09 January 2014

Kalau Hard Rock Cafe buka cawangan di Bahau tentu tidak ada masalah

Hard Rock Café pun menjadi isu politik di negara ini. Tidak ada yang tidak diperkelahikan. Perbadanan Putrajaya sepatutnya memberikan jawapan muktamad dan jangan membiarkan isu ini menjadi perbualan ramai. Jika HRC ini tidak dibolehkan beroperasi di Putrajaya itu nyatakan dengan jelas ia tidak boleh diadakan di sana.

Pertamanya kita sudah tahu HRC ini adalah pusat hiburan dan tempat makan minum yang mahal dengan muzik nya yang kuat dan juga tempat orang berhibur menari dan minum dengan minuman keras. Jika ada dasar yang ditetapkan yang pusat hiburan seperti ini tidak dibenarkan beroperasi, jawap lah dengan tegas, tidak boleh!

Jika boleh katakan boleh. Mengapa masing-masing meleret-leret membuat kenyataan yang gila babi yang datang dari orang-orang bergelar pemimpin yang bernama dan bergelar. Sebenarnya ramai yang sedar yang hendak kekalkan imej Putrajaya yang mahal itu. Jika kita hendak menjaga identitinya sekarang membenarkan pusat hiburan HRC itu tidak boleh dibenarkan.  

Tidak payahlah Pak Menteri seperti T Adnan bercakap melelong dan mensyaratkan HRC membawa imej Islam dengan lagu nasyid dan sebagainya jika hendak beroperasi di Putrajaya itu. Jika HRC mengubah identitinya sebagai pusat hiburan yang mempunyai muzik dan nyanyian rock dan sebagainya dengan menyanyikan hanya lagu-lagu nasyid, itu bukan HRC namanya.

Perbadanan Putrajaya sepatutnya kekal dan tegas dengan dasarnya yang tidak boleh dibenarkan pusat-pusat hiburan seperti HRC beroperasi di Putrajaya dan tutup isu itu. Tetapi sebaliknya Ahli Parlimennya tidak boleh kalau tidak mengeluarkan kenyataan yang nampak amat memalukan. Tidak perlu HRC itu mengubah identitinya dengan menukar lagu-lagu nasyid dan berbagai lagi.

Kita boleh lihat contoh Dewan Bandaraya Shah Alam yang dari dulu tidak membenarkan pusat hiburan seperti itu, tidak ada pusat atau kedai menjual tiket judi seperti TOTO dan jenis perjudian yang lain dan tidak ada panggung wayang. Tanpa itu semua bukan tidak maju Shah Alam itu dan tetap sebagai tempat yang didiami oleh semua masyarakat dengan aman dan sentosa. Tidak ada polimik dan tidak ada isu dalam hal ini. Juga difahami orang yang hendak membawa HRC ke Putrajaya itu sendiri tinggal dalam rumah yang tersergam di Shah Alam.

Dalam isu ini tentu ada pihak yang pada awalnya ingin melihat HRC beroperasi di Putrajaya dan ia melibatkan perniagaan peribadi dan keuntungan kepada pihak yang tertentu. Jika tidak ada niat setengah pihak mahukan keuntungan kerana kedudukan mereka dalam Perbadanan Putrajaya itu tidak timbul isu itu.

Semasa Tan Sri yang berjumpa dengan Pengerusi Perbadanan Putrajaya itu dahulu, sepatutnya di beritahu dengan tegas yang Putrajaya tidak membenarkan pusat hiburan seperti HRC beroperasi di Putrajaya.

Negara sedang berada dalam kecemasan politik dan ekonomi, pemimpin masih bercakap tentang isu-isu yang kecil seperti ini.

Dalam pada itu masih lagi mahu meminta rakyat menyokong terus-terusan. Hairan dengan sikap pemimpin yang ada di Perbadanan Putrajaya itu. Saya tahu isu ini bermula kerana ada pihak yang mahu mengambil kesempatan untuk mencari ‘duit luar’ walaupun dia tahu yang Putrajaya tidak membenarkan pusat hiburan seperti HRC itu.

Banyak tempat lain lagi HRC boleh beroperasi dan menambah cawangannya. Cuba pohon kebenaran untuk beroperasi di Bahau ke, atau di Meru, atau ditempat lain yang mudah untuk mendapat kebenaran beroperasi.

17 comments:

  1. There is nothing wrong in opening HRC. Even in Kelantan also ok. Like many progressive muslims have said, it has something to do with your faith in your religion. If your faith is strong, no problem sitting besides those who drinks. If faith not strong, flee la. No need to have laws imposing this or that.

    I am a Perakian. Once upon a time, my sultan is Sultan Idris. One thing I grudgingly admire about this sultan is that under his tule, none of the things happening in selangor happened in Perak.

    To be very frank, Ipoh boasted to have the most number of massage parlours in Malaysia. Thanks to.....Anyway, the real difference is this sultan never pretentious & hypocrites.

    This sultan understood that he's a human & never enforced his belief on others. Something that is found in selangor. Perhaps, RPK can advise

    http://sembangkuala.wordpress.com/2012/02/11/the-last-titah-amanat-of-almarhum-sultan-idris-shah-ii-1984/

    ReplyDelete
  2. kalau kat kodiang best gak..

    ReplyDelete
  3. Turun & Bantah HRC di Putrajaya..Save Malaysia

    ReplyDelete
  4. Sudah tidak lurus , tapi nak ajar lain pulak jadi lurus. Ini-lah....Malaysia boleh.

    ReplyDelete
  5. PM sendiri mengidamkan jawatan-jawatan yang berkaitan kewangan.Kalau PM sebagai menteri agama, mungkin ada bezanya keadaan kenaikan kos sara hidup yang berlaku sekarang.

    ReplyDelete
  6. Sdr Aspan,
    Buat pertama kali saya membaca tulisan saudara menggunakan perkataan 'gila babi', amat marah benar bunyinya. Persoalan menteri yang mengenakan peraturan supaya HRC beroperasi secara islamik memang amat melucukan. Apakah ini tahap mentaliti menteri tersebut. Saya sangat bersetuju dengan saudara, satu keputusan yang tegas perlu dibuat, bukannya menjadikan ianya satu teka-teki yang amat mudah sahaja menjawabnya. Matlamat sebenar adalah untuk membuat keuntungan dengan paparan wayang konon-kononnya ala islamik, supaya latar belakangnya selama ini dapat disembunyikan. Sekiranya pihak yang hendak mewujudkan HRC bersetuju dengan peraturan tersebut, apakah jaminan ianya akan kekal mematuhi peraturan itu jika HRC gagal membuat keuntungan? Tentu dadah, judi dan pelacuran boleh dilesenkan, untuk menarik pelanggan menikmati dendangan kumpulan nasyid di HRC itu nanti, guna untuk meneruskan operasi HRC itu. Sesuai sangat penggunaan perkataan gila babi dalam isu ini.

    ReplyDelete
  7. Tak brmaksud provok cuma agak musykil..boss HRC di malaysia ni keturunan syed..katanye..sebab ada pangkal syed pd namanya...ini baru benar keliru. Mmmm....hrc jul mnuman paling mahal pn ialah ' fruit punch' kot. Siapa pula big boss kdai 7eleven yg duk jual beer dlm fridge sbelah mnyebelah dgn air tin soya ye. Oops..sori..hamba org darat kmpong kolot..hamba tetap sokong umno.

    ReplyDelete
  8. looes74,

    You miss the point here. Every town or city has its own identity. Putrajaya wants no hard music. So maintain the policy at all time.

    You understand?

    ReplyDelete
  9. Mungkin inilah apa yang dimaksudkan dengan ahlul sunnah wal jamaah yang telah dipersetujui semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.Nampak gayanya Malaysia akan melakar sejarah dengan adanya HRC yang menyajikan hiburan yang berteraskan islam seperti nasyid,marhaban dsb.Sekalung tahniah kepada Tengku Adnan di atas ideanya yang 'merapik-rapik' tu..

    ReplyDelete
  10. Mungkin inilah apa yang dimaksudkan dengan ahlul sunnah wal jamaah yang telah dipersetujui semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.Nampak gayanya Malaysia akan melakar sejarah dengan adanya HRC yang menyajikan hiburan yang berteraskan islam seperti nasyid,marhaban dsb.Sekalung tahniah kepada Tengku Adnan di atas ideanya yang 'merapik-rapik' tu..

    ReplyDelete
  11. hardrock cafe pun boleh diheboh sampai tahap ini....memang politikus..

    ReplyDelete
  12. Looes74,
    You right. We will never have another Sultan like the one you mentioned.Not hypocrite. IPOH was the BEST those days.FREEDOM FOR THE MALAYS.
    This shows the weakness of BN.
    One small PERKOSA yell, BNs balls shrink. Hey who is running the country. Band come to play in KL, PAS yells, BNs balls shrink. HOW to vote for the BALL SHRINKERS. Only the next election will tell CHEERS

    ReplyDelete
  13. HRC cara islam.....komisen rasuah pula cara syaitan.....boleh pula

    ReplyDelete
  14. If not happy, please migrate to Afganistan. OK? Nevermind that this country belongs to only you people.

    ReplyDelete
  15. looes74,
    You said: "If your faith is strong, no problem sitting besides those who drinks. If faith not strong, flee la. No need to have laws imposing this or that"
    If then the drunken person hit or hurting you, is that what you had agree in your conclusion? Do you like all the vices occur all around us? Use your mind proper wisely. It's not about faith strong or otherwise but prevention is better than cure.

    ReplyDelete
  16. Anon,
    There are secular laws to deal with that. No need to invoke religious laws. The point is no religion should impose its religious superiority on others. That's why I prefer Secularism

    ReplyDelete
  17. looes74,
    We are talking about the regulation rather than the law itself, dont simply mixed them. For example, there are regulations avoiding children entering certain wards, which had no law will be imposed if not been followed. This statement to show the difference between regulation and law. The regulations applied prior to any decision are for the good of all people, regardless what believed they are, but you thought the other way with prejudiced mind. Seeking medicine after getting ill rather than prevent it, is wrong thinking in any manner.

    ReplyDelete