10 October 2013

Sekarang guna otot aje, tidak payah lagi guna otak

Cadangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, supaya UMNO mengadakan sesi perbahasan diantara mereka yang bertanding Naib Presiden nampaknya tidak di persetujui oleh pemimpin UMNO. Diantara yang menolak itu ialah Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda, dan seorang Menteri Kabinet. Alasannya ialah kerana tidak mempunyai cukup waktu untuk menggunakan pentas perbahasan sebagai cara berkempen terbaik dalam pemilihan parti tidak lama lagi.

Alasan tidak ada masa itu tidak tepat sebenarnya. Banyak mana masa yang diperlukan untuk berbahas itu. Adakan lah perbahasan itu di Angkasapuri dan dibuat secara terus menerus melalui Televisyen misalnya. Jika perbahasan itu diadakan secara terbuka melalui TV1, maka seluruh rakyat boleh bersama-sama melihat dan menyaksikan perbahasan itu.

Rakyat akan nampak dengan jelas tahap mana kemampuan pemikiran mereka yang sedang berbahas dalam perebutan jawatan Naib Presiden itu. Adakan perbahasan itu dalam Bahasa Melayu kerana mungkin ada diantara mereka yang bertanding itu tidak pandai berbahasa Inggeris. Syaratkan perbahasan itu mesti di adakan dalam Bahasa Melayu kerana mereka dan kita semua ini berbangsa Melayu.

Perbahasan secara terbuka ini penting kerana ia boleh memaparkan tahap pemikiran mereka yang bakal di beri mandat untuk memegang jawatan penting dalam parti itu. Sekarang semua yang bertanding itu hanya berdiri diatas pentas sahaja tanpa menonjolkan kebolehan memberi buah fikiran kerana kemampuan untuk meluahkan buah fikiran dalam pemilihan ini penting.

Kalau dengan cara menunjukkan diri kepada hadirin yang datang dalam majlis pengenalan itu, ia hanya seperti majlis ratu cantik atau ‘kawat cam’ penjenayah yang lazim di lakukan oleh pihak Polis dalam pengecaman penjahat dan suspek penjenayah.

Sebenarnya kita sudah tidak mempunyai pimpinan dari pemimpin-pemimpin yang betul-betul mempunyai ciri kepimpinan. Kita sudah terlalu tersasar sehinggakan orang ramai khususnya ahli-ahli UMNO sudah tidak tahu lagi untuk memilih yang mana satu yang lebih baik dari yang seorang lagi.

Yang mahu menjadi pemimpin itu terlalu ramai tetapi yang mempunyai ciri kepimpinan sudah tiada lagi dan hampir pupus.  Akhirnya ahli-ahli UMNO tanpa menyedarinya hanya memilih siapa yang hendak menjadi ketua dan bukan untuk memilih pemimpin.

Kita tahu seorang imam itu tugasnya hanyalah tugas untuk mengetuai jemaah (congregation) untuk bersembahyang sahaja. Itu telah di susun oleh syariat dan undang-undang agama kita dalam bab ibadah sembahyang. Tetapi imam tidak semestinya pasti boleh menyampaikan doa dan hasrat kita terhadap Allah swt. Mungkin salah seorang dari jemaah yang ramai itu yang berkemampuan untuk menyampaikan doa dan keinginan kita terhadap Tuhan yang Maha Esa itu.

Itu sebabnya kita digalakkan untuk berjemaah beramai-ramai sekurang-kurang 40 orang kerana maksud itu. Mungkin yang ramai-ramai itu adalah seorang yang zuhud yang hanya Tuhan sahaja yang tahu. Yang zuhud inilah yang sebenar-benarnya membawa permohonan dan permintaan serta doa semua jemaah itu kehadrat Allah swt itu.

Di dalam UMNO ibaratnya terlalu ramai yang hendak menjadi imam sedangkan tidak mempunyai ciri-ciri sebagai imam yang baik. Terlalu ramai berkehendakkan jawatan tinggi tetapi tidak menyediakan persiapan sebagai pemimpin yang secocok dengan kehendak manusia yang dipimpin mereka. Kebanyakan yang hendak menjadi pemimpin mempunyai nilai dan tahap pemikiran yang sama seperti orang yang hendak mereka pimpin..

Di setiap peringkat UMNO telah mengenepikan mereka yang mempunyai nilai kepimpinan yang betul dan oleh kerana budaya ini sudah berlarutan puluhan tahun lamanya maka UMNO itu  menghadapi kekosongan kepimpinan. Yang ramai hanya mereka yang hendak menjadi ketua dan memegang jawatan untuk ber'glamor' dan menaikkan ego serta mencari peluang peribadi setelah memegang jawatan besar-besar termasuk menjadi Naib Presiden parti.

Itulah sebabnya kita terlihat mereka-mereka ini hanya merupakan pelakon-pelakon yang memainkan watak hero dan sebagai nya. Maka kita seterusnya melihat oleh kerana kemampuan mereka terbatas maka yang hendak memegang watak ‘macho’ itu akhirnya lakonannya dipandang ramai seperti melakonkan watak Charlie Chaplain dan watak pelawak-pelawak handalan yang lain.

Sesungguhnya mencari pemimpin ini bukan kerja yang boleh di ambil enteng terutamanya kepada yang sedang berkuasa. Sebagai pemimpin utama negara seorang Perdana Menteri atau Presiden parti pemerintah perlu sentiasa mencari bakat pemimpin, bukan setakat mencari seorang atau dua yang hanya pandai menggeli pundit-pundit pimpinan mereka sahaja.

Dr Mahathir ternyata merupakan pemimpin yang jenis itu. Itulah sebabnya beliau mewarisi kepimpinan seperti Abdullah Badawi dan sekarang Najib Tun Razak. Jika UMNO masih mengikut cara yang lama dan menggantikan Najib dengan Muhyiddin, keadaan akan bertambah runcing lagi. Pemimpin yang berbakat dan berjasa telah habis di bunuh karier politik mereka oleh Dr Mahathir sejak puluhan tahun dahulu.

Selalunya pemimpin utama yang lemah akan termakan dengan ampuan orang yang mahu mengambil kesempatan. Maka wujudlah budaya ampu mengampu diantara sesama yang lemah tadi dan akhirnya  kepimpinan yang lemah akan diambil alih oleh kepimpinan yang lebih lemah lagi.

Justeru, tidak terperanjat kita semua cadangan Tun Musa Hitam itu di tolak kerana mereka tiada keyakinan diri untuk memaparkan gaya pemikiran yang benar-benar selari dengan kehendak pemikiran pemimpin sebuah negara yang maju.

Maka kita telah melihat hasilnya. Kita sudah ada Zahid Hamidi dan Ali Rustam sebagai contoh yang hidup yang dihasilkan oleh budaya kepimpinan Dr Mahathir dahulu. Sesungguhynya kita sudah tiada kepimpinan lagi.

Kita sekarang hanya mempunyai pemimpin yang tidak menggunakan otak, sebaliknya kita hanya mempunyai pemimpin yang menggunakan kaki dan senapang untuk menyelesaikan masalah. Senapang dan otot kini mengambil alih otak dalam mentadbir negara.

Mereka tidak memerlukan cadangan Tun Musa itu, kerana jika di terima cadangan Tun Musa mereka terpaksa menggunakan otak pula. Payah menggunakan otak ini.

11 comments:

  1. Apa bila amanah di berikan kpd bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancuran sesebuah Negara

    ReplyDelete
  2. Apa bila amanah di berikan kpd bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancuran sesebuah Negara

    ReplyDelete
  3. Kenapa kita di sekolah dulu digalakkan berpidato, bersyarah, berdrama? Habis-habis tiada aktivi pun diadakan konsert di akhir tahun, bertujuan mengembang bakat bakal pemimpin. Nampakkan ciri-ciri kepimpinan dapat di lihat setelah didedah.

    Berbalik kepada cadangan mantan TPM Tun Musa Hitam, ciri-ciri kepimpinan baru dalam Umno hendaklah terdiri dari pemimpin berani berdebat dan berdepan dengan segala bentuk situasi kepimpinan, yang berotak bukan berotot. Hamba bersetuju dengan Pak Aspan dalam hal ini. Mempunyai otak dikepala dan hipokrit diekornya sahaja.

    Yang menolak atau menerima cadangan itu bagi penyokong Umno sekarang sama sahaja sebab mereka tidak berotak tapi bernafsu besar. Contoh, makan dikedai lantak sahaja, bayaran rm 6000.00 bos vvip ada, tak cukup makan bungkus pula. Bila berbangkit hilang bisa, panggil pula ajensi kerajaan yg sama2 sekepala akan bertindak membabi buta.

    Episod pemilihan Umno akan berakhir dengan para pemimpinnya pemegang keris berkarat, pengikutnya pula pengawal tua bertongkat tombak.

    ReplyDelete
  4. Jwankuasa Disiplin UmNo tidak akan mengambil apa2 tindakan terhadap calon2 yg bertanding di pkt MKT khususnya jawatan Naib President. Siapa berani ambil tindakan terhadap bos keselmatan? Siapa berani keluar shaw cause kpd sepupu Najib? Berani kah kem Najib diusik lebih2 lg org Sabah? Beranikah tindakan terhadap Ali yg baru angkat sumpah Senator & terhadap Mukhriz anak Mahathir yg baru dilantik MB? Berani kah isa Samad, ' penyimpan mohor ' diusik?
    Tindakan politik wang terhadap calon2 yg bertanding akan turut menjatuhkan imej umno yg sememangnya sudah buruk & busuk. Sebarang tindakan dlm kesalahan politik wang sekali pun terhadap isa smad akan hanya menjatuhkan air muka Najib & parti umno yg sudah sebati dgn gejala rasuah. Tidak ada yg bersih pun dalam PAU kali ini melainkan bau dari bangkai gajah...

    ReplyDelete
  5. Inilah yang berlaku kepada kepimpinan negara hari ini. Perjuangan dan cita-cita pendiri-pendiri bangsa pada hari kelmarin untuk menjadikan bumi bertuah ini aman maju dan makmur telah jauh tersasar kerana kepimpinan yang ada semakin lemah tidak bermaya dari segi intelek. Bangsa melayu seolah bergerak ke belakang kembali kepada zaman feudal, menyokong seseorang pemimpin sekiranya mendapat imbuhan duniawi. Tidak ada lagi wacana minda untuk memperkasakan bangsa dan negara di kalangan ahli2 parti, sehinggakan perkara yang terang-terang salah, apabila dikatakan benar oleh pemimpin maka diiyakan oleh para mengikut. Inilah 'herd mentaliti', mentaliti manusia yang dijajah, mentaliti yang amat disukai oleh pemimpin yang korup. Manusia begini seolah-olah mempunyai 'short memory', walau beratus malah beribu kedurjanaan dan kerosakan telah dilakukan ke atas bumi bertuah ini, tidak mengapa. Apakah kebanggaan kita sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka untuk sama-sama memacu ke arah kecemerlangan bangsa dan negara sekiranya kita disediakan pemimpin yang sebegini? Kita memrlukan pemimpin yang jujur yang meletakkan rakyat dan negara melebihi diri sendiri.
    Saya amat bersetuju dengan pandangan tuan Aspan Alias.

    ReplyDelete
  6. Sultan UMNO-BN dah bersedia untuk tumbangkan pemberontakan rakyat dengan ISA II ala PCA....

    Sebelum PRU13 - semua mansuhkan, barang turun.....lepas menang...

    Barang Naik, Petrol Naik, Elektrik naik...ISA Baru....Cakap Liar...

    UMNO-BN berani bunuh demi kepentingan mereka, keluarga mereka dan harta benda RAMPAS rakyat Malaysia mereka.......Kalau tak suka rakyat Malaysia boleh Berambus dari Malaysia....INI DITAKTOR UMNO...Firuan UMNO.....

    Mari rakyat kita ajar Firuan UMNO ni....Bangkit Bantah..sampai UMNO-BN Berambus!!

    ReplyDelete
  7. kalau kita tengok umpamanya perbahasan di parlimen dah macam seperti beruk disembur cili.. apa sangatlah kalau nak tengok diorang berbahas utk pemilihan PAU nanti
    tun musa hitam boleh hambur air liur saja..cakap dgn beruk manalah diorang nak faham

    ReplyDelete
  8. ..setuju dgn pandangan Pak AA! saya dah jd pengikut tetap blog ni plak! teruskan...selagi daya,semoga mampu menyedarkan sebhgn melayu dan rakyat malaysia umumnya!

    ReplyDelete
  9. Pak Asapan

    Calon-calon Naib Presiden masing-masing mempunyai otak yang tak semestinya terletak dalam kepala tetapi di lutut!

    Salam

    ReplyDelete
  10. acuan penjajah british tak akan ke mana2 jajah dan menjajah minda rakyat

    ReplyDelete
  11. Blog ini tentunya dipantau..& jpm tntu tau segala..adakah kami rkyat marhaen. Trlalu bodoh bila watak azeez rahim..isa samad..ali rustam..rahim thamby..kmbali jd traju dlm agensi milik gomen...adoiii....

    ReplyDelete