Malaysia sudah berada ditengah peta
dunia kerana mendepani banyak perkara berbanding dengan negara-negara lain. Malaysia adalah negara yang keempat kedudukannya
dalam pengaliran wang negara secara haram selepas Cina,
India dan Russia. Jika
dibandingkan ketiga-tiga negara yang lain itu, Malaysia merupakan hanya sebuah
negara yang kecil dengan penduduknya yang kecil jumlahnya. Tetapi jumlah wang
negara yang mengalir keluar negara melepasi apa yang berlaku di negara-negara
besar di dunia ini.
Tetapi yang termasyurnya kita
hanyalah dalam bidang yang buruk dan tidak ada yang bernilai baik. Yang
terakhir pula dunia mengetahui melalui Lapuran Bank Dunia untuk Disember
2013 yang negara kita telah mengambil jalan menjual aset negara untuk
menyelesaikan masalah kewangan negara. Penjualan aset itu juga merupakan untuk
merealisasikan janji kerajaan untuk mengurangkan defisit negara kepada 4
peratus dalam belajawan negara 2014 nanti.
Dalam keadaan yang sama kerajaan
sedang mendapatkan sumber kewangan untuk mentadbir negara melalui pencukaian
terhadap rakyat dan ditambah pula dengan penghapusan subsidi terhadap bahan
bakar dan gula serta beberapa yang lain. Jika berita penjualan aset negara ini
benar-benar berlaku, Parlimen patut memanggil sidang tergempar dan parti politik
dan pemimpin mereka dalam BN mahu pun Pakatan wajar mengadakan sidang tergempar
itu bagi membincangkan masalah yang dihadapi negara kini.
Najib sendiri serta pimpinan UMNO
yang lain juga harus bersidang khas, untuk mencari penyelesaian dan kekusutan
yang dihasilkan oleh pimpinan yang boros dan rasuah Najib sekarang ini. Masalah
ini bukan sahaja terpikul diatas bahu PM sebagai pelaku kesalahan ini, ia juga
terpikul diatas bahu Muhyiddin dan keseluruhan UMNO dan BN itu kerana kesalahan
itu mesti diterima oleh semua barisan pimpinan negara secara kolektif.
Rupa-rupanya semasa Najib dan
pimpinan yang boros ini sibuk membelanjakan wang negara dengan jumlah besar
itu, Najib sedang mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang di wujudkan
oleh beliau dan rakan pimpinan beliau sendiri. Rupa-rupanya dalam Rosmah sibuk
berbelanja dengan boros wang kita itu, kantung negara sedang dalam kekeringan
dan ini tidak dapat di 'compute' oleh pemikiran orang yang siuman.
Sememangnya hakikat yang
seseorang itu mempunyai had keatas kemampuan mereka dan Najib sudah sampai
ketahap yang begitu tidak berkemampuan untuk meneruskan pimpinan negara.
Sekarang ini Najib dan rakan
pimpinan beliau benar-benar menjadi makhluk perosak kepada rakyat dan negara. “Najib
and gang is real pest to this country” kata seorang rakan yang
sangat prihatin dengan situasi dalam negara sekarang ini. Beliau bersetuju
dengan pandangan ramai yang beliau tidak boleh lagi bertangguh tetapi mesti
segera meletakkan jawatan bersama dengan seluruh kabinet beliau kerana kabinet hari
ini, itu adalah kabinet lantikan beliau.
Najib sudah hilang fokus terhadap
tanggungjawab beliau dan jika beliau mempunyai hanya sedikit maruah diri,
beliau wajar meletakkan jawatan dengan segera. Seorang yang mempunyai masalah
kepimpinan yang sampai ketahap ini, cara bagi beliau untuk berjasa kepada
negara ialah dengan mengangkat tangan menyerah diri dan tindakan itu akan disanjung oleh rakyat kerana mempunyai jiwa yang besar. Seseorang yang berjiwa
besar itu akan mengakui kelemahannya dan bersara dengan cara terhormat.
Kita tidak perlu lagi menulis dan
menyenaraikan apa kesalahan dan kelemahan Najib dalam kepimpinan beliau kerana
isu ini sudah terlalu banyak dipersoalkan rakyat. Cukuplah buat setakat ini,
tetapi yang sangat perlu mesti dilihat oleh ramai ialah Najib bersara sahaja
dari jawatan beliau dan lepaskanlah tanggungjawab yang beliau gagal laksanakan
itu.
Najib perlu meyakinkan diri
beliau yang beliau tidak lagi sesuai untuk berada di pesada kepimpinan sekarang
ini. Apa yang beliau mesti sebut didalam hati beliau sentiasa ialah, ‘I have
failed, therefore I must go’ setiap masa, sehingga beliau yakin yang beliau
mesti berhenti.
Kita tidak boleh lagi berada
dalam keadaan ini. Kita perlu perubahan yang benar-benar perubahan.
Benar tuan kita perlu perubahan tetapi masa untuk berubah telah berlalu. Kita kena tunggu 4 atau 5 tahun lagi untuk berubah. Pada pendapat saya DS Najib tidak akan melepaskan jawatannya separuh jalan. Jauh panggang dari api.
ReplyDeleteSdr Aspan,
ReplyDeleteTetapi jika Najib bersetuju untuk berhenti semasa berunding, takut-takut pula apabila sampai kerumah, berbunyi pula suara yang amat ditakutinya, berteriak dari dapur, “you can go if you wish to,….I stay!!”, ingat lagikah ayat itu?
Najib sendiri sebenarnya tiada ketokohan sebagai pemimpin untuk mengetuai, merancang, melaksana dan membuat keputusan yang tegas lagi jitu, untuk memacu hala tuju negara ke arah yang betul. Dia menduduki kerusi presiden pun kerana kebodohan majoriti besar ahli-ahli UMNO juga. Terlalu hampir sangat kepada tiada ahli UMNO yang memiliki ketokohan untuk memimpin pasukan. Jika ada pun seorang dua ianya sudah terlambat ataupun tidak sempat untuk memulihkan jentera yang telah selayaknya di'scrap'kan sahaja itu. Seperti yang saudara pernah bangkitkan, di dalam UMNO tiada penyediaan pelapis untuk mengambil alih tempat pemimpin super senior kini. Ianya adalah akibat dari tindakan tidak bermaruah individu yang mengenepikan Musa Hitam, arwah Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim. Sepanjang tempoh dia berkuasa (tak mahu sebut nama), tidak langsung berkenan di hatinya ada orang lain boleh menduduki kerusinya itu, kecuali disediakan untuk anak bongsu kesayangannya. Akhirnya parti jadi porak peranda setakat ini gred B, cuma menunggu negara punah ranah yang belum terjadi lagi.
najib sudah lama jadi yb, kenapa pula bila dia jadi pm berlambak pula masaalah yang timbul.apalah dia buat selama ini.....kalau difikirkan secara rasional, makin besar kuasa, makin banyaklah masaalah dapat diselesaikan...ini makin banyak masaalah yang timbul.Apa-apa hal, saya ucapkan syabas kepada pengundi 47% umno bn dan setinggi-tinggi tahniah kepada spr.
ReplyDeletenak buat mcm mana. terpaksa lah kita tanggung beban kos sara hidup. kalau terpaksa, kita kena berfikir seperti warga indonesia, bangladesh , mynmar dll. berhijrah ke negara lain. jadi pekerja asing. inilah namanya kitaran hidup seperti roda. dulu kita diatas memandang rendah pekerja asing, nanti kita sendiri menjadi pekerja asing di negara org
ReplyDeletemereka tidak merasa malu...kerana rasa malu sudah tercabut dari naluri mereka. org 2 ni akan guna kuasa apa saja sebab ianya tertegak atas suara minoriti. lihat cerita epik bagaimana org lemah nak kekal kuasa.dia rasa org cerdik kelilingnya adalah musuh.nasihat dia kata fitnah.
ReplyDeleteSaudara AA dan para blogger
ReplyDeleteCuba kita renungkan dalam sejarah kita, berapa banyak pemimpin politik kita yang pernah meletak jawatan, selain daripada Chua Soi Lek? Ironi kan?
Salam.
Kita tidak boleh mengharapkan yang Pak Najib akan sedar, seseorang perlu menyedarkan dia. Masalahnya orang yang ada di sekeliling dia yang menjadi penasihat dia, semuanya ada kepentingan diri. Tidak dapat memberi nasihat yang betul.
ReplyDeleteTuan Aspan macam mana Najib nak letak jawatan PM, banyak salahnya kalau letak nantinya ianya ditangkap dan kemudiannya dihadapan kemukakan pengadilan.. malu malu maluuuuuuuu......
ReplyDelete