Semakin hari Mahathir semakin
terserlah sebagai pelaku segala kesalahan terhadap negara. Tidak salah lagi
jika dikatakan oleh setengah pihak Mahathir adalah penjenayah kepada negara
yang terulung. Tetapi ia bukan dilakukan oleh Mahathir seorang sahaja. Mereka
yang memberikan sokongan kepada Dr mahathir sekian lama juga adalah pihak yang
sama jenayahnya kepada negara.
Mahathir merupakan saksi yang ke
209 dalam RCI tentang pendatang haram yang diberikan kad pengenalan oleh
kerajaan pimpinannya di Sabah dan Sarawak.
Seperti biasa Mahathir bersikap angkuh dan tidak mahu menjawab pertanyaan dan
soalan secara jujur tetapi cuba
menafikan penglibatannya dengan cuba
menyalahkan semua pihak termasuk Anwar Ibrahim.
Mahathir memberi 'testimony' kepada RCI yang di tubuhkan oleh Kerajaan yang beliau tidak pernah mendengar cerita Projek IC ini sehingga baru-baru ini dan ia tentunya dilakukan oleh pegawai rendahan yang tidak bertanggungjawab. Sememangnya Mahathir terkenal dan termasyor dengan kebolehan bercakap bohong dan mengalihkan kesalahannya kepada pihak lain.
Itulah yang menyebabkan beliau boleh memerintah lama dan ini dianggap oleh banyak pihak sebagai kebolehan luar biasa seorang pemimpin.Sebenarnya jika seseorang itu tidak mengambil pertimbangan untuk mengendung moral, semua perkara boleh dilakukan. Mahathir tidak mengambil isu moral semeskali dan itulah yang membuatkan beliau boleh memimpin kerajaan sebegitu lama tetapi tidak mempunyai 'legitimacy' yang secukupnya untuk memimpin.
Mahathir memberi 'testimony' kepada RCI yang di tubuhkan oleh Kerajaan yang beliau tidak pernah mendengar cerita Projek IC ini sehingga baru-baru ini dan ia tentunya dilakukan oleh pegawai rendahan yang tidak bertanggungjawab. Sememangnya Mahathir terkenal dan termasyor dengan kebolehan bercakap bohong dan mengalihkan kesalahannya kepada pihak lain.
Itulah yang menyebabkan beliau boleh memerintah lama dan ini dianggap oleh banyak pihak sebagai kebolehan luar biasa seorang pemimpin.Sebenarnya jika seseorang itu tidak mengambil pertimbangan untuk mengendung moral, semua perkara boleh dilakukan. Mahathir tidak mengambil isu moral semeskali dan itulah yang membuatkan beliau boleh memimpin kerajaan sebegitu lama tetapi tidak mempunyai 'legitimacy' yang secukupnya untuk memimpin.
Hakikatnya semasa Mahathir
berkuasa tidak ada siapa yang boleh mengganggu kehendak dan kemahuannya. Semua
yang ada di dalam kerajaan, baik dari pihak pelaksana mahupun dari pihak
penggubal dasar di setiap peringkat, tahu yang pemberian kad pengenalan kepada
pendatang asing itu adalah satu isu yang nyata.
Tetapi semasa itu semua ahli
politik BN khususnya UMNO, berbangga dapat memenangi pilihanraya melalui
pemberian kad pengenalan itu dan ia merupakan ‘open secret’ kepada semua rakyat
Malaysia termasuk di Semenanjung Malaysia ini. Mahathir tetap ‘accountable’
terhadap pemberian kad pengenalan itu.
Ini merupakan satu tindakan
‘treason’ atau tindakan menderhaka kepada negara yang tidak sepatutnya ada
pihak yang menafikannya. Hukuman terhadap penderhakaan kepada negara ini semua
orang tahu dan tidak payah disebut dan di ulangi lagi. Ramai orang tidak berani
menyebut apa hukuman terhadap kesalahan ini kerana ia terkena kepada Dr
Mahathir.
Tetapi kalau ia terkena kepada
Mat Sabu seluruh jentera kerajaan dan badan kehakiman dan perundangan akan
mengambil tindakan pantas untuk mengenakan Mat Sabu, jika boleh di masukkan
kedalam panjara. Tetapi itu adalah ‘accountability’ Dr Mahathir? Bagaimana pula
dengan ‘responsibility’ bagi Ahli-Ahli Jemaah Kabinet’ pula? Kenapa mereka
tidak mengambil tindakan terhadap ketua eksekutif mereka yang bernama Dr
Mahathir itu?
Kenapa Kabinet serta parti yang
memerintah tidak pula mahu menyandarkan kesalahan keada semua pemimpin kerajaan
dan parti pemerintah semasa pemberian kad pengenalan itu? Sebenarnya dalam isu
ini bukan Mahathir sahaja yang bersalah dan mengambil ‘accountability’ itu.
Semua pemimpin kerajaan perlu mengambil ‘responsibility’ terhadap kejadian ini.
Tetapi pemimpin kerajaan semasa
itu bukannya hendak mengambil tanggungjawab tetapi menumpukan tenaga mereka untuk
memberikan ampunan terhadap Dr Mahathir. Kesemuanya mahu mendapat tempat dalam
kerajaan yang penuh dengan ‘nikmat’ rasuah dan penyalah gunaan kuasa itu. Kata
Mahathir yang Anwar tahu perkara isu pemberian kad pengenalan itu adalah benar.
Bukan Anwar sahaja yang tahu. Semua Menteri kabinet tahu dan semua Menteri
Kabinet Sabah pun tahu.
Anwar tidak berani mengambil
tindakan, walaupun beliau adalah Timbalan Perdana Menteri semasa itu. Anwar
mengambil tindakan mengampu Dr Mahathir sehinggakan beliau berkata, “seandainya
awan dilangit boleh dipintalnya akan ku tulis nama mu Mahathir!,
sedangkan beliau (Anwar) tahu apa yang berlaku dalam isu pemberian kad pengenalan ini.” Bagi Anwar apa saja yang dilakukan oleh Mahathir itu benar semata-mata kerana ingin mempastikan beliau mengambil alih kepimpinan negara.
Saya berkeyakinan jika tidak ada
berlaku pemecatan Anwar oleh Dr Mahathir itu isu pemberian kad pengenalan ini
akan tetap berluas-luasa jika Anwar menjadi Perdana Menteri selepas Mahathir
dahulu. Hanya setelah berbalah sahaja Anwar mahu sedikit sebanyak bercerita
tentang kelemahan Dr Mahathir dahulu. Sesungguhnya Mahathir dan Anwar
bersama-sama melakukan kesalahan ini atau setidak-tidaknya Anwar membiarkan
sahaja kedurjanaan itu berlaku.
Bagi saya kenyataan Dr Mahathir
yang menyatakan Anwar juga terlibat dengan mendiamkan dirinya itu adalah benar.
Kalau Mahathir mengatakan yang semua yang memerintah semasa itu tahu, juga
benar. Hanya semasa itu apa yang dikatakan oleh Mahathir itu adalah ‘law’ dan
tidak boleh disoal-soal lagi.
Pendeknya semua diantara mereka
yang ada dalam kabinet semasa Mahathir itu adalah bersalah. Ada usaha dari dalam pimpinan UMNO untuk
menolak kepimpinan Mahathir semasa itu, tetapi tidak berjaya kerana penipuan
dan pelanggaran terhadap Badan Kehakiman dan Badan Undang-Undang Negara oleh Dr
Mahathir.
Maka segala kerja hina tetapi serius
berlaku kerana Dr Mahathir merasakan tidak ada satu pun yang beliau takutkan
semasa itu. Undang-undang adalah hak beliau untuk menentukannya, keputusan
penghakiman sudah tersedia ditangan Mahathir malahan segala-galanya ditangan Dr
Mahathir. Negara ini seolah-olah Dr Mahathir yang punya dan tiada yang lain
yang patut berkuasa.
Malahan semua kepimpinan negara
selepas beliau bersara adalah pilihan beliau. Akhirnya semua pilihan beliau
membawa jahanam kepada negara. Mereka yang beliau naikkan semuanya mereka yang
beliau rasakan boleh beliau kuasai dari luar. Sekarang giliran Najib pula yang
beliau mahu nyahkan sedangkan Najib itu adalah pilihan beliau sendiri. Abdullah
dahulu pun pilihan beliau akhirnya beliau juga yang mahukan Abdullah berhenti
dan bersara.
Itu sebabnya saya selalu berkata,
seperti matematik, menggunakan formula yang betul adalah cara untuk mendapat
jawapan yang betul. Formula untuk mendapatkan pimpinan yang betul ialah dengan
memilih siapa yang beliau tidak mahukan berkuasa dari dahulu lagi. Mana yang
telah dipilih oleh Dr Mahathir atau yang beliau akan pilih untuk menggantikan Najib sekarang ini adalah pasti
bukannya pemimpin yang baik untuk negara, walaupun ia mungkin baik untuk
kepentingan Dr Mahathir sendiri.
Perpecahan dalam parti UMNO
sekarang ini ada kaitan dengan permainan Dr Mahathir. Sekarang sudah ramai yang
bercakap dengan lantang, “it’s easier to replace Najib than to change him”.
Kita terpaksa akui UMNO dalam
keadaan yang paling dhaif sekarang ini. Pandai-pandailah memilih kali ini. Jika
UMNO tidak mampu membuat pilihan yang baik ramai yang berharap BN dan
pimpinannya sekali wajar untuk bertindak untuk mencari pemimpin yang lebih
berupaya dan mempunyai roh yang kuat dalam isu kenegaraan ini.
Saya amat bersetuju dengan anda katakan bahawa Mahathir bersikap angkuh dan tidak mahu menjawab pertanyaan dan soalan secara jujur tetapi cuba menafikan penglibatannya dengan cuba menyalahkan semua pihak termasuk Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteDan hanya setelah berbalah sahaja Anwar mahu sedikit sebanyak bercerita tentang kelemahan Dr Mahathir dahulu. Sesungguhnya Mahathir dan Anwar bersama-sama melakukan kesalahan ini atau setidak-tidaknya Anwar membiarkan sahaja kedurjanaan itu berlaku.
Dan saya juga bersetuju dengan pandangan anda....Bagi saya kenyataan Dr Mahathir yang menyatakan Anwar juga terlibat dengan mendiamkan dirinya itu adalah benar.
Anda boleh saja mengeluarkan pendapat bahawa apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir merupakan satu tindakan ‘treason’ atau tindakan menderhaka kepada negara yang tidak sepatutnya ada pihak yang menafikannya.
Tapi anda tidak boleh meletakkan hukuman keatasnya kerana dia adalah wakil dari parti UMNO Baru. Jika anda tidak faham, UMNO Baru itu adalah klon dari UMNO Lama yang ditaja oleh British.
Jika anda masih keliru maksud diatas...Tun Mahathir itu adalah pewaris penjajah British yang mengambil tindakan penjajahan keatas Sabah secara berhemah.
Jika anda tidak nampak... bahawa ketika Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan menjadi Ketua Menteri Sabah ke-7 telah merancang akan menarik keluar Sabah dari gagasan Malaysia. Cadangannya itu telah disokong oleh pribumi Sabah yang majoritinya adalah penganut agama kristian dari Philipina dan Indonesia.
Namun beliau gagal menguasai Sarawak secara direct kerana perbuatan itu telah dikesan oleh Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud dan beliau telah menghalang kemasukan UMNO Baru kenegeri itu.
Jika tindakan tegas tidak diambil ketika itu, apakah Sabah masih bersama Malaysia hari ini, seperti yang berlaku keatas Singapura ?
Suka atau tidak suka, penjajahan mesti dilakukan demi kepentingan ekonomi negara.
Sabah tertipu oleh "gempaq" mahathir yg auta mengenai ancaman bukan Islam terhadap rakyat Islam di sabah. walau apapun penafian mahathir, mahathir tetap "responsible and accountable". Senang saja dia nak dolak dalik, menyalahkan orang lain terutama seteru no. 1 nya Anwar.
ReplyDeletesri hartamas
Setuju dgn Pak Aspan. Kalaulah kawan aaya bernama Mat Sabu yang terlibat dlm projek IC ini, sudah pasti tak akan tertubuhnya RCI. Mahkamah hari ni jatuh hukum, Mat Sabu sudah mulai dihukum kelmarin dulu.
ReplyDeleteInilah jenis perundangan yang Allah dan Nabi SAW amat murka dan pasti kita menunggu kebinasaannya.
Naaahhhh di nana kau Fathul Bahri!!!!!, Jamil Khir, dan para mufti dan ulamak.
Tuan,
ReplyDeleteAnwar membiarkan kedurjanaan itu adalah di sebabkan beliau takut Mahathir menyingkirnya. Saya percaya Anwar hanya menurut kehendak Mahathir sehingga sampai suatu ketika dia dapat bertindak keatas kedurjanaan Mahathir "memberi kad pengenalan kepada warga asing".
Sehingga sekarang dia tidak dapat membendung gejala itu hingga sekarang. Cuba Tuan siasat kenapa Kerajaan sekarang terus memberi dan membenar ramai warga asing masuk negara diwaktu sekarang. Menuduh Anwar dengan perkataan durjana melihatkan Tuan masih bersekongkol dengan umno membiarkan perkara ini terus berlaku. Adakah salah Anwar lagi sedangkan beliau bukan kerajaan yang memerintah sekarang?
ReplyDeleteMahathir pejuang negara sejati, Aden berjang kat kampong Den jo .
Kobou Den doh bortambah doh.
Then, kena bawak semua menteri2 dan bekas2 menteri ke RCI juga, sebutkan nama2 mereka jika en. aspan tahu, bukan Anwar dan Mahathir saje...dan En. Aspan, selama dalam UMNO bukankah anda pun tahuuuu.....
ReplyDeletePast quote:
ReplyDelete"seandainya awan dilangit dapat ku pintal, akan ku tuliskan nama Mahathir"
anwar ibrahim
Please remind dr m during and alive now,he will be punish and degrade after his passing.
ReplyDeleteMahatir dengan Anwar ini sama sajalah!. Mahatir dipanggil mamak kerana dia seorang dari keluarga India Muslim sejak berketurunan.
ReplyDeleteTapi ganjil ye? Datuk Anwar seorang India (convert) kenapa dia tak dipanggil ane atau Mutthu atau yang selayaknya?
Saya tidak suka menyebut perkara ini, tetapi mereka yg menyokong Anwar ni ketrlaluan memanggil Mahatir mamak ni.
Jadi kita nak panggil Anwar kel...macam mana?
Boleh???
Seberang Jaya PPinang
Jika mahathir mamak..dan anwar ibrahim pun datuknye seorang hindu yang memeluk islam..dimanakah pemimpin melayu..seperti yang umno banggakan...hidup melayu
ReplyDeleteSindrom penafian dan sikap suka menyalahkan orang lain sudah sebati diri dengan M. Sudah tidak boleh dibuat apa lagi. Mengharapkan ia tiada dalam diri M sepertilah mengharapka M membuang jantung dan hatinya!
ReplyDelete