Semalam saya menyebut tentang
pengorbanan pemimpin kepada parti dan negara. Pemimpin utama sesebuah parti dan
kerajaan, jika tidak berjaya membina negara dan partinya, cara untuk menunjukkan
kemuliaan kepimpinannya ialah dengan bersara dan memberi peluang kepada parti
memilih pemimpin yang lain. Dengan tindakan bersara ia akan membuktikan kejujuran
dan keikhlasan seseorang itu terhadap kepentingan partinya dan tidak mahu
melihat parti dan kerajaan jika ia pemimpin kerajaan.
Dalam isu MCA Chua Soi Lek sebenarnya
tidak mahu partinya berjaya dengan melekat di jawatan yang beliau pegang
sekarang. Beliau bermain-main politik dan tidak mengutamakan kepentingan
partinya dan di sebaliknya CSL lebih mementingkan dirinya dari parti. Walau
bagaimana pun itu sudah menjadi resam kepada mana-mana parti sekarang ini,
samada parti-parti pembangkang mahu pun parti kerajaan.
UMNO sudah mengamalkan perkara
buruk ini sebegitu lama. Sekarang ia sudah menjadi kebiasaan dalam MCA dan juga
DAP dan parti-parti lain seperti MIC , PKR dan lain-lain. Semasa MCA di bawah ketuanya,
Ling Liong Sik dahulu pun, MCA sudah mempunyai ciri ini. Lee Kim Sai, Timbalan
Presidennya telah cuba
untuk menumbangkan Ling Liong Sik dan keadaan semasa itu lebih mirip dan
cenderung untuk kemenangan bagi Lee Kim Sai.
Tetapi oleh kerana tindakan Lim
Ah Lek, Naib Presiden parti itu juga berpengaruh, Lim Ah Lek telah menggunakan
pengaruhnya untuk mengamankan perbalahan di antara Ling dan Lee Kim Sai. Maka
tiada pertandingan diantara Lee Kim Sai dan Ling. Sebenarnya bagi seorang
rakyat biasa saya merasakan Lim Ah Lek merupakan pemimpin MCA yang jujur dan
beliau sepatutnya menjadi Presiden semasa itu, bukannya Ling mahu pun yang
lain.
Seorang lagi pemimpin MCA yang
lebih berwibawa dan tidak mempunyai banyak masalah moral ialah Ong Tee Kiat,
tetapi MCA telah dihinggapi penyakit yang menghinggapi UMNO, maka pemimpin yang
‘controversial’ Dr Chua Soi Lek telah berjaya menjadi Presiden MCA sejak dua
penggal yang lepas.
Dalam isu MCA kali ini CSL sedang
berusaha memainkan politik untuk mempertahankan jawatan beliau sahaja sedangkan
pandangan ramai kenapa MCA tercalar dengan teruknya itu ada lah di sebabkan
imej beliau yang begitu ‘controversial’ yang melibatkan isu moral peribadi
beliau. Kadangkala kita tidak dapat memahami kenapa seseorang yang sudah
tercalar moral dengan isu seks, tidak mahu mengakui yang mereka tidak akan
dapat memberikan kepimpinan yang betul jika terus memimpin.
Ada yang terlibat dalam isu ini selalunya
mengambil mahkamah sebagai tempat berlindung dengan berbagai-bagai helah secara
undang-undang. Dalam isu moral, undang-undang sahaja tidak boleh membersihkan
mereka yang terlibat dalam isu buruk seperti ini. Banyak pembunuh terlepas dari
hukuman kerana masalah teknikal undang-undang, tetapi moralnya mereka ini tidak
akan terlepas. Begitu juga dalam isu seks haram ini. Berbagai-bagai cara
perbahasan undang-undang yang akhirnya melepaskan pesalah-pesalah laku terlepas
dari hukuman.
Politik adalah ‘game of
perception’. Apabila persepsi sebahagian masyarakat itu tidak baik terhadap
seseorang pemimpin itu, maka adalah tidak wajar pemimpin seperti ini diangkat
menjadi pemimpin. Ini bukan sahaja seruan masyarakat dan sosial masyarakat, tetapi
yang lebih penting lagi ialah kaitan dengan agama dan hukumnya. Manusia pemimpin
yang terlibat dengan isu ini jika diangkat menjadi pemimpin, ia tidak akan
membawa berkat dan kebaikan kepada negara dan seisi rakyat yang berada di
dalamnya.
Berbalik kepada MCA, CSL tidak
boleh menafikan yang isu yang beliau hadapi merupakan isu besar dan ia adalah
penentu kepada masa depan MCA itu sendiri. Isu yang beliau terpalit itu adalah
sama besar dengan isu rasuah yang dihadapi oleh pimpinan UMNO dan pemimpin MCA
itu sendiri.
Isu seperti ini memudahkan pihak
dan parti lawan untuk mendapatkan perhatian rakyat sedangkan parti yang menjadi
‘alternative’ itu bukannya parti yang jujur sebenarnya. Dalam kes MCA ini ia
memudahkan parti DAP mengambil tempat dihati rakyat kaum Cina dan ia merupakan
isu percuma bagi DAP dalam pilihanraya yang lalu. Kesalahan ini merupakan
kesalahan yang terlalu besar sehinggakan kekurangan yang ada pada DAP mudah
dilupakan oleh rakyat kaum Cina dan rakyat keseluruhannya.
Jika MCA dapat memperkuatkan
kudratnya untuk menolak CSL, maka rakyat akan mula melihat apa-apa kelemahan
dalam DAP jika ada kelemahannya.
Mesyuarat Agung tergempar MCA
yang bakal diadakan akan menentukan arah MCA selepas ini. Jika perwakilan masih
memilih untuk mempertahankan individu dari mempertahankan kebaikan parti, maka
MCA bakal akan terjerumus ke lembah keaiban yang lebih besar pada masa yang
akan datang.
Rakan-rakan saya dari MCA yang
bergiat mempunyai keyakinan yang CSL akan menentukan samada MCA akan relevan
atau sebaliknya selepas ini. Kebanyakan yang saya kenali dan hampiri merasakan
jika Ong Tee Kiat masih memimpin parti itu sekarang ini, MCA tiak akan menjadi
seburuk yang ada pada hari ini.
Mereka merasakan CSL sepatutnya
berusaha mencari ‘face saving devices’ untuk keluar dari kepimpinan parti yang
sudah sedia uzur itu. Ramai berpendapat jika CSL benar-benar mahukan MCA itu kembali pulih cara CSL untuk membantu usaha itu ialah dengan berundur dari jawatan Presiden parti itu secepat yang mungkin.
Tidak usahlah berdalih lagi dengan memanggil EGM parti untuk melambakkan semua kesalahan kepada Timbalannya kerana kekalahan teruk MCA dalam PRU yang lalu. Sesungguhnya Presiden parti itu lah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan dalam PRU itu dan bukannya sesiapa yang lain.
Kalau Presidennya sudah sebegitu aib dipandangan ramai sehandal mana pengerusi yang bertanggungjawab dalam PRU itu tidak akan mampu berbuat apa-apa. CSL sepatutnya pergi dahulu sebelum orang lain.
Tidak usahlah berdalih lagi dengan memanggil EGM parti untuk melambakkan semua kesalahan kepada Timbalannya kerana kekalahan teruk MCA dalam PRU yang lalu. Sesungguhnya Presiden parti itu lah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan dalam PRU itu dan bukannya sesiapa yang lain.
Kalau Presidennya sudah sebegitu aib dipandangan ramai sehandal mana pengerusi yang bertanggungjawab dalam PRU itu tidak akan mampu berbuat apa-apa. CSL sepatutnya pergi dahulu sebelum orang lain.
CSL memang living legend,
ReplyDeleteChua CD clip boleh dimuat turun di merata rata tempat kat internet.. lawak betul..
dan.... apa la UMNO dan MIC, sanggup terima pemimpin component yg berjenaka nie..
Lantak depa lah pak aspan. Mungkin CDL anggap kes dia kecil je. Tu sbb dia nak lg jawatan. Mungkin dia kata pemimpin umno lg berat kes2. Apa yg tak de dlm umno? semua ada!!! perasuah, bapak rasuah, mantan perasuh, dracula tabung darah.. Nak ke tali gantung bunuh pun bole lepas?
ReplyDeleteSalam Pak Aspan,
ReplyDeleteApa yang ada kurangnya masalah moral dengan pemimpin dalam parti yang lain?
Apakah pemimpin UMNO tidak mempunyai banyak masalah moral?
Persoalannya ialah mengapa pemimpin UMNO yang tercalar moralnya masih boleh "terpilih"?
Apakah perwakilan UMNO mempunyai persepsi moral yang lebih unik?
Apakah politik itu kesinambungan agama?
Pak Aspan,
Politik adalah seni dan ilmu untuk meraih kekuasaan secara konstitusional maupun nonkonstitusional.