20 December 2013

Setengah pemimpin yang ingin berjasa kepada negara, mereka perlu bersara

Malaysia sudah berada ditengah peta dunia kerana mendepani banyak perkara berbanding dengan negara-negara lain. Malaysia adalah negara yang keempat kedudukannya dalam pengaliran wang negara secara haram selepas Cina, India dan Russia. Jika dibandingkan ketiga-tiga negara yang lain itu, Malaysia merupakan hanya sebuah negara yang kecil dengan penduduknya yang kecil jumlahnya. Tetapi jumlah wang negara yang mengalir keluar negara melepasi apa yang berlaku di negara-negara besar di dunia ini.

Tetapi yang termasyurnya kita hanyalah dalam bidang yang buruk dan tidak ada yang bernilai baik. Yang terakhir pula dunia mengetahui melalui Lapuran Bank Dunia untuk Disember 2013 yang negara kita telah mengambil jalan menjual aset negara untuk menyelesaikan masalah kewangan negara. Penjualan aset itu juga merupakan untuk merealisasikan janji kerajaan untuk mengurangkan defisit negara kepada 4 peratus dalam belajawan negara 2014 nanti.

Dalam keadaan yang sama kerajaan sedang mendapatkan sumber kewangan untuk mentadbir negara melalui pencukaian terhadap rakyat dan ditambah pula dengan penghapusan subsidi terhadap bahan bakar dan gula serta beberapa yang lain. Jika berita penjualan aset negara ini benar-benar berlaku, Parlimen patut memanggil sidang tergempar dan parti politik dan pemimpin mereka dalam BN mahu pun Pakatan wajar mengadakan sidang tergempar itu bagi membincangkan masalah yang dihadapi negara kini.

Najib sendiri serta pimpinan UMNO yang lain juga harus bersidang khas, untuk mencari penyelesaian dan kekusutan yang dihasilkan oleh pimpinan yang boros dan rasuah Najib sekarang ini. Masalah ini bukan sahaja terpikul diatas bahu PM sebagai pelaku kesalahan ini, ia juga terpikul diatas bahu Muhyiddin dan keseluruhan UMNO dan BN itu kerana kesalahan itu mesti diterima oleh semua barisan pimpinan negara secara kolektif.

Rupa-rupanya semasa Najib dan pimpinan yang boros ini sibuk membelanjakan wang negara dengan jumlah besar itu, Najib sedang mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang di wujudkan oleh beliau dan rakan pimpinan beliau sendiri. Rupa-rupanya dalam Rosmah sibuk berbelanja dengan boros wang kita itu, kantung negara sedang dalam kekeringan dan ini tidak dapat di 'compute' oleh pemikiran orang yang siuman.

Sememangnya hakikat yang seseorang itu mempunyai had keatas kemampuan mereka dan Najib sudah sampai ketahap yang begitu tidak berkemampuan untuk meneruskan pimpinan negara.

Sekarang ini Najib dan rakan pimpinan beliau benar-benar menjadi makhluk perosak kepada rakyat dan negara. “Najib and gang is real pest to this country” kata seorang rakan yang sangat prihatin dengan situasi dalam negara sekarang ini. Beliau bersetuju dengan pandangan ramai yang beliau tidak boleh lagi bertangguh tetapi mesti segera meletakkan jawatan bersama dengan seluruh kabinet beliau kerana kabinet hari ini, itu adalah kabinet lantikan beliau.

Najib sudah hilang fokus terhadap tanggungjawab beliau dan jika beliau mempunyai hanya sedikit maruah diri, beliau wajar meletakkan jawatan dengan segera. Seorang yang mempunyai masalah kepimpinan yang sampai ketahap ini, cara bagi beliau untuk berjasa kepada negara ialah dengan mengangkat tangan menyerah diri dan tindakan itu akan disanjung oleh rakyat kerana mempunyai jiwa yang besar. Seseorang yang berjiwa besar itu akan mengakui kelemahannya dan bersara dengan cara terhormat.

Kita tidak perlu lagi menulis dan menyenaraikan apa kesalahan dan kelemahan Najib dalam kepimpinan beliau kerana isu ini sudah terlalu banyak dipersoalkan rakyat. Cukuplah buat setakat ini, tetapi yang sangat perlu mesti dilihat oleh ramai ialah Najib bersara sahaja dari jawatan beliau dan lepaskanlah tanggungjawab yang beliau gagal laksanakan itu.

Najib perlu meyakinkan diri beliau yang beliau tidak lagi sesuai untuk berada di pesada kepimpinan sekarang ini. Apa yang beliau mesti sebut didalam hati beliau sentiasa ialah, ‘I have failed, therefore I must go’ setiap masa, sehingga beliau yakin yang beliau mesti berhenti.

Kita tidak boleh lagi berada dalam keadaan ini. Kita perlu perubahan yang benar-benar perubahan.

8 comments:

Anonymous said...

Benar tuan kita perlu perubahan tetapi masa untuk berubah telah berlalu. Kita kena tunggu 4 atau 5 tahun lagi untuk berubah. Pada pendapat saya DS Najib tidak akan melepaskan jawatannya separuh jalan. Jauh panggang dari api.

Unknown said...

Sdr Aspan,
Tetapi jika Najib bersetuju untuk berhenti semasa berunding, takut-takut pula apabila sampai kerumah, berbunyi pula suara yang amat ditakutinya, berteriak dari dapur, “you can go if you wish to,….I stay!!”, ingat lagikah ayat itu?
Najib sendiri sebenarnya tiada ketokohan sebagai pemimpin untuk mengetuai, merancang, melaksana dan membuat keputusan yang tegas lagi jitu, untuk memacu hala tuju negara ke arah yang betul. Dia menduduki kerusi presiden pun kerana kebodohan majoriti besar ahli-ahli UMNO juga. Terlalu hampir sangat kepada tiada ahli UMNO yang memiliki ketokohan untuk memimpin pasukan. Jika ada pun seorang dua ianya sudah terlambat ataupun tidak sempat untuk memulihkan jentera yang telah selayaknya di'scrap'kan sahaja itu. Seperti yang saudara pernah bangkitkan, di dalam UMNO tiada penyediaan pelapis untuk mengambil alih tempat pemimpin super senior kini. Ianya adalah akibat dari tindakan tidak bermaruah individu yang mengenepikan Musa Hitam, arwah Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim. Sepanjang tempoh dia berkuasa (tak mahu sebut nama), tidak langsung berkenan di hatinya ada orang lain boleh menduduki kerusinya itu, kecuali disediakan untuk anak bongsu kesayangannya. Akhirnya parti jadi porak peranda setakat ini gred B, cuma menunggu negara punah ranah yang belum terjadi lagi.

Anonymous said...

najib sudah lama jadi yb, kenapa pula bila dia jadi pm berlambak pula masaalah yang timbul.apalah dia buat selama ini.....kalau difikirkan secara rasional, makin besar kuasa, makin banyaklah masaalah dapat diselesaikan...ini makin banyak masaalah yang timbul.Apa-apa hal, saya ucapkan syabas kepada pengundi 47% umno bn dan setinggi-tinggi tahniah kepada spr.

Anonymous said...

nak buat mcm mana. terpaksa lah kita tanggung beban kos sara hidup. kalau terpaksa, kita kena berfikir seperti warga indonesia, bangladesh , mynmar dll. berhijrah ke negara lain. jadi pekerja asing. inilah namanya kitaran hidup seperti roda. dulu kita diatas memandang rendah pekerja asing, nanti kita sendiri menjadi pekerja asing di negara org

Anonymous said...

mereka tidak merasa malu...kerana rasa malu sudah tercabut dari naluri mereka. org 2 ni akan guna kuasa apa saja sebab ianya tertegak atas suara minoriti. lihat cerita epik bagaimana org lemah nak kekal kuasa.dia rasa org cerdik kelilingnya adalah musuh.nasihat dia kata fitnah.

Anonymous said...

Saudara AA dan para blogger

Cuba kita renungkan dalam sejarah kita, berapa banyak pemimpin politik kita yang pernah meletak jawatan, selain daripada Chua Soi Lek? Ironi kan?

Salam.

ahmadyaniDotCom said...

Kita tidak boleh mengharapkan yang Pak Najib akan sedar, seseorang perlu menyedarkan dia. Masalahnya orang yang ada di sekeliling dia yang menjadi penasihat dia, semuanya ada kepentingan diri. Tidak dapat memberi nasihat yang betul.

Anonymous said...

Tuan Aspan macam mana Najib nak letak jawatan PM, banyak salahnya kalau letak nantinya ianya ditangkap dan kemudiannya dihadapan kemukakan pengadilan.. malu malu maluuuuuuuu......