03 December 2013

Penagih dadah hantar ke Pusat Serenti, Penagih rasuah hantar ke mana?

Di Semenanjung Malaysia ada 12 negeri bernaung di bawah Persekutuan Tanah Melayu dan sebelas darinya mempunyai kerajaan-kerajaan negeri masing-masing dengan legislatifnya sendiri. Masing-masing negeri mempunyai identitinya sendiri dan boleh dilihat perbezaan dari satu negeri dengan satu negeri yang lain dalam banyak bidang.

Diantara banyak negeri-negeri itu ada sebuah negeri yang dinamakan Negeri Terengganu Darul Iman. Negeri ini agak lain dari yang lain kerana akhir-akhir ini tidak banyak lagi bangunan yang selamat untuk dimasuki dan diduduki. Ini di sebabkan acapkali kita mendengar berita yang atap dan bumbung bangunan di negeri ini mudah runtuh dan ia amat merbahayakan orang ramai.

Yang terakhir ialah kejadian dalam mana bumbung Kolej Universiti Tati, di Teluk Balung runtuh walaupun ia baru sahaja di gunakan selama 14 bulan. Selepas ini tidak tahu pula kita bangunan mana pula yang akan runtuh. Kejadian bumbung runtuh ini sudah sinonim dengan Negeri Terengganu dan tidak siapa yang tahu kenapa ia hanya banyak berlaku di Negeri Terengganu.

Dalam tahun ini juga sudah tiga kejadian bangunan runtuh dari keruntuhan bangunan masjid hingga ke Pusat Pengajian Tinggi. Di Asia Utara ada sebuah negeri, iaitu Bangladesh yang sering menghadapi bangunan runtuh yang melibatkan nyawa ratusan rakyat. Tetapi di negara itu bangunan-bangunan yang runtuh itu adalah bangunan yang sudah beratus tahun usianya. Tetapi di Terengganu usia Universiti Kolej itu hanya 14 bulan. Maka bayangkanlah betapa teruknya tahap keselamatan rakyat di negeri itu hanya di sebabkan ada permainan jahat dan rasuah yang tidak terbendung dalam negeri itu.

Jika bangunan yang hanya berusia 14 bulan boleh runtuh bumbungnya bagaimanalah agaknya tahap keselamatan di bangunan yang berusia lebih lama dari itu? Ini sudah pasti berpunca datri tindakan ‘cutting corners’ yang dilakukan oleh kontraktor-kontraktor binaan yang ingin mendapatkan keuntungan lebih bagi menyediakan wang ‘kick-backs’ yang perlu di bayar kepada yang berkuasa dengan projek itu.

Nampaknya rakyat terpaksa duduk dan tinggal di padang-padang yang luas bagi mengelak dari menghadapi risiko di hempap bumbung yang rapuh di negeri itu. Bangunan dan rumah kediaman adalah pelindung kepada manusia dari di timpa hujan dan menghadapi ribut dan taufan serta tempat duduk bersenang-senangan dengan kaum keluarga kesayangan kita. Jika bangunan tempat kita hendak berlindung pun tidak selamat bagi manusia di mana lagi manusia hendak mendapatkan perlindungan?

Itulah sebabnya blog ini tidak pernah jemu menyebut rasuah sebagai musuh umat nombor satu di dunia ini. Rasuah boleh menjahanamkan negara dan tamadun manusia. Rasuah tidak akan mendorong sesiapa termasuk pemimpin membuat keputusan dengan betul. Selalu disebutkan yang mereka yang rasuah itu adalah mereka yang memakan daging saudaranya sendiri.

Rasuah akan merosakkan segala-galanya. Tidak ada tindakan rasuah yang boleh membantu membuat kebaikan selain dari memberikan keuntungan kepada pemimpin yang ‘evil’ yang serupa dengan syaitan yang bersalutan muka dan tubuh manusia. Syaitan itu dikatakan oleh agama kita sebagai musuh yang nyata. Jika Perdana Menteri yang rasuah maka Perdana Menteri itu adalah musuh kita. Jika isterinya menggunakan kuasa dan pengaruh menjahanamkan negara kita, maka isterinya itu adalah musuh semua.

Begitu juga rasuah itu dilakukan oleh pegawai kerajaan dan perlaksana dasar maka mereka wajib dimusuhi dan jika Menteri Besar melakukan rasuah elok sahaja mereka ditolak dengan serta merta. Rakyat perlu sedar betapa bahayanya mereka jika dipimpin oleh pelaku rasuah tegar.

Rasuah ini merupakan satu ketagihan yang sangat susah untuk diubati. Jika penagih dadah dimasukkan kedalam pusat serenti untuk dipulihkan, boleh kah tuan-tuan beri tahu dimanakah kita perlu hantarkan mereka yang rasuah untuk dipulihkan? Saya tidak mempunyai apa-apa ‘idea’ di mana mereka yang rasuah ini patut dihantar untuk memulihkan mereka.

Kata orang tiada penyakit yang tidak boleh di ubati. Tentunya penyakit ketagihan rasuah ini tentu ada jalan untuk di ubati. Hanya saya belum jumpa jawapannya. Mungkin saudara-saudari yang membaca tulisan ini boleh memberikan cadangan atau setidak-tidaknya jawapan kepada persoalan saya tadi.

UMNO pun kata parti itu menolak rasuah, tetapi kenapa rasuah berlaku dengan hebatnya di bawah tadbiran parti itu?

Oh ya, mungkin Uztaz Kazim boleh membersihakn UMNO ini dari rasuah, kerana orang yang beragama tidak berkompromi dengan rasuah (he..he).

Kalau si jahil seperti saya dan mungkin sebahagian dari anda yang tidak mempunyai latar belakang agama yang kuat, masakan Uztaz Kazim tidak mampu membersihkan UMNO dari masalah ketagihan rasuah dikalangan pimpinan negara kita.

17 comments:

  1. Tuan,
    Masaalahnya tiada istilah RASUAH dalam kamus UMNO, komisyen ada.
    So, in complete denial they proudly admitted that they are 'rasuah free'..

    ReplyDelete
  2. Kalau Ustaz Kazim ni ' tumbang ' dalam Umno maka bertambahlah bilangan orang yang cuba nak baiki Umno, tapi dia yang kena Umno baiki .

    Ada sesiapa boleh enaraikan nama-nama ahli agama / ulamak yang tinggal dalam kenangan Umno sekarang ?

    Aku cuma ingat Anwar Ibrahim jer....

    ReplyDelete
  3. Dr Ustazah yg comel dan cun pandai berkata-kata pun d tolak oleh Wanita UMNO. Kalau boleh terus nak d tolak jadi Ketua Wanita Baling tetapi kaum wanita baling lebih sayang kpdnya. Selama dia menjadi Timbalan Menteri hal ehwal UgAma kita tidak nampak pun perubahan yg dilakukan. Harap Ustaz Kazim boleh.

    ReplyDelete
  4. sekolahkan penagih rasuah ini ke sekolah pondok...In shaa Allah mendapat 'HIDAYAH'.

    ReplyDelete
  5. Pesan menteri cap ayam : Kalau nampak rumah tidak selamat, kita tinggal dalam gua pula.

    ReplyDelete
  6. Tuan AA, belum ada lagi ubat untuk mengubati penyakit rasuah, ingat AIDS ingat RASUAH.

    ReplyDelete
  7. Tuan,

    Tumpang tanya, apa khabar Ustaz Nakaei, apa khabar Imam Firdaus, apa Khabar Ustazah Comel lote, apa Khabar Ustaz Nasha , apa khabar Ulamak hasan ali....

    ReplyDelete
  8. R.A.H.M.A.N. rahman putra ..abd razak..hussein onn...mahathir mandeli...abdullah badwi....najib ros. Then????

    ReplyDelete
  9. Jika penagih dadah dihantar ke Pusat Serenti
    Maka penagih rasuah perlu dihantar ke Tadika Pasti

    ReplyDelete
  10. Rasuah sama mcm dadah, ada kesan ketagihan. Untuk elakkan masalah jangka panjang, Saya cadangkan kita bina PUSAT RASUAH, supaya smua perasuah bleh tgl bersama. Bayangkan smua perasuah tgl bersama di tmpt yg di bina oleh perasuah, huhhu!!! dlm masa 14 hari bangunan pasti runtuh!! Lagi senang cerita..

    ReplyDelete
  11. Kesan rasuah affect semua komuniti. Sebenarnya, ia lebih berkesan pada komuniti Melayu kerana kaum Melayu mempunyai population yg paling besar di Malaysia.
    Bukan setakat bangunan saja, jalan raya yg tidak bermutu boleh membawa maut kepada penggunanya, kemudahan awam seperti hospital (kalo beli alat/ubat yg kurang bermutu), public transportation, keselamatan negara, public welfare, financial/grant/aids dan list ni panjang lagi.
    Saya sungguh berharap negara ni dapat ditadbir gan bagus dan efficient.
    Saya jugak berharap semua dapat bagi satu chance kpd opposition untuk tadbir negara ni.
    Saya jugak berharap kaum Melayu tak anggap Cina sebagai satu ancaman. Cina hanya 24% dari population. Lagi2 pon, hampir semua askar/tentera/polis adalah Melayu. Mungkin tak Cina jadikan satu ancaman? Bagaimana pon, kalo opposition menang pru 14, pm tetap Melayu dan majority MP jugaknya Melayu.
    Tentang kedudukan Islam, mungkin x Malaysia dijadikan negara Christian dengan adanya kurang dari 10% dari population adalah Christian. Lagipon, kedudukan Islam diprotect oleh Constitution. Now and then, memang ada yg cakap x elok tentang Islam through social media. Saman mereka tu dan law kita kan banyak.

    Economy.....ni yg sukar. Saya bukan pakar dan kalo BN yg Memerintah lebih dari 1/2 kurun tidak dapat meningkatkan pendapatan komuniti Melayu secara impressive. I rasa sudah sampai masa bagi orang lain cuba.



    ReplyDelete
  12. Penagih rasuah hantar saja ke tali gantung!!! Kalau masuk penjara pun nanti warden penjara pun dirasuahnya. Negara komunis China gantung sampai mati sesiapa yang ambil rasuah.......

    ReplyDelete
  13. Saya setuju dgn anon 3:32 lepas tu ustaz kazim bacakan talkin. .hu hu..

    ReplyDelete
  14. rasuah? ini bukan jenayah....
    bego la admin blog ni ... dah 56 tahun kat malaysia... masih tak faham istilah rasuah?? tak ada dalam kamus UMNO bro..

    istilah rasuah hanya la.. fantasy.....


    ReplyDelete
  15. tuan AA...
    maaf cakap la... kalu nak harap ustaz kazim tukaq budaya umno mampuih takkan berlaku punya! dulu kata bulan nov 2013 nak beghenti bagi ceramah sbb ada org nak bunuh dia... tup-tup jadi MT Umno... dahsyat ustaz ni... berbelit cakap! budaya jijik umno sampai kiamat pun takkan dpt diubah dari dalam... tekanan dari luar ibaratnya..' nak cuci tong taik kena cuci dari luar... kalau terjun dlm tong taik dgn niat nak cuci... jawabnya diri sendiri penuh taik!!!!'

    ReplyDelete
  16. Generasi muda Malaysia sedang diajar bahawa pemimpin mengamalkan rasuah dan salahguna kuasa adalah kebal dari undang-undang.

    ReplyDelete
  17. Kebijaksanaan mentadbir sesebuah negara menjadi sebuah negara berkebajikan maju yang menguntungkan rakyat adalah sifat semulajadi genetik suatu bangsa.ada juga bangsa yang hanya cuma memiliki genetik penipu, rasuah, salahguna kuasa dan bersikap penghasut kepada rakyat dan tidak mampu membawa apa-apa kebaikkan kepada sesiapa pun.Memang sukar diterima hakikat ini, ada genetik manusia elok untuk tamadun manusia dan ada genetik yang menghancurkan kehidupan ketamadunan manusia dengan berselindung dibalik sentimen bangsa dan agama.Pertama kali saya tidak percaya tetapi lama-lama saya terima kenyataan dan berharap bertambah lagi orang yang menyedari keadaan ini.

    ReplyDelete