04 October 2013

Tindakan bersara juga adalah sumbangan besar kepada negara

Tidak ada lagi kita mendengar yang baik di sebut oleh masyarakat tentang kerajaan yang ada pada hari ini. Tetapi perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan sekarang ini adalah pilihan rakyat. Rakyat yang mempunyai kuasa untuk memilih mana-mana parti dan kerajaan yang lebih mantap dari yang ada, tetapi kenapa kerajaan itu tidak juga berubah sampai kehari ini. Sejak merdeka sampai kehari ini kita ditadbir oleh Perikatan dan selepasnya ditukar nama ke BN dengan jumlah keahlian parti yang lebih besar di dalam ‘coalition’ BN itu.

Dalam dua pilihanraya yang lepas kalau di pandang dari sudut kemampuan BN, pihak pembangkang sudah sepatutnya menjadi pengganti kepada BN yang dianggap seperti parti yang tidak relevan kepada rakyat dan negara. tetapi akhirnya BN tetap mendapat perhatian dan diberi kuasa untuk menjaga mandat rakyat walaupun ramai yang amat menyesali keadaan ini berlaku.

Bagi saya keadaan dan sistem yang telah kita guna pakai membuatkan UMNO itu susah hendak di ketepikan. Apa tidaknya? Dalam seburuk-buruk keadaan, UMNO tetap sebuah parti yang akan memenangi kerusi terbanyak walaupun BN itu kalah dalam pilihanraya. Tidak ada satu parti dalam Pakatan akan berjaya memenangi setidak-tidaknya satu kerusi lebih dari UMNO.

Maka UMNO akan tetap di berikan peluang untuk membentuk kerajaan. Mungkin keaadaan ini lah yang menyebabkan UMNO begitu lalai dan tidak mahu berubah walaupun berjanji untuk berubah setiap kali parti itu mengadakan perhimpunan agung.  UMNO terlalu lalai dalam semua perkara sehinggakan tidak ada pucuk pimpinan sejak tahun lapan puluhan dahulu berusaha untuk mendidik kepimpinan yang baik dalam parti itu.

Hasil dari keengganan untuk berubah dengan jujur maka UMNO sudah tidak lagi memahami segala-galanya walaupun dalam keadaan dan sistem politik dinegara ini parti itu akan tetap menjadi parti yang memenangi jumlah kerusi yang lebih dari mana-mana parti samada dalam BN mahupun dalam Pakatan Rakyat. Maka jelas sistem yang ada kini telah mengorbankan rakyat yang tidak dapat pimpinan yang berusaha untuk kebaikan dan terpaksa duduk dalam tekanan jiwa yang begitu hebat sekali.

Najib dan kerajaan kini sudah tidak tahu lagi apa yang baik yang hendak dibuatnya. Saya percaya, baik Najib mahu pun Muhyiddin dan lain-lain, ingin melakukan kebaikan, tetapi mereka tidak tahu apa kah kebaikan hendak dilakukan selari dengan kehendak politik dan negara semasa. Mereka sudah tidak tahu mengenali yang mana satu yang baik dan yang buruk. Itu sebabnya kita melihat dan mendengar banyak perkara yang dilakukan mereka walaupun untuk kebaikan tetapi hasilnya tidak nampak perkara yang baik berlaku.

Hasilnya berlakulah polimik politik di serata tempat tidak kira dikedai kopi atau di masjid dan surau. Kita pun tahu oleh kerana perubahan itu hanya boleh dilakukan oleh kerajaan jika pemimpin tahu apa dan cara untuk berubah itu. Maka tidak henti-hentilah rakyat ramai berpolimik dan berbahas sesama sendiri yang tidak membawa apa-apa hasil kepada negara. Oleh kerana masing-masing tidak tahu masalah sebenar maka perbahasan tidak tepat dan sentiasa lari dari isu sebenar yang mereka tidak memahaminya.

Buatlah pemilihan setiap bulan untuk UMNO ini, keadaan tetap tidak berubah, kerana yang mengganti, yang ada pun tidak faham apa yang hendak diubahnya. Tetapi ia tetap berlaku kempen-mengempen diantara puak-puak dalam UMNO itu kerana mereka lebih mengejar kepentingan diri dan politik keluarga masing-masing. Mereka masih menganggap memegang jawatan yang besar dan glamor itu adalah ‘ultimate’ bagi mereka, tidak kira dari pihak kerajaan dan pembangkang.

Oleh kerana perubahan tidak juga akan berlaku jika diubah dan dianjak pimpinan dan parti mereka, maka inilah yang membuatkan UMNO itu tetap menjadi parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam mana-mana pilihanraya umum di negara ini.

Bagi saya sekarang ini realiti politik itu wajar diterima tanpa prejudis terhadap mana-mana parti dan pihak. Tidak ada pihak yang boleh membetulkan keadaan hari ini. Contohnya jika kita mahu menyelesaikan masalah perkauman, kita perlu memilih DAP sebagai alternatifnya tetapi hasilnya DAP tetap dengan kecinaannya. Maka tidak wajar kita memilih mana-mana pihak yang lain jika kita tahu masalah yang dicontohkan sekarang, iaitu perkauman tidak dapat diselesaikan oleh parti-parti alternatif. Tidak akan ada pihak yang mahu mengalih dan menganjak yang ada jika yang menggantikannya itu tidak juga dapat menyelesaikan isu pokok dalam negara iaitu perpaduan kaum.

Blog ini selalu memberikan ‘input’ tentang apa masalah yang ada. Itu sebabnya blog ini percaya agar dimulakan negara baru dan memberikan seorang yang berpengalaman untuk menerajui dialog diantara semua kaum dan mengambil serius tentang perpaduan kaum yang sedang menjadi masalah besar kepada kita sekarang ini.

Kita perlu mengakui, apa yang sedang berlaku dalam parti UMNO saat ini semata-mata politiking yang besar dalam mana pihak-pihak yang terlibat sedang berusaha untuk mengelirukan pimpinan-pimpinan yang sedang berusaha untuk menaiki tangga dan tahap kepimpinan dalam parti. Entah siapa yang memerangkap dan siapa yang terperangkap dan permainan setiap pemimpin yang memegang jawatan penting dalam UMNO itu.

Struktur asas UMNO dan kepimpinannya wajar dilakukan dalam masa yang terdekat jika tidak mahu melihat kebinasaan kepada UMNO. Banyak orang berkata hendak berbuat baik itu susah, tetapi jika pimpinan besar UMNO menerima hakikat yang pengorbanan terhadap kepentingan peribadi mereka itu juga merupakan kerja baik terhadap negara. Terlalu banyak di sebut oleh rakyat tentang kelemahan Najib dan Muhyiddin.

Tetapi jika Najib benar-benar mahukan berbuat jasa kepada negara, beliau sepatutnya melakukan tindakan yang ‘unorthodox’ dengan memberikan kepimpinan kepada seseorang yang boleh berbuat kebaikan dan perubahan. Jika Najib melakukan perkara ini maka beliau akan dianggap sebagai penyumbang besar keada kepentingan negara dengan pengorbanan yang benar dan jelas yang dilakukan dihadapan mata rakyat yang ramai.

Bagi seorang pemimpin utama yang tidak berjaya membuat kebaikan, kelemahan ini akan dapat ditutupi dengan mengaku kelemahan dan menyerahkan kuasa untuk pembaikan negara itu kepada sesiapa yang berkemampuan. Orang ramai tidak akan mengambilnya sebagai kekalahan, tetapi sebaliknya rakyat akan menerima pimpinan yang sebegini sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kerana memberikan kepimpinan itu kepada mereka yang lebih berkelayakan. Itu merupakan sumbangan besar kepada negara dan akan dikenang rakyat buat selama-lamanya.

7 comments:

  1. Terimalsh hakikat...BN rules..ok..jangan mare..nanti cepat tua

    ReplyDelete
  2. Sebaik2 perubahan, tingkahlaku.
    Seburuk2 perangai, menipu.
    Sejelek2 ucapan, mengampu.
    Sehebat2 UMNO,merayu.
    Sekuat2 Melayu, kena tipu.
    Seangkuh2 menteri, merapu.

    ReplyDelete
  3. Pak Aspan, kebyakan org Melayu pertengahan dah mual dan bosan dgn gelagat pemimpin umno. Hanya org kg saja yg memuji Najib. Mcm mane si Najib nak buat national recon kalau org bukan Melayu tak due respect kpd pemimpin umno yg perasuah? Berapa ramai perasuah dilantik jadi memimpin organisasi itu dan ini? Najib tak kan turun kerana dia sendiri leka dan kena kelentong org kiri kanannya. Najib hanya akan turun kalau penyokongnya menjadi belot!!

    ReplyDelete
  4. kalau najib pencen sapo nak ganti? kan semua pemimpin tu pelapik, hanya sorang jer yg pelapis..habis?

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan.Massalahnya Najid nak serahkan kepada siapa kuasa memimpin mengantikan beliau?.Kalau nak harapkan Muhyidin,rasanya lagi teruk dari najib.Unless ada pemimpin muda yg boleh mengantikan mereka.Mungkin UMNO akan berubah.

    ReplyDelete
  6. Pak Aspan

    Hanya seorang sahaja dari UMNO yang mampu menggantikan Najib. Nama beliau ialah YM Tengku Razaleigh Hamzah.


    ReplyDelete
  7. Utk menjaga imej UMNO orangnya juga patut ambil alih pimpinan Negara. Saya setuju jika Ku Li di beri satu jangka masa 4-5 thn utk peralihan cara pentadbiran Negara ikut persepsi beliau.
    Pru 14 nanti bolehlah rakyat pilih parti beliau atau PR.

    Nas

    ReplyDelete