03 December 2013

Ahli Majlis Tertinggi UMNO keluar PAS?

Ustaz Kazim Elias pula jadi isu setelah beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini. Isunya bermula apabila beliau disahkan sebagai ahli PAS, tetapi dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO seperti yang diumumkan oleh Najib. Maka sibuk dipihak PAS mengatakan bagaimana beliau (Kazim) boleh menganggotai Majlis Tertinggi UMNO sedangkan beliau adalah ahli PAS.

Sememangnya lah sesiapa pun akan mempersoalkan keadaan ini kerana bagaimana seorang itu menjadi pemimpin UMNO sedangkan beliau adalah ahli PAS. Apa fitnah yang di buat oleh PAS terhadap beliau seperti yang beliau tuduh dilakukan oleh PAS itu?

PAS mempersoalkan beliau  kerana Kazim adalah ahlinya. Sesungguhnya sesiapa boleh menjadi ahli mana-mana parti asalkan sahaja parti itu terdaftar dengan pendaftar pertubuhan. Kazim boleh menyertai Parti Komunis Malaya sekali pun jika parti itu tidak di haramkan. Itu adalah demokrasi. Tetapi jika menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, walhal beliau masih menjadi ahli PAS, itu adalah satu keadaan yang amat luar biasa. Pastinya ia mengundang banyak persoalan.

Baru semalam beliau memberikan reaksi marah kepada PAS dan mengisytiharkan dirinya keluar dari PAS. Beliau berkata beliau tidak tahan dengan apa yang dilakukan oleh PAS terhadap beliau. Apa yang sebenarnya PAS telah lakukan terhadap beliau? Hanya orang ramai mempersoalkan bagaimana UMNO mengambil ahli PAS sebagai anggota Majlis Tertingginya?

Beliau sepatutnya hanya diperlukan mengumumkan yang beliau keluar dari PAS kerana beliau sudah menjadi Ahli Majlis Tertinggi. Tidak payahlah membidas PAS semata-mata kerana PAS mempersoalkan kedudukannya yang sepatutnya di persoalkan.

Kazim tidak payah mengisytiharkan dirinya keluar dari PAS dalam nada yang marah-marah kerana beliau tidak perlu keluar pun di sebabkan beliau sudah menjadi Ahli MT UMNO.

Bayangkan ramai berpendapat yang Kazim akan masih berada dalam PAS jika kedudukan beliau tidak di persoalkan dan dalam masa yang sama menjadi Ahli MT UMNO. Bagi saya secara peribadi, PAS tidak payah mempersoalkan manusia yang belum baligh dalam politik ini. Anggap sahaja Uztaz Kazim tidak pernah wujud dan beliau tidak pernah menyertai PAS sebelum ini.

Kita doakan beliau ber ‘gumbira’ dalam UMNO dan marilah kita perhatikan beliau dengan dekat. Kita syok juga melihat seorang Uztaz yang menggalas tanggungjawab memperbaiki UMNO itu setelah kita tahu UMNO setakat ini belum ada siapa yang mampu mempertahankan intergritinya jika kita bilang seorang demi seorang dalam Majlis Teringgi itu.

Mungkin Uztaz Kazim orang yang tepat untuk membaiki UMNO itu. Mungkin Uztaz Kazim ini boleh menegur secara terbuka rakan-rakan dalam Majlis Tertinggi UMNO yang terlibat dengan salah laku kepimpinan dan pentadbiran. Hanya kita berharap beliau tidak terpengaruh dan dijangkiti oleh penyakit yang menular dan merebak dalam Majlis Tertinggi UMNO yang sangat ‘contagious’ itu. Ramai berpendapat Uztaz ini tidak akan berdaya memperbaiki UMNO. Mereka menjangkakan, ‘Kazim will swim with the flow’.

Kita berharap beliau tidak menjadi seperti Marco Polo yang pergi ke negeri Cina untuk mempengaruhi budaya orang Cina dahulu. Akhirnya Marco Polo pula yang dijinakkan oleh budaya orang Cina lebih dari satu setengah kurun dahulu.

Kita berharap Uztaz Kazim tidak akan tergelincir dari pendiriannya sebagai seorang penegak syiar Islam. Kita tidak mahu melihat Uztaz Kazim menjadi seperti Jamil Khir Baharom, Hasan Ali JATI dan ramai lagi yang menaiki tangga sosial politik melalui kegiatan dakwah agamanya yang berubah setelah dihinggapi penyakit UMNO yang saya katakan sebagai penyakit yang ‘contagious’ tadi.

Kita harap Uztaz Kazim akan menjadi seperti ikan yang hidup dan berjiwa dalam lautan yang luas. Ikan hidup itu tidak masin walaupun berada dalam suasana yang masin. Kita berharap beliau tidak seperti setengah orang yang berimejkan Islam tetapi tidak seperti ikan mati.

Ikan mati jika di masukan ke dalam laut atau dalam air masin dan selepas itu di jemur, ikan itu akan menjadi ikan kering masin. Air masin itu menyerap kedalam ikan mati itu dan ikan itu menjadi ikan kering masin yang amat sedap di campur dengan gulai nenas masak kuning. Ikan mati ini tidak berjiwa walaupun matanya terbuka luas.

Kita seringkali melihat pemimpin yang berimejkan agama, berubah setelah menyertai UMNO. Malahan di negara ini suatu ketika dahulu pernah seorang pemimpin yang berimejkan agama sampai keperingkat menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi lain pula keadaannya apabila sudah sampai keperingkat tinggi politik dan siasah negara kita. Apabila termasuk kedalam suasana dalam UMNO itu mereka terpengaruh dengan budaya negatif yang ada di dalamnya seperti ikan mati yang menjadi ikan masin tadi.

Begitu juga dengan mereka yang bijak pandai bertukar menjadi orang yang tidak berdaya berfikir dan melakukan kerja yang betul apabila menyertai UMNO itu. Mereka bersedia menerima budaya rasuah dan penyalahangunaan kuasa sebagai kemestian apabila berada didalam parti yang berkuasa itu.

Pemikiran mereka menjadi tumpul, dan tidak lagi berusaha meningkatkan diri mereka untuk menjadi pemimpin yang berguna kepada masyarakat dan negara yang mereka pimpin.

Kepada Uztaz Kazim, janganlah menjadi ikan mati. Jadilah ikan yang hidup yang tidak masin walaupun hidup dalam persekitaran yang masin sepanjang hidupnya. Rakyat ramai mahu melihat samada Kazim boleh menukar UMNO itu atau Kazim pula yang akan bertukar menjadi lebih UMNO dari UMNO.

Contoh-contoh lampau telah banyak kita saksikan dari mereka yang bergiat dalam dakwah akhirnya bergiat pula dalam bidang ‘berda’ah’.

Diantara UMNO dengan Kazim siapa yang akan mengubah siapa, belum kita ketahui lagi, walaupun jawapannya adalah 'predictable' .

14 comments:

  1. Kalau Kazim jadi ikan mati, kazim akan diubah oleh Umno. Tak mungkin dan mustahil Kazim boleh ubah Umno. Immmpossssible!

    ReplyDelete
  2. Pak AA, saya nak tunggu Kazim menyanyi dalam PAU kali ni.

    ReplyDelete
  3. Orang Kg. Makam di Tanjong kata kat Anuar masa dia nak masuk Umno dulu ' macam mana hang nak bersih Umno sebab hang masuk dalam tong taik dengan hang2 sekali jadi kotoq '. Kita pakat tengoq la Ust Kazim belumoq dengan taik.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah..lepas ni..rosmah mansor..nori abdullah..azalina othman akam mnutup aurat rambut yg dituntut syariat seperti yg slalu ustaz kazim dakwah dipentas rakyat marhaen. Mesti berani ye ustaz...good luck.

    ReplyDelete
  5. Kalau Ustaz Kazim boleh mengubah UMNO dengan jayanya, alamatnya Pakatan Rakyat akan bungkus selepas ini. Inilah yang menjadi kegusaran parti pembangkang sebenarnya. Insyaallah dengan izin Allah yang maha berkuasa, Ustaz Kazim akan berjaya kerana sifat ikhlas dan jujurnya terhadap perjuangan yang sebenar.
    Tak sabar juga nak mendengar UKE menyanyi di PAU nanti.

    ReplyDelete
  6. Salam..
    Hairan juga, masih belum cukupkah pelawak-pelawak BN yang sedia ada dalam MT selama ini.

    Hinggakan Ustaz Kazim yang melawak di saluran tv cuba diketengahkan. Mungkin DS Najib dapat melihat masih banyak sense of humor dalam jiwa sanubari Ustaz Kazim ini adanya.

    Nah! Terbukti, sebagai first impressions Ustaz Kazim dah mulakan Siri Lawak pertamanya.

    Sungguh tak sabar menanti siri-siri yang mendatang

    ReplyDelete
  7. Ate...Jihad amende kalo kene godam macam tu pun dah meghajok. Oghang bagi nasihat jangan tebabeh dia ingat lain. Tengok pejuang islam, kene caci, maki hamun, dipulo masyaghakat, dipukoi, disekse, ade sampe dibunuh dan macam2 lagi, langsung tak beganjak. Ini meghajok pulak, bughok beno ghopenye teman tengok. Belah sane idak belah sini pun idak, porrrrah! Ape pikiyo mengkome adeke sesape nak pujok ustad ni? Aa...lalalalaa bucuk2 ayang anje meh meh sini..waw waw waw..... tu bulan.....waw waw waw..... tu dacin.... waw waw waw..... tu keghih kaghat ... ha yg tu bahaye, jage-jage...

    ReplyDelete
  8. berapa tahun masa yg perlu bgi ust kazim untuk lakukan perubahan dlm umno. tpi dakwah tiada had masa...tapi sekurang2 ada tanda aras.cuma ust k tk payah jerit2 kat pas sebab dah lama dia tak suka pd pas. umno bukan ngok nk lantik mt kalu ust k ni pure pas.dah kita lama dah berkenan bunga baru yg lama tentu tk elok .alahai..macam org nk kahwin lain. sebenarnya untuk naik cepat dgn umno kita kena maki parti lawan umno secara luar biasa sehingga org umno origenal pun tk sanggup kata. siapa lg yg di lantik.

    abu shah uitm kan....





    ReplyDelete
  9. Kita akan saksikan siapa yg cuba mencuci tong taik dari dalam? Mungkinkah tong taik itu bersih atau pencuci tong akan bergelumang dgn taik?

    Hanya masa saja yg menentukan......

    ReplyDelete
  10. Tunggulah UKE akan mulai berubah pada hari ini 3/12/2013

    ReplyDelete
  11. salam pak aspan,

    ni pak aspan copy & paste dari blog pak shahbudin k?.

    ReplyDelete
  12. Dah lama tak dengar kabar Ustaz Firdaus bekas Imam Mesjid Negara sejak dia bergelumang & berdampingan dlm UMNO...mesti dia sibuk dgn byak projek..

    ReplyDelete