Dr Mahathir berkata Anwar Ibrahim
tidak tahu bersyukur. Katanya bapa kepada bekas Timbalannya itu adalah ahli
UMNO, dan Anwar sepatutnya mendapat pendidikan yang tinggi. Itulah diantara
yang dikatakan oleh Dr Mahathir di Sungai Limau semalam dalam kempennya untuk
memenangkan calon BN bagi keuntungan politik anaknya. Tetapi kempen untuk
memenangkan UMNO dan anaknya sebagai Ketua UMNO Kedah itu tidak lah salah. Takkanlah
beliau hendak memalukan anaknya pula.
Tetapi yang sedap sangat kita
dengar itu ialah serangannya terhadap Anwar Ibrahim dan menuduh Anwar Ibrahim
tidak bersyukur dengan apa yang beliau telah capai itu. Tetapi hakikatnya apa
yang dikatakan oleh Mahathir tentang Anwar itu semuanya benar. Di sebaliknya
apa yang Anwar katakan terhadap Mahathir selama ini pun benar. Mahathir dan
Anwar itu adalah sama sahaja. Kalau tidak, masakan mereka bergaduh seperti
tidak ada jalan maaf memaafkan diantaranya.
Mahathir yang memberikan laluan
kepada Anwar sehingga Anwar mendapat kedudukan yang tinggi dalam kerajaan
semasa dalam UMNO dahulu. Tetapi Mahathir juga mendapat kekuatannya pun melalui
sokongan Anwar juga, kerana Anwar ini orang yang pandai mengumpulkan orang
untuk memberikan sokongan kepada siapa sahaja yang beliau mahu semasa dalam
UMNO dahulu.
Pendeknya Mahathir dan Anwar
adalah manusia yang mempunyai ‘attribute’ kepimpinan dan jiwa yang sama sahaja.
Anwar telah di jadikan pelapik oleh Dr Mahathir seperti yang beliau lakukan
terhadap Timbalan-Timbalan beliau sebelum itu. Mahathir yang mahukan kedudukan
PM itu sepanjang hayat beliau semasa itu Anwar lah orang yang paling kuat
memberikan dukungan terhadap beliau.
Anwar juga menggunakan pengaruh
Dr Mahathir yang begitu autokratik untuk mendapatkan apa yang beliau mahu
dengan memberikan sokongan kepada Dr Mahathir dan sentiasa menyelit di celah
ketiak Dr Mahathir semasa dalam UMNO dahulu.
Mahathir selanjutnya berkata
semasa dalam kerajaan dahulu semuanya baik belaka kepada Anwar. Mahathir juga
begitu. Semasa menjadi Perdana Menteri dahulu semuanya bagus bagi beliau
termasuk Anwar itu. Tetapi apabila Anwar sudah mula menunjukkan niatnya untuk
menentang boss nya itu maka boss nya itu telah mencari semua alasan untuk
mengenepikannya (Anwar).
Mahathir menggunakan semua isu
kenakalan Anwar sebagai alasan atau mungkin sebab untuk memecat Timbalannya itu
dan terjadilah kepada Anwar apa yang kita lihat pada hari ini. Pertelingkahan
Mahathir dan Anwar sehingga pemecatan terhadap Timbalannya itu, di sebabkan
oleh kuasa, tidak lebih dan tidak kurang dari itu.
Dr Mahathir hendak memerintah
lama, sedangkan Anwar tidak menyempat-nyempat untuk mengambil alih. Anwar tidak
malu-malu melakukan ‘insubordination’ terhadap boss nya dan mempengaruhi
kepimpinan Mahathir yang semasa itu sedang begitu enak dan bersoronok dengan kuasa
yang ada di tangan. Mahathir menganggap sesiapa yang hendak melawannya seperti
orang mencalit taik ke mukanya.
Malahan mereka berdua tidak
mempunyai perasaan sayangkan parti dan rakyat serta negara. Mereka berdua
bergaduh dan membawa semua rakyat memihak dan berarak untuk mereka semata-mata
kerana terlalu sayangkan kuasa dan yang seorang lagi terlalu ghairah untuk
mengambil alih kuasa Perdana Menteri.
Perdana Menteri Malaysia
mempunyai kuasa yang besar, lebih besar dari Presiden Amerika Syarikat, kerana
seorang PM negara ini boleh memasukkan siapa yang dia mahukan kedalam penjara
atau mengeluarkan sesiapa dari penjara. PM di negara ini merupakan hakim kepada
semua hakim-hakim mana-mana mahkamah dan hakim-hakim yang tidak di sukainya
boleh di humbankannya ketepi. Itulah yang berlaku kepada lima orang hakim Mahkamah Agung pada tahun
1988 dahulu.
Mahathir tidak percaya kepada pengasingan kuasa diantara tiga tunggak demokrasi iaitu Lagislatif, Eksekutif dan Badan Kehakiman. Beliau percayakan yang kuasa hanya ditangan Perdana Menteri.Mana-mana pemimpin yang miskin jiwa akan takut kepada sistem yang baik kerana sistem yang baik itu akan mempengaruhi kepimpinannya yang lemah itu. Mereka yang seperti ini akan kuat jika ia memerintah secara autokratik. Budaya itu telah terpahat dalam sistem kita dan jika Anwar mengambil alih pun beliau akan menggunakan cara yang sama dalam mentadbir kita semua ini.
Mahathir tidak percaya kepada pengasingan kuasa diantara tiga tunggak demokrasi iaitu Lagislatif, Eksekutif dan Badan Kehakiman. Beliau percayakan yang kuasa hanya ditangan Perdana Menteri.Mana-mana pemimpin yang miskin jiwa akan takut kepada sistem yang baik kerana sistem yang baik itu akan mempengaruhi kepimpinannya yang lemah itu. Mereka yang seperti ini akan kuat jika ia memerintah secara autokratik. Budaya itu telah terpahat dalam sistem kita dan jika Anwar mengambil alih pun beliau akan menggunakan cara yang sama dalam mentadbir kita semua ini.
Tuduhan Mahathir yang Anwar menganggap
semuanya baik belaka semasa dalam kerajaan dahulu sememangnya benar. Anwar dan
Najiblah diantara yang menyokong sekuat-kuatnya tindakan Dr Mahathir memperkosa badan kehakiman dahulu.
Anwar telah menyokong semua yang dilakukan oleh Mahathir walau macam mana gila
sekali pun tindakan boss nya itu. Najib, Perdana Menteri yang paling lemah yang
kita ada dalam sejarah kemerdekaan negara itu pun memberikan sokongan yang
tidak berbelah bagi walaupun di dalam hatinya itu berlainan hakikatnya.
Jika Anwar bersara pada hari ini,
elok kita cadangkan beliau duduk serumah dengan Dr Mahathir dan teruskan
perkelahian mereka sampai bila-bila. Hanya yang perlu kerajaan berikan kepada
mereka ialah kemudahan ‘ambulance’ dan perubatan jika ada yang tercedera
diantara mereka berdua yang berkelahi itu. Kalau terjumpa dukun patah kaki dan
tangan, boleh juga duduk di sebelah rumah Dr Mahathir dan Anwar itu. Manalah
tahu ada pula yang patah kaki pula.
Sementara itu kita di luar ini teruskan pencarian untuk
mendapatkan seorang pemimpin yang bersesuaian untuk melakukan perubahan bagi
memulakan politik dan siasah baru bagi negara. Masa begitu suntuk dan kita tidak
mempunyai waktu yang banyak untuk pembetulan terhadap sistem politik kita ini.
Jika tiada apa yang di lakukan terhadap kepimpinan negara hari ini, adalah di
khuatirkan yang negara akan punah ranah kerana kepimpinan negara yang tidak
tentu hala dan arah tujuan ini.
Sudah berpuluh tahun kita
berperang kerana mereka berdua (Mahathir dan Anwar) ini. Yang rosaknya negara,
yang berpecah rakyat berbilang kaum dan yang lebih rosak lagi ialah keharmonian
kehidupan bangsa-bangsa di negara ini.
Sesungguhnya bukan sahaja Anwar
tidak bersyukur, Mahathir sendiri lagi tidak bersyukur pada pandangan ramai. Ini adalah kes buntut belanga mengatakan buntut kuali itu hitam.
he..he..he
ReplyDeleteRakyat ibarat penonton, pemimpin ibarat permain. Memang lah senang utk kita komen. Cuba kita pulak yg jadi pemain ! Macamana agak nya kita punya kelakuan & perangai. Akhir zaman ini semua pemimpin di seluruh dunia semua nya ada 'hidden agenda' yg tersendiri. Pemimpin yg tulen hanya adalah para2 nabi/rasul. Justeru itu, jgn lah rugi kan masa/tenaga/jiwa kita utk mereka2 ni. Mari lah kita baiki hbgan kita dgn Allah byk2 sbb Dia lah yg sebenarnya yg naik/jatuh mana2 pemimpin
ReplyDeleteUMNO itu adalah singkatan bagi:
ReplyDeleteUnited Malay Never Occur
dulu, kini dan selamanya
biso bonaa lah Pak..kahkahkah
ReplyDeleteTanpa A, M bersara pilihan. Tanpa M, A kempunan.
ReplyDeleteBayangkan kebaikannya kalau A dan M masih berpadu!
Dap mungkin semakin remaja, Pas tak jadi pis-pus dan PR entah di mana.
Lok-Lak
pemimpin umno mana yang tidak berbuat salah, rasuah dll.Jika kepalanya rasuah tak mungkin pelapik-pelapiknya akan dikondemkan dengan kesalahan rasuah mahupun salah gunakuasa.Mulut saja bercakap hendak memajukan negara seperti negara maju yang lain tapi yang dibuat pimpinan pemimpin mentaliti dunia ke 3 atau lebih teruk lagi(sentimen agama, bangsa).
ReplyDeleteA dan M memang watak nya sama macam abang dan adik satu pakai gincu satu lagi pakai bedak tepung beras begitulah rencah nya mereka berdua. A sudah sedar diri yang M itu juga adalah penipu dan A tidak lah terjerumus terus dalam kancah pembohongan.....politik M asasnya macam yahudi dan A asasnya macam arab jadi pertembungan yang macam ini lah yang menyebabkan negara jadi tidak menentu...
ReplyDeleteberkelahi???? berlakun kut. depa dua kawan baik dan seperjuangan menjaga keselamatan masing masing diri dan keluarga. betul tak?
ReplyDeleteAs salam Pak Aspan,
ReplyDeleteSatu ulasan yg tepat utk kedua dua watak, maklumlah mereka datang dari benua yg sama. Watak yg telah memporak peranda Negara Melaka pada satu ketika dulu.
Harap harap kita akan mendapat pemimpin yg berwibawa secepat munkin. Kalau boleh Melayu tulin yg faham serta menjiwai kehendak Islam.
Entah mengapa belum nampak lagi kelibar orang yg demikian?
Ya Allah tunjukkan kpd kami pemimpin yg boleh membawa kami ke jalan yg lurus.
Nas
Anon,
ReplyDeleteAspan pernah jadi pemain. Apa pulak dengan kau?
Rosiah,
Sorry, Godfather & son more likely.
Encik nas. Mlayu tulen? Dh trlepas kot..tngku razaleigh dlu..tewas. Hussein onn blah bapak kturunan dr darah tun perak katanya,walau neneknnya othmaniah turki. Najib skrg bangga dgn bugisnya wlaupun nampak mcm minangkabau rosmah overshadow.. Lantakpi lah..janji wa dpt brim...hihihi..
ReplyDeleteDen kalau ikut emosi den bilo jumpo dua org ni dua2 den hantukkan kepalo antara satu sama lain. tak pun kedua2 eh den lompang muka eh biar berdamar muko masing2.
ReplyDeleteKalau tak silap saya Anwar dah banyak kali ulangi bahawa beliau memaafkan Mahathir diatas apa yang berlaku dan mengajak Mahathir maju kedepan demi kepentongan rakyat dan negara. Ikhlas atau tidak wallahuaklam. Setidak-tidaknya Anwar tidak menyerang Mahathir mengenai peribadi melainkan Mahathir yang memulakan. Dan Mahathir kerap pula menimbulkan isu2 peribadi Anwar.
ReplyDeletePerbalahan dan perbezaan pendapat memang berlaku dimana-mana terutama antara yang berbeza fahaman politik. Yang membezakan peribadi seseorang adalah samada isu2 yang diutarakan berdasarkan fakta untuk kepentingan rakyat atau hanya menyerang peribadi lawan. Dan perbalahan juga tidak sepatutnya sehingga tahap menyiksa lawan dengan menggunakan pangkat serta kekuasaan yang ada apatah lagi dengan menggunakan fitnah. Setakat ini saya masih tidak dapat menerima apa yang Mahathir lakukan terhadap Anwar yang secara terang2 berlawanan dengan konsep keadilan dan keAgamaan.
Kami bukan anwaristas tetapi selepas 1998 tiadak kan ade maaf bagi Mahathir, walaupun anwar telah memafinya!
ReplyDeleteTahun demi tahun Mahathir tidak sepi dari menindas kelahiran Melayu maka keturunan India Malbari (dan anak-anaknya)wajar diusahakan jangan diberi bertapak dan berkuasa lagi dibumi Melayu ini!
Masuk KIMMA atau Perkida /Perkasa saja layak!
sama ada anwar atau mahathir mereka masih lagi berpakaian kot dan tie
ReplyDeletekedua2nya sepatutnya sudah bersara dan patutnya biarlah perjalanan sejarah negara berlangsung dgn stabil dan tenteram tanpa mereka berdua tapi tidqk begitu
mahathir paling lantang sampai sudah tidak peduli lagi kpd kesuburan dan fiil serta siasah dlm negara ini..
sudah tidak ada lagi kewarasan politik dlm negara ini..
saya setuju dgn pendapat Anon. supaya kita sentiasa menjaga hubungan dgn Allah dan mohon kepadaNya supaya diberi petunjuk
sayangi dan ambil beratlah orang yg tersayang yg layak diberi makan dan dijaga..jauhilah mereka dan diri kita dari politik dan politician di negara ini yg tidak menyihat dan memualkan ini
mereka ini penyakit dan tak akan peduli lagi pada kita sebab dah kerja mereka itu suka menyakitkan..tiada lagi penawar dan penyembuh
Sekurang-kurangnya Mahathir letak jawatan bila diminta, dan ada orang tu sampai mati pun tak nak letak jawatan.
ReplyDeleteya selepas diminta dia letak jawatan itu pun dalam tangis dan terpaksa
Deletesekarang mahu lebih memaksa orang lain terima dia dan pandangan dia seadanya seolah2 dialah dewa..
bersara bukan dgn rela hati inilah akibatnya