Mufti Perak berpolitik lagi.
Beliau menganggap perserta himpunan TURUN baru-baru ini patut ditangkap kerana
mereka menderhaka kepada kerajaan. Kenyataan beliau yang dikatakan disiarkan
oleh Berita Harian itu elok dibahaskan oleh semua sadiqiah Islam, baik dari
dalam dan luar negara kerana ia membabitkan tuduhan beliau yang mereka ini
derhaka kepada kerajaan dan halal darah mereka. Yang beliau sebutkan sebagai halal darah mereka ini bermakna peserta perhimpunan ini tidak berdosa jika mereka dibunuh.
Ini merupakan satu ‘fatwa’ yang
sangat mengelirukan dengan membabitkan PAS sebagai sebuah parti yang menjual
agamanya. Akhir-akhir ini terlalu ramai ‘ulama’ yang membuat fatwa dan
bertopengkan kepada jawatan dan kedudukan mereka dalam masyarakat yang dilantik
oleh kerajaan. Oleh kerana islam ini ‘universal’ elok perjumpaan dan diskusi
tentang isu ini dilakukan dan dihadiri oleh semua alim ulamak seluruh dunia.
Saya mencadangkan supaya
dihimpunkan semua sadiqiah Islam seluruh dunia kerana ini amat berat isunya.
Mufti politik ini telah beberapa kali menjadi isu kepada rakyat khususnya orang
Islam sendiri.
Saya bukan mahir dan alim dalam
agama tetapi saya tahu ada perkara yang amat salah yang diperkatakan oleh mufti
ini. ‘Once and for all’ elok semua perbadan NGO dan parti politik negara ini
menganjurkan forum perdana dan dibahaskan isu ini secara terbuka kerana ini
amat berat isunya. Kita mahu tahu juga siapa sebenarnya menjual agamanya.
Sekarang kita sudah tidak tahu
lagi yang mana satu yang betul dan yang mana satu yang salah lagi. Jika
dipandang dari sudut negara kita maksud beliau itu kita mesti jangan menentang
kerajaan yang ada walaupun semungkar mana pun kerajaan itu.
Saya tidak yakin agama kita
menyuruh kita menyokong yang mungkar jika itu persepsi rakyat. Yang kita faham
hanya satu. Kita mesti menyokong apa yang dikatakan ‘amar makruf nahi mungkar’.
Tetapi mufti ini lain pula
ajarannya. Mungkin saya ini orang yang terlalu jahil tetapi ada juga keyakinan
saya yang mufti ini telah mengeluarkan ‘fatwa’ yang sangat tidak betul. Saya
seorang beragama Islam dan bukannya pandai dan mahir bab agama. Tetapi saya
juga faham, ‘there is something so wrong here’.
Maka perhimpunan seramai mana
sadiqiah Islam wajar diadakan kerana jika mufti ini menyelewengkan hukum,
beliau amat merbahaya kepada rakyat dan negara. Dalam pemikiran saya sepintas lalu sekarang ini, elok usaha ini dianjurkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu yang mempunyai 'authority' dalam mengendalikan hal agama Islam membuat initiatif bagi mengumpulkan seramai mana ulamak Islam seluruh dunia dan kita perbahaskan isu berat ini sampai ke akar umbinya.
Jika benar 'fatwa' Mufti ini maka kita akan melihat puluhan ribu manusia yang darah mereka halal dan boleh dibunuh dan ia adalah tindakan yang tidak berdosa mengikut 'fatwa' gila ini.
Jika 'fatwa' Mufti ini didapati betul, apa kah yang terjadi kepada Nabi Musa Alaihissalam dan pengikut-pengikutnya kerana menderhaka kepada kerajaan Firaun dahulu? Kita semua tahu jika sejarah yang kita baca selalu ini benar yang Firaun dahulu tidak memperjuangkan kehendak Quran tetapi memperjuangkan kehendak Qarun.
Mungkin Mufti ini tersilap dan tidak dapat membezakan nilai Quran dan Qarun itu. Kita dengar reaksi Jamil Khir Baharom, Menteri agama Jabatan Perdana Menteri. Hendak juga kita mendengar hujah beliau dalam isu ini.
xde beza mufti sorang ni dgn paderi gereja/sami buddha kt myanmar tu..sama je traf
ReplyDeleteWajib bagi umat islam membuat laporan polis dan setelah itu ambil tindakan undang2 keatas mufti ini sebab menyuruh kerajaan membunuh para peserta perhimpunan yg miskin. Peserta cuma menyuarakan rasa tidak puas hati harga barang naik tapi mufti ini suruh bunuh sahaja peserta itu. Jadi adalah tanggungjawab semua umat islam buat laporan polis dan ambil tindakan mahkamah. Sebab suruh membunuh dengan membunuh adalah kes berat disisi undang2 negara. Nanti bila berlaku perhimpunan sekali lagi kerajaan bn ada alasan untuk membunuh para demonstran kerana mufti ini telah membuat syor mengikut pendapat atau fatwanya untuk bunuh saja para demonstran.oleh itu tindakan serius mesti dan perlu diambil terhadap mufti ini.
DeleteAgaknya hendak ke dia jadi mufti tanpa dibayar gaji.
ReplyDeleteSdr. Aspan,
ReplyDeleteSetuju dengan pendapat saudara mengenai kenyataan Mufti Perak yang ada sekarang ini, yang sentiasa mengeluarkan kenyataan memalukan umat islam.
Jika dirujuk kepada kenyataan mufti ini, bolehlah dikatakan seolah-olah dia berpendapat bahawa Nabi Musa as telah menderhaka kepada kerajaan firaun. Beranikah mufti ini berkata begitu? Mungkin mengharap gelaran Tun agaknya, sehingga terbabas cara memandu akal fikiran tanpa mengendahkan lagi iman. Mungkin juga untuk meraih populariti yang kian tenggelam. Bercakap ikut selera peribadinya sahaja dengan mengenepikan batas sempadan ajaran al-Quran dan hadith.
Mufti Perak ini adalah mufti yang mengelirukan ajaran islam.
ReplyDeleteTok mufti ada versi lain punya Al Quran kot. Sebab apa sebab dia x jumpa plak hukum memungkiri janji. Dia x jumpa plak hukum menghina hukum Islam. Dia x jumpa plak hukum pemimpin yg zalim dan menindas rakyat. Dan yg paling x leh blah, dia x jumjpa hukum seorang alim yg x tidak berkata benar, yg menyembunyikan ilmunya.
ReplyDeleteMufti jenis terompah kayu. Kerana duit dan dunia sanggup bersekongkol dgn firaun. Sama aje dgn ketua ulama Al-Azhar yg sokong kudeta mesir sekarang.
ReplyDeleteDia cakap org tak ikut/faham Al-Quran padahal dia sendiri keluar 'fatwa' ikut nafsu. Org jenis macam inilah sebabkan Islam semakin terpinggir. Sesat lagi menyesatkan. Dulu heboh pasal ramai org Islam masuk kristian tetapi bukti tak ada (beratus ribu)?
Cakap macam kakaktua langsung tiada nilai.
Sesuai dgn umno=bodoh...........
ReplyDeleteAA, Mungkin semasa Mufti ni bercakap, dia tidak berapa sihat kot. Cuba raba kepala dia. Mungkin suhu badannya tinggi kot. Tentulah orang demam panas sememangnya tidak betul sikit.
ReplyDeleteHarussani ini jangan ambil hati. Dia ni tak betul orangnya. bagi dia makan banyak-banyak, bila dah kenyang dia pun merapeklah!. Kita jaga Islam kita, jangan ikut Islam dia. Mereka ni bantai Syiah sedangkan mereka lebih syiah lagi. Sikit-sikit orang yang tak setuju dengannya darah mereka pun halal.
Itulah Mufti Perak...Mufti negeri teman.
ReplyDeleteSaraf kepala Mufti ni ada yang putus gamaknya. Elok masukan dia kat hospital. Ipoh ketanjung rambutan tak berapa jauh, setengah jam sampai..
urutan fatwa al syekh muhyiddin al johori naib khalifah parti negara yang menfatwa kan PAS ..parti ajaran sesat . maka fatwa tok peti ini ada lah berkaitan ..akan di kuatkuasa serta merta..ha ha
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteJika mufti ini hidup pada zaman Nabi Musa, pastinya dia akan menuduh Nabi Musa sesat dan penderhaka kepada Firaun.
Ni lah mufti yg escort abu Quran yg kene bakar pegi buang kat laut Lumut maghin. Ingat tak? Kot Quran dia pegi bakar dgn ok je. Apa kata suruh dia kluar fatwa utk diri dia sendiri. Bakarlah diri tok mufti pulak nanti abu dia kita escort ramai2 buang kat laut naik kapal TLDM. Amacam maun?
ReplyDeleteSebelum dajal yang sebenar muncul, mungkin dihantar seorang atau beberapa orang wakilnya terlebih dahulu. Sesiapa yang berhajat untuk menjadi wakil kepada dajal, boleh menunjukkan peranan untuk diujibakat. Peliharalah iman kita daripada sebarang kecelaruan bawaan wakil tersebut.
ReplyDeleteDia Ingat rakyat akan diam-diam bila ditindas, adakah ini satu lagi pendapat peribadi daripada puak umno penindas rakyat ?
ReplyDeleteAspan,
ReplyDeleteThis is happening in Selangor.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/jais-has-no-right-to-raid-bible-society-of-malaysia-premises-says-council-o
What the hell PAS going to do about it? PAS got 4 excos. One of them in charge of Islam
The background of the story.....
http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_v._The_Herald
It's Syed Hamid who started the whole mess. Like father like son, Syed Albar inflammatory remarks that sparked racial riot in singapore
Looes 74,
DeleteThere didn't I told you DAP has bad motive when getting Pas to be with PR.There is no way DAP/PR can win next election the way DAP and PKR control Pas because Pas has no telor!!.Look at the Kitab Injil using Allah which is banned by Selangor State.Defiant?.Religous freedom without due respect to the law ?.
As Salam Tuan Aspan.
ReplyDeleteSaya sangat terharu atas peringatan Tuan terhadap Tok Mufti negeri Yeop tu. Selama ini saya ingat Tok Mufti ini sudah tiada di muka bumi ini, tetapi masih ada rupanya.
Dahulu dikatakan oleh beliau bahawa 200 ribu muslim telah murtad di negara 1Malaysia ini, rupanya dikhabarkan anak saudara beliau sendiri yang terlibat sama di Singapura.
Setahu saya taraf beliau ini suatu masa dahulu tak lebih dari "Astora Jabat". Apabila bersemuka dengan Dr Asri (MAZA) di atas pentas maka macam ular tertelan landak. Individu begini lah sebenarnya yang mengelirukan para penganut lantas menjatuhkan martabat Islam di dunia akhir zaman ini. Terima kasih.
Trajedi 1906 sulu. Raja tiada waris . Bayarjeler hutang itukan janji kamu minta dikembalikan kedunia. Ada dalam quran jangan risau harusanni
ReplyDeleteMufti ini mufti Islam mazhab unmo.
ReplyDeleteSalam Sir AA,
ReplyDeleteBarangkali Mufti ini sudah nyanyuk atau mungkin ingin menenangkan 'tuan' nya dengan perihal demo 'TURUN' baru-baru ini maka keluarlah 'fatwa' yang amat toghut ini. Kitab besar mana pun tidak akan menyokong 'fatwa' mufti berkenaan. Sekianlah seadanya dari hamba. Wasalam.
BETUL tuu dia dah nyanyuk sepatutnya pencen jeee.
DeleteBETUL tuu dia dah nyanyuk sepatutnya pencen jeee.
DeleteAspan,
ReplyDeleteTambah satu lagi spisis Cop Ayam!!! Udahlah mengarut ...
Kalau tak suka tok mufti pergi lah cari tok sami..kata cerdik pandai.
ReplyDeleteAgaknya mufti ni belajar ugama di kandang unta
ReplyDeleteunta lebih mulia dari orang tua meroyan tu... sekurang-kurangnya unta bole disembelih. tapi mupti berak tu... terlalu hina!!! sian anak bini dia. kalau la anak bini cucu cicit dia mengeluh harga barang naik... walaupun sekali... dah halal lah darah mereka ye... bodo piang punya mupti!!!
Deleteini mufti penindas agama rakyat....pendapat peribadi tanpa umat dia hanya menguntungkan golongan ummo penindas politik, ekonomi, sosial, agama bangsa rakyat malaysia
ReplyDeleteFatwanya tidak tulus hanya semata-mata kerana fulus...Hanya kerana fulus ada anak yang sanggup mentetak ibu kandungnya, tidak mustahil juga kerana fulus seseorang sanggup 'mentetak' agamanya.
ReplyDeleteAnon 2 January 2014 22:02:00 GMT+8,
ReplyDeleteDaripada tok mufti yg 'amal mungkar' baiklah tok sami yg 'nahi mungkar'.
Walau bagaimanapun kita harus berterima kasih kpd org2 macam Hasrulsani ini kerana membuka mata kita bertapa bodohnya org2 mcm awak yg menyanjung tok mufti yg bersekongkol dgn penindas bangsa sendiri.
~ Ular Dalam Semak
Kasihan Mufti ni, buat kenyataan tanpa kajian yg mendalam.
ReplyDeleteSelepas mufti sabah, mufti johor pula dan terkini mufti perak.Kita tunggu mufti negeri mana selepas mufti sabah, mufti johor pula dan terkini mufti perak.Kita tunggu mufti negeri mana lagi yang beraksi untuk umno bn
ReplyDeleteMungkin akan diadakan PRK dlm Negeri Perak ini. Sebaiknya mufti ini letak jawatan mufti itu dan masuklah bertanding dlm PRK tersebut. UMNO sangat suka memiliki calon yg mentalitinya rendah sebegini.
ReplyDeleteJangan tinggalkan Ridhuan Tee dlm forum ini.
ReplyDeleteJangan tinggalkan Ridhuan Tee dlm forum ini.
ReplyDeletekalau ada menteri cap ayam sudah pasti akan ada mufti cap ayam.....kalau nampak isu penindasan rakyat laku, kita jual pula isu agama...
ReplyDeleteMUFTI PERAK TIDAK FAHAM MAKSUD PERHIMPUNAN BANTAH KENAIKAN KOS PELBAGAI KOS BARANGAN & PERKHIDMATAN DENGAN PERHIMPUNAN UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN. SEBAB ITU LAH FATWANYA MERUPAKAN FATWA SERKAP JARANG.
ReplyDelete