31 December 2013

Tak dapat lauknya, kuah pun jadilah

Pengumuman oleh PM Najib beberapa langkah untuk mengurangkan kos penyelenggaraan negara dan pentadbirannya semalam menarik untuk dibuat komen. Elaun keraian Menteri dan Timbalan Menteri dikurangkan 10 peratus kalau tidak silap saya. Elaun untuk subsidi tol bagi pegawai kanan kerajaan akan dikurangkan, poster dan banting untuk program anjuran jabatan kerajaan dihentikan dan beberapa perkara yang kecil yang lain akan dikurangkan penggunaannya.

Saya berasa malas untuk membacanya secara terperinci kerana saya yakin ini merupakan satu tindakan diatas rasa keterdesakkan dengan tekanan ramai terhadap isu pemborosan dalam perbelanjaan kerajaan. Tetapi kita terimalah pengumuman ini dengan baik walaupun ia tidak memberikan banyak kesan terhadap kedudukan kewangan negara. Kata orang Melayu dikampung-kampung, ‘ok lah tu, nampak sikit usaha walaupun kocik, kito dapek jugak. Tak dapek lauk, kuah eh pun cukuplah. Kuah ayam ghaso eh macam ghaso ayam jugak’.

Sebenarnya jika dinilai dari sikap rakus pemimpin-pemimpin termasuk Menteri-Menteri ini, kalau dipotong gaji mereka terus pun boleh, kerana mereka boleh bergantung kepada ‘duit luar’ mereka buat sementara ini. Bagi setengah di antara mereka ini, kalau mereka tidak bergaji pun tidak ada hal, kerana peluang lain mereka banyak. Gaji dan elaun mereka itu ibarat taik mata sahaja.

Tindakan ini mengingatkan kita dengan Bantuan 1Malaysia (BRIM). Tahun lepas dan tahun sebelumnya, diberikannya RM1000 (2 kali) bukan untuk semua, tetapi hanya kepada ketua keluarga yang berpendapatan RM3000 kebawah sahaja. Tetapi apa yang mereka ambil kembali dari semua orang? Mereka ambil kembali subsidi bahan bakar yang melibatkan semua orang. Mereka mengambil balik subsidi gula dari semua orang... 'Diberinya seinci dipotongnya sejengkal'.

Sesungguhnya PM Najib ini merasakan cara membeli jiwa manusia ini masih cara yang baik kepada beliau. Beliau dan keluarga beliau tidak ada siapa yang boleh menarik balik dari keluarganya apa yang tidak sepatutnya diambilnya dari dulu lagi. Hairannya Muhyiddin diam sahaja akhir-akhir ini?

Tindakan mengurangkan elaun keraian ini apa pula nak dipanggil? Panggil lah apa-apa nama sekali pun...ia tetap tidak menyelesaikan masalah. Cara penyelesaiannya ialah dengan Najib duduk beramai-ramai dengan jemaah Menterinya dan membuat 'press conference' dan umumkan perletakan jawatan seluruh jemaah Menteri negara kerana telah gagal mentadbir negara.

Biar rakyat dan perlembagaan mencari jalan bagaimana hendak memulakan kerajaan yang baru.

18 comments:

  1. Pak Pan,

    Kena kencing lagi kita...
    mampusss nak melayan mamat ne...

    ReplyDelete
  2. Tahniah Najib...hasil dari 11 langkah ini akan dapat menjimatkan 24 billion wang rakyat setahun...dapatlah wang tersebut disalurkan untuk pendidikan dan kesihatan...maka tak perlulah lagi ibu bapa keluar RM500+++untuk seorang anak masuk sesi persekolahan baru...lepasni harap akan ada announcement Sharizat dah bayar hutang lembu cash 200+++juta, lanun-lanun PKFZ pon bayar cash bebilion-bilion...menteri-menteri diarahkan supaya tak lagi shoppping hujung tahun di London dan banyak lagi. Yang penting akhir kalam beratus-ratus bilion wang rakyat telah berjaya Najib jimatkan hasil dari 11 langkah ini. Tahniah sekali lagi untuk Najib...kami sangat terharu....

    ReplyDelete
  3. Itulah cara penjimatan PM. Dia ingat semua orang macam budak tak lulus matematik UPSR.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah ada jugalah tindakkan yang diambil walaupun nampak sangat PM ambil tindakkan umpama budak sekolah tadika.

    Pemotongan 10% gaji tu tak berapa sangatlah berbanding dengan menteri yang dah 3-4 penggal menjawat jawatan selain daripada elaun MP dan juga pencen MP dan menteri bagi penggal2 yang lepas. Itu termasuk dalam pemotongan ke? jadi 10 % tu adalah besar taik hidung je kalau nak kira.

    Budget bunting tu baguslah elak pembaziran, tapi tambah la hentikan program2 mengarut guna kemah yang boleh muat B747 tu untuk tunjukkan I Love PM slogan.

    Banyak lagi kalau nak sebut tapi makin sakit kepala bila memikirkan tindakan ala2 tadika ni.

    Aku undi BN sebab aku tak mau perjudikan nasib anak2 aku dgn PAkatan yang terang2 mata sepet yang kontrol.

    Kalau PAS kembali kepada landasan asal dan istiqamah dalam perjuangan dengan tak melalut bersama dgn DAP sudah pasti sokongan lebih besar daripada melayu islam yang semakin menyampah dengan pimpinan umno. Parti tu tak salah yang salah yang jadi kepala tu.

    PRu 14 aku salah seorang yang tak akan undi BN dah dan aku akan pastikan keluarga aku tak undi dah BN. buang masa je dgn pemimpin yang tak sedar di untung ni.

    ReplyDelete
  5. Perdana menteri paling bangang dlm.dunia beserta kabinet almarinya sekali, susah rakyat tentang tanggungan kos hidup dia turun yg musibat menteri yg.dah kaya berterusan depa ni pi sekolah ka!

    ReplyDelete
  6. Langkah yang diambil PM jelas merupakan langkah terdesak dalam menangani kemarahan majoriti rakyat. Ia hanya membuktikan satu perkara, pemimpin yang 'short sighted' yang gagal melihat isu sebenar iaitu kesan secara langsung akibat kenaikan hampir semua harga barang dan perkhidmatan. Pemimpin yang 'short sighted' tiada langkah jangka panjang yang mampan untuk menangani kemelut ekonomi negara. Maka tidak hairanlah langkah 'desperate' seperti pemotongan subsidi minyak dan gula, kenaikan tol dan pengenalan GST diambil untuk memulihkan keadaan ekonomi negara yang sedang tenat.

    16 years in a row of fiscal deficit
    debt of more than half of GDP looks like shit
    The rich are from their creed
    BRIM bribe as their good deed

    They say, subsidies cut is for economy to blossom
    but that is not an economic algorithm
    for it creates only chaos and schism
    so long as they practice crony capitalism

    Thank you very much for the voters
    Now you get what you deserve for
    Now you see the country prospers?
    Then don't get your bowels in an uproar….

    ReplyDelete
  7. salam bang,

    gamai lagi orang kampung masih makan bogheh hancur, macam kito kocik2 dulu.

    agak eh kerajaan tau tak?

    ReplyDelete
  8. Sdr. Aspan,
    Alangkah moleknya jika Najib memberikan nasihat kepada rakyat contohnya, untuk menanak nasi bagi setiap 5kg beras dijimatkan 2 (dua) butir untuk mengelakkan pembaziran. Jika terjumpa antah sebelum ditanak, kupas kulitnya dulu. Tetapi sekiranya setelah ditanak, kupas dan buang kulitnya dan bolehlah dimakan. Yang pentingnya jangan membazir.
    Begitu juga dengan kuah, ketika hampir selesai makan perlu disapu licin bekasnya dengan jari ke dalam nasi, sehingga tiada tertinggal kesan lagi sebelum membasuhnya. Penggunaan sabun pencuci dan air pun dapat dijimatkan malah pencemaran lebih terkawal.

    ReplyDelete
  9. Saudara AA and bloggers

    What Najib has announced is just a drop of water in an ocean. The waste and plundering go unabated.

    ReplyDelete
  10. Meanwhile in Penang....Lim Guan Eng tries to commit a political suicide by buying a Mercedes for himself, at a time when rakyats are boiling over higher cost of living.

    I suspect he is totally out of touch with the public.

    ReplyDelete
  11. Apa yg dapat diperhatikan adalah angka 11 yg diminati oleh Najib. Jika nak disenaraikan 111 perkara sudah menjadi agak banyak apatah lagi jika 1111 perkara. Yg lain2 tu hanya bunga saja.

    ReplyDelete
  12. As Salam Tuan Aspan.

    Tuan nak lihat Najib letak jawatan sebab rakyat tak suka pemerintahan dia?

    Seandainya terjadi gerak gempa di Tanah Melayu (1Malaysia) ini dan para menterinya mampus bergelimpangan dan yang hanya tinggal Najib dan Rosmah sekalipun, nescaya beliau (Najib) tidak sekali-kali akan meletak jawatan.....Kecuali?

    Kecualilah.....Beliau disapa atau dibuat kunjungan hormat oleh Malaikalmaut. Yang lain minta maaf Tuan Aspan, tak akan dilayan....

    ReplyDelete
  13. Salam tuan,

    Saya setuju dengan 1Crony. Najib ni sama jugalah macam Anwar Ibrahim. Anwar tu kalau di muka bumi ni Malaysia ni tinggal dia seorang saja pun, dia tetap nak jadi PM juga...

    ReplyDelete
  14. Salam tuan,

    Saya setuju dengan 1Crony. Najib ni sama jugalah macam Anwar Ibrahim. Anwar tu kalau di muka bumi ni Malaysia ni tinggal dia seorang saja pun, dia tetap nak jadi PM juga...

    ReplyDelete
  15. Ahjibgor must go ..gone for good

    ReplyDelete
  16. Saudara Aspan,
    Sudah terbukti dgn nyata sekali tanpa dapat disangkal lagi bahawa, UMNO kini telah rosak teruk malah menjadi perosak merbahaya pula. Tiada sebarang ikhtiarpun yg akan berjaya untuk memulihkan UMNO. Buatlah brainstorming bersungguh2 tanpa meninggalkan sebarang peluang yg ada untuk pemulihan UMNO, pasti natijah akhirnya menumpu kpd negatif. Untuk melestarikan kehidupan rakyat sekarang ini dan generasi masa depan, amat wajar UMNO turun shj secara terhormat dan berjiwa besar. Setelah itu muhasabah kelemahan, perbaiki, buang dan ganti mana2 pemimpin yg 'uzur' serta lulus ujian robust kepemimpinannya dan boleh masuk ke gelanggang semula dgn kekuatan & imej baru, tentunya lebih bergaya. Tetapi paradoks tetap berulang, mereka tidak akan turun walau apapun terjadi. Apa2 pun rakyat telah dijadikan mangsa oleh UMNO dulu, kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  17. to the 47% bn voters: look what u hv done to all malaysians. don't tell us that u don't feel the pinch from all these hikes. u hv ruined our lives & that could be of ur family members as well!! U STILL WANNA VOTE FOR BN???

    ReplyDelete
  18. najib punya jet mewah sekarang?
    luar biasa fasilitas yang dimiliki PM ini
    , weleh weleh

    ReplyDelete