11 October 2013

'Macam kaduk naik junjung', macam mana rakyat tak marah?

“It’s scary!” kata seorang rakan saya yang sememangnya seorang yang serius dalam hidup beliau apabila beliau bercakap tentang keadaan negara pada hari ini. “What is frightening you bro?” tanya saya kepadanya  semasa beliau minum kopi di Bangsar Village dua hari lepas..

Katanya dia takut dengan masa depan negara yang tidak terurus dengan betul mengikut taraf sebuah negara yang mengaku akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Politiknya tidak menentu, keselamatan negara tidak meyakinkan dan segala-gala urusan samada perniagaan dan lain-lain sudah tidak mempunyai budaya lagi.

Isu rasis amat menakutkan sesiapa yang faham tentang semua ‘consequence of events’ jika cara permainan politik negara sekarang ini masih tidak berubah. Perhubungan diantara kaum tidak sebaik dahulu dan semua pemimpin politik di setiap peringkat bercakap tentang perkauman yang menebal.

“The image of our political leaders is contemptible and inconceivable” katanya lagi dengan serius. “These deluded leaders have got to go if we still think that we deserve good administrators. Leaders like Zahid, Ali Rustam should be done with and everyone of their like shouldn’t be anywhere within the government” beliau terus merungut dengan penuh sesalan. “What we are having now is not a government” membentak.

Orang seperti saya dan ramai yang lain dibawah ini faham maksud rakan saya tadi. Maksud beliau itu ialah ‘uncertainties’ yang di rasai oleh rakyat kerana mereka tidak nampak apa-apa perubahan kepada kerajaan selepas di beri sambungan mandat dalam pilihanraya yang lalu.

Di mana dia kesejahteraan yang dijanjikan oleh BN sejak 30 tahun dahulu? Di mana dia peluang untuk semua terutamanya ‘the big chunks of the unfortunate Malays’ yang di lihat oleh kaum bukan Melayu sebagai kaum yang diberikan keistimewaan itu? Kaum bukan Melayu tidak juga boleh dipersalahkan kerana pemimpin kerajaan teraju UMNO tidak henti-henti bercakap memperjuangkan bangsa Melayu sejak berdekad-dekad dahulu.

Tetapi sebahagian besar Melayu tidak juga dapat menikmati apa yang dikatakan sebagai bangsa yang diberikan keutamaan dan keistimewaan itu. Memang ada Melayu atau Bumiputra yang mendapat kekayaan kerana keistimewaan yang diperuntukan oleh perlembagaan itu. Tetapi Melayu macam mana? Jawapannya semua orang tahu Melayu yang menjadi pemimpin UMNO dan kroni-kroninya sahaja yang mendapatkan keistimewaan itu. Bilangannya terlalu kecil.

Ada lagi Melayu dan Bumiputra yang menggunakan peruntukan keistimewaan orang Melayu itu. Mereka di anggap sebagai ‘Super Bumi’ seperti Ananda, Arumugam, Mohzani Mahathir, Mirzan Mahathir, Syed Mokhtar, Vincent Tan dan beberapa orang yang lain. Jumlah mereka ini boleh di kira dengan jari. Yang lain-lainnya terdiri dari anak-anak Menteri, menantu-menantu dan adik beradik menteri, anak-anak dan menantu MB, kaum kerabat pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Di kawasan dan daerah pula kaum keluarga wakil-wakil rakyat Parlimen dan DUN mendapat banyak peluang kerana mereka Bumiputra dan Melayu. Pegawai-pegawai kerajaan di daerah pula ramai yang mempunyai lesen kontraktor kelas F dengan menggunakan nama isteri dan keluarga masing-masing. Hampir kesemua kerja kecil-kecilan di ambil oleh mereka ini.

Semua mereka ini kalau dikaji dengan teliti adalah mereka yang rapat dengan UMNO dan parti-parti pemerintah. Dengan kata lain jika ingin mendapat peluang melalui peruntukan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra ini mestilah mereka yang menjadi aktivis UMNO atau penyokong kuat UMNO.

Kalau kita tegur, mereka akan melenting dan marah. Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri marah-marah apabila ditanya media tentang penglibatan anak-anaknya dalam perniagaan menggunakan pengaruh beliau. Dengan berang Dr Mahathir menjawab. “Takkan anak-anak saya nak jadi tukang kebun pula?” Semuanya ini masih dari ingatan ramai orang.

Sebahagian kecil yang mendapat peluang ini akhirnya gagal kerana terlalu banyak tol dalam perniagaan kerana budaya rasuah dalam kerajaan. Ramai yang bungkus dan menggulung tikar kerana tiada pembelaan. Tetapi anak Perdana Menteri apabila gagal dalam perniagaan perkapalan, boleh pula mendapatkan wang rakyat untuk membeli syarikat yang kerugian itu dari beliau dengan jumlah hampir RM2billion pada tahun 1996 dahulu.

Anaknya selamat dari kerugian dengan menggunakan wang rakyat, malahan mendapat pula sedikit keuntungan hasil dari kerugian perniagaannya itu. Dalam masa yang sama membidas peniaga Melayu kerana kelemahan dalam perniagaan dan mengkritik mereka kerana terlalu bersandar kepada kerajaan. Beliau lupa yang kerugian perniagaan anaknya itu adalah kerana kelemahan dalam perniagaan juga dan akhirnya kerajaan UMNO juga yang menyelamatkan anaknya itu.

Sekarang kepimpinan yang di warisinya kepada rakyat adalah kepimpinan yang lemah dengan di saluti oleh isu rasuah dan berbagai-bagai isu yang menakutkan rakyat seperti yang di sebut oleh rakan saya tadi. Harga barangan yang bertambah tinggi membuatkan kos kehidupan sangat tinggi. Dalam pada itu di naikkan pula harga minyak, diesel dan gas. Alasannya kerana kerajaan mengurangkan jumlah subsidi kepada rakyat.

Kenapa dikurangkan subsidi itu sedangkan ia melibatkan puluhan juta rakyat sedangkan subsidi yang begitu tinggi di berikan kepada orang berkuasa melalui rasuah dan sebagainya. Jika benar pimpinan prihatin terhadap kesengsaraan rakyat kenapa Perdana Menteri menggunakan hampir RM100 juta dalam tiga tahun untuk sewaan jet peribadi Perdana Menteri.

Kenapa Perdana Menteri berbelanja dengan boros. Presiden XI Jinping dari Cina pun terbang dengan pesawat komersial dari negara itu ke mana-mana pemimpinnya melawat. Perlu diingat negara Cina itu bukan sahaja negara besar tetapi Cina juga adalah ‘civilisation by itself’. Kenapa pemimpin negara sekangkang kera ini mengada-ngada sampaikan tidak boleh lagi menggunakan pesawat komersial? Kenapa bersifat sikudung dapat cincin pula sehinggakan mereka tidak layak lagi terbang menggunakan pesawat komersial kelas pertama?

Dari mana asal usul pemimpin ini sampaikan tidak lagi seronok naik pesawat komersial sekarang. Perdana Menteri lahir di Kuala Lipis pada tahun 1953 dahulu. Adakah beliau dari kecil dahulu sememangnya sudah biasa naik jet peribadi terbang dari Kuala Lipis ke Pekan atau Kuala Lumpur?

Semuanya ini membuatkan rakyat tidak lagi berkeyakinan terhadap kepimpinan negara sekarang. Sikap ‘kaduk naik junjung’ ini membuatkan rakyat meluat kerana rakyat sedang bertarung untuk hidup dalam keadaan inflasi yang begitu tinggi.

Jika Najib meminta rakyat mengubah cara hidup kenapa beliau dan barisan pimpinan beliau tidak berbuat perkara yag sama? Ia amat menjijikkan rakyat. Untungnya UMNO hanya di sebabkan satu perkara, iaitu rakyat belum nampak kejujuran pimpinan pembangkang sendiri.

Pembangkang masih terkial-kial untuk menunjukkan sikap jujur dalam usaha menjadi kerajaan alternatif. Rakyat juga nampak jika pihak pembangkang mendapat mandat baru-baru ini tidak akan banyak perubahan sikap mereka jika berada dalam kepimpinan negara.

Rakyat sangat prihatin terhadap segala-galanya sekarang. Mereka sudah terlalu lama dibuai oleh permainan politik pemimpin-pemimpin politik yang hanya menggondolkan perut mereka dan keluarga mereka sahaja.

11 comments:


  1. Yang pastinya rakyat masih menyakini UMNO ,menunjokan tiada parti lain mencapai tahap yang sama,(dapat diyakini).

    Eden pasti kobou Den akan betombah tahun dopan.

    ReplyDelete
  2. rakyat negara china yang berugama islam berjumlah lebih kurang 60 juta orang lebih banyak lagi dari jumlah keseluruhan warga nagara malaysia.jika agama ternyata gagal membendung sikap tamak pemimpin, ternyata walaupun sebuah negara kominis dengan tanpa undang2 islam tapi lebih mampu menyuburkan syiar islam berbanding malaysia yang mengaku sebagai negara islam.

    ReplyDelete
  3. As Salam Tuan Aspan.

    Banyak yang Tuan telah huraikan tentang kejalangan pemerintah UMNO ini dan kerugian besar rakyat dek kerana Tun Mahathir yang membuat untung atas angin dengan jawatan yang diberi oleh rakyat.

    Sebagai penjenguk blog yang buta fakta, kiranya ingin tahu juga dari Tuan yang banyak pengalaman berhubung kerugian aset dan harta negara semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi menteri kewangan dan Timbalan PM yang lepas. Kalau-kalau jauh lebih teruk dan buruk reputasinya kan?

    ReplyDelete
  4. Kerajaan UMNO sedia banyak alasan apabila gagal dalam sesuatu. Tidak pernah mengaku kesilapan, lepas pandang, kurang cekap atau pun cuai. Jika tidak orang lain, terutamanya China yang disalahkan, Tuhan dipertanggungjawabkan. Orang yang gagal dipertahankan. Menjadi ketua. Orang bodoh pun membawa gangnya untuk membantu beliau. Walaupun pandai, mereka ini akan diam bisu apabila bos buat kerja silap.
    Kemudian bos tak mampu jawab, keluar suara lantang untuk menyeket orang lain bersuara. Masalah tidak selelsai. Nak cari aje orang lain untuk jadi pak sanggup.

    ReplyDelete
  5. Salam Pak, letih benau nak komen hal umno. Depa buat pekak telinga. Org umno la ni tgh dok sendawa jer...keluar masuk jamban dok kekenyangan...
    Ada pemimpin umno mula bersuara yg politik wang masih menular tapi org umno malu2 alah nak buat aduan. Nak buat cam mane....tak kan dia org hulur kita nak tolak....Lagi pun pemilihan bukan selalu....masa ni lah balun cukup2...

    ReplyDelete
  6. Pak Aspan, rakyat negara ini diberikan gambaran ada dua perdana mentri yg berjasa iaitu Tun Razak & Najib Razak. Kira like father like son la...kononnya tumpang tui laa.. Realitinya pula ada dua perdana mentri yg paling berkuasa skrg. Seorg buat kira2 & seorg lagi mkn roti gula... Itu sbb rakyat pening kepala kerana negara ada 2 kepala....

    ReplyDelete
  7. Rasanya penjajah British lebih berhati perut mengaut ekonomi saja. Tetapi umno lebih teruk sehingga tanah rezab Melayu pun habis disapu. 60% rezab Melayu terdapat di Kelantan...

    ReplyDelete
  8. Kalau UMNO cepat dibacakan talkin, masih ada peluang untuk Malaysia dipulihkan dari kemusnahan. UMNO bukannya nak mengambil ikhtibar dan bermuhasabah, tapi sebaliknya menjerit dan berkokok kokok, sedangkan ekor bergelumang tahi.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  9. Jawapan untuk 1crony..... masa Anwar jadi MK dan TPM dulu PM nya adalah Mahathir. So yg maha kuasa tu Mahathir. So segala kerugian aset dan harta negara adalah penangan PM termasuk menswastakan harta negara seperti THB, Telekom dll. Sebagai MK Anwar di 'kabarkan' cuba menghalang PM drpd menggunakan harta dan tabungan negara untuk menyelamatkan anak Mahathir. Cuba anda guna logik kenapa PM sack Anwar.

    ReplyDelete
  10. API PERKAUMAN PROJEK UMNO BARU MENAKUTKAN

    Salam penuh hormat saudara Aspan Alias, terus terang cakap, isu rasis dan sentimen agama yang melayu UMNO api-apikan saban hari dan saban malam amat menakutkan.

    Justeru, sebagai generasi baru, generasi yang lahir pasca penubuhan Malaysia pada 16 september 1963, saya amat tidak faham akan hubungan destinasi isu rasis dan sentimen agama yang melayu UMNO mainkan di bawah ini dengan aspirasi penubuhan Malaysia.

    1. 1 Melayu, 1 Bumi!;
    2. Melayu jangan jadi bacul!;
    3. Jangan cabar Ketuanan Melayu!;
    4. Jangan pertikaikan Ketuanan Melayu!;
    5. Jangan rakus cabar Ketuanan Melayu!; dan
    6. Ketuanan Melayu adalah Ketuanan Islam!

    Projek “Melayu Raya” Tunku Abdul Rahman, yang bertukar nama kepada “Projek Malaysia” atas permintaan Sabah Sarawak sebagaimana yang ditulis dengan jelas dalam perkara 5, iaitu “Perjanjian 20 Perkara di antara Sabah dan Malaya.”

    Dalam konteks Malaysia Timur (Sabah), jauh di sudut jiwa halus saya, tetap ada perasaan tidak puas hati dengan pelaksanaan urustadbir Malaysia yang amat berat sebelah, iaitu amat merugikan pihak Malaysia Timur, lantaran kekayaan Malaysia Timur 95% dipunggah ke Malaysia Barat atas alasan “Persekutuan” pusat pentadbiran Malaysia, mana boleh Malaysia Barat buat begitu!

    Maksudnya, pihak Malaysia Timur dalam posisi yang dirugikan, kerana Malaysia Barat tidak mematuhi Perjanjian 20 Perkara, dan pada waktu yang sama tidak menghormati Perjanjian Berkenaan Dengan Penubuhan Malaysia pada 1963, lantaran perjanjian yang membentuk Malaysia diabaikan, maka Malaysia Timur, walaupun banyak hasil, namun termiskin dalam Malaysia.

    Oleh itu, kebimbangan kita bersama tentang kebobrokan isu rasis dan sentimen agama, disamping urustadbir Malaysia yang buruk, yang telah mendarah daging dalam jiwa melayu UMNO, kerugian besar akan menjelma akhirnya.

    Yang demikian, tidak mustahil ia boleh mencetuskan arus gelombang kebangkitan generasi baru rakyat Malaysia Timur, dengan menuntut pematuhan menyeluruh dan penghormatan muktamad Malaysia Barat terhadap semua perjanjian yang berkaitan dengan penubuhan Malaysia, atau Projek Malaysia gagal akhirnya.

    CABARAN KEJUJURAN PROJEK MALAYSIA 1963!
    - Naspazi (13 oktober 2013)

    ReplyDelete
  11. pr sudah sedia memikul amanah dan tanggung jawab. kel sudah ada contoh walaupun bukan sempurna. sekurang2 tiada skandal dan songlap.

    ReplyDelete