Pimpinan yang terbaik ialah
pimpinan yang mempunyai ‘magnanimity’ yang tinggi dan tidak berjiwa
fakir. Pemimpin yang terbaik ialah pemimpin yang berjiwa besar, bukannya
pemimpin yang bercakap besar atau garang. Sekarang ini zaman kemajuan dan bukan
lagi zaman batu dalam mana siapa yang mempunyai otot yang paling besar dan keras
merekalah yang berkuasa.
Arahan kerajaan agar
pelajar-pelajar Malaysia
tidak menghadiri program Adelaide Festival of Ideas yang bermula hari ini amat
memalukan dan melambangkan kemiskinan
serta kefakiran jiwa pimpinan kerajaan. Ini di sebabkan kerajaan tidak
mahu pelajar kita di Australia
berjumpa dan mendengar ucapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang di jangka
berucap malam ini.
Saya secara peribadi memprotes
tindakan penguasa pelajar di Australia
yang bertindak seperti tuan kepada kandang kerbau dan kambing. Mereka
menganggap pelajar kita ibarat kambing yang hanya di halau untuk masuk dan
keluar kandang mengikut kemahuan tuannya. Kenapa perkara ini berlaku?
Jawapannya ialah kerana jiwa miskin dan terlalu kecil tidak mempunyai keyakinan
diri yang terlalu menonjol.
Anwar ada hak untuk bertemu dan di
temui oleh sesiapa termasuk pelajar dan orang awam yang lain. Ini adalah
demokrasi. Pelajar merupakan gulungan yang sedang dalam latihan berfikir. “Scroll’
yag mereka terima semasa konvo itu hanyalah untuk mengesahkan yang semua mata
pelajaran yang mereka pelajari telah tamat di lalui dan lulus peperiksaan.
Tetapi motif utama seseorang itu
menjejak dan duduk dalam kampus itu ialah untuk melatih diri untuk berfikir dan
bertindak secara betul dan benar. Saya tidak tahu kenapa orang yang
mengeluarkan arahan itu tidak menggunakan daya pemikiran untuk bertindak secara
orang yang telah di pelajarinya di universiti dahulu. Ini amat menghairankan kepada mereka
yang mempunyai sedikit daya pemikiran.
Takut jika kalau Anwar
mempengaruhi pelajar? Kenapa takut? Kita mesti menghormati pemikiran pelajar
yang sedang dalam latihan itu. Tidak semestinya mereka akan terpengaruh dengan
Anwar kerana mereka mempunyai daya pemikiran yang baik. Jika pun Anwar mampu
mempengaruhi mereka apakah kesalahannya? Kenapa takut.
Saya sendiri telah mengikuti
setiap langkah politik Anwar sejak zaman pelajar lagi. Saya mengikuti Anwar
sejak beliau mengetuai PKPIM yang berpejabat di ITM Jalan Othman pada 1970
dahulu. Kalau hendak terpengaruh dengan beliau sayalah orang yang paling mudah
untuk mempercayai Anwar kerana sudah begitu lama melihat dan mendengar
kata-kata dan pemikiran beliau.
Kita mesti ingat orang yang rumahnya bersempadan dengan kawasan gereja tidak semestinya akan menganut agama kristian. begitu juga seorang kristian yang rumahnya berhampiran dengan suruan dan masjid, tidak mudah untuk menukar agamanya kepada Islam. Begitu juga bagi mereka yang mendengar ucapan Anwar, tidak akan terpengaruh dengannya begitu mudah. Jika mudah terpengaruh dengan Anwar jumlah yang menghadiri ceramahnya sebelum pilihanraya dulu pun tidak dapat menumbangkan BN dalam PRU yang lalu.
Kita mesti ingat orang yang rumahnya bersempadan dengan kawasan gereja tidak semestinya akan menganut agama kristian. begitu juga seorang kristian yang rumahnya berhampiran dengan suruan dan masjid, tidak mudah untuk menukar agamanya kepada Islam. Begitu juga bagi mereka yang mendengar ucapan Anwar, tidak akan terpengaruh dengannya begitu mudah. Jika mudah terpengaruh dengan Anwar jumlah yang menghadiri ceramahnya sebelum pilihanraya dulu pun tidak dapat menumbangkan BN dalam PRU yang lalu.
Tetapi sehingga hari ini saya
tidak mempunyai keyakinan kepada Anwar untuk mengetuai kerajaan. Itu pemikiran
saya dan saya tidak marah dan akan berbuat apa-apa kepada mereka yang yakin
kepada beliau. Saya ada alasan saya sendiri kenapa saya kekurangan keyakinan
terhadap beliau dan orang lain ada sebab dan asas mereka sendiri kenapa mereka
yakin terhadap Anwar. Ini demokrasi. “Let us respect each other’s opinion”
Jika ada pelajar-pelajar yang mengikuti blog
saya ini di Australia,
saya menyeru agar datang beramai-ramai untuk mendengar pemikiran Anwar itu jika
tidak mengganggu waktu belajar dan ulang kaji pelajaran mereka. Pergi
ramai-ramai dan meriahkan majlis itu. Tidak ada salahnya.
Katakan kepada pihak yang memberi
ugutan biasiswa akan di tarik balik dan sebagainya itu, yang biasiswa yang anda
terima itu bukan duit UMNO atau duit datuk dan nenek pemimpin UMNO.
Duit itu adalah duit dari cukai
rakyat termasuk dari ahli PAS, DAP, UMNO dan mungkin dari mereka yang bersimpati
dengan Parti Komunis Malaya yang di haramkan itu. Duit itu duit orang ramai.
Saya bukan peminat Anwar tetapi saya tidak ada halangan bagi penuntut berjumpa siapa juga nak berjumpa mereka dari kerajaan dan dari pembangkang.Lets have an open mind.You know and I know that Anwar will never become our PM.PR blew their best chances last election.After this it will be damn difficult for PR to win the election under current PR coalition internal party problem if not properly handled.
ReplyDeleteAnwar perlukan pengundi nons dalam isu kslimah Allah pun beliau sekata dengan Guan Eng/DAP.So how?.
SBA
Jangan di sekat pelajar berjumpa dgn Anwar tu..lagi banyak kali berjumpa lagi banyak kelemahannya kita jumpa.
ReplyDeleteHe can't be PM anyway.
Bila Najib naikkan umur bersara, maka tidak byak pengambilan pekerja. Kadar pengangguran di kalangan young graduate meningkat lebih2 lg Bumi. Ada graduate sanggup berkerja walaupun unrelated fields & terima gaji rm1,000 asalkan dpat kerja & tak mahu bebankn mak ayah. Swasta pula suka ambil pekerja kontrak sbb nak jimat kos. Baru2 ini bank di negara ini akan introduce & up grade system baru yg dijangka akan mengurangkn pengambilan pekerja kecuali marketing division. Kerajaan si Najib pula tanpa menghiraukan kesan2 sampingan terus memperkenalkn gaji minima yg tidak disukai majikan. Kesannya kos pekerja meningkat & menambah kes pengangguran.
ReplyDeleteAda pula ura2 si Najib nak naikkan lagi umur bersara kepada 62 tahun walaupun Ceupecs mintak 65. Sekiranya Najib terima, bilangan young graduate menganggur akan bertambah lagi. Apa guna
anak2 muda dpat ijazah cemerlang jika Kerajaan tidak dpat menguruskn economy dgn baik? Kerajaan Najib tak perlu takut & bimbang dgn bayang2 pembangkang serta tak perlu sekat kebebasan pelajar jika ekonomi diurus dgn cekap yg dpat memberi peluang pekerjaan kpd lepasan U. Kerajaan semcm sudah bangkrap idea sehingga buat dasar yg tak menyakinkn. Yg dirisau org ramai ialah negara ini sudah penuhi syarat menjadi negara seperti Greece yg menyumbang kadar menganggur paling serious khususnya anak2 Melayu...
sudah dapat ijazah perlu mencipta kerja bukan tunggu kerja.contohi student kemahiran mara depa buka bengkel motor,kereta dan buat kontrak elektrik.
DeleteHdop pakatan rakyat, takbir,
ReplyDeleteAnon @19.15 berkata Anwar perlukan undi nons dalam isu Allah.
ReplyDeleteNak Tanya sikit lah...kuatkah iman dan lebih baik kah keislaman orang2 yang sibutk dlm isu Allah ni,
Tak baca ke pc nya...dia mengatkan 'world renowned Islamic clergic including Yusouf Khardawi says the word allah could be used and has vben use by Arabic non-muslims since the Prophets time'. Nak pakai pandangan siapa..Yusof Khardawi atau Rasul baru iaitu Noor Gadut yg kata orang yang menyokong penggunaaan Allah dikalangan kristian adalah murtad DAN kafir.
Daripada menyibut dlam isu Allah..baik usaha tingkatkan keimanan dan ketakwaan dan elak dari melakukan maksiat seperti rasuah dan salahguna kuasa.
So How???
Menjadi PM bukan Isu utama. Yang penting mendapatkan pandangan dan kupasan tentang negara dan juga dunia antarabangsa.
ReplyDeleteBegitu juga mahathir menyerang ahli Umno dengan pelbgai seranah dari bodoh politik wang ,pengkianat agama dan bangsa agar berubah demi kemenangan anaknya.
Namun anaknya kalah juga.
Intipatinya rakyatsemakin yakin itulah Umno sebenarnya. Jijik
Apa yang penting adalah transformasi politik UMNO nampaknya berjaya, telus dan lebih demokratik dan jelas akar umbi telah memberi isyarat mereka berdiri teguh dibelakang parti mereka bagi menghadapi cabaran pru 14 nanti.Adakah kita akan dapat melihat PR yang bersatu ? .
ReplyDeleteHari ini juga adanya EGM MCA yang akan menentukan pilihan ahl8 mereka membuat ketetapan menjelang AGM parti itu Dec nanti.Bagaimana pula dengan parti dalam PR ?.Adakah kita akan berjaya mengadakan 'Two party system?'.Isu Anwar mahu berjumpa penuntut harus tidak mendapat apa apa halangan.
siswa ibarat kain putih yg perlu betul dicorakkan oleh para professor yg berilmu.Bukan orang politik yg kita tidak tahu apa niatnya.ibu bapa pun kita tida redha anak anak siswa yg bersih dan ikhlas mendapat perkara yg tidak bermenafaat.berjuta rm wang dibelanja.negara mengharapkan akan lahir siswa yg dinamik,positif,nampak transformasi kerajaan buat,sudah 1.34 trilliun hasil perdagangan negara.mahu siswa yg berfikiran cari ilmu dan meraih keputusan yg. gemilang.untuk dihadiahkan kpd negara malaysia.talent student.pemikiran siswa perlu di jaga supaya ada output atau outcome yg banyak .banyak inovasi kerajaan dapat.meruntuh mudah membangun perlu puluhan tahun.
ReplyDeletesekarang syarikat teraju melayu malaysia telah melabur banyak di luar negara.contohnya ada syarikat kita membeli 86 hospital di turky,eropah timur,dan di negara Asean.beli bukan sewa.kita perlu doktor anak melayu pergi urus dan jaga.anak yg brain cream perlu kita hantar .urus dan jaga.akademik siswa perlu cemerlang.itu sebab jangan ganggu fikiran depa yg jujur dan ikhlas belajar.saya yakin ibubapa tidak redha anak nya diusik.
ReplyDeleteApa jadi orang Islam di Syria,mesir,iraq dan Libya.sibuk Arab Spring.kesannya 1 kilo daging now di Mesir rm 60. nak dapat se buku roti pun kena fikir cukup duit ke.orang islam jadi bangsat dan lemah.ini semua angkara penceramah yg membakar emosi pemuda.bila sudah berbunuhan cendiakawan dan ulama habis lari menyorok.ada yg lari bekerja di negara lain.penakut.kesihan jutaan rakyat, orang tua,kanak kanak di syria.sudah tidak sekolah .dlm masjid pun di bom pejuang kononnya. pemimpin, ulama,cendiakawan cuba angkat ilmu emotional intelligent,eq dan intrapersonal skill. sudah tentu tiada peluang orang kafir mengadu domba orang islam.contohi pemimpin Melayu di Malaysia yg tinggi eq dan akal budinya.jadikan rakyat seronok hidup di bumi melayu ini.kemahiran berunding dan kemahiran mengurus emosi yg tinggi.sedikit masa lagi malaysia akan jadi negara maju.semua penulis kena positif dan berjiwa besar.berikan inovasi yg terbaik untuk rakyat. tak nampak ke BN sudah buat beratus ratus perubahan untuk rakyat.meruntuh mudah.membina perlu ilmu dan muafakat sesama Melayu kita.
ReplyDeleteMaafkan saya tuan..yg sebenar2 melayu itu tak pernah ada sejarah gagah bijaksana yg brpanjangan..jika tidak,masakan bugis,acheh,siam pd masa silam mnguasai politik tanah melayu...slepas kuasa barat...politik alaf baru diterajui tun dr M dgn jayanya...cina n tamil terus gemilang..melayu perlembagaan brcakaran...muslim saling brmusuhan....syabas malaysia ku.
ReplyDeleteAs Salam Tuan AA.
ReplyDeleteMemang bukan Anwar yang terbaik untuk menjadi pemimpin utama politik di negara ini yang sedang dilanda krisis rasuah dan kepimpinan. Tetapi aura Anwar adalah alternatif yang terbaik dari semua pemimpin politik yang ada di negara ini sementara menunggu Malaikat turun ke dunia sebagai pemimpin (seperti yang di kehendaki dan dipersetujui oleh Tuan Aspan).
Kepada Anon 14:42:00, pemikiran kamu terlalu kolot dan amat kurang membaca serta terlalu naif dalam berfikir. Kalau kamu berbangsa Melayu.....Maka memang benarlah UMNO/BN akan berkuasa sampai kiamat dan Melayu akan terus ditipu dan dibodohkan oleh para pemimpin mereka selagi ada ramai spesis macam kamu.