Apa yang ditakutkan oleh UMNO
dengan himpunan menentang kenaikan harga barang oleh rakyat ini? kenapa ada
Menteri yang menuduh ada pihak yang melakukan subversif terhadap negara? Apa
‘subversif’ nya? Kenapa melatah sehinggakan membawa polis sendiri membuat
‘statement’ politik menghadapi isu ini? Perlu diingat rakyatlah yang paling
berhak untuk menzahirkan keresahan mereka kerana mereka tahu negara mereka
tidak diurus dengan baik malahan mereka tahu negara mereka sedang diambang
kehancuran.
Mereka juga tahu yang kerajaan
pimpinan hari ini sedang cuba
menutupi segala-gala kesalahan dan kelemahan dari pengetahuan rakyat. Sampai
bila mereka boleh bertahan, sama-sama kita lihat dan tengok. Himpunan yang
dibuat secara aman ini sudah menampakkan yang pihak kerajaan sedang cuba untuk
menunjukkan keadaan tidak aman.
Bagi saya secara peribadi saya
tidak menyokong dan menolak himpunan ini tetapi satu perkara yang harus diingat,
rakyat mempunyai hak untuk berhimpun kerana negara ini negara mereka. Ini bukan
negara kepunyaan pemimpin dan isterinya sahaja. Ini adalah negara yang akan
kita wariskan kepada anak-anak dan cucu-cucu kita dan setiap rakyat berhak
berusaha untuk mempastikan generasi kita tidak akan lebur dengan kerakusan
pimpinan hari ini.
Kepada pak Menteri dan pak Wazir
sekalian, marilah kita menjadi lebih matang sedikit. Tidak usah menuduh rakyat
hendak menggulingkan kerajaan melalui himpunan jalanan. Himpunan ini bukan
himpunan jalanan. Hanya mereka hendak berjalan menuju ke Dataran Merdeka,
tempat mereka hendak berhimpun itu sahaja.
Di sana mereka hendak berhimpun dan menuntut apa
yang perlu mereka tuntut dari kerajaan. Pasukan Polis yang dibayar gaji mereka
oleh rakyat termasuk mereka yang berhimpun itu perlu bekerjasama dan memberikan
pertolongan dalam perjalanan mereka ke Dataran Merdeka itu.
Biarkan mereka membuat tuntutan.
Jika kerajaan tidak mampu memenuhi tuntutan itu pun tidak mengapa, tetapi perlu
bertindak mengundurkan diri mereka secara terhormat dan jangan berbuat kecoh
terhadap mereka (rakyat). Saya tidak gemar mendengar seorang Menteri berkata
yang himpunan jalanan itu membuang masa sahaja. Pertamanya adakah ini
perhimpunan jalanan?
Apa yang membuang masanya.
Mungkin mereka membuang masa, tetapi mereka membuang masa untuk kepentingan
ramai. Sebaliknya Menteri itu yang membuang masa di Kementerian beliau kerana
tidak memberikan sumbangan terhadap masalah kenaikan harga barangan sekarang
ini.
Mereka bukannya menyokong
pembangkang tetapi pembangkang menyokong mereka kerana mereka sedang melakukan
sumbangan dan peranan untuk menurunkan harga barangan. Mereka ini hendak
menzahirkan tuntutan mereka kerana tidak ada tempat hendak mengadu. Hendak
mengadu kepada Menteri Pengguna, takut pula Menteri itu akan menjawab, ‘kalau
harga barangan mahal, jangan beli barang-barang’.
Justeru benarkan tanpa halangan
untuk mereka berhimpun. Alasan perhimpunan ini akan menjejaskan peniaga-peniaga
kecil itu tidak munasabah kerana dengan perhimpunan inilah peniaga-peniaga
kecil mendapat perniagaan yang laris kerana kehadiran ratusan ribu pelanggan
dari seluruh negara. Jualan minuman mereka akan laris dan karipap mereka akan
laku kerana yang berhimpun itu akan merasakan kelaparan apabila beramai-ramai diperhimpunan itu.
Kalau Menteri-Menteri merasakan
penat mengendalikan rakyat, bukankah jalan keluar nya ada? Bukankah berundur
dari memikul tanggungjawab ini adalah jalan yang terbaik? Bukankah mereka ini
sudah mengumpulkan kekayaan yang menimbun banyaknya dan tidak lagi susah-susah
memikirkan harga barang yang naik? Yang merasakan keperitan dengan harga
barangan naik ini adalah rakyat biasa sahaja dan itu pun sebabnya mereka ingin
berhimpun secara aman.
Baik Najib mau pun Zahid, jangan
'gabra' dan jangan tunjukkan jiwa yang lemah dan fakir itu. Berjiwa besarlah
saudara semua dan tolong sedikit sebanyak rakyat yang hendak berhimpunan itu.
Kalau pimpinan kita takut akan
digulingkan oleh rakyat yang ramai itu, apa salahnya? Mereka bukan hendak
memberontak secara ganas. Jika terpaksa terguling oleh kerana himpunan dan doa
ramai itu, maka semua pihak menerimanya, kerana kalau tidak ada perhimpunan ini
pun sudah sepatutnya kerajaan sekarang terguling secara demokrasi.
Pimpinan kita asyik menyalahkan
rakyat berhimpun, tetapi tidak pernah menyalahkan mereka sendiri kerana gagal mengesan
sebab-sebab mereka (rakyat) berhimpun itu.
Rakyat marah kerana segala
janji-janji BN dalam pilihanraya dahulu tidak terlaksana malah segala-gala
terbalik. Kenapa tidak berjanji yang mereka tidak dapat menunaikan kehendak rakyat
semasa berkempen siang dan malam diseluruh negara dan melalui media massa perdana itu?
Kalau pimpinan kita benar-benar
berfikir dengan jiwa yang tenang, tidak dapat tidak mereka akan dapat merasakan
apa yang dirasakan oleh rakyat ramai ini, tetapi pimpinan kita seolah-olah
pekak dan bisu dan tidak mendengar apa yang dirintihkan oleh rakyat itu.
Yang kita nampak pak Menteri kita
hanya melayan peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan setiap hari yang
ramai-ramai membawa ‘envelope’ mengadap pak-pak Menteri kita.
Pak Menteri kita asyik berniaga
dengan bermodalkan UMNO dan BN itu. ‘Akhir bagi rakyat dan negara, hujung
hilang pangkal lesap, seperti berniaga buluh kasap’.
Hanya saya secara peribadi,
memohon agar yang berhimpun itu jangan memberikan pihak polis peluang untuk melakukan
kekerasan terhadap anda. Berhati-hati dengan penyamar-penyamar yang mungkin
ramai dihantar oleh pihak yang berkuasa untuk mencari alasan untuk memindahkan
tuduhan itu terhadap anda.
Kepada kepimpinan yang ada pada
hari ini, rasa-rasa dan agak-agak lah, jika terasa tidak mampu menahan tekanan
rakyat ini, elok berunding sesama sendiri dan meletakkan jawatan beramai-ramai.
Perlembagaan Persekutuan ada memperuntukan klausa yang jelas untuk menubuhkan
kerajaan baru yang lebih diterima dan menyenangkan hati dan jiwa rakyat.
Jika itu dilakukan, tidak akan
timbul masalah tuduh menuduh hendak menggulingkan kerajaan dan sebagainya. Jika
mereka berundur apa yang hendak digulingkan oleh rakyat lagi?
Sdr. Aspan,
ReplyDeletePerhimpunan itu bukan bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, tetapi kerajaan UMNO/BN yang takut akan terguling. Yang diminta hanyalah keprihatinan pemimpin memikirkan masalah peningkatan kos sara hidup rakyat berbanding dengan pendapatan yang tidak meningkat itu. Pemimpin UMNO/BN sebenarnya buntu untuk menyelesaikan masalah rakyat, padahal masalah itu adalah hasil bikinan UMNO/BN sendiri.
Persoalan nya jika nak berhimpun kenapa pilih pada hari dan masa untuk SEMUA rakyat berghembira menyambut kehadiran tahun baru , Rakyat yang dimaksudkan adalah semua TANPA mengira fahaman politik.
ReplyDeleteJika jujur buat lah pada hari lain , misal nya pilihlah pada hari REaya China atau hari Kebnagkitan PKR bersama ANuar atau namakan sahaja hari apa tetapi bukan hari yang melibat semua rakyat . Dalam Malaysia yang ujud lebih untuk melakukan perpecahan hanay lah dari puak pembangkang sahaja , PKR DAP atau PAS juag NGO2 proPembangkang yang bangangg
As Salam Tuan AA.
ReplyDelete1. PRU13 memang dieksploit SPR bagi mendapatkan majoriti untuk memenangkan UMNO/BN.
2. Demonstrasi adalah cara yang paling baik dan amat berkesan untuk menjatuhkan kerajaan korupsi.
Terima kasih Tuan AA. Sekurang-kurangnya Tuan telah akui salah satu perkara di atas. Kalau Tuan masih tak akuinya, sila beri alasan yang para penjenguk Tuan boleh menyetujuinya (tidak serendah alasan IQ para menteri-menteri UMNO/BN). Terima kasih Tuan AA.
Tuan,
ReplyDeleteSatu ulasan yang cukup padat dan tepat.
Sebenarnya kerajaan hari ini tidak ada legitimasi untuk terus memerintah. Mereka gagal dari semua aspek.Ulasan tuan yang cukup logik telah menunjukkan mereka gagal dalam serba serbi dan perkara yang paling terhormat yang mereka boleh lakukan ialah meletak jawatan secara enbloc dan merintis jalan kepada satu PRU yang baru.
Tetapi mereka ini mana ada maruah dan harga diri. Selepas 56 tahun merdeka baru kali ini kita dengar mereka sebok bertempik "perhimpunan nak mengulingkan kerajaan".
Kita dah merdeka 56 tahun. Kita telah melalui 13 PRU dimana 13 buah kerajaan telah ditubuhkan. Kita dah ada 6 PM. Baru kali ini kita diberitahu ada usaha h3ndak mengulingkan kerajaan.
Mereka terlupa sejarah mengapa kerajaan-kerajaan digulingkan oleh rakyat disepanjang sejarah kemanusian. Hakikatnya KERAJAAN-KERAJAAN INI DIGULING OLEH RAKYAT APABILA KERAJAAN-K3RAJAAN INI BERTINDAK ZALIM KEPADA RAKYATNYA! .....Ini hakikat sejarah.
Penyokong-p3nyokong mereka lagi parah. Walaupun kena zalim pun mereka dok m3nyokong kezaliman yang juga menimpa mereka. P3lik sungguh perangai sesetengah manusia ni....
Salam tuan,
ReplyDeleteMonkey shooter adalah contoh produk tulen yang dilahirkan oleh Pakatan Rakyat. Meletakkan emosi di hadapan, akal di belakang; melihat dengan mata dendam bukan dengan naluri halus. IQnya mungkin tinggi tapi EQnya...saya ragu-ragu.
Orang macam ini sebenarnya lebih banyak membawa kerosakan berbanding kebaikan kepada Pakatan Rakyat. Dia seperti Hishamuddin Rais, yang kata tetangga saya, 'Aku tak suka BN, tapi aku tak akan mengundi pada parti yang disokong oleh orang macam ini. Umur dah 60 lebih tetapi perangai (termasuk cara berpakaian) langsung tak boleh dibuat contoh'.
yes, pak aspan, pendapat inilah yg kami mau dengar dan baca dari pak aspan. Tak bersetuju berhimpun, tapi tidak menafikan hak berhimpun. Walaupun saya pening dgn pendirian pak aspan, kali ni saya lega.
ReplyDeleteOur country is without a captain. It's running on autopilot. Everywhere, there are signs of failure of governance. Ah Long stickers and buntings plastered on road signs, traffic lights, stuck on tree. Roads and road shoulders half halfheartedly cleaned and police riding on their own motorcycles looking unmotivated. I see this everywhere in Klang. Najib says everything ok, he feels for the rakyat. He then increases prices of everything, goes on holiday overseas. What type of person is he? What type of cabinet he has put in place? Everything is done halfheartedly by the BN government and to a certain extent the PR Selangor government. You feel the rot slowly creeping in.
ReplyDeleteKenaikan harga barangan, elektrik dan tol mula berkuatkuasa mulai 01.01.2014 diumumkan oleh kerajaan UMNO/BN, amat berbetulan dgn sambutan tahun baru. Perhimpunan bantahan kenaikan kos ini hanya dianjurkan oleh NGO-NGO bukannya parti pembangkang. Penyokong BN pun akan turut serta, kenapa perlu prejudis? Rakyat yg terbeban dgn kenaikan kos diajak berhimpun untuk meraikan bantahan kenaikan kos supaya diturunkan harga itu. Siapakah yg akan menimbulkan huru-hara, jika tidak dilakukan oleh balaci2 UMNO? Takkanlah setelah harga dinaikkan selepas beberapa minggu atau bulan baru nak bantah. Kenapa kerajaan UMNO/BN tidak memulakan kenaikan harga pd hari lain, selain dari 01.01.2014? Pertanyaan inilah yg sepatutnya dipersoalkan oleh mereka yg bijak dan siuman serta matang akal pemikirannya.
ReplyDeleteRamai yang masih tidak percaya negara kita akan tersungkur. Biarkan...biarkan... Malaysia Rosmah punya...
ReplyDelete
ReplyDeleteKerajaan telah nyata tidak bermaya tengah lemas dengan keyakinan diri sungguh sensitif apabila program propaganda tahunan seperti menyambut tahun baru didataran merdeka dimasukkan program menyuaran keresahan rakyat "TURUN" yang mendapat sokongan rakyat secara menyeluruh membuatkan kerajaan melatah dengan mengeluarkan berbagai ugutan tetapi rakyat dah muak dengan janji kosong yang tak ditepati.Yang kerajaan tahu nak dapat duit rakyat ialah dengan naikkan harga sedangkan program penjimatan dan kawalan kos dan sekat ketirisan langsung tak diusiknya.UMNO tinggal nama saja kerana perpecahan kini cukup jelas apabila penyokong tegar seperti ahli biasa dan ahli2 ajk cawangan tidak dibantu dan berterusan terhimpit olih tekanan ekonomi yang dibuat olih pemimpin mereka...Hari2 kita dihidangkan dengan kenyataan dan pendapat pemimpin UMNO yang bodoh seperti ketua wanita umno Kuantan ...yang membuatkan ahli umno sendiri terhina dan malu dengan kenyataan bodoh itu..
As Salam Tuan Aspan.
ReplyDeleteTolong Tuan perbetulkan tentang "Salam" dan "As Salam". Kerana "Salam" juga digunakan oleh Bangsa Yahudi dan Nasrani dan kurang sesuai dengan orang Islam mengamalkannya. Terkecuali kepada individu yang kurang pemahaman dan kurang pembacaan tetapi mengaku dan perasan bijak, ditamsilkan seperti ikan kering/masin - mata sentiasa terbuka tapi tak nampak apa-apa (kebenaran) seperti "no2bn". Terima kasih Tuan Aspan.
akibat tamak akan kuasa, rakyat yang menjadi mangsa. lebih menyedihkan lagi apabila rakyat yang kurang sumber maklumat masih tetap mati-matian menyokong pihak yang menindas ekonomi mereka sendiri. -blog -
ReplyDeleteno2bn;
ReplyDeleteAnda telah membuat serangan peribadi, sepatutnya hujah dibalas dgn hujah samada bersetuju ataupun tidak bersetuju dgn hujah orang lain. Anda boleh shj tidak bersetuju dgn menunjukkan kualiti IQ anda dlm menangani hujah.
Adakah pendapat serta akhlak Bung Mukhtar, Zahid dan Hasan Malik itu berkualiti, hanya disebabkan imej yg dipaparkan dgn berpakaian kemas? Don't judge a book by it's cover!
1) Anon 11.00
ReplyDeletePada pendapat saya Bung Mukhtar, Zahid dan Hasan Malik, dalam sesetengah isu, sememangnya tidak berkualiti. Tetapi penampilan mereka secara umumnya -dan mengikut standard ukuran semasa - lebih berkualiti daripada Si Tukar Tiub itu.
Don't judge a book by it's cover!
Kata-kata itu tidak boleh dijadikan justifikasi terhadap segala yang kita buat. Takkanlah kalau orang berbaju jarang nampak bra dan under**** di depan khalayak kita nak kata akhlaknya mulia? Hati? Siapa kita nak membaca hati orang. Kita hanya berupaya mengukur dengan apa yang kita nampak, dengar dan mampu nilai.
2) Tuan Aspan tolong beritahu 1crony, as salam dan salam membawa maksud yang sama. Kedua-duanya kependekan daripada 'assalamualaikum'. Kalau dia ada hujah menyokong pendapatnya, saya juga ada hujah menyokong pandangan saya. Tak ada salahnya menggunakan 'salam'. Yang salah ialah apabila kita tahu pemimpin itu tak berupaya seperti Najib, kita masih nak menyokongnya; dan yang salah juga ialah apabila kita tahu pemimpin itu terbukti pembohong besar macam Anwar Ibrahim, kita masih nak menjadi pengikutnya...
Pak AA, kalau mereka yang kategori cap ayam ini berundur, akan terlucutlah segala kekebalan mereka.Peguam Perancis akan keluar masuk malaysia mengunakan kapal selam, altantuya akan bercakap dimahkamah, sprm tidak pernah nakal dalam menjalankan kerja, 18/20 point perjanjian persekutuan malaysia akan berkumandang, segala duit yang diangkut keluar negara akan masuk balik, penyanggak saham bumiputera dihukum....kenapa perlu tidak kenal penat berhimpun secara aman ? kerana umno bm akan memenatkan jiwa dam tenaga rakyat sebelum dapat.berhimpun.
ReplyDelete