Banyak cadangan dari banyak pihak
supaya Anwar mencadangkan dialog perpaduan yang beliau mahukan itu di Parlimen jika beliau serius
untuk melihat perpaduan itu. Ramai berpendapat jika ia dilakukan cara itu, ia
merupakan jalan yang paling ‘transparent’ sekali dan boleh di lihat dan di
dengar oleh rakyat yang sedang dalam pencarian ini.
Dengan cara itu maka ia bermakna
membawa rakyat sekali bersama-sama untuk mengambil keputusan besar itu dan jika
hasilnya tidak sebaik mana pun, rakyat sekali akan menerima beban kegagalan
itu. Rakyat akan merasakan yang mereka telah di bawa bersama dalam mengambil
satu-satu keputusan besar itu.
Ianya tentulah lebih baik dari
berunding di antara dua orang yang sedang dalam keadaan terdesak dan mahukan
rakyat menerima sahaja apa yang mereka berdua putuskan. Berunding cara terbuka
inilah yang sebaik-baik cadangan daripada perundingan yang dilakukan di dalam
semak atau di sebalik bukit bukan yang tidak diketahui umum.
Berunding dalam gelap ini,
walaupun berdua sahaja mereka akan ditemankan oleh pihak ketiga, iaitu syaitan
dan iblis. Syaitan dan iblis akan sentiasa menghasut untuk mempengaruhi
segala-gala keputusan mengikut kemahuan yang bathil yang menguasai diri mereka
yang berunding itu. Jika dilakukan perundingan hanya berdua sahaja, maka pihak
ketiga yang tidak nampak di pandang mata itu akan menghasut sesama mereka
berdua sebelum sebarang keputusan di ambil.
Iblis dan syaitan akan
menasihatkan mereka berdua untuk bersetuju bagi menutup kesalahan mereka kepada
rakyat. Iblis dan syaitan akan menutupi segala kesalahan mereka (jika ada) dari
pengetahuan rakyat yang sebenar-benarnya empunya kepada negara dan hartanya
sekali. Dua orang yang dihasut oleh iblis dan syaitan itu akan digerakan oleh
pengaruh yang bathil itu untuk berjanji melindungi masalah-masalah masing-masing dari
pengetahuan rakyat khususnya kepada ahli-ahli parti masing-masing.
Maka perundingan secara terbuka
itu tentulah di Dewan Parlimen premis yang paling sesuai untuk matlamat perpaduan
itu. Berunding secara terbuka itu akan dapat menyelesaikan masalah rakyat
sekali. Jika mereka berunding di dalam semak dan belukar mereka akan hanya
menumpukan kepada menyelesaikan masalah peribadi mereka sahaja.
Rakyat akan bertanya kepada Najib, sudahkah perundingan itu dipersetujui oleh komponen-komponen BN sebalum berunding itu? Bagitu juga bagi Anwar, sudahkah PAS dan DAP dimaklumkan dn telah mendapat persetujuan dari mereka? Rakyat tidak boleh di bohongi lagi kerana mereka (rakyat) sudah mengenali siapa mereka yang sedang dalam perundingan itu.
Rakyat akan bertanya kepada Najib, sudahkah perundingan itu dipersetujui oleh komponen-komponen BN sebalum berunding itu? Bagitu juga bagi Anwar, sudahkah PAS dan DAP dimaklumkan dn telah mendapat persetujuan dari mereka? Rakyat tidak boleh di bohongi lagi kerana mereka (rakyat) sudah mengenali siapa mereka yang sedang dalam perundingan itu.
Rakyat mampu bersama
memberikan input terhadap isu yang dikatakan sebagai isu penting untuk
dibincangkan dan tidak akan hanya tertumpu untuk mengatur siapa yang menjadi
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pertama dan kedua misalnya.
Jika ada hasrat untuk Selangor di
kembalikan kepada BN dan UMNO sebagai alat kompromi dati pihak Pakatan Rakyat, sudahkah dipersetujui oleh ahli-ahli komponen Pakatan Rakyat? Bagaimana cara untuk melakukannya? Adakah cerita PKR akan dibubarkan dan kembali semuanya kedalam UMNO yang tersiar satu ketika dulu akan menjadi kenyataan? Biarlah ia dilakukan dalam keadaan terbuka dan
rakyat tidak akan menyalahkan sesiapa jika perundingan itu membawa kepada
keadaan yang tidak dijangka-jangka pada masa depan.
Sebenarnya tidak ada siapa yang
tidak mahu bersatu. Tetapi kemusykilan rakyat itu sentiasa wujud kerana rakyat
sudah terlalu biasa dikelirukan oleh pemimpin-pemimpin sebelum ini, baik mereka
yang memimpin kerajaan atau yang memimpin pembangkang. Pemimpin BN dan pembangkang tidak boleh menyalahkan orang ramai kerana mereka telah mengalami banyak insiden buruk hasil permainan politik pimpinan masing-masing.
Rakyat sekarang
sentiasa dalam keadaan tertipu dan kekeliruan kerana perlakuan
pemimpin-pemimpin selama ini.
‘They suspect everybody and trust
nobody’ kerana dalam politik jejak kita dalam air sekali pun mampu di ikuti oleh pihak lain.
Salam bang, bab ini memang esei sokong abang ponuh. isu bosar mcm ini apo lak bincang sesamo dio blakang kandang la, sambil makan bakso di jakarta la. klu isu nasional melibatkan kito semuo do. tomasuk anak2 esei & cucu2 bang aspan. kecuali la nak bincang maso dopan nurul ko, ashman ko...!
ReplyDeleteTuan..sbenarnya rakyat dh tak percaya kerajaan awam n parti polutik yg dah busok...tp kita bukan di Thailand....dimana raja benar2 payung rakyat dan tenteranya benar perkasa n profesional. Kami dayang cinta negara ini...tp pemimpin n parti awam udsh ghope pengkhianat.
ReplyDeleteBila mereka benar-benar ikhlas mereka akan adakan perbincangan secara terbuka.
ReplyDeleteTuan, saya sudah sekirit keliru, dengan penghujahan tuan diatas terutama berkaitan kedua2 kepala pemimpin kerajaan dan pembakang. Sepatutnya masing2 berani menghadapi segala rintangan atas dasar keupayan dan kekuatan penyokong masing2 yang ada. Saya berani menyatakan hasil rundingan mereka untuk kebaikkan rakyat tidak akan membuahkan hasil yang positif. Mereka berdua ego.
ReplyDeleteKedua, saya juga keliru apabila mengambil kata2 panduan hidup seperti di bawah ini untuk dijadikan panduan menilai matlamat perjumpaan mereka iaitu,
Lihat apa yang dibuat jangan lihat apa yang dicakap atau
Lihat apa yang di cakap jangan lihat apa di buat.
Akhirnya Allah sahaja yang tahu.
Why keep on spinning on this brother? Nobody said only the 2 of them in a dark room, with no windows ...
ReplyDeleteYes true atuk, but this concerns Anwar and Najib. They are the ones who do not care anything else but positions you see. What bro AA has done I believe is in good faith.
ReplyDeleteAnwar is the Bollywood like guy. Impregnated with acting and deceits.
The solution is simple, one side be a good goverment & the other side be a good opposition. Any problem with that?. The problem is when somebody is power crazy & we the ordinary guys in the street are being used as their foot soldiers.
ReplyDeletekalau saya pemimpin rakyat dan negara, saya akan buat apa yang anwar buat, berdialog...atas sebab apa?
ReplyDeletesebab negara dan rakyat lebih penting daripada politik...
perlukah tunggu Malaysia diisytihar muflis, baru nak berunding...?
PruBsn savior!,,,Anwar nak berunding kerana dia gagal merampas kuasa dalam Pru yg lalu. Tidak ada kena mengena dengan keselamatan, ekonmi dan sebagainya yang bel;iau kata.
ReplyDeleteTakkan lah awak tidak tahu sebabnya. Bukankah dia ini ANWAR IBRAHIM! Dia nak jadi PM sahaja. Apa yg dia nak selesaikan? What does he know about economy. He wants power, he wants glamor. Remember how he behaved when he was the Deputy PM. Banyak politik rakan-rakan dalam UMNO dibunuhnya masa dia berkuasa. Sioapa yang baru nak msuk politik tu fikir lain tentang dia ni.
Let me tell you mate, this man is just unfit to be our leader. Habis orang di belasahnya nanti.
DSAI ini adalah singa luka. Dia akan mengamok jika dapat jadi PM.
ReplyDeleteDon't worry everyone. I support PR but not for Anwar to be the PM.
ReplyDeleteAnwar, the Bollywood actor. Now we sign out with Dap, his strongest ally.
abraham,
ReplyDeleteAnwar is not just Bollywood actor, he is also Hollywood supremo. Sometimes he also acts in Greenwood.
He is everywhere.
AA, Anwar boleh berunding dengan BN. Hanya satu syarat, Anwar tak jadi PM bagi mempastikan tidak ada masalah dihari muka bro.
ReplyDeleteCan't imagine Anwar being a PM...just that.
Najib, Anwar, Muhyiddin dan semuanya ini adalah budak-budak Dr Mahathir. Maka inilah jadinya..
ReplyDeleteusaha positif sentiasa dikritik, difitnah, pra-sangka...ni semua batu api...poyooo
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteBagi saya dua dua pun harus muhasabah diri. BN jangan ckplah: Memang dah tak termuhasabah. Tapi eloklah start daripada tak start. Better late than never.
Pakatan pula eloklah 'practise what they preach'. Jangan sampai pandai bercakap tapi kot dah tersilap, retract balik statement. Mana lah nak letak muka. Jangan nak terlampau nak tunujuk otai tapi sebenarnya silap kerana walaupun bisikan khatir boleh membuat kita melakukan perkara rasuah, bisikan khatir juga boleh membisikkan kata kata bahawa kita selalu betul dan tidak ada salah yang mampu membawa kepada riak tanpa perlu mendengar padangan orang lain. Misal kata, bisikannya bunyi begini ' alah. ko dah otai dlm politik/hidup. Diorang ni semua orang baru. Aku dah go through semua ni."
Kedua untuk Pakatan, jangan assume tanpa memerhatikan sebanrnya keadaan. Misal kata, kalau Pakatan tersa BN jealous dgn mereka kerana record yang lagi baik, ia tidak seperti apa yang ada pada zahirnya. In other words, jangan over confident 'brake pad kasi tukar sikit.'
Hi Aspan,
ReplyDeleteIt is obvious that BN is in dire need for rest and self introspection and self mortification. My comment is simple. If there is any good in BN, although a little, Pakatan shud recognise it and vice versa for BN. Then only will they come to a point of reconciliation so that any differences can be put aside.
I was jut thinking, if not BN and not pakatan, then?
Bang Aspan,
ReplyDeletePolitik negagho ni dah hancur. Tok sah la terlibat laie. Ikhlas ni. Buek lotih yo. Duit pun membazir, namo pun bughok, tenago hilang orang keliling oun kelahi. Somo eh hilang. Biarkan yo orang orang bogek ni. Sok kot dah kono sok baghu tau.
Hi Aspan,
ReplyDeleteI see your point. I have been reading your blog. Kalau nak ikut sejarah, orang yang benar memang sealu menjadi mangsa keadaan. Sejarah maksud saya Nabi nabi Allah dan juga orang orang yang soleh dahulu. Biarkan mereka mereka ini dihambat oleh oleh malaikat malaikat atas perbuatan mereka dan dihadapkan kepada Tuhan. Semoga Allah selalu bersama Encik Aspan.
Salam bro,
ReplyDelete"Dalam politik jejak kita dalam air sekali pun mampu diikuti oleh pihak lain"<---kenapa kena ada statement ni bro? Dia cuma yang banyak silap je selalu pikir benda benda yang orang lain tak fikir. There is an article in an English newspaper in Malayia saying 'the typical malays are too occupied with enemies only they can see.'
Dan saya ada baca artikel abang yang mengatakan orang banyak menggunakan anonymous kerana konnnya 'bachul'. Saya nak tekankan di sini yang saya banyak dengar cerita yang abang ni pembengis. Tak tahulah abang bangga dengan 'trait' tu ke ape ke tapi saya pakai 'anonymous' kerana jaga hati, takut nanti melenting dan dendam lama-lama. :) <-----smiley icon.
Salam,
ReplyDeleteBenar, dlm politik jejak kita dlm air pun mampu utk diikuti. Tapi kalau yg mengikut tu 'gerak Tuhan', takkanlah salah. Mustahil Tuhan silap dan juga gerakNya.
-Note to self as well.-