Tugas rakyat ialah untuk membina
negara ini menjadi negara yang bermutu rakyatnya, tinggi tahap ekonominya,
bersih dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan mengikut apa yang termaktub
dalam Perlembagaan yang tertulis sebelum kemerdekaan dahulu.
Kepimpinan sekarang tidak melalui
kesusahan seperti yang terdahulu dari Dr Mahathir memimpin. Mereka ini hanya
menjahanamkan apa yang telah terbentuk semasa Pra Dr Mahathir dahulu. Yang kita
nampak hanyalah pembangunan ‘material’ dan fisikal yang sangat mahal harganya.
Tidak nampak pembangunan ‘mental’ manusia, malahan mentaliti kita di Malaysia tidak
ubah seperti mentaliti manusia di Afrika sahaja.
Yang terbentuk pemimpin kita
hanya pemimpin yang bermentaliti ‘orang darat’ ber’glamour’ dan bersukaria
dengan membelanjakan wang rakyat secara ‘lavish’ seolah-olah wang itu dipetik
dari pokok disekeliling rumah mereka.. Tidak boleh nampak duit dan harta, air liur mereka akan
meleleh seperti anjing nampak tulang.
Pemimpin yang berkelakuan seperti
‘orang baru turun dari bukit’ ini selalunya akan berbelanja banyak. Mereka baru
mendapat peluang berbelanja. Mereka akan cuba untuk menaiki tangga sosial
tanpa had waimma dengan menggunakan wang rakyat yang banyak. Jika tidak
mempunyai kelayakan untuk menggunakan jet, mereka akan menggunakan kabinet untuk
meluluskannya. Yang penting, bagi mereka hidup ini sementara dan tidak lama,
‘kita balon cukup-cukup sementara kesempatan ada’.
‘Orang yang baru keluar dari
bukit’ ini jika diberikan kuasa dan pengaruh, mereka akan menggunakan
kesempatan untuk menunjuk-nunjuk kerana mereka ini selalunya banyak sangat
perkara yang hendak mereka tutupi. Mereka yang seperti ini, jika baru mendapat
kekayaan, mereka inginkan semua orang tahu mereka kaya dan berpengaruh dan
mereka selalunya amat suka diampu. Mereka akan melayan orang yang selalu
memberikan ‘amusement’ dari pengampu yang ada dikeliling yang ingin mendapatkan
keuntungan dari sifat mereka yang ‘ulu’ itu.
Tun Sharifah Rodziah, Tun Hajjah
Rahah, Tun Suhaila dan Tun Asmah merupakan isteri-isteri Perdana Menteri yang
disukai ramai kerana sifat kewanitaan mereka dan tahu untuk meletakkan diri
mereka kena pada tempatnya. Jika kita kaji dari latar belakang mereka yang saya
bariskan ini, mereka adalah dari keluarga yang elok cara didikan keluarga
mereka. Mereka ini sudah biasa dengan hidup dalam keluarga yang agak ‘aristokrat’
lama dahulu yang mempunyai ‘magnanimity’ yang tinggi.
Lahir sahaja mereka kedunia ini
mereka sudah berada ditahap ‘sosial’ yang tinggi dan tidak perlu melakukan
perkara pelik yang dibenci orang. Isteri-isteri atau wanita-wanita yang saya
sebutkan tadi tidak perlu menunjuk-nunjuk dan mereka tidak perlu hendak
memberitahu apa yang mereka ada. Wanita-wanita yang saya sebutkan ini, jika
mereka memakai pakaian yang murah pun akan nampak sebagai pakaian yang
mahal-mahal.
Itu sebabnya semasa mereka
menjadi wanita kepada Ketua Kerajaan tidak ada isu yang menjolok mata yang
mereka lakukan secara terbuka. Kehidupan mereka begitu ‘natural’ dan tidak
memerlukan orang dikeliling mereka untuk mengampu mereka dan tidak pula mereka
ini mempengaruhi kerajaan untuk meluluskan apa-apa kerana itu bukan bidang yang
mereka perlu terlibat. Mereka tidak mempengaruhi kabinet untuk meminta
penerbangan jet eksekutif kerana jika mereka lakukannya, belum tentu kabinet di
zaman itu akan meluluskan permohonan itu. Kabinet-kabinet dahulu mempunyai
pengaruh ke atas Perdana Menteri dan Perdana Menteri tidak mudah untuk
memikirkan melakukan kerja yang tidak baik itu.
Tetapi kabinet sekarang adalah ‘subservient’
kepada isteri Perdana Menteri kerana mereka tahu Perdana Menteri akan sentiasa
menyebelahi isterinya tanpa memikirkan baik buruknya.
Dalam negara menghadapi krisis
kewangan yang kronik sekarang ini, perbelanjaan yang ‘unnecessary’ untuk isteri
Perdana Menteri ini amat memeritkan jiwa untuk menerimanya. Najib sibuk
sekarang melakunkan watak ‘bersama rakyat’ sedangkan apa yang sebenarnya beliau
lakukan adalah sebaliknya.
Najib masih berbelanja dengan
boros dan beliau telah mengatakan yang kenaikan kadar tol dan tariff elektrik
tidak dapat dielakkan. Tetapi hakikatnya masalah kewangan yang kita hadapi
sekarang ialah kerana pengurusan kewangan yang tidak baik dengan keborosan yang
tidak ada hadnya.
Itulah sebabnya dalam posting
yang lepas saya secara terbuka meminta serta memohon agar Najib diberi petunjuk
dan akhirnya meletakkan jawatan dari jawatan yang beliau pegang sekarang ini
agar beliau hidup dalam ketenangan tanpa sumpah seranah rakyat.
Najib ini sebenarnya adalah
setaraf dengan pimpinan yang lain seperti Muhyidin, Zahid, Shafie Apdal, Anwar
Ibrahim, T Adnan dan semua yang telah dibariskan dalam Majlis Tertinggi UMNO
itu. Nama-nama ini wajar memberikan laluan kepada mereka yang lebih
berkemampuan dan berwibawa untuk membawa negara maju kedepan dengan lebih jauh
lagi.
Janganlah berpaut lagi kepada ‘kuasa
pinjaman’ itu. Rakyat terseksa dan jangan lupa, doa rakyat yang terhimpit
selalunya terkabul.
“PM Najib! Start in motion the
move for change now. You can kick start the move with your own resignation.”.
Pak Aspan
ReplyDeleteDi negara asal saya diseberang semapadan pemimpin yang degil, benak dan rakus saperti ini dihalau sahaja tidak perlu menunggu mereka meletak jawatan kerana tidak akan berbuat demikian.
hanya ada satu sebab mengapa m'sia tak seteruk bila dibandingkan dgn negara2 dimana pemerintahnya setaraf (low class), iatu allah swt masih sayang negara ini. siapa atau apa yg ada di m'sia, i do not know. kita tengok jasa2 perdana2 menteri:
ReplyDelete1. almarhum tunku - 'merdekakan' singapura terbelah dua. (tanah ktm)
2. almarhum tun razak - felda & ...
3. almarhum hussein onn - tak sempat buat jasa.
4. dr. mahathir - banyak negatif dari positif - bapak penswastaan
5. abdullah bad awi - bapak islam had hari, cemerlang, gemilang, terbilang & terus hilang. cucu alim ulamak dah jadi cucu datuk merah.
6. najib - bapak transformer & slogan. s'pura yg terbelah dua, dia bubuh gam. 'anak bapak'? i don't think so.
kesimpulannya pengganti2 lebih teruk dari pm sebelumnya bermula dari nombor 4. siapa boleh jamin pengganti seterusnya berkemampuan memperbaiki segala kecacatan & kemungkaran yg berlaku sekarang? atau akan lebih teruk? apabila allah taala dah benci akan negara ini, mampus kita semua. carilah pemerintah yg menepati segala kehendak allah swt spt firman:
9.119 O you who have believed, fear Allah and be with those who are true.
36.21 Follow those who do not ask of you [any] payment, and they are [rightly] guided.
mereka inilah pemimpin ummah. pemerintah tak semestinya pemimpin. firaun, hitler, napolean, mat salleh, jepun pun pemerintah jugak. islam is 24/7 & not seasonal such as maulud, maal hijrah, qurban & what have they.
Jika Najib turun secara sukarela tentu penggantinya Muhyidin, yang pembawaan karektor mereka hampir sama. Jika tiada kemajuan seperti dijangkakan, Muhyidin juga akan diganti oleh salah seorang naib presiden. Naib presiden yang ada sekarang termasuklah yang tewas dalam pemilihan lepas, tiada seorangpun memiliki tokoh untuk menerajui negara. Begitu juga yang menduduki kerusi ahli majlis tertinggi. Siapa lagi yang sesuai dan layak dikalangan ahli UMNO? Jawapan paling tepat ialah tiada, kecuali Mahathir mungkin(???) tetapi dihalang pula dengan faktor usia dan kesihatan . Jika mereka melepaskan baton sahaja tiada guna dan membazirkan masa sahaja. Ibarat cakera keras komputer,hendak diformat semula, banyak sektor yang telah rosak dan dipenuhi virus tegar. Mungkin ada baiknya bubar parlimen dan UMNO(B) serentak dan berakhirlah hegemoni UMNO(B). Tubuhlah parti lain atau sertai parti yang sedia ada. Dengan itu UMNO(B) tidak lagi wujud untuk terus menyeksa rakyat. Biarlah rakyat bebas menentukan pemimpin tanpa sebarang helah. Semua ataupun hampir semua rakyat sayang pada tanah air ini, dan rakyat pula bukan lagi tidak cerdik dan buta maklumat seperti zaman dulu. Apakah gunanya lagi jika rakyat mahu memulihkan negara, pada masa yang sama UMNO(B) menambahrosakkan lagi.
ReplyDeleteNajib tak akan pencen lah , mana ada orang bacul berani ambil tanggungjawab.
ReplyDeleteSiapakah yang berwibawa dalam umno untuk menjadi penganti Pak najib?
ReplyDeleteahmadyaniDotCom,
ReplyDeleteJika ditanya soalan itu dlm PAU yg lepas, semua akan angkat sebelah tangan, masing2 merasakan dirinya tidak kurang hebatnya spt Bung. Hakikat sebenar hanya dua atau tiga otai DAN satu atau dua yg masih lagi hijau ie belum cukup matang. Dgn mengenepikan mereka ini, tentu sekali tiada satupun ahli UMNO yg berwibawa untuk menggantikan Najib, sementelahan pula Najib juga tidak juga layak untuk meneruskan lagi.
Dinegara maju jika pemimpin terpalit skandal ataupun kedapatan berbuat salahlaku, mereka akan meletak jawatan kerana tidak mahu jawatan akan menganggu siasatan, dimalaysia pula lain, makin kotor perilakunya makin naik dan bertahan tanpa ada rasa malu.
ReplyDeleteAs Salam Tuan Aspan.
ReplyDeleteMacam mana doa rakyat yang terhimpit mahu dimakbulkan Tuhan sekiranya terlalu ramai bilangan rakyat di negara 1Malaysia ini yang jahil, buta kayu, buta fakta dan sanggup melindungi kezaliman?
Akhirnya hanya doa najib dan Rosmah sahaja yang dimakbulkan......
salam pak aspan
ReplyDeletenampaknya sekarang ni rakyat perlu ubah cara untuk mengajar mana2 tok wakil yang berperut bangsat ni. cadangan saya elok rakyat pulaukan saja mereka ini dan seluruh ahli keluarga, kroni serta para penyokong mereka biar mereka berasa tertekan dan insaf atas perbuatan mereka itu. saya rasa ini pun salah satu dari jihad yang paling selamat dan mampu dilakukan oleh sesiapa saja tanpa menjejaskan kehidupan seharian dan lebih efektif dari turun berarak di jalan-jalan raya dan dihujani gas pemedih mata dan air kimia FRU selepas itu dilabel sebagai teroris oleh UBN. Insya Allah kalau semua rakyat ambil bahagian tak sampai 3 bulan mereka ini akan insaf kalaupun tak letak jawatan terus. dalam proses pilihanraya 5 tahun sekali undi rakyat adalah terhad dan boleh dibeli tetapi dalam proses pemulauan bila-bila masa boleh buat dan semua boleh ambil bahagian untuk memastikan tok2 wakil mereka menjalankan tugas mereka selaras dengan kehendak rakyat. kalau ini pun tak mampu dibuat maka jelaslah negara malaysia sekarang ni sebenarnya telah diturunkan bala oleh Allah dengan diberikan pemimpin yang bangsat dan rakyat yang rela dibangsatkan oleh pemimpin mereka sampai bila-bila.
Setju dgn anon 15:22, Najib tak akan pencen. Najib sdg pekakkan telinganya. Peduli apa dgn rakyat kata. Duit rakyat dan harta negara masih banyak. Selagi boleh gasak dia gasak. Shahbudin.com kata Najib PM oku. Utk dptkan duit rakyat akan ditekan. Lantaklah, tak ada siapa yg boleh ambil tindakan. Tali barut, macai dan pengampu ramai. Itu cara cepat sebab selama ni belanja boros dan tidak menentu. Masalahnya skrg, "people power" masih belum kuat sepenuhnya.
ReplyDelete.... dah pilih BN perintah Negara, biar ler lahanat-lahanat tu susahkan rakyat. Dah 47% Rakyat suka... baru paaaaaaadan muka!!! 53% rakyat tunggu apa lagi?!!! kenalpasti 47% lahanat cilanat tu... kalau hidup susah... bior jer....! Malangnya ramai 47% ni lembut hati. Kena 'Zalim' kat puak ni... untuk 'mengajar'!!!
ReplyDeleteNak tgu Bini Rosmah 'turun'... takkan berlaku... Suami Najib pasti mengamuk tak leh naik jet kerajaan free. ada faham????
betul cakap uncle sakmongkol...
ReplyDeletebelanja billion utk dapatkan rumusan kajian drpd pemandu(EPU my ass) basikal dan consultant import.. lepas tuh buat kenyataan media....
senang betul kerja ni...
Ajib buat pekak,
ReplyDeleteSemah buat badak,
Shidan buat lawak,
Zahid buat gempak,
Yudin buat tak nampak,
PATI melambak-lambak.
boros... jenayah jer? bukan la.. tak per juga...
ReplyDeletetai kedekut jeneyah tuh.. ahahah
Najib menang dan telah pun diberi mandat di pru lepas dan beliau menang sebagai presiden parti tanpa bertanding.Maka tidak ada sebab beliau mesti turun beb..... tolong respect Demokrasi.
ReplyDeleteMangan no mangan no
ReplyDelete