13 August 2013

'The awakening': Hanya penggali dan cangkul akan memisahkan Dr Mahathir dengan politik (sambungan)

Saya tidak pernah berhenti menyatakan yang seseorang yang lemah dan berjiwa kecil akan melakukan cengkaman terhadap pihak lain untuk mendapatkan sokongan dan dukungan ramai apabila mendapat kuasa. Tidak ada seorang pun yang mahu menjadi diktator. Jika boleh semuanya mahu menjadi pemimpin yang popular dan disukai ramai. Itu sebabnya wujud demokrasi untuk mengukur sejauh mana popularnya seseorang itu dengan melakukan pemilihan secara terbuka.

Tetapi mengambil jalan populis melalui demokrasi tulin ini ia tidak akan kekal lama kerana populariti seseorang itu mempunyai hadnya sendiri. Itu sebabnya seseorang yang benar-benar demokratik akan menjaga maruah diri dan tidak mahu kekal dalam kuasa secara berpanjangan. Mereka akan menjaga nama dan imej mereka terlebih dahulu, dan jalan yang paling baik ialah dengan bersara dan memberikan kepimpinan kepada mereka yang lebih berkelayakan dan sedang meningkat kewibawaan dan persepsi rakyat.

Itu yang dilakukan oleh Hussein Onn. Beliau meletakkan jawatan apabila ada di dalam UMNO yang tidak berpuas hati terhadap beliau. Hussein meletakkan jawatan dengan rela hati kerana tidak mahu membiarkan perasaan tidak puas hati terhadap beliau akan bertambah dan memecahkan partinya. Malahan Mahathir sendiri pun memahami isu ini.

Semasa Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1981 di Dewan Nirwana, Hotel Hilton, Kuala Lumpur semasa beliau mengambil alih kepimpinan dari Hussein Onn, Mahathir telah mengingatkan perwakilan UMNO tentang isu ini. Beliau telah berkata yang jika ada sedikit perasaan tidak berpuas hati terhadap beliau, Mahathir meminta UMNO memberitahu beliau agar beliau berundur dengan cara terhormat.

Itu janji beliau dalam ucapan penangguhan beliau dalam perhimpunan agung itu. Saya masih ingat ucapan beliau ini kerana kebetulan perwakilan Kuala Pilah berada dibarisan hadapan dalam dewan perhimpunan tersebut, dan kata-kata beliau mudah di dengar dengan jelas. Mahathir tahu Hussein yang bersara dan memberikan laluan kepada beliau itu mempunyai sikap dan pemikiran yang seperti itu. Tetapi bagi Mahathir itu hanyalah mainan lidah yang tidak bertulang beliau.

Beliau telah ditunjukkan begitu banyak dalil supaya berundur tetapi beliau mengambil sikap yang berlawanan dengan apa yang telah beliau sebut dalam ucapan penangguhan dalam perhimpunan tersebut. Malahan apabila beliau ditandingi dan hanya memenangi 43 undi majoriti sahaja, beliau bertindak ganas serta mencari jalan bagaimana hendak mengenepikan semua yang dianggap beliau sebagai seteru politik beliau.

Hasilnya UMNO diharamkannya dengan menggunakan undang-undang dan menubuhkan sebuah parti baru. Malahan sebelum pertandingan jawatan Presiden UMNO pada tahun 1987 itu beliau dengan lantang berkata walaupun beliau menang dengan satu undi, beliau tetap menang. Sehari dua selepas itu beliau berkata jika dalam pertandingan itu nanti jika beliau tewas pun beliau masih Perdana Menteri kerana beliau akan mendapatkan sokongan di Dewan Parlimen.

Bagi sesiapa yang mendengar janji-janjinya pada tahun 1981 itu dengan apa yang beliau sebenarnya lakukan, seseorang itu akan dapat membuat penilaian yang jelas terhadap Dr Mahathir.

Mahathir telah melampaui tarikh luput populariti dalam sistem demokrasinya tetapi masih mahu berkuasa, maka beliau terpaksa melakukan perkara yang diluar jangka untuk menambah jangka masa untuk terus berkuasa dengan berbagai tekanan terhadap sesiapa yang beliau rasakan akan menyebabkan beliau tergugat. Beliau terpaksa berpolitik secara autokratik dengan menggunakan berbagai ‘instruments’ yang sepatutnya digunakan ditempat lain kepada ahlu-ahli politik yang beliau anggap musuh seperti ISA dan sebagainya.

Maka salah kah jika seseorang menganggap Mahathir itu sebagai seorang yang gilakan kuasa dan tidak pernah mampu bekerjasama dengan sesiapa? Beliau dalam pemerintahannya merupakan seorang Perdana Menteri yang mempunyai empat Timbalannya, Musa, Ghafar, Anwar dan Abdullah. Tidak mungkin seorang yang tidak boleh selari dengan semua Timbalannya itu boleh dianggap sebagai pemimpin yang berwibawa.

Beliau membuat ‘equation’ semua Timbalannya sama seperti beliau kerana beliau beranggapan semua Timbalannya itu sama seperti beliau semasa menjadi Timbalan kepada Hussein Onn dahulu. Bagi beliau semua Timbalannya akan melakukan ‘insubordination’ terhadap beliau seperti beliau lakukan kepada Hussein Onn sebelum itu.

Akhirnya Timbalan yang sedia ada dengan beliau semasa beliau hendak bersara adalah Abdullah Badawi yang beliau lantik kerana beliau mengenali Abdullah sebagai seorang yang boleh di arah duduk akan duduk dan jika di arah berdiri akan berdiri. Beliau merasakan Abdullah sahaja yang boleh dipercayai untuk beliau mengenakan kehendak beliau jika dijadikan pengganti beliau. Beliau tetap mahu berkuasa selepas persaraannya.

Tetapi beliau tidak memahami Abdullah sepenuhnya. Saya sendiri mengenali Abdullah ini sebagai seorang yang lembut dan halus permainannya. Mahathir tidak sedar yang lembut Abdullah itu bukan untuk disudu. Kerasnya Abdullah bukan juga untuk di takik.

Mahathir sedar sebelum ini Abdullah hanya berdiam diri dan tidak menentang Mahathir kerana mahukan jawatan Perdana Menteri itu terlebih dahulu. Abdullah berbuat ‘bodoh’ sahaja sementara menjadapatkan jawatan PM itu seperti beliau (Mahathir) lakukan kepada Hussein Onn semasa beliau menjadi Timbalan kepada Hussein sebelumnya itu. Beliau menyesal kerana melantik Abdullah seperti Hussein menyesal melantik beliau sebagai timbalannya.

“What goes around comes around’ kata perbidalan Inggeris. Mahathir terpaksa bermain politik lagi. Hanya penggali dan cangkul sahaja akan memisahkan beliau dengan politik.

(Bersambung)

24 comments:

  1. Salam Pak Aspan,

    32 tahun lalu saya juga mendengar dan menonton ucapan Mahathir ini. Ini termasuk adegan Mahathir baca sajak, dia berjanji akan berundur jika UMNO memberi isyarat agar berundur, namun Mahathir nyata munafik politk, politik Machivellian. Banyak perkara yg dia ungkap dia langgar termasuk soal NIC,subsidi proton versi eksport. Akhirnya 1988 saya bermufarakah dgn UMNO pada masa bom isu meletup, isu Plusgate antara UEM dan Hasbuddin Cons., operasi Lalang penghakisan kuasa Mahkamah dan kemuncaknya ialah penubuhan tribunal kehakiman dan pengharaman UMNO. Ternyata cakap Mahathir tidak boelh dijadikan muatiara kata

    ReplyDelete
  2. Tuan AA,
    Sangat menarik pandangan tuan.

    Nas

    ReplyDelete
  3. Salam AA dan rakan disini,

    1.Rakan karib saya Dato Dr Siti Zaharah Sulaiman dahulunya Ketua Wanita UMNO mengalahkan DS Rafidah Aziz pernah ditanya apakah beliau tidak lagi didalam politik ?.Jawapan beliau mudah,
    "Politik adalah darah daging saya, mana mungkin saya memisahkannya" kurang lebih begitulah bunyi nya.

    2.Begitu juga di satu Perhimpunan Agong dulu pernah Tun Dr Mahathir mahu mengundurkan diri tetapi ramai perwakilan dan Majlis Tertinggi UMNO menolak perletakan beliau dan mengerumuninya mohon beliau menimbangi semula.

    3.Tiada siapa yang perfect pun.Hakikat ini kita semua terima dan tahu.Saya sendiri langsong tidak menaruh perasaan dendam pada siapa siapa pun.Untuk apa?.Mungkin saya bukan orang politik dan memilih tidak kesitu. Malah saya tidak perlu sesen pun wang politik bagi berjaya dalam business dengan berbagai cabaran kerana saya tidak TAKSUB politik tetapi mengikuti perkembanganya.

    4.Sebagai mantan PM the Awakening tidak akan memberi impak apa apa pada Mahathir.Beliau bukan lagi PM dan kini hanya menghabiskan sisa sisa hidup tua yang semua kita akan lalui disatu masa nanti. Saya menghormati Pak Lah setakat itu sahajalah tetapi beliau banyak membuat keputusan diatas reccommendation Tingkat 4.Ini semua tahu.Mahathir berbeza.

    5.Saya berfikiran ,kita harus berlaku adil dan jangan mudah menghukum dan memmburukan lagi keaadaan.Semuanya telah menjadi sejarah.Sejarah akan membuktikan siapa yang betul dan salah. Allah himself will not judge a man until the end of the day !!. Siapa kita to be judgemental? Apa yang pasti didalam penulisan buku beliau 'A Doctor in The House ' Tun berkata dengan rendah diri,

    " I may have made many mistakes in my tenure as a PM, SACKING Anwar is not one of it"

    6.As for me I prefer not to dwell further on the past as it has become history and many lessons learned. Further politics will always be dynamic and not permanent .We wish to move forward as a nation.For now BN, not PR, is the ruling government for the next five years or so until next election. Lets respect majority decision.PR may try LAIN KALI LAH!!. PR may be our next gomen we never know. Nothing is certain.The only thing that is certain is DEATH !.

    7.Let UMNO and their members solve their own party problems, if any.Other political parties too have serious problems of their own too like DAP now.No big deal maa...Cheers !

    Thank you.

    ReplyDelete
  4. satu sifat strategik yg boleh dipelajari dari pak lah..lakon lakon bodoh berstrategi akhirnya dpt jadi perdana menteri..tapi sayang serangan ganas mahathir menyebabkan sifat lembut2 pak lah style kurang menjadi.. apapun layak utk direnungi dan dipelajari

    ReplyDelete
  5. Mahathir si pembela melayu miskin dalam Malay dilemma akhirnya menjadi billioanire proksi keluarga. Dia mengata yahudi hidung cangkuk hingga tercatat di wikipedia tetapi dia juga berhidung cangkuk soal legacy. Dia suruh timbang baik buruknya namun kini buruk beliau yg nampak lebih kerana tidak ikhlas sekata serasa membantu rakyat MELAYU

    ReplyDelete
  6. Dear Pak Aspan,
    Well written articles. Malaysia need more Pak Aspan.

    ReplyDelete
  7. Salam tuan AA.
    Amat tertarik saya dengan comment kampong man.Benar Pak Lah dan Dr M sudah beusia lanjut.Mereka telah melakar sejarah tersendiri dalam arena politik Negara.Yang berbeza cumalah usia lakaran mereka sahaja.
    Tindakan memperagakan kedua bekas pemimpin ini lebih baik di tukar kepada isu lain. Saya takut nanti akan ada pembaca yang salah tangapan hingga bolih menjadi fitnah pula. Maafkan saya tuan, ini hanyalah pandangan peribadi saya. Terima kasih.

    Orang padang besar

    ReplyDelete
  8. Assalaimualikum
    Tuan AA

    Persoalaan yang biasa disebut iaitu kuali & periuk tidak pernah mengaku belakangnya hitam

    Begitu juga dengan ahli2 umno juga pemimpin2 nya , bahawa mahathir ini seorang manusia jahat , ahli politik licik

    ahli2 umno & juga pemimpin2 nya secara majoriti , termasuk juga bekas2 ahli yang sudah sedar & juga bekas2 pemimpin2 nya , selama berada di dalam umno , malah sehingga sesudah keluar dari umno , tidak diberikan hidayah oleh Allah swt untuk melihat umno itu sebagai cacat

    Ini kerana , ada yang masih beranggapan semua tindakan2 mahathir itu berlaku melalui teori seperti yang diajar oleh mahathir [ sebagai pemimpin yg paling lama memperbodohkan majoriti ahli , pemimpin & perwakilan umno ]

    sebagai contoh , amat malang ada nya pemimpin2 umno & bekas2 nya yang mempercayai Husein Onn meletakkan jawatan 'SECARA SUKARELA'

    Mana ada istilah sukarela , kecuali PAKSA RELA

    Begitu lah berjaya nya mahathir menawan otak & pemikir , ahli , pemimpin & perwakilan umno

    benar seperti kata Tuan AA , hanya kematian sahaja yang ditunggu2 oleh majoriti rakyat malaysia

    tunggu mahathir mati dulu lah

    hanya selepas itu baru lah sesuai untuk rakyat malaysia bersama2 memajukan negara ini

    ReplyDelete
  9. Cukup menarik hujah tuan memperkatakan sifat watak otak manusia yang bernama Mahathir yang juga satu ketika dahulu di gelarkan Mahafiraun. Apa tidaknya dia lah satu2nya manusia yang boleh berwajah dan berhujah dengan dua wajah. Mana ada PM Malaysia yang sedemikian. Cukup "bijaksana dan cerdik" kata peminat yang jenis tidak bijaksana dan cerdik.

    Buku "The Malay Delima" contoh terbaik tentang jiwa ketidak keikhlasannya terhadap PM Pertama Malaysia, iaitu ia TIDAK buat apa yang dicadangkannya kepada Teunku apabila dia berkuasa. Kedua, semua timbalannya di "nyah" secara halus dan kasar, kecuali Pak Lah. Dan dan bayak lagi contoh2 cermin politik halus atau nyata mainan politiknya.

    Jadi tepat sekali tuan mengibaratkan "penggali dan cangkul "....sahajalah akan berakhirnya politik licik beliau.

    Tahukah tuan2 sekarang beliau sedang membuat analisis pro dan con tiga tokoh utama Presiden dan Timbalan Presiden Umno untuk pemilihan kelak manakala Pak Lah (isu semasa). Itu andaian saya sahaja.

    Tuan Aspan, isu yang tuan olah sekarang hebat dan menarik. Jangan lewat sangat menyambung nya. Hehehe....

    ReplyDelete
  10. Perkelahian antara pemimpin tidak patut digusarkan hanya kerana sebuah buku kalau melayu betul-betul cerdik.Tidak sepatutnya boleh menggugat orang melayu mahupun organisasinya, apa lagi sebagai melaga-lagakan puak -puak tertentu.Biarlah 10 malah 100 lagi buku terbit sepatutnya menjadi wacana pemikiran yang kritis.Ia patut boleh mencanai pemikiran melayu kecuali kepada yang malas membaca lalu dia
    percaya bulat-bulat dari mulut orang lain tentang buku yang kononnya amat kontroversi.Lagipun mana ada pemimpin yang tarafnya maksom.Biarlah rakyat mengadilinya,sepatutnya mereka lebih takut bahawa mereka bakal diadili oleh Allah swt tidak berapa lama dah.

    ReplyDelete
  11. Sejarah lepas UMNO dan pimpinannya membuktikan bahawa Mahathir Mohamad adalah satu satunya pemimpin UMNO BN yang cakap tidak serupa bikin. Malah sejarah tidak berbohong bahawasanya manusia bernama Mahathir Mohamad ini adalah seorang yang rakus, tamak dan merasa dialah yang terbaik. Tidak dapat dinafikan bahawa orang tua bernama Mahathir ini adalah seorang yang keras kepala dan degil malah juga seorang yang " kuat cemburu atau iri hati ".

    UMNO BN tidak mungkin akan mampu kembali ke landasan asal jika Mahathir dan legasinya terus diberi ruang berkuasa dalam parti berkenaan. Harus ada seorang pemimpin UMNO yang bijak dan berani memisahkan pengaruh Mahathir dan kroninya dalam UMNO jika mahu majoriti Melayu kembali kepada parti ini.

    Orang yang sengaja mahu melupakan sejarah dan tidak mahu belajar dari pengalaman lepas akan pasti tersasar lagi. Jadi jangan pandang mudah perkara ini sekali pun anda hidup senang lenang dan kaya raya tanpa bantuan UMNO BN. Ini bukan soal kelangsungan UMNO BN tetapi soal masa depan agama, bangsa dan negara. Amat janggal jika kita menyerahkan urusan mentadbir agama kepada pihak yang jelas menghina dan mencaci kesucian Islam dan Rasulnya.

    ReplyDelete
  12. Salam bro Aspan and sdra semua,

    Allow me sharing my simple and humble views on'The Awakening' that I wrote in other blog as follows:

    "1.I have deep respect for this man named Mahathir.No matter how much others are trying to belittle his contributions in other opposition blogs it has not changed my mind a bit.

    2.Not many people are born leaders.I have quoted this many times prior PRU 13 in support of the ruling BN government and those few Mahathir haters.To them I said this:

    "POLITICIANS THINK OF THE NEXT ELECTION.A STATESMAN THINKS OF THE NEXT GENERATION"


    Without doubt Tun Dr Mahathir is a STATESMAN.

    Many others are mere politicians and you cannot take that away from this man,Tun. He is one in many millions say what you want.

    Semoga Allah memberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang pada Tun yang dihormati dan dikasihi.Amin.

    Thank you."


    @ To my buddy Gheng Lama Selamat Hari Raya.Maaf Zahir Batin.

    Glad you have transformed for the better.

    ReplyDelete
  13. Walifikkir...
    Tuan AA,kemunculan isu ini,saya merasakan seperti tiada sesiapa pun yang boleh menjadi sebagai juaranya...
    Bukankah sepatutnya ada 'seseorang' yang boleh dan layak menasihatkan anak-anak buah yang sedang 'membaling batu-batu kerikil ke dalam rumah tangga'demi kesatuan poltik bangsa...
    Dimana letaknya maruah bangsa...! fening sekejap...

    ReplyDelete
  14. Mahathir bukan la hebat sangat..jika tidak kerana keluarga dt hasmah...'mahathir is nothing'..kerana keluarga dr hasmah kebanyakkan berkedudukan tinggi..

    Kesilapan paklah kerana tidak mendakwa mahathir atas kesalahan yg dilakukan dlm masa 22 tahun menjadi pm..begitu juga najib yg tidak mendakwa mahathir sehingga sanggup memusnahkan umno..najib cuba mengertak mahathir dengan penubuhan suruhanjaya diraja mengenai isu pendatang asing disabah..yg jelas telah mengambarkan mahathir sebagai pengkhianat negara...tetapi terbantut..mungkin rahsia najib dlm tangan mahathir...

    Kematian mahathir akan membuka lebaran baru dlm politik negara dan rakyat akan tahu lebih mendalam apa yg mahathir lakukan dlm 22 tahun menjadi pm..mahathir mungkin akan jatuhkan najib untuk memberi laluan pada mahayudin..supaya mahayudin termakan budi dan akan membalas jasa mahathir melalui mukhriz...

    ReplyDelete
  15. Pak Aspan,

    Kita doakan Mahathir ini agar beliau kembali berada dalam ketenangan hidup. Beliau ini sebenar-benarnya memerlukan pertolongan dari kita.

    Tiada siapa yang boleh membantu beliau lagi selain dari kita berdoa untuk beliau mendapat ketenangan yang amat-amat beliau perlukan sekarang ini.

    ReplyDelete
  16. Kampong Man,

    Belajarlah dari mereka yang menguruskan ekonomi dengan sangat efisyen. Contohnya, belajarlah daripada Steve Ballmer, seorang CEO Microsoft yang telah berjaya membawa Microsoft sebuah syarikat yang berjaya.

    Belajarlah daripada Albert Einstein, bagaimana dia berjaya menemui Teori Relativiti, yang telah menukar konsep ruang dan masa.

    Janganlah diperbodohkan oleh bangsa sendiri.

    ReplyDelete
  17. Berbagai komen baik dan tak baik dibaca mengenai bekas kedua pemimpin negara.Ada yang mahukan dan menunggu Mahathir mati baru mahu berubah dengan kata kata biadab dan penuh emosi dan ada berceritakan perkara positif tanpa mengaibkan sesiapa.Mereka yang biadab tidak takutkan dosa fitnah mungkin.Bukankah kita baru sahaja mengakhiri ramadhan dengan penuh keinsafan.

    Teringat banyaknya kes penghinaan ugama Islam terbaru penganut Buddha sembahyang di Surau Islam dan kes jenayah yang berleluasa saya rindukan pemerintahan zaman Mahathir dengan penuh aman, harmoni dan berbagai pembangunan pesat berlaku.La ni tak tau lah. Elok lagi zaman Mahathir kot.

    ReplyDelete
  18. Untuk menilai dr mahathir secara menyeluruh...``appreciation'' tentang kebaikan dan keburukan dr mahathir sepanjang penglibatan beliau dlm politik harus diambil kira serta mengrangkumi perlibatan dan kesan kesan dr mahathir dlm 1.Ugama 2.org melayu 3.rakyat malaysia 4.ekonomi...keputusanya adalah negetif...

    Dr mahathir adalah perosak pada islam,org melayu,rakyat dan ekonomi negara...lambat laun dgn segala pekung mahathir akan terbuka dan menjadi tatapan rakyat malaysia...

    ReplyDelete
  19. Salam sdr Aspan,

    Hanya tanah dan cangkul yang memisahkan Mahathir dgn politik seperti lirik lagu TS SM Salim. Saya lihat Mahathir cuba menjadi Park Chung Hee versi Malaysia.

    ReplyDelete
  20. Salam sdr Aspan,

    Hanya tanah dan cangkul yang memisahkan Mahathir dgn politik seperti lirik lagu TS SM Salim. Saya lihat Mahathir cuba menjadi Park Chung Hee versi Malaysia.

    ReplyDelete
  21. Salam sdra IOI 7:23,

    1.Saya hormati teguran sdra dan saya sentiasa terus belajar hingga ke hari ini.Pernah diajukan satu soalan pada saya apakah saya sudah pencen sekarang ?.Jawapan saya mudah sahaja:

    "Professionals don't retire ,they die". Catch the drift ?.

    2.Any intelligent fool can make things bigger, more complex, and more violent. It takes a touch of genius and a lot of courage to move in the opposite direction.That is something I still remember-a quote from Einstein.Perhaps the more reasons I choose to be with the MAN Mahathir,the winner, against all odd.

    3.Nonetheless,I sat for my HSC Science Exam at the time when the only university in the country was University Malaya then unlike now.Secured a place to do Chemical Enginnering in the UK university, just to brag a bit.How about you?.My simple question to you is, Have you ever use 'Slide Rule' and 'Log Table ' during your school or university days?.Tell me if you know what I am talking about so that we may continue our discussion else kindly forget it my boy.

    Maaf bro.Jangan marah.You may have along way to go.Do not underestimate orang kampong ya.See you.Cheers and Salam.




    ReplyDelete
  22. Kampung man kamu buta,
    shukur sekali Allah tidak membutakan mata kamu,
    tapi malang sekali silap mata mahatir membutakan kamu

    ReplyDelete
  23. Seronok baca komen komen dari pembahas diblog Pak Aspan.Tapi tak perlulah membodohkan orang.Ada yang berfakta dan ada yang auta dan ada yang bengang dan beremosi tak guna akal.Macam macam ada.. hu..hu..Dah puasa enam ?

    ReplyDelete