pemimpin-pemimpin pelapis dalam UMNO, sebaliknya beliau hanya mengumpulkan pemimpin-pemimpin ‘pelapik’ sahaja untuk menjadi pasak bagi menguatkan cengkaman beliau terhadap parti yang menaikan beliau selama itu.

Mahathir sememangnya mempunyai kemahiran dalam bidang menjatuhkan pimpinan yang beliau rasakan akan menggugat dan mempengaruhi pengaruhnya dalam parti UMNO itu. Maka wujudlah pemimpin yang terbit dari kumpulan pengampu dan pengangguk yang sentiasa menumpukan politik mereka untuk memberikan ‘amusements’ terhadap Dr Mahathir sahaja. Mahathir terkenal kerana mempunyai kemahiran memecah dan membelahkan sesiapa yang beliau rasakan akan menyaingi kepimpinan beliau.

Tengku Razaleigh dan Musa Hitam merupakan dua orang yang dididik oleh Tun Razak untuk kepimpinan masa depan negara bersama Dr Mahathir tetapi kedua-dua Musa dan Razaleigh adalah mangsa pertama dalam politik pecah perintah Dr Mahathir Mohammad itu. Mahathir tidak mahu sesiapa yang berkemampuan berada di keliling beliau.

Semasa itu ramai yang sedar musuh Musa bukannya Tengku Razaleigh dan musuh Tengku Razaleigh bukannya Musa. Sebenarnya mereka berdua mempunyai musuh yang sama iaitu Dr Mahathir Mohammad. Lama kelamaan ahli-ahli UMNO sendiri mulai merasakan yang Dr Mahathir telah memusuhi semua yang mempunyai kredibiliti kepimpinan dan UMNO mula lemah dan lemah dari masa kesemasa.

Semasa pemerintahan Dr Mahathir hanya beliau sahaja yang dibenarkan berfikir dan yang lain hanya wajar menjadi pengangguk beliau sahaja. Setelah beliau memegang kuasa selama 22 tahun tanpa ada usaha memina kepimpinan negara maka terhasillah pemimpin yang kalibarnya seperti yang ada kepada Abdullah Badawi dan sekarang Najib Tun Razak sendiri.

Itulah kesangsaraan yang sedang dihadapi oleh UMNO itu sekarang ini, iaitu tiada lagi mempunyai kepimpinan yang berwibawa. Pemimpin yang berwibawa telah mati bergelimpangan hasil penangan kepimpinan Dr Mahathir. Tiada siapa yang berwibawa mempunyai ‘survival’ politik semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri negara ini.

Itu sebabnya saya bertanya kenapa begitu ganas sekali Dr Mahathir menyalahkan penggantinya itu dalam serba serbi masalah yang dihadapi negara?

(Bersambung)

19 comments:

  1. Menarik tapi masih belum cukup bukti-bukti lain sebagai sokongan. Kenapa tuan tidak menceritakan peranan Anwar Ibrahim? adakah kerana beliau kini berada dalam saf kepimpinan bersama parti politik yang tuan sertai?
    sengaja bertanya , jika tuan sudi menjawab

    ReplyDelete
  2. Tunggu lah Jas Salleh kan cerita tu bersambong... apa pun mentality pendatang memang tepat dan sebenarnya kalau dikaji dimana mana dari dulu hingga sekarang begitu lah mentaliti pendatang seperti yang ada pada Mahathir...

    ReplyDelete
  3. Tuan Aspan,

    Teruskan penceritaan tuan. sememangnya manusia Tun Mahathir ini satu subjek yang sangat menarik untuk diceritakan. Beliau mendapat tempat dihati saya kerana kepelbagaian karakter beliau. Sebutlah mana mana pun ahli politik Malaysia, dari Tunku A. Rahman, Tun Razak, Tun Hussin Onn, Tun Lah, Tun Musa, Ku Li, DSAI, Tun Ghafar malahan kepimpinan MCA dan MIC juga semuanya ada cerita tersendiri yang dikaitkan dengan Tun Mahathir. Setiap seorang dari mereka mempunyai sejarah pahit dan manis bersama Tun Mahathir.

    Kembali kepada buku Tun Lah ini, persepsi pertama saya adalah tertumpu kepada Briget Walsh. Ini adalah bola tanggung kepada pendukung Tun Mahathir untuk menyerang Pak Lah. Bukanlah satu rahsia pun mengenai manusia Bridet Welsh ini dan kaitan nya dengan sebahagian pemimpin PR.



    ReplyDelete
  4. anmwar ibrahim adalah pemimpin2 yang senasib dengan kuli dan musa hitam dan yang masih ada dalam umno ialah specis yang sama dengan jas salleh

    ReplyDelete
  5. Pak Aspan..

    Apa yg ditulis adalah apa yg telah dilakukan oleh dr mahathir secara tidak beretika dan dr mahathir telah mengajar politik kotor terhadap rakyat malaysia serta terdapat pengajaran dari perbuatan dr mahathir..

    Sekarang ini,rakyat malaysia telah tau dan dapat mengjangkakan apa yg akan dr mahathir lakukan untuk menaikkan anak beliau..mukhriz walaupun pemuda umno telah menolak mukhriz menjadi ketua pemuda umno..kerana pengaruh dr mahathir..mukhriz mendapat menjadi MB kedah..

    Kita tunggu..siapa pemimpin umno yg akan dicantas untuk memberi ruang pada mukhriz..kita dpt lihat dr mahathir memecah belah jati diri melayu dan dlm masa yg sama menyatukan keturunan beliau..cuba lihat menjawat utama kerajaan dan tokoh koperat..kerana mereka ini yg akan menyokong untuk menjayakan agenda dr mahathir...musuh umno(org melayu) berada dlm umno sendiri..

    Org melayu dlm umno dimomok momok untuk bergaduh dgn cina..tetapi tidak melihat apa yg dr mahathir cuba lakukan dlm umno..

    ReplyDelete
  6. Dalam politik malaysia,perancangan yg rapi..harus dilakukan...bagi mahathir..musuh skrg akan menjadi kawan akan dtg...kawan skrg akan menjadi musuh pada masa kan datang..asalkan apa yg cita citakan menjadi kenyataan..mahathir menpunyai anak lelaki yg sedang di `grooming` menjadi pm..dan najib melihat mukhriz harus dibantu..supaya mukhriz pada masa akan datang akan membalas jasa dan membantu anak najib menjadi pm akan datang..

    Dan najib juga melihat politik malaysia akan dtg akan akan di kuasai oleh org cina..maka disuruh anak beliau belajar bahasa mandarin dan membuat slogan 1 malaysia..supaya bangsa cina dapat membalas jasa najib..walaupun kepimpinan beliau merugikan bangsa melayu (najib tidak jadi pm..kalau najib bukan melayu)..ini semua perancangan..dan politik malaysia sentiasa mengharapkan balasan setiap apa yg pemimpin lakukan..

    Sepatutnya semua bekas pm mencontohi tunku abdul rahman..yg tidak cuba mewarisi kepimpinan umno kepada anak atau saudara mara terdekat...

    ReplyDelete
  7. Syabas. tulisan anda bernas dan logik. Intelek. Tak emosi

    ReplyDelete
  8. Eloklah kalau menulis tu berdasarkan fakta bukan dengan emosi kebencian sehinggakan ayat ayat digunakan akan di spin begitu rupa untuk menggambarkan TDM sebagai pemimpin yang rakus.

    Betulke TDM telah 'mengganyang' Tunku sehinggakan dapat memaksa Tunku meletak jawatan dalam tahun 1969? TDM pemimpin UMNO ketika itu ke? ...dan ramai pengikut sehingga Tunku rasa takut dengan kuasa politik TDM... Bait bait ayat yang digunakan oleh TDM menggunakan bahasa diri patek.merendah diri dan masih rasa hormat tapi menasihati Tunku atas kesilapan Tunku dalam menangani konflik diantara orang Cina dan Melayu. Salah ke rakyat marhain menegur pemimpin?

    Fakta sebenarnya orang Melayu telah hilang kepercayaan pada Tunku kerana semenjak merdeka tiada program afirmatif yang dijalankan untuk memajukan orang Melayu.Tunku berhenti bukan sebab dipaksa oleh TDM kerana TDM hanya pemimpin kerdil UMNO ketika itu.

    Aspan menyebut anak didik Tun Razak seperti Musa dan TR berhenti kerana dasar pecah belah TDM.Betulke? Seingat saya Musa telah memberi kata putus kepada TDM agar tidak memberi jawatan menteri berkepetingan pada TR tapi saranan tersebut tidak diindahkan oleh TDM, sebaliknya jawatan penting masih diberikan oleh TDM kepada anak raja tersebut. TR bukan calang orang ketika itu kerana beliau mempunyai pengaruh yang kuat ketika itu, sudah tentu sebagai orang yang faham dengan sepak terajang politik perlu mengambil kira hakikat sedemikian.Sebaliknya mereka yang anti TDM akan mengatakan pulak dasar pecah belah Mahathir..biarkanlah..

    Bila Musa dan TR bergabung wujudlah Team A dan Team B dalam UMNO. Paklah, Rais dan ramai lagi menteri kabinet menyertai Team B. Kalau lah pertandingan ketika itu, Team A kalah dah tentu pemimpin Team B akan memastikan pemimpin team A hilang sengatnya dan tak akan berdaya bangun semula. Dah ditakdirkan Allah, team A menang dan TDM telah menerima kembali pemimpin Team B sehingga salah sorang telah dilantik untuk menjadi PM.

    ReplyDelete
  9. Salam Pak,

    Rata2 semua orang2 lama didalam UMNO maupun diluar UMNO tahu watak2 Mahathir. Mahathir amat licik dan lidah berbelit2. Tanya sendiri orang kedah untuk kesahihan cerita.

    Mahathir sesuai dengan singkatan awalnya namanya "Maha" merasakan dirinya setaraf dengan orang2 suci akhir zaman. Beliau mengkritik apa2 saja yg tidak sesuai dengan selera & kehendak hati beliau termasuk pada suatu ketika dulu pernah beberapa kali menyindir perwatakan Nabi saw.

    Bermula dengan mengkritik tanpa ehsan terhadap Allahyarham Tunku, Allahyarham Hussein Onn, "berkrisis" pula dengan Sulaiman Palestin, Ku Li, Musa Hitam, Anwar Ibrahim, Pak Lah, dan kini giliran Najib pula.

    Mahathir juga merupakan orang yg pertama didalam sejarah negara melantik penjawat2 utama didalam kerajaan, syarikat2 GLC maupun didalam parti UMNO sendiri orang2 dari golongan "Orang Yg Boleh Dipercayai" dan bukannya dari golongan "Orang yg Boleh Bekerja".

    Akibatnya kini kita boleh lihat sendiri bagaimana sistem pentabiran negara menjadi tidak lagi professional disebabkan ketua2 tidak mempunyai kelayakan yg maksimum.

    Syarikat2 GLC dibawah pemerintahan Mahathir kebanyakannya rugi manakala didalam UMNO itu sendiri sehingga kini tidak lagi mempunyai pemimpin2 yg berkeliber. Semuanya jenis "yes man", penjilat & pengampu.

    Bagi saya Mahathir seorang yg mempunyai hati kering....tanpa ehsan.

    ReplyDelete
  10. Sir,

    Dr Mahathir Mohamad is one man with one dilemma too many.

    His book, “Malay Dilemma” sought to talk about the influence of heredity and the environment on the Malay Race, and in the process, he was able to exploit the weaknesses and low self-esteem of the less educated Malay community.

    Within less than a decade after he re-joined Umno in 1972, he rose to power and became the prime minister of Malaysia for 22 years.

    This was despite the strong objection from people like Tunku Abdul Rahman. Even Hussein Onn, who picked him as his Deputy, had to censure Mahathir, but nothing changed the fate of this Mamak, because he had already controlled the mind of the majority.

    The turning point for Umno happened in 1987 when Umno was deregistered. From thence, those who supported Tengku Razaleigh Hamzah had taken on the original spirit of Umno when it was first founded by Onn Jaafar, hence, they were known as Semangat 46. Meanwhile, Mahathir continued on with his new brand of Umno Baru, with all his yes men.

    Around the same time, Operation Lallang was used to weaken the Opposition, and mainly targeting the DAP so that the DAP could no longer offer a challenge to a weakened Umno Baru.

    This was done to prevent the formation of an effective coalition between Semangat 46, and other political parties not aligned to Umno. All sorts of excuses were created to justify the arrest of 106 leaders, which marked one of the darkest episodes of Malaysian history.

    It was only after that, that Mahathir had a freehand to dismantle one pillar after another, which constitutes the democracy of this country. This one man was prepared to do anything just to remain in power.

    This nation’s biggest mistake was to allow one man to have absolute power. So powerful was Mahathir that he could even remove the special privileges of the Malay rulers without being arrested for treason, simply because he had control over the people directly under him.

    His biggest dilemma now is that with Pakatan Rakyat in power in three states – Kelantan, Penang and Selangor – Malaysians from all walks of life are able to see what a good government is about.

    Despite being the poorest state, Kelantan has paid up all its federal loans. Both Selangor and Penang are well-managed that now it is easy for us to see that Mahathir’s wasteful ways are no longer the ‘business as usual.’

    ReplyDelete
  11. Excerpts from Asiaweek;

    Malaysia's former Lord President, the nation's top judge, Tun Mohamed Suffian, said "Hussein Onn, after his retirement, said the greatest mistake I ever made was to make Mahathir my deputy,"

    "And the Tunku said many times that we have a diabolical PM; he is autocratic."

    Suffian is hardly unbiased; Mahathir sacked the judge's successor in 1988 during an assault on what he saw as an interfering judiciary. In 1993, he did a similar thing to the royalty by essentially emasculating their powers.

    Fumes Suffian: "You have to agree with Mahathir on everything or he'll try to destroy you. But with the Tunku, Razak, Hussein, you could disagree with them and they still asked you home to dinner."

    With Mahathir, forget about dinner. "He has not got many friends," says Nazri, of the PM's Department. "I'm scared of him, honestly. I can't go up to him and try to crack a joke. I dare not."

    ReplyDelete
  12. ... tapi anda juga yang beria-ia benar menyokong Madey untuk menjatuhkan Pak Lah dulu ...

    ReplyDelete
  13. Tuan AA,
    Tulisan yg amat menarik . Saya sememang berfikiran yg sama dgn tuan mengenai TDM ini.
    Hanya masa akan melihat hasil yang terjadi dari tindakan tindakan beliau sebelum,yg tentu amat berleluasa semasa dan selepas menjadi PM.
    Masanya tidaklah lama sangat lagi. Harap harap beliau masih dpt melihat hasil hasil itu.
    Kita perlu menunggu sambungan tulisan Tuan AA ini!

    Nas

    ReplyDelete
  14. Mgkin banyak org kata Mahathir penyibuk, nyanyuk dan sebagainya.Tetapi hakikatnya segala sikap dan tindakan lemah Pak Lah masa jd PM menyebabkan pembangkang naik kepala. Lagi satu anak menantu yg terlibat jgk dlm politik memburukkan lagi keadaan.Mgkin isu nepotisme ni x jd hal dlm parti pembangkang. Anak beranak memerintah. Walau apepon Mahathir mengkritik apa yg x betul demi kestabilan negara...
    Dan dia berhak utk mengkritik sbb dah 22 tahun jd PM dan bnyk sumbangan die pada Malaysia..x mcm sorg pemimpin pmbngkg yg asyik dok buat huru-hara sana-sini dan sebenarnya x smbg ape2 pon...tp berkokok sana-sini dan burukkan nama Malaysia kat luar negara...
    Pak Lah ada pndgn die sndiri dan Mahathir pun ada pndngn die sndiri. Malaysia kn demokrasi hehe...Dr Mahathir kririk cara Tunku sbb biar DAP cauvinis bersorak keliling bandar dgn provokasi pastu berlakulah tragedi 13 Mei dan bnyk yg mati...Rakyat Malaysia kene tahu apa pnca berlaku 13 Mei ni terutamanya anak muda mgkin Kementerian boleh rombak sukatan sejarah sekolah...Dong Zong jgn marah aa..
    ni link surat Tun M pd Tunku
    http://networkedblogs.com/O2urC

    ReplyDelete
  15. Wahai anon 12 August 2013 23:33;

    Memang banyak orang kata Mahathir penyibuk.

    Sibuk semacam. Sepatutnya dia sudah tidak perlu lagi mencampuri urusan negara secara aktif. Jadi penasihat sudahlah. Jadi konsultan. Pakar rujuk. Sekiranya ada kemusykilan yang dihadapi oleh Perdana Menerti atau menteri-menteri boleh dirujukkan kepadanya. Dr.Mahathir tidak perlu lagi turun padang seolah-olah dia yang masih menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ke hulu ke hilir berkempen.

    Jarang sangat aku lihat bekas perdana menteri atau bekas pemimpin negara yang bersikap seperti Dr. Mahathir.

    Rakyat menghormati dan menyanjungi sikap yang ditunjukkan oleh Pak Lah. Apabila dia mengundur diri dari memimpin negara, beliau terus menyepikan diri. Hanya sekali sekala muncul untuk memberikan pendapat mengenai sesuatu isu. Dan pastinya apa yang dikatakannya dihormati oleh banyak orang, kawan dan lawan ( dalam politik). Tidak pernah dipertikaikan pendapatnya. Rakyat tahu dan faham bahawa pendapatnya itu disampaikannya secara ikhlas.

    Jikalau disorot sejarah kepimpinan negara Malaysia, Tunku Abdul Rahman tidak pernah mencampuri urusan negara apabila beliau mengundur diri dari jawatan Perdana Menteri. Beliau hanya memberikan pandangan dan ulasannya melalui tulisannya dalam akhbar ‘ The Star”. Dan tidak pula kedengaran yang beliau mencampuri urusan pentadbiran negara sepertimana yang berlaku kini. Begitu juga dengan Tun Hussein Onn. Hampir tidak kedengaran mengenai Tun Hussein Onn selepas beliau berhenti dari jawatan Perdana Menteri.

    Dr. Mahahthir sepatutnya meniru contoh yang ditunjukkan oleh Nelson Mandela, bekas Presiden Afrika Selatan. Mandela sebenarnya menunjukkan keikhlasanya menyerahkan jawatan Presiden kepada pengganti yang lebih muda. Dan tidak pula mencampuri urusan pentadbiran penggantinya. Sepatutnya beliau boleh melakukan sedemikian memandangkan beliau masih dihormati dan disanjung oleh rakyatnya setelah 27 tahun dipenjara. Sepatutnya beliau lebih lama memegang jawatan Presiden.

    Cara bekas pemimpin-pemimpin negara maju seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah memberikan sumbangan mereka kepada negara mereka atau kepada kesejahteraan dunia ialah dengan cara melibatkan diri dalam kegiatan sukarela.

    Misalnya Clinton dan Bush pernah terlibat dalam mengutip bantuan untuk membantu mangsa tsunami di Acheh pada suatu ketika dulu. Mereka menunjukkan contoh teladan yang amat baik kepada dunia. Bekas Presiden parti Republikan boleh bekerjasama dengan bekas Presiden parti Demokrat demi keesejahteraan dunia.

    ReplyDelete
  16. Dr. Mahathir begitu aktif dalam politik kepartian seolah-olah beliau masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri atau Presiden Umno. Berkempen ke sana dan kemari. Alasannya beliau berbuat demikian adalah disebabkan beliau banyak terhutang budi kepada UMNO, kerana UMNOlah beliau berjaya sehingga dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia.

    Itu betul. Tetapi zaman beliau sudah berakhir. Orang putih kata, "Don't overstay your welcome".

    Rakyat sudah memberikan penghormatan yang cukup tinggi kepada beliau. Rakyat mahu beliau berehat dan jikalau mahu aktif pun, tumpukan kepada penulisan buku atau menjadi konsultan.

    Rakyat terbanyak bimbang takut-takut Dr. Mahathir tidak lagi dihormati oleh rakyat terbanyak kerana penglibatannya dalam politik kepartian, UMNO.

    Nanti rakyat akan kata, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

    Kadang-kadang rakyat tertanya-tanya juga tentang tindakan Dr. Mahathir itu. Peribahasa Melayu ada mengatakan, ‘Kalau tidak ada-ada takkan tempua bersarang rendah’.

    Apakah betul tohmahan dari rakyat itu? Apakah yang ditakuti atau yang dibimbangi oleh Dr. Mahathir yang menyebabkan beliau sanggup ‘mencemar duli’ berkempen dan membuat kenyataan yang kadang-kadang difikirkan tidak sepatutnya datang dari mulut seorang bekas Perdana Menteri?

    Rakyat terus merasa sangsi dan bimbang dengan tindakan Dr.Mahathir. Rakyat mula membuat berbagai andaian dan tuduhan yang menyebabkan Dr. Mahathir sanggup berkelakuan demikian. Rakyat mula keliru. Rakyat mula berasa sangsi. Dan kesannya akan hilang rasa hormat rakyat kepadanya.

    Dr.Mahathir dilihat menyimpan perasaan dendam kesumat yang berpanjangan dan terus menerus memusuhi DS Anwar Ibrahim.

    Rakyat menyoal kenapa? Dan mengapa? Rakyat pun juga hairan mengapa tidak habis-habis Dr. Mahathir menaruh perasaan dendam terhadap DS Anwar Ibrahim. Entah berapa kali DS Anwar mengatakan yang beliau telah memaafkan apa yang telah dilakukan oleh Dr. Mahathir terhadapnya. Tetapi Dr. Mahathir tidak ambil pusing langsung.

    Ramai juga yang merasakan bahawa Dr.Mahathir amat bimbang dengan perkembangan politik yang ada sekarang.

    Persoalannya, mengapa Dr.Mahathir begitu takut dan bimbang? Apakah kesalahan dan kesilapan besar yang telah dilakukan oleh Dr.Mahathir yang merupakan rahsia besar yang masih tersimpan yang hanya diketahui oleh DS Anwar Ibrahim sahaja?

    Jikalau tidak ada-ada, takkan tempua bersarang rendah? Masih terngiang-ngiang di telingaku peribahasa Melayu ini.

    ReplyDelete
  17. Kita perlu seorang pemimpin yang dapat mengeluarkan idea dan menyuruh orang lain menjalankan ideanya. Pemimpin yang baik berpegang teguh atas ideanya sendiri dan tidak bacul hanya mengikut kata ramai yang belum tentu baik dan betul. Apa yang di laksanakan TDM adalah yang patut dilakukan oleh seorang pemimpin walaupun ideanya mendapat tentangan dari pesaingnya, contohnya kalau nak dikutkan jembatan Pulau Pinang tidak akan ada sehingga hari ini, jika Tunku Abdul Rahman mengikut tekanan pembangkang dan DAP pada masa itu.

    ReplyDelete
  18. Tidak perlu kita terikut2 pemimpin luar yg bila bersara maka habislah peranan dia pd negara.Isu di sini pndgn org yg berpengalaman sngt diperlukan dlm membawa Malaysia ke arah kestabilan.Lagi2 mereka yg ade experience dan berkaliber spt Tun M. Peranan Tun M skrg ni spt bapa yg sentiasa menasihat anaknya kalau anaknya tersilap walaupun anaknya itu sudah bekerja dan berjaya, peranan ibu bapa adalah menasihat dan memastikan anaknya sentiasa buat perkara yg betul.
    Tgk skrg isu TPPA, mcm mane liciknya USA nak menguasai ekonomi dan jika kita tersilap langkah maka termasuklah kita dlm agenda jahat USA.Dan Tun M slh seorg menegur dan nasihat cara kerajaan supaya menolak TPPA ni. Dan isu ni spt suam2 kuku je di sblah pmbngkg, kalau bab PRU, Scorpene, Lynas dan ISA bkn main lgi tour satu Malaysia.
    Dan bg mereka yg rasa Tun M terlibat dgn rasuah, agenda jahat, tlg anak2 die jd kaya, cbe ar saman die berkenaan rasuah, jgn ckp jer lebat...

    ReplyDelete
  19. Oh Sayang 13 August 2013 16:50,

    Sayang harus berhati-hati agar tidak terseret bersama Mahathir dan kuncu-kuncunya sebagai penyebar fitnah yang diumpamakan ‘memakan daging mentah manusia.’

    Surah An-Nur 24:11-13: Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri dan mengapa tidak berkata ‘Ini adalah suatu berita yang bohong yang nyata'?

    Sayang, Tun Salleh Abbas dipecat kerana menasihati Mahathir.

    Apakah kehidupan dibawah takluk dan tekanannya?

    Surah Al-Imran: 179 - "Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dengan yang baik (mukmin)."

    ReplyDelete