01 November 2013

Rasuah: yang hendak menangkap pun perlu di tangkap

Semalam berlaku lagi peristiwa dalam mana pengawal keselamatan sebuah kedai emas merompak kedai emas diSetapak yang di jaganya itu. Minggu lepas seorang pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya telah membunuh pegawai di dalam bank tersebut dan membawa lari sejumlah wang rompakan yang besar. Semua orang tidak boleh di percayai kerana ramai yang ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.

Nampaknya di mana-mana sekarang ini tidak boleh dipercayai lagi. Di negara ini sesiapa boleh membunuh siapa dan mencuri wang dan harta sesiapa. Berlakunya peristiwa ini menunjukkan yang di negara ini, semua orang mesti berwaspada termasuk terhadap orang yang di amanahkan menjaga kita.

Peristiwa semalam amat menakutkan. Bayangkan pengawal keselamatan yang sepatutnya menjaga keselamatan kedai emas itu sendiri merompak emas yang sepatutnya di jaganya itu. Siapalah yang perlu di pertanggungjawabkan tentang perlakuan ini? Siapa yang hendak menjaga keselamatan emas yang bernilai jutaan ringgit di setiap kedai emas itu?

Itu sebabnya nilai kemanusiaan itu mesti di jaga sebaik mungkin kerana jika di biarkan ia akan merebak dan akhirnya tidak boleh di kawal lagi. Begitulah sedihnya orang ramai jika harta dan wang ringgit mereka di perkosa oleh mereka yang di amanahkan untuk menjaganya. Itulah sebabnya kerajaan yang rasuah itu adalah kerajaan yang tidak beramanah. Beratus billion ringgit wang rakyat telah di bazirkan dan di curi secara sistematik oleh pimpinan kita.

Kalau di letakkan gambar pengawal keselamatan yang merompak di kedai emas di Kuala Lumpur semalam dengan pemimpin yang rasuah itu, sememangnya tidak ada perbezaannya. Kedua-duanya adalah manusia yang tidak memegang amanah. Jika Perdana Menteri dan isteri, atau mana-mana pemimpin mengambil wang rakyat walau dengan cara yang halus dan sistematik sekali pun, mereka tidak ada bezanya dengan pengawal keselamatan yang merompak kedai yang di jaganya itu.

Begitulah hinanya pemimpin rasuah itu dan tidak ada perbezaan sifat dan sikap di antara kedua-dua pengawal keselamatan dan pemimpin rasuah itu. Bezanya pemimpin UMNO dan BN atau Pakatan yang rasuah itu, mereka memakai kot dan bertali leher sedangkan pengawal keselamatan itu hanya memakai pakaian yang biasa. Yang memakai tali leher itu di namakan perompak kolar putih dan yang seperti pengawal keselamatan itu perompak kolar biru.

Jika ada pun perbezaannya yang lain, pengawal keselamatan itu terpaksa lari dan bersembunyi. Mereka takut di tangkap oleh polis dan pihak berkuasa. Perompak yang berkolar putih itu pula susah untuk ditangkap kerana selalunya menyebelahi mereka. Lain dari itu tak kira Perdana Menteri atau Menteri serta pegawai tinggi kerajaan serta ketua eksekutif GLC, mereka tetap sama tarafnya dengan pengawal keselamatan yang merompak kedai emas semalam jika mereka ini melakukan rasuah.

Blog ini berharap pihak berkuasa akan berjaya menangkap pengawal keselamatan itu, dan dihadapkan ke mahkamah serta merta. Dalam pada itu, pihak berkuasa juga wajar menangkap semua pemimpin yang rasuah kerana mereka tidak ada perbezaannya dengan pengawal keselamatan yang menjadi perompak kedai emas semalam.

Malahan perompak kolar putih ini lebih dahsyat lagi buruknya kerana ia melibatkan wng rakyat berbillion ringgit sedangkan pengawal keselamatan yang menjadi perompak itu hanya merompak kedai emas sahaja dan akan tertangkap tidak berapa lama lagi.

Yang tidak tertangkap lagi ialah mereka yang menyamun khazanah negara kita selama ini kerana yang hendak menangkap penyamun dan perompak itu pun adalah orang yang perlu di tangkap. Tetapi yang paling tepat untuk melakukan penangkapan itu, termasuk yang di tugaskan menangkap itu ialah rakyat sendiri.

25 comments:

  1. Oh, kalau gitu, pemimpin UMNO yang rasuah itu sama standard dengan pengawal keselamatan yang menyamun semalam?

    Betul Pak!!!

    ReplyDelete
  2. Pemimpin rasuah rakyat merompak. Rakyat tak cukup makan pemimpin perut buncit. Yang paling BODOH ialah rakyat yang mengundi BN dalam PRU.

    ReplyDelete
  3. Tulisan bapak pedas nampaknya. Tetapi itu la realitinya, pemimpin Melayu umno yg jadi pengkhianat paling keji.
    Negeri Cina menghukum perasuah hukuman mati. Tetapi pemimpin negara ini tak mengenal dosa pun melakukn perkara keji. Mereka menganggap pergi Umrah nanti seolah2 bole menebus segala perbuatan terkutuk. Ingat lah wahai pemimpin umno, di akhirat nanti ada saringan'check point' yg akan menyemak setiap sen yg diprolehi di dunia dgn details tanpa terlepas satu pun

    ReplyDelete
  4. Sir, you have great influence to the Malaysian political minds. i don't leave home before reading your articles sir.

    Please continue on writing. Tkasih.

    ReplyDelete
  5. pemimpin cap ayam gagal menangkis godaan dunia, kekayaan, duit dan kuasa didepam mata, tak kebas terasa diri bodoh sebodohnya seperti seekor ayam.Apa yang menanti dialam kubur mereka langsung tidak percaya sebab belum ada orang sudah mati bangkit hidup kembali menceritakan pengalaman dialam barzakh..

    ReplyDelete
  6. Rakyat ada satu KUASA yang pemimpin UMNO-BN dan Polis takut...... TANGKAP SERENTAK.....CITIZEN ARREST.......Macam Ideologi Zahid Hamidi...tembak dulu....siasat kemudian....Kita TANGKAP Serentak.....Kemudian Siasat ....

    itu Sebab AMAT penting Kita tahu Rumah Kediaman SEMUA ketua2 UMNO-BN, Ketua Polis...dan Saudara mara mereka.....Tengok macam mana mereka sembunyi...

    Banyangkan hari itu....sampai tokoh2 Media, Bank, Semua kena tangkap kerana mereka pun alat2 dan Perkakas UMNO......Ayuh JOM TANGKAP - Citizen Arrest Ketua & Bekas Ketua UMNO-BN!!

    ReplyDelete
  7. Mrk Org2 "FAKIH" dlm pengurusan harta......Mrk menganggap harta yg diamanahkan sebagaI ladang utk memperoleh keuntungan......mrk menyangka perbuatan2 baiknya akan melindungi mereka dr dosa.

    ReplyDelete
  8. Wahai hj Najib & Hjh Rosmah, tak nak buat doa selamat ke menyambut Muharram?

    ReplyDelete
  9. Anon 15:50,

    Tak sempat nak sambut muharam. Sibuk dgn Deepavali di Englandlah bro!

    ReplyDelete
  10. Kat Malaysia ni rasuah ditakrifkan sebagai menerima sogokan samada berupa wang ringgit,harta benda dsb tetapi pengamal rasuah mempunyai persepsi yang berbeza,mereka menganggap ianya sebagai wang saguhati,pemberian atau Komisyen lantas mereka lansung tidak merasakan bahawa perbuatan itu adalah salah dari sisi undang-undang atau hukum agama.Sekiranya setiap orang pemimpin kita ada penghayatan agama,saya yakin rasuah dan penyalahgunaan kuasa ini tidak akan berlaku.Beragama tidak semestinya ia menghayati agama.

    ReplyDelete
  11. Prime Minister saves life of patient. A coma patient who was in coma for six months owes his life to Najib. A nurse at Hospital had switched on the radio to listen to Najib presenting the budget.
    Suddenly, the coma patient woke up to switch off the radio...
    Astaghfirullah....

    ReplyDelete
  12. Bukan sahaja yang menangkap wajar ditangkap, yg buat siasatan, yg luluskan untuk bawa kemahkamah (AG) dan setengah dari yg menghakimkan - semua wajar ditangkap.Dimanakah kesudahan teka-teki ini?

    ReplyDelete
  13. ya ampuuun!!!kalau ketuanya perampok yakinlah anak buahnya pasti ahli rompakan.jangan bikin repot repot sik jari yang ketik nama mereka dikertas undi tu yang wajib terima hasilnya.mau nunggu pru14 kok,engak sabar dong!!.

    ReplyDelete
  14. Kriteria perangai pemimpin rasuah mudah dikenali, apatah lagi kalau mereka itu pemimpin atau ahli-ahli Umno kelapa komen (kelapa rusak, tidak boleh diguna lagi).

    -Mereka hipokrit, berlakun baik dihadapan orang ramai.
    -Suka ketawa terbahak2 isunya kecil sahaja.
    -Sentiasa puji apa yg pemimpinnya buat, walaupun tak masuk akal.
    -Berkelakuan buat2, masuk kandang kambing mengebak, masuk kandang kerbau menguak, terutama musim pilihanraya kecil atau besar.
    -Balacinya sekeliling pinggang, kerjanya cium tangan boss wajib, sebutan datuk, tan sri tak kering gusi, dapat duit rm10.00 jaja satu kampong.
    -Janji mulut mainannya, melaksanakannya belum tentu.
    -Tangan sentiasa bergerak tepok bahu rakyat bila bersalaman.
    - dan lain2 lagi gaya menipu berperangai baik konon.

    Maka lagak ini akan berakhir dengan episod "duit rakyat/kerajaan duit aku, apa aku peduli" keroni aku perisaikan aku.

    ReplyDelete
  15. kesan PATI mula menampakkan kesan disemenanjung malaya...bayangkan impak disabah, dimana permulaan percaturan kuasa simpanan tetap umno bn @ projek ic @ ic palsu...tentu lebih teruk lagi.

    ReplyDelete
  16. Tuan AA, hakikatnya bukan senang mencari pengawal keselamatan yang boleh dipercayai tapi lebih senang mencari pemimpin yang mencuri dan menipu rakyat.Pepatah sanskrit terbaru : Pengawal keselamatan PATI buat sekali, terus lari dan sembunyi, pemimpin syaitan dikenali selalu menipu tanpa segan silu.

    ReplyDelete
  17. Yg perasuah pun kena tangkap jugalah. .kaum mana yg penuh jel nanti. .saje nak tanye..ye

    ReplyDelete
  18. Pak Aspan, organisasi Melayu yg besar dan kuat iaitu felda telah rosak setelah isa smad masuk di felda sejak 3 tahun lalu. Pelantikannya cetuskan byak kontrovesi. Tunai felda semakin merosot & lemah apabila felda menyerah tanah estatenya seluas 900ribu ekar kpd fgv. Pendapatn felda bergantung kpd income dari pelaburan yg sedia ada dan perkongsian untung dgn fgv sbyak 15% setahun. Sepatutnya felda dpat sekurang2nya 50% dari fgv sbb itu tanah milik felda.
    Rasuah & salah laku oleh pengerusi dan CEO baru felda telah sbbkan kerugian besar kpd felda dan penroka. Mereka berdua bersekongkol yg menyebabkn dana felda merosot dgn ketara. Kontrak, tender, pelaburan & dll tidak ikut prosedure. Belanja tanpa had & komiten peneroka yg byak menyebabkn kali pertama felda alami defesit lebih rm1 bilion tahun ini.
    Kabarnya kontrak isa tidak disambung lagi. Dengarnya fuad jarkasi akan ambil aleh. Tetapi dlm poitik, pelantikan ini bole berubah sekelip mata. Isteri isa berpimpin tangan dgn rosmah di london beberapa hari lalu...apa2 bole berubah selepas ini.
    Sesiapa jugak yg menggantikan isa, ia tidak akan dpat membaiki felda lagi. Aset felda sudah dipajak 99 tahun & diikat melalui prjanjian. Ekuti felda dlm fgv lupus. Ekuiti felda dlm 39 anak sykt di bawah felda holdings sudah jadi milik mutlak fgv. Tiada apa lg yg tinggal di felda...!!!
    Mentri Najib yg menjaga felda sejak 10 tahun lalu telah mempertaruhkn agensi besar kpd individu2 yg tak bertanggongjwab. Dlm tempoh 3 tahun saja, aset felda susut mcm air. Byak yg hilang dari genggaman. Ini pun Najib masih tak nampak dan masih mahu menyimpan CEO felda yg terlalu boros? Mengapa PM Najib tidak mengambil tindkan terhadap individu2 yg menjadi penyebab felda rugi? Masih kah Najib nak membiarkan kmungkaran berlaku di felda yg dikatakan menjadi ayam tambatan BN dlm pru? Masih kah Najib nak teragak2 mengarahkn SPRM menyiasat & membuka semula fail2 yg tersangkut di AG? Siapa lg nak selamatkn felda kalau bukan Najib sendiri? Felda perlu diselamatkan sebelum terlambat. Jgn fikir air tenang tiada buaya sbb lama kelamaan peneroka yg dilekakan mcm2 dividen, durian runtuh, bonus dan mcm2 akan sedar jugak kalau dana felda sudah kontang! Hebat mana fuad jarkasi nak betulkn felda, dia tak kan mampu kalau felda sudah rosak. Ibarat tikus baiki labu, akhirnya felda akan runtuh di tangan Mentri yg menjaga felda. Wahai PM Najib, selamatkn felda demi bangsa mu dan wasiat tersirat ayah mu jua...

    ReplyDelete
  19. Anon 12:00,

    Nak selamatkan apa Felda ni,melayu felda semua bodoh2 belaka,bodoh macam lembu,Isa kinzir dan Najib yang buatkan orang Felda bodoh oh ni macam lembu, sekolah tinggi tapi otak lembu,saya fikir tak lama lagi peneroka felda ni jadi pengemis di dalam kebun nya sendiri.Orang bodoh ni memang senaang di bodohkan, dapat duit sikit perangai macam kera dapat cicin,tak sedar tanah yang dikerjekannya selama bertahun tahun sudah tergadai.....bodoh betul.

    ReplyDelete
  20. You help me and I'll help you, help me to refresh the most popular song by Ziana Zain couples of decades ago.

    ReplyDelete
  21. Pemimpin negara maju terutama di Barat paling takut kepada rakyat. Kesilapan kecil yg dilakukan akan menyebabkn pemimpin disingkir atau dihukum. Apa lagi kalau pemimpin itu rasuah. Mereka yg rasuah dianggap paling hina. Setiap perbelanjaan awam dipaparkan & ditunjukkan kepada awam.
    Sbaliknya di negara ini, pemimpin dijulang, dipuji & disanjung tinggi. Dipanggil pulak Yang Berhormat. Dia lah raja, dia lah dewa...
    Tetapi rakyat tak nampak pemimpin & puak2 umno sanggup kencingkan rakyat..!!! Itu pun nak panggil YB lagi??? Pooh dah!!!

    ReplyDelete
  22. Ministers lie and steal. Ministers threaten people with physical violence. Ministers dont know what members of their family, living in their own house are doing. Ministers who wallop others. There is no honesty. No integrity. Ministers will lie and do it with a smile. This country is going to the dogs!

    ReplyDelete
  23. Mengapa pm najib angkat balik isa samad? Mmm... Mngapa saifudin temerloh kalah pru,kalah umno bhagian. Tuan aspan boleh consult KJ suruh bini dia pakai tudung tutup aurat rmbut dak? Hehehe....takut nati kalau dia naik hirarki,fitnah dtg.. Mcm najib,brtimbun2 fitnah mai dr penampilan rosmah... Fitnah ke??

    ReplyDelete
  24. Corruption gave an unfair competitive advantage to grossly unprincipled, immoral and ruthless competitors/businessmen.

    Real small to midium size businesses run by hardworking people to support themselves and their families are destroyed by unfair market competition created by corruption.

    Without corruption, many businesses would fail or go bankrupt.....which is good, leaving the real one in the economy to compete fairly, under the law and regulations, in the best interest of consumers and create millions of real and permanent jobs for the local people to support their families.


    ReplyDelete