Saya amat percaya, setelah
selesai pemilihan diperingkat sayap UMNO semalam, UMNO jauh dari penyelesaian
dari masalah. UMNO tetap sebuah parti yang memerlukan penyelenggaraan yang
rapat kerana terlalu banyak perkara yang perlu di selesaikan. Masalah datang
satu persatu dengan cepat sedangkan penyelesaiannya datang dengan begitu lambat
dan perlahan.
Kemenangan Khairy Jamaludin merupakan
satu perkara yang baik dan ini sahajalah satu kejadian yang sangat jarang dan
payah terlihat di dalam UMNO itu. Kemenangan Khairy macam mana positif pun
kepada UMNO ia tidak lah boleh menjamin transformasi itu akan berlaku.
Transformasi dalam kontek
penyelesaian UMNO memerlukan pucuk pimpinan UMNO berkorban untuk memastikan
transformasi itu boleh dilaksanakan, kerana penyebab yang mendesak dilakukan
transformasi itu adalah hasil kesalahan mereka juga. Pelaku-pelaku kepada
kesalahan terhadap negara itu tidak mungkin boleh melakukan transformasi itu.
Itu sebabnya dalam posting
semalam saya menyatakan yang tugas dan tanggungjawab Khairy amat berat, malahan
lebih berat dari tanggungjawab pemimpin yang lain dalam UMNO itu yang sudah
pasti akan terus menghalang apa-apa kemajuan yang dilakukan oleh Pemuda UMNO
itu. Malahan, Khairy terpaksa berhadapan dengan masalah barisan kepimpinan
Pemuda (Exco) yang ada bersama beliau itu. Khairy akan menghadapi masalah
memberikan kefahaman dan semangat untuk perubahan yang perlu dilakukan dan yang
perlu di pelopuri oleh pemuda itu sendiri.
Sebelum Khairy memberikan dan
menyuntikkan semangat untuk melakukan perubahan itu Khairy sendiri mesti terlebih
dahulu tahu apa yang hendak diubah itu. DAN sebelum memutuskan apa yang hendak
di ubah dan di selesaikan itu, Khairy perlu tahu apakah masalah sebenar yang
dihadapi oleh kepimpinan negara kita. Hanya apabila sudah difahami segala apa
masalah yang ada yang perlu di selesaikan, barulah Khairy boleh menentukan arah
dan cara untuk melakukan perubahan itu.
Kita semua faham yang masalah
yang dihadapi oleh pimpinan UMNO itu melibatkan masa depan negara dan tentulah
masalah yang hendak di fahami itu mesti berkait dengan masalah negara dan
rakyat. Negara sedang berhadapan dengan masalah yang besar dan kalau di
fikirkan dengan halus-halusan masalah yang wujud itu adalah ‘beyond
computation’ dan bukannya isu yang semudah ABC untuk penyelesaiannya.
Khairy mesti faham untuk
melakukan perubahan ini beliau perlu mencari pihak yang boleh memberikan jalan
dan semangat untuk perubahan itu. Secara lojiknya beliau perlu mentelaah segala
masalah dengan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO, tetapi ini juga menjadi
masalah kepada Khairy. Masalah yang wujud pada hari ini adalah di hasilkan oleh
pucuk pimpinan dan pemimpin-pemimpin yang lebih ‘senior’ dari beliau sendiri.
Bagaimana orang yang membawa masalah kepada kepimpinan negara itu boleh di bawa
untuk melakukan perubahan?
Masalah yang Pemuda mesti fahami
ialah krisis keyakinan yang tidak ada tolok bandingnya terhadap kepimpinan
negara. Apa sahaja yang dilakukan oleh pucuk pimpinan tidak diyakini oleh semua
pihak. Rakyat yang sedang merasakan keperitan hidup hasil dari kenaikkan harga
barangan makanan dan perkhidmatan bukan isu kecil. Rakyat kecewa, walaupun ada
terasa yang pimpinan hari ini tidak berkemampuan untuk membendung cabaran zaman
ini. Rakyat masih memberikan kepercayaan untuk mentadbir negara dengan
janji-janji yang manis beserta dengan permohonan maaf dan berbagai-bagai lagi
pendekatan palsu yang dilakukan oleh pimpinan sebelum pilihanraya yang lalu.
Akhirnya apa yang dirasakan sebelum memberikan mandat itu benar-benar berlaku
dan rakyat sedang menghadapi kesusahan hasil dari kepercayaan mereka terhadap
kepimpinan negara sekarang ini.
Jika Khairy benar-benar mahu
menjadi pemimpin masa depan, beliau wajar melakukan tindakan yang pernah
dilakukan sebelum ini. Yang wajar dilakukan ialah mencari sesiapa yang
benar-benar mempunyai roh perjuangan UMNO dan yang telah banyak memberikan jasa
kepada negara dan UMNO bagi mencapai matlamat perubahan sebenar. Cara untuk
membetulkan permasalahan ialah dengan tindakan drastik tanpa takut dan silu.
Sebagai pemimpin muda Khairy
wajar berani kerana sesiapa yang berani bertindak lain dari yang lain untuk
kebenaran, maka dialah yang akan menjadi pimpinan utama di masa depan.
Jika Khairy mengambilnya sebagai
cabaran untuk membetulkan dan memperkasakan UMNO itu, ia merupakan satu tugas
yang teramat berat. Tetapi jika beliau mengambilnya untuk mendapat kedudukan
dan ‘glamour’ hidup seperti pemimpin-pemimpin Pemuda dan UMNO yang lazim kita
lihat, maka ia bukanlah tugas yang susah.
Jika politiking peribadi adalah
pilihan Khairy, apa yang perlu beliau lakukan, hanya bermain politik ‘kau
sokong aku, aku sokong kau’ atau bak kata Najib sebelum pilihanraya dahulu
kepada orang Cina, ‘lu tolong gua, gua tolong lu’.
UMNO akan terus bermasalah sementara
menunggu mati.
ReplyDelete" jika Khairy benar-benar mahu menjadi pemimpin masa depan,beliau wajar melakukan tindakan yang pernah dilakukan sebelum ini"
Apa yang Khairy lakukan sebelum ini,tak nampak yang baik ,yang merosakan banyak.
Dalam pemilihan ketuo ni ,kobou Den pon bijak menilai, suku sakat tak mainlah.
Salam pak AA,
ReplyDeleteAda desas desus bahawa khairy akan membawa pluralisme dalam penguasaan parti umno di malaysia.Amat ditakuti jika bangsa-bangsa lain selain MELAYU akan sama taraf dengan bangsa melayu.Jika kita KAJI dan hayati bangsa-bangsa yang ada di sabah dan sarawak sudah tentu tiada melayunya melainkan cuma boleh diklasfikasikan sebagai bangsa serumpun.
Dulu masa parti bangsa dusun kuat dibawa masuk parti umno untuk menghancurkan kekuatan parti bangsa asal sabah ini.Adakah pluralisme hanya dibolehkan jika hanya untuk menguatkan umno sahaja walaupun akan menghancurkan bangsa peribumi @ negara malaysia itu sendiri.
kini ada mufti yang mengelarkan bangsa kadazadusun sebagai bangsa yang direka-reka dan pendapat itu dibacking dan dikatakan cuma pendapat peribadi mufti itu saja.disini ini cuma pendapat peribadi saya saja seperti pendapat mufti tersebut.Bagaimana sesuatu bangsa yang lebih kepada rumpun pinay,pakistan dan indon selain daripada bangsa peribumi sabah boleh mengaku dirinya bangsa melayu diatas platform umno???ternyata belakang bangsa asal telah ditikam oleh bangsa asing.hentikan kegilaan ini, ada bangsa boleh buang bangsa walaupun setakat ejaan sahaja sedangkan bangsa asal dipinggirkan atas nama islam dan melayu.
- Sabahan yang sedar sejarah mundu
Sabah sudah hancur dan jika rci itu sendiri gagal menghukum sesiapa yang bertanggungjawap itu tandanya cuma melepaskan batuk ditangga sahaja.
haiya....itu pluralisme..rumpun bangsa filipina suda mengaku bangsanya melayu_ itu peribumi dikata bangsa yang direka2...manyak susah wooo...ini cuma pendapat peribadi maa...
ReplyDeletesalam pak aspan,
ReplyDeletehari2 saya baca blok ini..cuma lama tak letak komenter...
Hasil pemilihan umno menunjukkan umnoean ndak kesah apa kelaku calon itu...hatta kalu negara ini dijual sekali pun..umnoean tetap menyokong walau pun dari lautan antarabangsa.
err.. mohon share ini... tada org nak mencetaknya
Air Mata Buaya
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8888
pok ya
Tunggu dan lihat bagaimana prestasi umno seterusnya....transformation? ?
ReplyDeleteTunggu dan lihat prestasi umno seterusnya....
ReplyDeletePak Aspan, saya cuma nak tengok pemimpin yg jujur terhadap bangsa & agama. Handal & hebat mane pun, asal jgn lembik pd omar ong. KJ & si Omar ni budak oxford...mereka ada club oxford, ofis tkt 4, fahaman liberal, ada yg anti DEB....itu saja yg berdetik di hati..
ReplyDeletecakap biar jelas cikgu...kalu dok tibai umno nanti kena ban sbb semua kakitangan kerajaan dibayar gaji oleh umno
ReplyDeletehm, 1 lagi, khairi juga kena dalami agama.kerana agama adalah penyelamat
ReplyDeleteDlm apa situasi sekalipun umno tetap sama dr zaman selepas Razak sehingga hilang dr bumi ini.
ReplyDeleteTranspormasi cuma mainan untuk mnyedapkan halwa telinga.dan untuk pnyedap minda.
Selagi Presiden dan naib presiden tdk d pertandingkan selagi itu ngara ini tdk dpt mncipta transpormasi sebenar...
Selagi itu ngara d pimpin oleh kepimpinan yg tak punya kualiti dan integriti kerana pertandingan mlahirkan kualiti dan daya tahan.
Benar
Delete