Nampaknya Liow Tiong Lai sudah
pasti akan bertanding jawatan Presiden MCA Disember ini. Penolakan usul mencela
Timbalan Presidennya Liow Tiong Lai yang di usahakan oleh Chua Soi Lek semalam
juga menunjukkan yang CSL akan rebah jika Liow Tiong Lai menandingi beliau
dalam pemilihan parti Disember ini. Tindakan perwakilan menolak usul yang di
rancang oleh Chua Soi Lek itu telah memberikan keputusan awalan dalam pemilihan
parti itu nanti jika pertandingan itu melibatkan Liow Tiong Lai.
Tiong Lai telah mendapat
kemenangan awal jika beliau menandingi CSL dalam perhimpunan agung parti itu
Disember ini. Pendeknya CSL lah yang memberikan markah awalan yang tinggi
kepada Tiong Lai untuk menandingi beliau nanti. Senjata CSL untuk menjatuhkan
Tiong Lai buat selama-lamanya itu telah memakan tuan. Sekarang CSL lah yang
sepatutnya mengundurkan diri seperti yang beliau janjikan sebelum PRU dahulu.
Lagi pun keputusan yang beliau akan dapati jika beliau masih bertahan telah pun
kita lihat semalam.
CSL akan tamat riwayat politiknya
hujung tahun ini. Jika CSL tidak lagi berada di dalam kepimpinan parti itu, MCA
akan pasti menampakkan hasil yang positif selepas CSL berada di luar kepimpinan
parti itu nanti. Penolakan usul yang di rencanakan oleh CSL in menandakan
Presiden parti itu sekarang sedang menunggu waktu persaraannya. Persepsi buruk
terhadap MCA akan berkurangan kerana yang membebankan parti itu sejak beberapa
tahun dahulu ialah kerana Presidennya sendiri.
Tetapi kemenangan moral Tiong Lai
ini juga tidak boleh di lihat sebagai kemenangan mutlak kerana kelebihan yang
ada kepada Tiong Lai hanya dalam lengkungan 5 peratus sahaja. Beliau wajar
mendapatkan bantuan dari pihak yang ketiga dalam MCA, dan pihak itu adalah
pihak Ong Tee Kiat yang masih mempunyai pengaruh dalam parti itu.
Beberapa hari yang lepas saya
terbaca kenyataan yang Ong Tee Kiat sanggup bertanding jawatan tertinggi parti
itu dan tidak juga menolak kemungkinan bertanding jawatan yang di bawah sedikit
dari jawatan Presiden itu. Kalau di buat perkiraan mudah jika OTK dan Tiong Lai
bersatu maka usaha untuk menundukan CSL yang begitu ‘controversial’ di mata
rakyat itu akan menjumpai jalan mudah. MCA yang dalam kegeringan ini akan
bertambah pulih dan mampu kembali menjadi parti yang penting kepada rakyat
khasnya bagi kaum Cina.
Selama ini MCA hanya mempunyai
masalah imej kepimpinan dan jika itu dapat di selesaikan maka tidak banyak isu
lain yang dihadapi oleh parti itu. Sebagai sebuah parti yang telah begitu
banyak jasanya kepada negara khususnya kaum Cina selama ini, usaha untuk
menggamit kembali sokongan itu akan bertambah mudah.
Kaum Cina khususnya telah banyak
mendapat jasa dari MCA ini terutamanya dalam bidang ekonomi dan lebih-lebih
lagi dalam penyediaan kemudahan pendidikan kepada rakyat dan kaum Cina khususnya.
Prestasi MCA mula menurun dalam pilihanraya ke 12 lagi kerana parti itu dianggap
sebagai parti yang terlalu ‘subservient’ kepada UMNO, rakan kongsi terbesarnya
dalam BN. MCA telah menjadi mangsa keadaan kerana masalah kelemahan dalam
kepimpinan UMNO itu sendiri.
Oleh itu jika ada perubahan
kepada tahap kepimpinan UMNO dan MCA pula dapat menyelesaikan masalah CSL ini,
maka parti itu akan menemui jalan yang agak mudah untuk pulih di mata rakyat.
Kali ini MCA wajar menunjukkan
‘vibrancy’ nya sebagai parti yang masih mempunyai kuku dalam kerajaan kerana
untuk menumpang kekuatan UMNO sudah agak payah kerana UMNO masih lagi dalam
pencarian. Bagi setengah pihak MCA akan menjumpai jalan penyelesaian tentng
kepimpinan lebih awal dari UMNO kerana UMNO masih lagi tercari-cari jalan untuk
keluar dari masalah kepimpinannya sekarang ini.
Pemilihan baru-baru ini tidak
menyelesaikan masalah kerana hasilnya tidak menampakkan perubahan.
Kepimpinannya masih lagi mereka yang sama yang bermentaliti yang sama dan
kesemuanya sama. Tidak mungkin niat parti itu untuk meremajakannya dapat
terlaksana kerana meremajakan parti memerlukan mereka yang mampu berubah
pemikiran mereka kepada kehendak waktu dan zamannya dan tidak semestinya di
ketuai oleh yang berumur remaja.
Ramai yang percaya jika kita
mahukan segala-galanya berpecah berikan tugas itu kepada UMNO, jika hendak
menjadikan keadaan lebih parah lagi, berikan tugas untuk membinanya semula
kepada UMNO.
Justeru itu, jika MCA dapat
menyelesaikan masalahnya, maka sebahagian besar dari masalah kepimpinan dalam
BN itu akan dapat di selesaikan. Kita hanya menunggu lagi bila UMNO pula boleh
menyelesaikan masalahnya.
habis la..chua soi lek lepas dgn kemenangan hishamuddin...kerana tiong lai dgn hishamuddin ibarat kuku dgn kulit..masing masing jadi ketua pemuda pada masa yg sama..
ReplyDeleteKemungkinan soi lek..mengikut arahan bekas warlord umno...jika usul mencela berjaya...taktik sama akan digunakan keatas najib dgn menggunakan ketua bahagian umno untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada najib..kepala tuako nya adalah mahathir..
Soi Lek ke, Tiong Lai ke, Tee Keat ke semuanya tak relevan dimata kaum Cina khasnya dan Malaysia amnya selagi MCA masih bersandarkan kepada politik BN. UMNO masih menjadi tuan dan MCA hanya pak turut dalam memporak porandakan negara.
ReplyDeleteChua sou lek satu kg dgn lim kit siang..n tony pua..n teo nee cheng..n syed hussin ali...n vincent lim...n rmai tokoh besar cina dr batu pahat. Magnum judi diasaskan di jln pantai bt pahat... Skrg bt pahat totally cina punya. Onn jaafar n pgawai inggeris pujuk n halang selempang merah 1945 serang n bakar bandar bt pahat... Abis tanah melayu waima di kg2 trjual ke cina..bt pahat kubu umno tp maruah mlayu dh trgadai... Yg ada tokoh umno pun cuma mat ajis warlord poyo yg ckp tak srupa bikin..puad zarkashi dh lingkop..ajis kaprawi,takat ckupkn kuota je..Jahat2 limkitsiang..dia pejuang bg kaumnya. Baik2 pmimpin umno..smua petualang.. Kayakan tembolok sndiri n kroni. Wee ka siong plapis bru cina bt pahat..nmpak cerdiknya......plapis melayu.??...hampas ..hampeh.
ReplyDeleteBanjar Belemam.
Anon 23:38,(Banjar Belemam)
ReplyDeleteSiapa yang menjualkan tanah-tanah melayu tu?
Sdr, Lim Kit Siang sama saja. Jgn suka sangat melihat DAP naik weh!
Nanti menangis tak berlagu weh! Nanti mana anda nak sorok muka anda ya?
Suka Lim Kit Siang mendengar kata-kata Melayu yg bo...seperti anda.
Nak tunjuk pandai tapi....
MCA kata apa lagi Melayu UMNO mahu??....Dah bagi awak Chua Sex Lek....Pemimpin Lemah-Alim Cina, Tapi kaya dengan Rasuah UMNO, Berlagak macam anjing suruhan UMNO?? Apa lagi yang awak nak MCA Cina buat untuk gembirakan Tuhan-Firuan UMNO??
ReplyDeleteWak jawa..ada ke kwn ckp kwn suka dap lim kit siang? Kwn ckp kesimpulan. Lupa plak..umno klang dh lama padam.
ReplyDeleteTuan Aspan,
ReplyDeleteMCA tidak relevan lagi dalam dunia politik tanah-air. Tukar presiden manapun tak guna. Nasi dah jadi bubur. Semuanya cukong2 tamak bersekongkol dgn UMNO. Tujuan depa nie cuma nak hambat harta MCA jer. Rakyat sekarang rata2 semuanya sepakat. Politik kaum dah tak laku. Parti harapan ialah DAP dan PAS.