20 October 2013

Yang nak jadi pemimpin tu ramai, yang berkepimpinan sudah tiada

Kenyataan begitu jelas, UMNO penuh dengan pemimpin dan pemilihan pemimpin dalam UMNO sentiasa mendapat liputan meluas dari media massa perdana dan alternatif. Keputusan pemilihan sudah di ketahui dan dijangka. Apa yang di jangka itu benar semuanya. Apa dia kebenarannya? Banyak kebenaran yang di jangka dari awal.

UMNO tidak mempunyai kepimpinan lagi. Malahan pemimpin-pemimpin yang menang itu tidak berkepimpinan. Mereka tidak tahu ‘hujung pangkal’ tentang kepimpinan. Mereka tidak memahami apa yang hendak di pimpin, bagaimana hendak memimpin dan apa perlu dilakukan dan nilai yang perlu ada untuk memimpin. Mereka itu layaknya duduk dengan saya dikedai kopi mamak selalu.

Yang mereka tahu ialah, aku sekarang dah jadi Menteri dan jadi itu dan ini. Tetapi jika ditanya apakah yang mereka hendak lakukan, mereka akan berkata melakukan segala-galanya untuk agama, bangsa dan negara.

Rupa-rupanya agama, bangsa dan negara itu ialah semua untuk mereka. Jika agama itu mereka ke Mekah setiap tahun dan bulan. Perjuangan untuk bangsa itu ialah dengan memainkan isu rasis dan perjuangan untuk negara itu ialah bekerja kuat untuk menjadi Perdana Menteri kerana jika menjadi Perdana Menteri mereka akan memperkosa negara dan rakyatnya sekali.

Perkara lain mereka tidak tahu. Itu sebabnya menjadi pemimpin besar itu penting bagi peribadi mereka kerana kejayaan mereka di ukur dari setakat mana tingginya kedudukan yang mereka boleh capai. Jika jawatan yang di sandang mereka itu jawatan yang tinggi, itu adalah kejayaan bagi mereka. Itulah sebabnya mereka bermati-matian untuk mendapat jawatan besar.

Kekurangan ilmu kepimpinan mereka dengan senang mereka tutupi dengan bermain politik wang kerana mereka dari awal menjadikan bangsa Melayu itu orang yang marhen dalam segala bidang dan menjadi bangsa yang sentiasa mengharapkan perlindungan. Jadi mereka boleh di bayar dan di beli dan sesiapa yang membayar akan mendapat undi dan sokongan.

Bagi mereka yang lemah ilmu agamanya sedangkan mereka mahu menjadi orang yang kononnya beragama, mereka menggunakan isu seperti isu nama Allah dan isu ini boleh membuat orang ramai yang telah di kosongkan jiwa dan batin mereka untuk bersatu kononnya untuk membela agama dan bangsa.

Mereka ini sentiasa mahukan perlindungan kerana bersikap rendah diri dan tidak mahu berlumba-lumba untuk mendekatkan mereka kepada agama. Mereka terlalu ‘naïve’ dan mahukan perlindungan itu dan mahukan agama itu datang kepada mereka untuk melindungi mereka yang dalam kedhaifan itu. Mereka bukannya untuk Allah tetapi mereka hanya mahukan nama Allah itu sahaja dan mereka mengaku memperjuangkan Islam. Mereka hanya mahu menguasai nama Allah itu sahaja tetapi tidak mahu mengesakan Allah itu. Mereka mahukan nama Allah itu sebagai tangkal yang di lekatkan dibibir dan telinga manusia yang dipimpin mereka.

Jika mereka mahu mengesakan Allah mereka tidak akan lakukan rasuah dan berbagai-bagai tindakan mazmumah dalam hidup mereka. Pemimpin seperti ini pada hakikatnya mahukan perpecahan kerana kuasa yang ada kepada mereka akan memudahkan mereka menguasai rakyat dengan menanamkan nilai-nilai mazmumah di dalam diri rakyat pimpinan mereka.

Tidak usah kita mengharapkan atau menaruh harapan untuk UMNO mengetahui segala-galanya ini. Mengharapkan pimpinan yang ada sekarang ini memperjuangkan agamanya, bangsanya dan negaranya sudah menjadi satu perkara yang tidak mungkin tercapai lagi. Bak kata AR Tompel, “It’s impossible!”.

Akhir-akhir ini saya berulangkali menyatakan, hanya satu jalan sahaja untuk membetulkan keadaan negara ini, iaitu tanggungjawab ini dilakukan oleh parti-parti dalam BN untuk membetulkan landasan perjuangan rakyat. PBB, PBRS dan lain-lain parti di Sawarak serta parti-parti lain dalam BN di Sabah wajar melakukan sesuatu. Mereka pun bermasalah dengan pemimpin-pemimpin utama UMNO dan bahangnya dirasakan oleh mereka jua.

Mereka wajar bersatu dan jika mendapat sokongan parti-parti dalam pakatan maka tindakan untuk membetulkan negara masih ada harapan untuk di perbaiki. Tidak usah menumpukan kepada parti-parti lagi, tidak kira parti dalam BN atau pembangkang. Yang penting dalam keadaan genting sebegini wajar semua parti memikir dan mengutamakan keselamatan negara dalam semua bidang.

Kita cari seorang pemimpin yang boleh menghidupkan kembali semangat negara kita yang sudah di ambang kehancuran itu. Ahli-ahli legislatif persekutuan wajar bersatu untuk mencari seorang yang mampu dan masih mempunyai roh perjuangan untuk negara dan rakyat sejagat, bukannya untuk memperjuangkan sekelompok rakyat pimpinan kerajaan hari ini.

Tidak pernah kita melihat di mana-mana negara yang parti pemerintah mempunyai jiwa yang begitu fakir dan tidak pernah juga kita mendengar parti pemerintah dan kerajaan berebut-rebut dengan nama Tuhan selain dari negara kita. mereka tidak mahu menerima ketentuan Tuhan itu sendiri tetapi hanya memerlukan nama Tuhan itu untuk kepentingan politik mereka semata-mata.

Kata-kata pemimpin hanya indah di dengar tetapi tidak terlihat apa yang mereka sebutkan itu terlaksana. Semalam kita mendengar Najib menasihati mereka yang menang yang beliau kehendaki itu. Beliau menasihatkan mereka yang menang itu supaya mengambil kemenangan itu sebagai tanggungjawab kerana semuanya itu akan di soal di akhirat nanti. Cantik dan enak bunyinya.

Sekarang biar kita pula mengarahkan nasihat itu kepada beliau sendiri. Berbuat baiklah kepada negara dan rakyat berbilang kaum dan agama ini. Jadikan itu matlamat saudara. Oleh kerana saudara tidak berkemampuan untuk melakukannya gunakanlah cebisan pengaruh yang ada untuk menyatukan kepimpinan negara yang sudah punah ranah ini.

Mungkin anda terpaksa melakukan sesuatu yang tidak dijangka, iaitu berhenti sahaja dan biarkan kepimpinan parti-parti dalam BN itu berunding untuk mencari kepimpinan yang boleh menyelamatkan keadaan negara jika di izin Tuhan.

Orang boleh melakukan sesuatu yang baik itu berada diluar kepimpinan tertinggi UMNO. Itu sahaja cara bagi anda menebus kembali kelemahan-kelemahan anda yang telah menyebabkan negara kita terumbang-ambing tanpa hala dan tuju sekarang ini.

Itu sahaja cara bagi anda untuk menikmati ketenangan jiwa di masa hadapan. Sebagai mana yang di sarankan oleh blog ini sebegitu lama, ‘we need to restart this nation anew’.

Tinggalkan lah nama yang baik sebelum kita menghembuskan nafas kita yang terakhir. Maklum sajalah ajal dan maut itu adalah hak Allah semata-mata. Kita boleh di ambilnya pada bila-bila masa.

Najib perlu sedar yang musuh beliau terlalu ramai dalam UMNO itu. Kemenangan tiga kerat Naib Presiden yang penyandang itu tidak mampu menolak arus yang sedang mengalir dengan deras dalam UMNO itu sendiri.

Jika Najib tidak melakukan kebaikan untuk negara dan dirinya sendiri dalam masa yang terdekat ini, nescaya beliau tidak akan menyedari yang suatu hari yang tidak berapa lama lagi beliau akan dikelilingi oleh mereka yang akan menolak beliau. Semasa itu nanti kemenangan ketiga-tiga calon Naib Presiden itu tidak menjamin keselamatan beliau sendiri.

Najib mesti tahu, apabila graf kepimpinannya menurun yang tiga pemimpin ini belum tahu kekal bersama beliau. Masa itu nanti hendak mara tidak boleh dan berundur pun akan memakan dirinya sendiri.

Sedangkan harimau pun mati meninggalkan belang, takkan lah Najib tidak dapat meninggalkan nama walaupun sedikit.

10 comments:

  1. Is he capable of this great sacrifice for the nation? Do the unthinkable Najib. For Malaysia.

    ReplyDelete
  2. UMNO adalah parti yang menjadikan RASUAH itu wajib. Apa lagi nak dikata. Sampai bila pun tak berubah. Pepatah UMNO: Janji Masyukkkk.

    ReplyDelete
  3. saya sangat setuju dengan pandangan tuan, janganlah hanya sarat membawa dosa saja bila mati nanti.

    ReplyDelete
  4. Abg Aspan, pemimpin yg org Umno pilih tu pemimpin apa bang? Tolong abang jawab.

    Kalau pemimpin negara, hancur. Kalau pemimpin rakyat, lebur. Kalau pemimpin Islam, hanyut. Kalau pemimpin Melayu, layu.

    Tapi, kalau pemimpin kroni......

    Betul ke tu bang!!!.

    ReplyDelete
  5. Diantara BENAR dan PALSU

    Ditengah2 KBNARAN dan KEPALSUAN

    disitu wujud KESAMARAN
    disitu wujud KEKELIRUAN
    disitu wujud PENYAMARAN

    SAMAR..KELIRU..MENYAMAR
    nilai2 3 ddlm SATU diatas itu adalah ciri2 "munafiq" hakiki yg sgt jijik skali dnegara ini!
    ..setan & IBLIS sgt seronok & secocok dgn ciri2 SAMAR KELIRU & MENYAMAR ini agar mnjd sgt 'real' sekali!!

    Pemimpin2nya cuma 'MENYAMAR' shj sbg Islam dgn nama/sorban/kopiah @jubah..mekah/umrah/hj/hajjah

    Pemimpin2nya bermain2 ayat KELIRU dgn game nama'ALLAH' sdangkan.. "action speaks LOUDER than words"..
    Billions & trillion AMANAH ummat dah pon digelap & terus2an RAKUS disonglap!!

    Dgn SAMAR & KELIRU org2 melayu diKampung2 sgt2 mudah ditipu dgn emosi2 sandiwara yg berapi2..w.pon negara hampir MUFLIS krn setiap seorg dr pemimpin yg "munafiq" itu tlh pon memiliki ber'billion2 @ beRATUS2 juta hanya semata2 dgn kalimat2 AUTA-agama bngsa & negara!

    Hujjah2 pemimpin2 ini & blogger2 UPAHAN mrk dgn "SENGAJA" menjurus fikiran ummat kpd SAMAR & KELIRU

    Demi meNGELIRUkan ummat dgn jenayah BOBROK yg sgt2 jijik/khianat yg tlh dilaporkan oleh ketua AUDIT negara, mrk pon bersandiwara pula dgn 'words'/kalimah ALLAH! Mufti2 yg KELIRU pon sahut menyahut FOKUS kpd 'trivial' isu yg aneh sdangkan JENAYAH paling dahsyat dtutup begitu shj..

    Ingat & insaflah..
    Org2 kafir lebih mudah dekat/tunduk kpd sbnr2 NILAI KBNARAN

    sebaliknya..spesis yg suka kpd SAMAR & KELIRU @ "munafiq" sentiasa shj berdalih & beralasan utk bnar2 mndakap sbnr2 hakikat KBNARAN & KEADILAN drp TUHAN..

    Kpd golongan/spesis "munafiq" ini TUHAN tlh mnjdkan mrk PEKAK BISU & BUTA..al-Baqoroh(2;18)

    Klu hati naluri & jiwa mrk tlh diPEKAK diBISU & diBUTAkan "NYA" adakah mrk layak mnjd PEMIMPIN utk ummat manusia?

    SAKSIkan lah bnar2 & sbnr2nya dgn mata hati kita yg dianugrahi"NYA"..








    ReplyDelete
  6. Mamakthir pun mengaku merasuah semasa merebut ketua bahagian dia dulu apakah lanchaunya

    ReplyDelete
  7. Selagi Sultan UMNO-BN berkuasa...BUDAYA RASUAH akan Berlansungan....ITU sebab Banayak tanya macam mana GDP (Jumlah Pengeluaran Negara) Singapura boleh melebihi MALAYSIA yang ada minyak, Galian, Tanah, Hamba Abdi!!!!!....siapa Hina Allah?? ALLAH UMNO!!

    ReplyDelete
  8. Integrity & credibility tidak beri apa2 makna lg & menjadi sampah! Umno mengajar Melayu menjadi bodoh. Ketua peneroka mendpat habuan rm5 ribu seorg supaya kempen utk Isa Samad. Budak2 beringus putra putri terasa syok & leka bila mendpat sampul surat. Rasa2nya budak2 ni pun tak kenal pun muka hidung yg dipangkah. Janji pocket berisi & undi sipolan2...
    Bini si rosmah sudah bole lelap & pergi melencong lagi. Yg sudah tabur modal byak, ni lah time dapatkn balik modal yg dah keluar. Setahun pun dah cukup mengumpulkn harta...permit, lesen, tender...dan apa saja. Kalau ada business jual sundal pun, org umno sanggup ambik komisen sbb itu dah darah daging..

    ReplyDelete
  9. Pak,

    I read with interest what Saifuddin Abdullah told Malaysiakini about his defeat in the recent UMNO election. He conceded that his defeat is primarily because HE DOES NOT engage in money politic BUT he will seek a meeting with UMNO disciplinary committee to work out solution to eradicate money politic in UMNO. He also stressed that he will not meet the disciplinary committee to complain about his defeat. In other words, his love for UMNO is above Islam, the rule of law and the country and he will defend UMNO even if it means destroying the country.

    This indictment of UMNO corrupt core is coming from the most progressive element in UMNO to date, which of course validate the notion that UMNO is beyond saving and any attempt at transforming it is futile and a waste of time (and especially money). When the most progressive mind in UMNO cannot even perceive the real problem that plague UMNO and this country, how can we expect UMNO to change and save the country?

    UMNO is drowning in corruption and immorality and even Saifuddin couldn't see or realize THAT itself is the problem with UMNO and Malaysia. When the brightest star of UMNO transformation which is Saifuddin could utter oxymoron statement the likes of "money politics is not a legal matter. It's an integrity matter" then there truly is no hope for UMNO. By the way Mr Saiffudin, money politic or bribery or corruption ARE legal matters! And legal matters deals with integrity. You cannot separate the law from the integrity point of view nor can you associate integrity with something illegal. It's oxymoron to say the least!

    It must be true then that all the honest, brightest and the cleverest Malaysian have joined PAS, DAP and PKR which leaves UMNO with the bottom of the barrel where even their best are rotten and wormy with the finest example being Ali Rustam and Isa Samad! You are right Pak about UMNO having so many wannabe leaders but have none who have the leadership qualities.

    Mahathir truly has bestow us, Malay, a great calamity. It's going to take us decades to recover from his rule and UMNO Baru's mismanagement and corruption. Well, the Malays did choose the corrupt and the immoral as their leader and as such they deserve to be downtrodden and miserable at least until they rise up and throw away those rotten and corrupt leaders.

    Nick.

    ReplyDelete
  10. Apa Ali Rustam(Ali Baba Melaka) cakap,
    orang melayu melaka (UMNO) tak sokong dia,nak sokong apa "Ali Rasuah" inilah dikatakn Tsunami Melayu-Mamakkuty pon cakap dalam UMNO ni semuanye bodah2 belaka, padan muka dia, sebenar nye apa yang ada pada orang melayu melaka ada Batang je

    ReplyDelete