Ramai dalam kehairanan kenapa
UMNO dan BN masih berkuasa walaupun berbagai isu dan kelemahan yang kita
ketahui dan sedang diratapi oleh umum. Pimpinan UMNO tidak mahu berubah kerana
mereka yakin rakyat tidak memahami isu buruk mereka dan akan terus diberikan
kuasa terhadap mereka walau seburuk mana perangai dan sikap mereka.
Kekurangan kesedaran orang Melayu
yang masih menyokong UMNO itu sebenarnya diperkuatkan oleh kegagalan
pembangkang juga. Malahan pembangkang sebenarnya yang menambah kelemahan dan
sikap tidak mahu berubah orang Melayu, khususnya ahli-ahli UMNO, yang dianggap
pembangkang sebagai bebal itu.
Itu sebabnya saya tidak pernah
menggunakan istilah kasar-kasar terhadap UMNO walaupun selemah mana pun
pemikiran pemimpin mereka kerana mereka juga tidak mahu terjebak dalam situasi
keluar dari ‘mulut buaya tercampak pula dalam mulut naga’. Isu yang membuatkan
pembangkang mendapat kerusi kemenangannya itu bukannya sokongan terhadap parti
pembangkang itu seratus peratus.
Mereka mengundi pembangkang kerana
rasa marah dan geram mereka terhadap UMNO itu. Setelah pilihanraya berlalu
ramai yang saya temui melalui perjumpaan-perjumpaan kecil yang mereka marah
dengan UMNO tetapi bolehkah pembangkang menyejukkan jiwa mereka? Saya telah
menyebut tentang kekuatan persepsi terhadap sesuatu pertubuhan atau kumpulan
itu adalah terletak kepada manusia yang memimpinnya.
Pembangkang masih tidak mempunyai
pemimpin yang sebenarnya ‘viable’ untuk dijadikan pemimpin utamanya.
Pembangkang sekadar mempunyai pemimpin yang boleh menggerakkan untuk
mengumpulkan manusia yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan yang
menyandang kuasa kerajaan semata-mata.
Rakyat tidak mahu seorang
pemimpin utama yang masih menjadi persoalan dalam hal peribadinya kerana
kekurangan dalam imej dan persoalan peribadi merupakan persoalan yang utama
dalam memilih pemimpin utama kerajaan. Rakyat sedang berada didalam keadaan
serba salah. Itu sebab mereka terpaksa juga mengekalkan kepimpinan yang mereka
tidak suka untuk memastikan peralihan kepada pihak lain itu tidak menjadi
pilihan yang silap lagi.
Pihak pembangkang juga tidak
menunjukkan kesatuan yang erat diantara pemimpin utamanya dan semakin hari
semakin jelas yang Anwar tidak mempunyai kemampuan untuk memberikan keyakinan
untuk menjadi pimpinan alternatif. Keadaan ini tidak menampakkan penambah-baikan
dan jika di timbang-timbang kerajaan tetap berada ditangan UMNO lagi di dalam
pilihanraya yang akan datang.
DAP merupakan parti yang sudah
sampai keperingkat ‘saturation’ dan parti itu sudah memenangi semua kerusi yang
sepatutnya dimenanginya. Parti ini sudah sampai ketahap optima dan graf
kemajuannya tidak mudah untuk menunjukkan kenaikan selain dari penurunan
selepas ini. Sokongan orang Melayu terhadap parti itu tidak mungkin menaik lagi
dan pilihanraya yang lepas merupakan sokongan Melayu yang tertinggi kerana
keadaaan UMNO dan BN yang sedang dalam ketenatan semasa itu.
Lagi pun DAP mempunyai masalah
dalaman dan kesahihan serta ‘legitimacy’ barisan kepimpinan parti itu masih
belum jelas selagi pendaftar pertubuhan belum lagi menentukannya. Sedikit kuasa
yang mereka rasai di Pulau Pinang telah menunjukkan sikap parti itu sebenarnya,
dan sikap itu tidaklah seperti yang mereka laungkan selama 46 tahun yang lalu.
Ramai yang berpendapat, termasuk
dikalangan rakan-rakan kaum Cina saya berkata, “DAP has tasted a bit of blood,
and the party does not show much difference than PKR and UMNO. I think some
Chinese are going back to MCA and some of the Malays’ support is back to BN. If
they remain against UMNO, they have only one choice i.e to support only PAS”.
Bagi saya DAP tetap parti kaum
Cina dan ramai tidak menerima parti itu sebagai parti ‘multiracial’ seperti
yang mereka laungkan. Berbagai-bagai
cara ramai orang Melayu untuk memujuk hati untuik mengatakan parti itu sebuah
parti berbilang kaum, tetapi hakikatnya tidak nampak sebarang ‘attribute’
sebagai apa yang terkandung dalam perlembagaan parti itu.
Semalam semasa saya bertemu
dengan 30 orang yang memanggil saya untuk memberikan pandangan kepada kumpulan
sebuah taman perumahan, ada dua orang yang bangun berkata, “How can DAP rests
its laurel on one Malay Law-Maker and claims to be multiracial? It’s too
deceiving man..” Saya tidak dapat menjawab soalan itu. Saya bersetuju dengan
seorang lagi yang hadir yang berpendapat, “DAP should remain as an opposition
party as the party is doing splendid job as an opposition. Just give what is
best for them”
Situasi paparan saya ini adalah
penyebab yang menjadikan UMNO itu masih tidak dapat ditolak oleh kebanyakkan
orang Melayu dan ia tetap akan menjadi begini selagi pembangkang tidak
memperbaiki diri dan jujur dalam perjuangannya dan niatnya untuk negara.
Permainan ‘kong kalikong’
diantara parti-parti dalam PR itu tidak akan membawa mereka kemana-mana.
Mungkin PAS boleh memperbaiki keadaannya dengan mudah jika parti itu melakukan
tindakan yang pernah mereka lalui, iaitu mula bercakap dengan parti lain atau
individu-individu penting dalam negara ini. Ini adalah untuk masa depan manusia
dan bangsa yang mereka perjuangkan dengan benar-benar melaksanakan perjuangan Islam
untuk kepentingan semua bangsa itu.
Yang penting untuk mendapatkan
pemimpin yang merupakan individu yang boleh diharapkan untuk mendapatkan sebuah
negara yang bebas dari elemen hina seperti rasuah dan panyalahgunaan kuasa yang
keterlaluan, serta pemimpin yang tahu asas keagamaannya.
Perjuangan ini wajar dilakukan
oleh semua pihak kerana negara kita kekal, yang tidak kekal itu kita kerana
semua diantara kita akan kembali ke asal dan Pencipta kita. Negara kita yang
kekal ini wajar diberikan jaminan yang ia berada dalam keadaan yang menyamankan
bagi generasi yang akan datang untuk hidup semasa kita semua sudah tiada.
Malahan jika usaha dan perjuangan
ini timbul dari naruni yang bersih kita juga boleh membawa bersama bekalan
untuk kita sendiri di alam yang lain yang kekal nanti.
Asmkm saudara Aspan. Semua yang wujud di dunia ini tak kekal ,termasuklah negara kita .Bila tiba masanya semua akan hancur. Mengapa perlu Pas berbincang dengan umno yang hanya mementingkan diri . Pengalaman lama mengajar mereka. Baik kah akhlak majoriti pemimpin umno yang membuatkan saudara tak habis habis memandang serong pada Anwar. Semoga Allah mengampun dan memberkati kita. Saya adalah bekas ahli umno yang telah meninggalkan umno sejak 1984 lagi .Tak tahan melihat mereka merebut kuasa diperingkat cadangkan lagi.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteNaruni yang perlu dibersihkan dalam Berita Harian
UMNO is still the government because they cheat, steal and lies in the last GE. And most of all they have misappropriated the nation's property and wealth as a means to get them power. That's how they did it and it should not be surprising to all of us that UMNO is now trying to get back all the money (the government's money) spent not for the govt's coffer but instead they are putting it into their own pocket.
ReplyDeleteWe miss the chance to change our govt last GE not because PR was as bad as UMNO and BN BUT because some of the Malays figured that things won't be better if PR were in power. In other words, the Malays chickened out from stepping out onto the plate and taking a swing. We may swing and miss but hey, if we didn't try at all, why the hell are we in the game? Just elect a dictator and be done with it!
But no! The Malays prefer the status quo and hope profusely that things doesn't get worse under UMNO and Najib. Well, how did we do? We are doing worse actually because UMNO figured that they have done the worse job possible as government and still the Malays voted for them for fear of what might happen with PR. So the rational is "why be good at all or change?" There is a saying "belum cuba belum tahu" but it seems to UMNO, the Malays are too scared to try which to them was fabulous since no matter how bad they are, they will still be in power.
The Malays are to timid to jump into the cold water and many are waiting for the perfect condition before jumping in. That's just ridiculous! The world is what we make of it, not what we wish it to be! There's nothing perfect in this world and if you don't try then you will be left behind by those who dare. South Korean did it, most European country lived by it. The future and the political environment is in the hand of the Malays actually but even with 60% strong citizen, the Malays are too scared to even try a new world and a new environment. Life under PR or under PR dominated by DAP and PKR? If you haven't tasted it then you wouldn't know but with the country in the brink of self destruction will it be so bad to be ruled by DAP, PKR and PAS for the next 5 years (and then if we don't like them we vote them out)!
Even before trying we already made our mind that it will not work and foretold the worse will happen under PR. BUT, can't the 60% majority Malays hold DAP and PKR govt for ransom if they did not fulfill their obligation and promises? Can't we threatened them with abandonment if they were to neglect us? "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih" and it looks like most of us are trying to cover their "cold feet" and childish skulking by giving excuses after excuses. It's a Seribu dalih but no matter what, it is just excuses and the realities is UMNO and Najib is going to destroy Malaysia and the Malays along with it and IT WILL HAPPEN!
We lost a chance to empower the Malays simply because we were too selfish about our needs and we have grown comfortable with our own lifestyles that we forgot what change of govt meant to the poor and needy of our Malay folks. They truly were the losing side in the last GE and it is because we were too coward to dream of a new world. We failed them by simply not trying and with that we failed our children and grandchildren, so miserably!
Nick.
Paduan PR perlu satu daya yg cukup kuat untuk menganjak pradigma masyarakat berbilang kaum dan agama. Dengan momentum yang masih ada, PR mestilah mempamerkan satu bentuk kesatuan yang utuh. PR mestilah bersepakat untuk memperjuangkan kebersamaan dalam isu-isu tertentu dan membincang dalam hal terdapatnya perbezaan antara mereka, supaya tiada pertelagahan berbangkit. Dalam perkara ini, media memainkan peranan penting dan inilah kelemahan utama PR. Media arus perdana sentiasa memutar belit pemberitaannya untuk memberi imej negatif pada PR. Bagi yang celik IT majoritinya mendapat maklumat 2 pihak dan mereka boleh memikirkan yang mana lebih baik, itupun jika tidak dipengaruhi dengan wang. Bagaimana pula yang lain itu?
ReplyDeleteDAP adalah parti yang keahliannya majoriti dari kaum cina dalam peratusan yang besar, diikuti kaum india dan kemudiannya melayu. Dengan itu, bukanlah suatu perkara yang aneh dalam penstrukturan parti tentulah terlihat seperti didominasi oleh kaum cina. Sekiranya keahlian DAP 35% ata lebih adalah kaum melayu, sudah tentu senario akan berbeza. Akan tetapi, kaum melayu lebih memilih sama ada UMNO atau PAS ataupun Keadilan untuk menjadi ahli parti berbanding DAP. Tidak tahu pula kenapa jadi begitu secara jelas, tetapi itulah hakikatnya. Pada masa yang sama, lebih ramai lagi yang tidak menjadi ahli mana-mana parti pun.
walaupun umno bn hanya mendapat undi 47% saja dalam pada masa yang sama mereka boleh memperkudakan media masa utama 100%, wang rakyat 100%, agensi kerajaan 100%, undang-undang 100% dan lain-lain 100%.Kalau hendak dibandingkan dengan PR yang mendapat undi 53% + 0% + 0%....dan + 0%.......hanya masa + skandal pemimpin umno
ReplyDeletebetul umno itu zalim dan rakus,tapi membantu dan dapat beri sesuatu untuk rakyat makan.cnth..baiki rumah dan sediakan rumah pprt,bantuan jkm. betul pembangkang baik dan jujur..tapi kosong..ada bantuan pun ciput aje...mcam bantuan dari kerajaan negeri kelantan.inilah dilema !
ReplyDeletemaap ler Mat Pahit...
Deleteststement ko tak leh pakai la. duit yg umno/bn bagi tu duit yg di'rompak' dari rakyat bukannya duit yg dijana oleh kebijaksanaan sbg pemimpin... kebanyakan pemimpin umno ni tak mumaiyiz!!! ... tapi sayang... yg bodonya melayu tak reti-reti, tak sedar diri tu ditipu! tinggalan penjajah berakar- umbi dlm kepala hotak. mungkin selepas majoriti saluran 1,2,3 dah 'padam' akan wujud perubahan. tak dapat diterima akal waras bila ada orang kata tadak umno rakyat susah cari rezeki... rezeki Allah tentukan bukannya umno!!! boleh gugur akidah. ini bukan dilema... tapi melayu semua nak senang, tak berani terima cabaran atau bersusah dahulu sebelum berjaya... tapi itulah melayu!!!
Kenapa perlu salam 1melayu dalam PAU yang dihadiri melayu umno......apakah umno sudah dunggu sehingga lupa dalam pkr dan dap ada melayu.....kenapa tidak salam 1umno sebab yang datang pun semuanya ahli umno........
ReplyDeletePak AA.
ReplyDeleteOrang Melayu seperti Mat Pahit dan ramai lagi seperti dia yang buta hati dan tak celik akal serta susah untuk berpaling tadah terus memuja dan mengundi UMNO kerana dia hanya dapat lihat rumah PPRT dan bantuan JKM habuan dari UMNO yg dia tidak sedar wangnya dari cukai rakyat.
PKR kena bekerja kuat menyedarkan Melayu spt. Mat Pahit yang masih ramai di merata kawasan luar bandar seluruh semenanjung dan penjawat2 awam yang hidup menumpang tanpa prinsip jatidiri dan pendirian politik tulin tanpa takut disisih.
Jika PR hendak menang PR mesti didaftarkan sebagai sebuah Parti spt BN
ReplyDeleteSdra Nordin,
DeleteKalau nak tengok PR sebagai s3buah entiti seperti BN,sdra tolonglah tekan ROS sulaya luluskan segera permohonan PR. Permohonan PR dah l3bih 2 tahun depa submit. ROS dok peram buat pekasam kerana UBN tak kasi lulus. Else apa alasan ROS dok peram begitu lama.
PR kena selesaikan issu Allah, isi siapa nak jadi PM.Anu-war, LGE, Karpal dan LKSiang tak layak.Mat Sabu dengarnys penganut Shiah.Habis cammnoo..
DeleteApalah nak dibanggakan oleh Mat Pahit mengenai baiki rumah dan sediakan rumah pprt,bantuan jkm yg bukannya menggunakan wang UMNO tetapi hasil cukai yg dibayar oleh rakyat. Kenapa tidak disebutkan sekali stadium runtuh, bumbung masjid runtuh, parlimen masih bocor selepas pembaikan, akhlak runtuh dan banyak lagi. Itu belum termasuk menggadaikan tanah rizab melayu dan pemberian ic biru kpd pendatang. Bangunlah Mat Pahit jangan kemabukan ketum lagi.
ReplyDeleteNick,
ReplyDeleteYes, PR is actually not a worthy winner even in the next two or three elections.PR had the best chance ever in pRU 13 but they blew it.Getting 89 seats and secured 90% of chinese support and that DAP won big and about the best in DAP history still PR remains an opposition.What the heck.
This prove that despite the PR rhetorics and creation of wrong perceptions PR still the loser in the end.This time the majority Malays will be behind UMNO and BN.Anwarinas/Pas and PKR will slowly face their slow demise.PR must get their act together to be relevent.So far no !.
Sorry Nick.PR is not good enough.Ha..ha..