UMNO sudah tidak tentu arah dan
tidak mempunyai hala tuju perjuangan yang meyakinkan. Sesebuah pertubuhan itu
hanya berubah samada untuk kebaikan atau sebaliknya kerana sikap dan nilai
mereka yang memimpinnya. Saya tidak bersetuju sesiapa yang mengatakan UMNO itu
tidak baik. UMNO itulah yang telah membina negara selama ini bersama
rakan-rakan kongsi dalam Perikatan dan BN.
Tetapi UMNO itu kian jatuh dan
lemah kerana manusia yang memimpinnya. Manusia yang menjadi pemimpinnya
sekarang sudah hilang segala pedoman bagaimana hendak melangsungkan perjuangan
parti itu, maka kian hari parti itu di ketepikan dari pemikiran dan sokongan
ramai.
Baju dan pakaian walaupun
berharga murah tetapi jika si pemakainya mempunyai kedudukan dan dihormati,
pakaian yang murah tadi akan nampak mahal dan berharga. Tetapi jika
sipemakainya itu tidak baik dan tidak senonoh, pakaian yang mahal sekali pun
akan nampak murah. Wanita yang langsing tubuhnya dan jinjang lehernya akan
nampak anggun jika memakai pakaian yang tidak berapa mahal. Sebaliknya kepada
wanita yang rendah, pakailah pakaian secantik dan mahal mana pun pakaian itu
akan tetap nampak murah.
Begitu juga pertubuhan-pertubuhan
termasuk parti politik akan dihormati jika pertubuhan itu dipimpin oleh manusia
yang dihormati dan disanjung. Dulu-dulunya pemimpin setiap peringkat UMNO dihormati
tetapi tidak lagi sekarang ini, kerana pemimpin-pemimpinnya tidak menjaga diri
mereka dengan baik yang bersesuaian dengan kehendak niat dan matlamat pertubuhan
itu.
Dulu pimpinan UMNO sangat dihormati kerana manusia dan
rakyat memahami nilai seseorang atau kumpulan pemimpin itu. Dulunya UMNO
berjuang dan nampak hasilnya secara ‘organic’ dan menjadi contoh kepada banyak
negara membangun yang lain tetapi sekarang ini pemimpin-pemimpin UMNO mempunyai
‘stigma’ buruk seperti rasuah yang tidak boleh tanggal lagi selagi parti itu
dipimpin oleh pemimpin yang berimejkan elemen negatif.
Keruntuhan nilai pemimpin kita
diketahui masyarakat antarabangsa dan banyak individu yang menulis tentang
pimpinan kita secara terbuka dikhalayak antarabangsa. Ini bukan isu dan
masalah kecil buat negara. Tetapi kita masih lagi membiarkan isu negatif
terhadap pimpinan kita seolah-olah itu adalah isu biasa yang tidak perlu
diambil hal dan dipedulikan.
Sekarang UMNO sedang bertungkus
lumus untuk memperbaiki persepsi ramai terhadapnya dan menganggap PRU ke 14
sebagai pilihanraya yang lebih sengit dari pilihanraya umum yang baru lepas
ini. Tetapi kita sendiri telah melihat bagaimana penampilan TS Muhyidin dan
Najib dalam ucapan kedua-duanya setakat ini dalam perhimpunan sayap parti itu
dengan ucapan dalam Perhimpunan Agung UMNO pagi tadi.
Tiada apa yang lainnya dalam
ucapan Najib dengan ucapan harian beliau di mana-mana. Ibarat pakaian apa yang
Najib pakai hari ini hanya baju basahan yang dipakainya setiap hari di rumah.
Tiada yang baru dan tiada yang menakjubkan selain dari tepukan dari perwakilan
yang sememangnya dijemput ke Dewan Persidangan untuk bertepuk tangan dan
mendengar jenaka mega tahunan selama empat hari itu.
Sememangnya tidak ada yang lain
dari apa yang beliau sebutkan selalu. Ucapan itu hanya merupakan ucapan-ucapan
yang dikumpul dan disusun semula untuk dijadikan satu ucapan perasmian
Perhimpunan Agung itu.
Saya tidak dapat mendengar ucapan
beliau sampai kepenghujung ucapan beliau kerana saya telah tertidur agak agak
ucapan beliau sudah sampai ke70 peratus. Saya terkilan kerana tidak sempat
hendak menyaksikan bagaimana perwakilan bangun dan memberikan tepukan gemuruh
seperti yang berlaku sejak beberapa dekad dahulu.
Apa hasilnya dari ucapan Presiden
UMNO itu pagi tadi? Saya pun tidak dapat untuk mengagaknya. Tetapi satu yang
pasti, persepsi rakyat tentang sinonim rasuah dan pemimpin yang tidak boleh
dipercayai tetap wujud. Seperti yang saya katakan selalu dahulu, pemimpin UMNO
dan rasuah itu adalah seperti 'aur dengan tebing', saling memerlukan diantara
satu dengan yang lain.
Tidak ada tanda-tanda yang
meyakinkan yang Presiden UMNO dan barisan pimpinan teratas itu telah sedar yang
mereka tidak lagi dihormati kerana mereka sedang menghadapi krisis keyakinan
yang sangat hebat.
Tidak tahulah jika perwakilan
yang melebihi 5 ribu orang itu dapat mengingatkan pimpinan diatas pentas itu
tentang betapa tidak berkeyakinan rakyat ramai yang mendengar ucapan Presiden
itu. Berikan cadangan untuk meminta
barisan pimpinan itu berundur dan mengganti barisan pimpinan yang baru yang
lebih meyakinkan rakyat ramai bukannya setakat meyakinkan ahli-ahli UMNO yang
menjadi perwakilan sahaja.
Orang yang hendak melakukan
perubahan dan membaik pulih keadaan mestilah dari orang atau barisan yang tidak
terlibat memusnahkan perkara yang hendak dipulihkan itu. Bagaimana Najib dan
keseluruhan pimpinan itu hendak memulihkan keadaan itu, sedangkan keadaan yang
mesti dipulihkan itu ada lah hasil kerja mereka sendiri.
Jika mereka ditugaskan untuk
membetulkan kembali kerosakkan itu, nescaya ia akan bertambah buruk lagi
hasilnya. Saya teringat kata-kata seorang sahabat saya dari Afrika berkata, “If
you want to break anything give it to the African to do the job, and if you
want to make it worst, again, give it to the African to fix it back”.
UMNO sudah begitu sinonim dengan
kerosakkan negara, walaupun parti itu pernah membina negara dengan begitu baik.
Apa yang telah dibangunkan oleh pimpinan UMNO yang baik dahulu sudah dirosakkan
oleh pimpinan hari ini. Pimpinan UMNO hari ini merupakan kumpulan yang sentiasa
mengamalkan ‘vandalism’ terhadap negara.
Semua sistem bernegara telah
ranap dan institusi demokrasi telah terlacur dan semua rakyat termasuk mereka
yang memimpin sekarang sudah hilang segala hala tuju perjuangan dan
tanggungjawab mereka. Rakyat menjadi mangsa mereka dan rakyat pula yang
menanggung segala kemudharatan hasil dari perlakuan orang-orang yang memimpin
UMNO itu.
Bagaimana kita harus percaya
janji-janji mereka untuk melakukan transformasi terhadap politik dan negara
itu? Kalau kita padankan dengan perbilangan untuk orang Afrika tadi, ia akan
berbunyi seperti berikut, ‘kalau hendak melihat kerosakkan, berikan kepada UMNO
tanggungjawab itu, kalau hendak melihat kerosakkan yang lebih teruk lagi,
berikan juga kepada UMNO untuk membetulkannya’.
tuan,
ReplyDeleteUlama UMNO kata Ustaz Kazim berdosa kerana tidak terima lantikan sebagai Ahli MT Umno betulke.....
As Salam Pak Pan,
ReplyDeleteUMNO ne mcm rumah lama yand berhantu.
Ahli keluarga cabut lari..
Pawang pun surender.
Yang tinggal ahli kluarga yang mcm hantu jugak..
Salam hormat...
ReplyDeleteApa yang saya nampak dengan mata hati saya, semakin orang UMNO beritahu nak hapuskan rasuah, semakin serius rasuah berlaku di dalam diri orang-orang UMNO sekarang.
Cuma bezanya rasuah itu ditukar nama menjadi jenama lain. Antara nama lain ialah: Jualan murah, Bantuan segera semasa musim pilihan raya terutamanya pilihan raya kecil dan sebagainya
Rasuah telah berevolusi dengan baik dalam umno disebabkan pemimpinnya mengamalkan amalan ini.Memang betul perjuangan umno hendak perjuangkan nasib orang melayu tetapi sebenarnya perjuangan umno hanya kepada bangsa melayu yang punya kuasa dan jawatan.Selagi umno sekarang kekal berkuasa & kebal selagi itulah melayu akan kekal ketinggalan arus kemajuan,ekonomi dan tidak kebal kesan-kesan globalisasi.
ReplyDeleteSdr AA,
ReplyDeleteIbarat kapal yang sedang belayar, nakhodanya mabuk kelasi sewel, jurukemudi bodoh kapal itu pula bocor dan reput dengan enjin semput serta peralatan usang. Jika di air yang tenang, bagaimana keadaan pelayaran kapal tersebut? Sedangkan pelayarannya kini di lautan bergelora, alamatnya akan karamlah kapal dan seisi muatannya! Paling bernasib baik pun, akan terdampar di mana-mana lokasi yang tidak dapat ditentukan. Destinasi sebenar hendak dituju tidak akan kesampaian.
Kalau dahulu Umno lah tempat orang-orang Melayu berjuang untuk menegakkan kedaulatan negara dan selepas itu baru agama dan bangsa, ya bangsa Melayu.
ReplyDeleteSebelum tahun 90an parti ini cukup mantap dayajuangnya kerana didokong oleh para guru dan pejuang anak bangsa kampung. Selepas itu ketaralah pula paksi perjuangan parti ini dirosakkan oleh ketua dan pengikut2nya yang ada kepentingan duniawi. Segala2nya bukan lagi untuk rakyat. Corak keuntungan untuk peribadi klrga dan kroni mereka ini di terap melalui pengswataan. Ajensi2 perkhidmatan untuk rakyat habis dilacurkan melalui pengswataan semata2 untuk puak dan juak2nya. Pentadbiran negara spt badan kehakiman, polis, tentera dan yang ada kaitan dengan kabel2 "penipuan" diubahsuai mengikut kehendak proses yang akhirnya masuk kekatung mereka. Para pentadbir yang cerdik dan melawan pula tunggulah kamu untuk penjara atau Isa.
Period peralihan ini melahirkan gulungan pak anguk, pembodek negara. Melayu bodoh pula dalam Umno bertambah dari setahun ke setahun.
Alangkah rugi nya Melayu di bawah Umno....cuba amati...lagu "anak2 main api...."yg berselang waktu berkumandang di udara rangkaian RTM. Siapa yang hilangkan tanah waris orang Melayu, bukan Cina bukan India...pemerintah bangsa....
rasuah dlm umno tk akan ada yg berani tampil memerangi dan bercakap masa PAU tu. bukan penyakit ini berevulusi tapi dah menjadi mutasi. nk jadi pemimpin dah habis rm ratus ribu...juta...juta macam mana nk dapat balik modal... jawabnya.........
ReplyDeleteHanya Bencana, Ekonomi Runtuh, Barang Naik boleh Bangunkan rakyat yang DIJINAKKAN oleh UMNO......
ReplyDeleteSetiap Orang perlu tahu tempat kediaman & Rumah tokoh UMNO-BN.....TANGKAP..Citizen Arrest Serentak!!....Agenda Ubah! Rakyat Bangkit Bantah !!
Pak,
ReplyDeleteI totally agree that UMNO was responsible for the development of Malaysia BUT the UMNO that we have now is not that UMNO! It is a totally different entity (some say monster)and it is led by totally different kind of Malays, the kind that is not fit to lead, that is!
No one can deny that TAR, Tun Abd Razak and Tun Hussein Onn was exceptional leaders and not just leaders of Malays, they were leaders of Malaysian. But UMNO Baru leaders starting with TDM until now, are not leaders of Malays much less Malaysian. They are more to the point leaders of cronies, taukehs and crooks.
The government used to be for the people and by the people but now, it's more "for the family and by the family with an added clause, the rakyat can go to hell or wherever if they disagree with UMNO (B) and its leaders".
Corruption have become endemic because UMNO Baru made it a culture and an indispensable tool for ruling and subjugating. Corruption is heinous but UMNO Baru has clothed in a new suit named "politik wang", BR1M and "kamsen making it "Halal" for Malays to partake and since it's "halal" according to UMNO B, Malays will go to "heavan", UMNO's heaven that is!
So, yes UMNO was a good party and its leaders was good for the nation but when it comes to UMNO B (created by TDM who killed the ori UMNO), I consider it an evil party responsible for many evil thing done to the Malays and Malaysian and it's worse sin? Corrupting the Malay's faith in Islam and subjugating them into a docile livestock reared only for slaughter! My vote...UMNO B must GO (sooner is better but if we have to wait then so be it) and that means ABU GE14!
Nick.
Pak Aspan,
ReplyDeleteVideo Penyokong Tegar UMNO menari gembira ketika mangsa banjir derita tersebar!
Salam sejahtera...
ReplyDeleteNajib criticised for blaming opposition over alleged loss of RM40b investment
Salam sejahtera...
ReplyDeleteNajib criticised for blaming opposition over alleged loss of RM40b investment
Saudara AA and fellow bloggers
ReplyDeleteGuess what, our corruption perception index according to Transparency International improved by one rung, and our leaders claim that we have made great stride in combating corruption. The rakyat will continue to ask when will be the time the plundering comes to a halt
Many fail to identify the trees from the jungle! What can you expect when you are such bigots!!!
ReplyDeleteLawak jenaka paling popular la ni youtube kak mah n bni isyam usin nyanyi lgu puteh2 melati....hihihi....syok sndiri....org kg trus mmbodohkn diri...
ReplyDelete