Keadaan negara sekarang
membimbangkan ramai. Kita seolah-olah tidak mempunyai sebuah kerajaan yang
mentadbir negara kerana dalam semua hal pimpinan hari ini tidak berupaya
memberikan semangat dan keyakinan kepada rakyat dengan sepenuhnya.
Dalam keadaan sebegini, samada ia
wajar atau tidak kerajaan telah mengambil keputusan untuk menaikan harga
petrol dan ia menambahkan rasa kerunsingan rakyat terhadap masa depan
kepimpinan negara. Mungkin ada kewajaran untuk menaikan harga minyak itu,
tetapi ia tetap membebankan rakyat dan menjadikan negara dalam keadaan krisis
keyakinan yang lebih serius dan ‘real’.
Kerajaan mungkin memberikan
alasan kenaikan itu hanyalah tindakan mengurangkan subsidi harga petrol tetapi
tindakan itu diambil dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kepimpinan
negara. Kerajaan mungkin tersepit diantara keperluan mengurangkan defisit bajet
negara, dan mengintai peluang untuk mendapatkan tambahan sokongan rakyat
kerajaan.
Najib tidak mendapat kepercayaan
sepenuhnya dari dalam parti dan diantara komponen BN sendiri. Tidak ada
salahnya jika parti-parti dalam komponen BN itu merasakan keadaan begini kerana
masing-masing mempunyai matlamat untuk negara. Dari pihak pembangkang pula,
masalah bukannya kecil terutamanya dari DAP dan PKR kerana masing-masing sedang
menghadapi masalah dalam pentadbiran parti mereka sendiri.
DAP sedang menghadapi masalah
pemilihan CEC nya dan akhir-akhir ini timbul kenyataan yang parti itu juga
menghadapi sikap tidak telus terhadap ahlinya sendiri. Sehingga hari ini parti
itu masih belum menyelesaikan isu senarai 500 ahli yang sepatutnya menjadi
perwakilan dalam pemilihan parti itu.
Entah apa yang hendak disorokan
dari pengetahuan ROS dan rakyat semua, hanya pimpinan parti itu sahaja yang
tahu. Tetapi yang pasti parti itu tidaklah sebersih yang digambarkan dahulu.
Mereka tetap sama dengan sikap dan nilai kepimpinan parti-parti dalam BN selama
ini.
Pengongkongan kuasa oleh
sebahagian kumpulan dalam kepimpinan parti itu tetap bertambah nyata dan jelas.
Kumpulan yang menguasai parti itu jelas terlalu takut jika kumpulan mereka
tidak lagi menguasai parti itu dan hilang pengaruh mereka dalam pemilihan
ulangan CEC sekarang ini.
PKR sibuk mencari helah untuk memalingkan
pandangan dan perhatian rakyat terhadap isu membabitkan Ketua Umum nya dalam
menghadapi sesi perbicaraan di Mahkamah minggu hadapan. Dalam sistem politik
acuan Dr Mahathir ini, akhirnya telah membuahkan politik yang tidak baik dari
kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang.
Jika dikaji dengan sehalus-halusnya
masalah yang timbul, tidak ada kena mengena dengan ahli-ahli parti dan rakyat.
Yang membuat masalah adalah pemimpin-pemimpin mereka sendiri yang membawa
perpecahan dikalangan ahli-ahli yang masing-masing mempunyai ‘preferences’
terhadap individu-individu pemimpin yang bertelagah itu..
Masalahnya sekarang tidak ada
pemimpin yang boleh menjadi penyelamat di kalangan yang ada dalam kerajaan.
UMNO, bukannya kali ini sahaja menghadapi masalah seperti ini, tetapi semasa itu
masih ada mereka yang sedang berkuasa mampu memberikan penyelesaian kepada apa
jua bentuk kemelut politik negara.
Dahulu dalam keadaan parti dan
kerajaan, ada pemimpin seperti Ghaffar Baba yang mampu membawa semua pihak
untuk menyelesaikan masalah-masalah yang wujud. Tetapi yang ada hari ini yang
setaraf dengan kedudukan Ghaffar Baba ini, iaitu Muhyiddin Yassin tidak
mempunyai ‘umph’ yang kuat untuk membawa penyelesaian dalam parti untuk jangka
masa yang panjang.
Sebaliknya Muhyiddin kerana
kelemahan kepimpinannya lebih cenderung untuk mendiamkan diri untuk kepentingan
peribadi beliau sahaja. Tidak ada pemimpin yang berani dan berkemampuan untuk
bertindak. Itulah perbezaa kualiti kepimpinan dahulu dan sekarang dan itu
jugalah membezakan keadaan dahulu dengan sekarang ini.
Sebagaimana yang saya sebut
selalu, UMNO sudah ketiadaan kepimpinan. Jika ada pun pemimpin yang boleh
melakukan perubahan itu mereka akan di hapuskan dari awal lagi kerana peranan
‘warlords’ dalam parti yang kerja mereka tidak lain selain dari hanya menjaga
kepentingan diri dan keluarga sendiri. Pemimpin yang berkemampuan dan ‘viable’
untuk negara hanya duduk di tepian gelanggang politik tanah air, hanya
memerhati perlakuan mereka yang sedang asyik dengan kuasa dan glamour politik
semata-mata..
Bagi saya seluruh anggotan BN itu
termasuk di Sabah dan Sarawak menerima hakikat
yang mereka merupakan bahagian yang penting dalam komponen BN itu dan mereka
perlu melakukan tugas untuk memberikan pembaikan keadaan ini. Semua pihak wajar
mengakui hakikat kelemahan yang ada kepada kita dan perlu bersama-sama mencari
penyelesaian terhadap apa yang melanda negara kita kini.
Mungkin dengan mencari seorang
pemimpin yang lain dari yang ada dalam barisan kepimpinan sekarang ini boleh
membawa arus perubahan dalam ‘ambience’ yang baru bagi melupakan keadaan
kekalutan politik yang dirasakan oleh banyak pihak. Keadaan politik dan
kerajaan itu amat bergantung kepada individu pemimpin yang mengetuai kepimpinan
negara. Baik pemimpin itu maka baiklah kepimpinan negara. Begitu jugalah
sebaliknya.
Kekalutan yang berlaku dalam
negara kita ini sudah terbukti tidak mampu diperbaiki oleh kepimpinan yang ada
pada hari ini, walaupun rakyat telah memberikan masa melebihi satu dekad untuk
membetulkan keadaannya. Kalau diberikan waktu yang lebih lama dengan barisan
kepimpinan yang ada pada hari ini keadaan tidak akan berubah. Negara terpaksa
mencari individu yang mampu menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Mungkin pemimpin itu sudah lama tidak berada dalam ‘mainstream’ kepimpinan negara kerana permainan politik kotor sejak berdekad yang lalu. Bukan sedikit bilangan pemimpin berkemampuan yang telah diketepikan secara sistmatik oleh pemimpin yang tamak dan tindakan mengenepikan pemimpin seperti ini adalah kerana kemampuannya yang jelas. Sudah begitu lama UMNO ketiadaan pemimpin berwibawa kerana permainan pemimpin lain yang begitu 'obsessed' dengan kuasa yang ada ditangan mereka.
Mungkin pemimpin itu sudah lama tidak berada dalam ‘mainstream’ kepimpinan negara kerana permainan politik kotor sejak berdekad yang lalu. Bukan sedikit bilangan pemimpin berkemampuan yang telah diketepikan secara sistmatik oleh pemimpin yang tamak dan tindakan mengenepikan pemimpin seperti ini adalah kerana kemampuannya yang jelas. Sudah begitu lama UMNO ketiadaan pemimpin berwibawa kerana permainan pemimpin lain yang begitu 'obsessed' dengan kuasa yang ada ditangan mereka.
Isu ini wajar menjadi fokus dan
tumpuan semua pemimpin besar dalam parti-parti yang wujud di negara ini bagi
melakukan ‘once and for all’ perubahan drastik agar negara kembali kepada landasan
kenegaraan yang betul.
Kita tidak boleh membiarkan
negara kita dalam kemurungan tanpa ada sesuatu dilakukan secara betul dan
benar.
Assallammulaikum..ziarah pagi salam ukhuwah dari INDONESIA.
ReplyDeleteNegara ketiadaan Pemimpin Servant Leader yang tulin dan yang ada kebanyakannya "Serpent Leader ".Serpent ialah Ular Besar yang sentiasa nak menelan mangsanya sepanjang masa.Untuk mencari pemimpin Servant Leader kita perlu kembali kepada "Basics" dan agama sebagai Landasan terbaik. Tahniah Pak Aspan kerana memaparkan artikel yang bernas.
ReplyDeleteslm pak aspan,
ReplyDeleteku li?
badrul
kuantan.
Ya pak...teruskan dgn tulisan membina agar pemimin sadar dari kegelojohan...
ReplyDeleteI am addicted to this blog, because it's contents is full of human values and good human virtues.
ReplyDeleteIt is a good consumption for a person who takes pain to to think without prejudices over what Pak AA talks about.
To Pak AA, I salute you for your thinking clarity.
AA. Kita selalunya boleh berbicara apa saja yang terbaik. Berasaskan tulisan sdr ini bariskan 10 nama pemimpin Melayu terbaik dari kalangan ysng tersohor baiknya dalam semua bidang. Panggil/jemput kalangan cerdik pandai dalam perlbagai bidang bertemu dan bincang atau shortlistkan 10 nama pemimpin Melayu tadi untuk ditonjolkan sebagai individu yang boleh memandu kearah yang saudara maksudkan dalam rencana di atas. Siapa yang nak mulakan usaha ini biarlah dibukakan kepada sesiapa sahaja yang pakar dalam strateji. Ini respond spontan saja tanpa penyelidikan dan sebarang prasangka. Jika sebelum ini sudah ada usaha seperti ini teruskan sampai berjaya. Wallahu'alam.
ReplyDeleteBenar kata saudara negara ini kita rasa tidak ada kerajaan mentadbirnya. Ada pemimpin pun, mereka tidak dapat beri semangat kepada kita.
ReplyDeleteKena cari pemimpin yang bersikap berkecuali dan yang tidak mementingkan kedudukan kecuali berniat untuk kemakmuran dan kesejahteraan negara sahaja sebagai tukang kerja untuk selesaikan beberapa isu yang timbul.
ReplyDeleteSoalnya apakah ada pemimpin sebegini? Sekali Tun Ghaffar pergi, sudah tidak ada siapa dapat menggantkannya.
salam bro Aspan,
ReplyDeleteSudah lama saya tidak menjengok diblog Aspan ni.Tapi ini cerita menarik buat Aspan yang tidak ada relevan pada topik perbincangan. Maaf.
Semalam kampong man menghadiri hari terbuka rumah Tan Sri Yusof Noor,jiran baik sekhariah.Oleh kerana hadir lewat sempat duduk semeja dengan dua rakan lama keduanya adalah bekas pensyarah dan Professor.Professor Ismail adalah classmate ana di STAR.Ipoh selama enam tahun.Saya terus menegur rakan sorang ni kerana rasanya macam pernah jumpa dulu dulu tapi tak tahu dimana.Masih handsome macam Aspan.
Dalam perbualan itu terkeluar nama Aspan dan terus saya katakan bahawa bro Aspan ni pernah menjadi housemate saya di satu kolej dulu dan terus saya tunjukan gambar lama Aspan dan empat rakan housemate yang ada dalam smartphone saya.Dia juga rupanya housemate Aspan juga.
What a big surprise that gentleman in the photos who was standing between you and me is Dr Osman Zain your classmate form six and in Marketing course dulu, and that guy on your right was none other than our sdr Md Noor with glasses.Don't know where he is now.
That was about the time i was about to leave to continue my study in the UK then.Down memory lane ehh... It took that many years before we meet again.See you.
Someone called me bro telling me that he saw you in GOLD COAST last weekend. Are you still there bro?
ReplyDelete