Kita sedang berada di dalam tahun
baru, 2014. Masing-masing masih lagi menerima dan menghantar ucapan selamat
tahun baru di antara satu dengan lain. Masing-masing berharap akan ada
perubahan yang drastik terhadap negara sambil mengharapkan segala atau setidak-tidaknya
kebanyakan isu yang dihadapi rakyat berbilang kaum di negara ini dapat
diselesaikan.
Walaupun ramai yang tidak begitu
yakin keadaan akan bertambah baik, namun rakyat tetap mengharapkan ada kelainan
dalam semua bidang kehidupan pada tahun ini. Bagi ramai orang berpendapat, jika
Najib dan barisan kepimpinannya tidak mampu untuk mencari penyelesaian yang
abadi, maka adalah tanggungjawab rakyat untuk mengubahnya.
Tahun 2013 merupakan tahun paling
mencabar kerana banyak isu besar yang tidak dapat dikira jumlahnya berlaku dan
semuanya telah mengakibatkan keresahan rakyat yang ketara. Dari Perlis hingga
ke Sabah, masalah timbul satu lepas satu dan
tidak ada satu pun telah diselesaikan oleh Najib dan kepimpinan beliau.
Jika di ibaratkan negara ini sebagai
sebatang tubuh manusia, masalah kesihatan tubuh itu datang satu demi satu
sebelum dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh anggota-anggota
tubuh yang lain sebelumnya.
Sekarang semua anggota tubuh itu
sedang menghadapi masalah. Tubuh itu sedang berhadapan dengan darah tinggi pada
mulanya. Sampai sekarang penyakit darah tinggi itu belum selesai tetapi urat
saraf pula tidak berfungsi dengan baik lagi. Dalam pada itu timbul masalah kaki
yang tidak lagi mampu untuk menahan beban berat badan maka tubuh bergerak
begitu perlahan untuk sampai kemana-mana destinasi.
Dalam pada itu lutut pula sakit
maka terpaksa berjalan terdengkot-dengkot. Tetapi apa yang menakutkan telinga
pula tidak boleh lagi mendengar, maka itu sebabnya tubuh ini tidak sensitif
terhadap apa yang orang lain bincangkan. Tubuh ini tidak sedar ia telah pekak.
Kencing manis pula datang dan akibatnya mata pula tidak boleh melihat dengan
jelas. Berbagai-bagai lagi penyakit yang baru datang sedangkan
penyakit-penyakit yang lama belum juga dapat diselesaikan.
Apabila semua anggota tubuh
dihinggapi penyakit maka sudah tentu ia akan mengakibatkan jantung tidak
berfungsi dengan baik dan akibatnya amalan dan ibadah sudah tidak dapat
dilakukan dengan sempurna. Jika ‘tubuh yang sebenarnya tubuh’, maksud saya
batin kita tidak cekal dan lemah lagi fakir, maka dikhuatiri pula ia akan
mengakibatkan jiwanya tidak tenteram. Jiwa yang tidak tenteram adalah padang permainan yang amat
enak bagi syaitan dan yang bathil.
Itulah yang berlaku dalam kepimpinan
kita sekarang ini. Barisan kepimpinan kita ‘ibarat sebatang tubuh yang sudah
hampir tidak mampu untuk berfungsi dengan baik selain dari hanya berkemampuan
untuk bernafas dan nafas-nafasnya adalah nafas yang pendek-pendek’. Ia mengakibatkan
negara menjadi lemah. Itu sebab kita lihat sekarang ini UMNO dan barisan
pimpinan hari ini menyelesaikan masalah dengan mengambil ubat ‘pain killer’
sahaja tetapi tidak akan mampu lagi untuk menyembuhkan penyakit.
Sekarang ini PM Najib dan
rakan-rakan lantikan beliau hanya menumpukan kepada pemberian ‘pain killer’
sahaja. Memberikan makan ‘pain killer’ semata-mata tidak akan dapat
penyelesaiannya dan akhirnya nanti ‘pain killer’ ini tidak akan efektif lagi
kerana sudah ‘immune’ dengan sistem tubuh yang tidak sihat tadi.
Sekarang ini ‘pain killer’ tadi
sudah tidak berfungsi lagi maka rakyat dan pimpinan sendiri sudah tidak tahu
hendak berbuat apa-apa lagi. Jika tidak ada perubahan kepada pimpinan baru,
maksud saya orang yang baru dengan ‘mentality’ yang baik tubuh ini akan
terbaring dan terlantar dihadapan mata rakyat.
‘Partisan politics’ bukan
jawapannya kerana dalam parti-parti alternatif itu sendiri adalah dikalangan
mereka yang sudah pasti akan menghadapi penyakit yang sama dan penyelesaian
sekarang ini bukan parti-parti politik lagi. ‘Virus’ yang sama juga ada didalam
sistem tubuh parti-parti pembangkang ini.
Alang-alang hendak berubah kita
ubah semua yang nampak akan memberikan masalah kepada kita. Pemimpin-pemimpin
Sabah dan Sarawak juga menghadapi masalah dengan
rakyat yang mereka pimpin. Maka semua pemimpin-pemimpin di sana wajar bersatu melakukan perubahan ini
kerana mereka di Malaysia Timur juga sedang menghadapi masalah besar sebagai
ahli kepada persekutuan yang besar ini.
Persatuan rakyat Sabah dan Sarawak
yang selama ini baik di antara kaum dan agama akan menjadi masalah jika ‘virus’
yang merbahaya yang sedang menghinggapi Malaysia Barat akan menular ke Malaysia
Timur pula.
Sikap berhati-hati rakyat dan
pemimpin di sana amat diperlukan kerana dalam
jangka yang pendek sahaja mereka di sana
akan berpecah seperti kita di Semenanjung ini. malahan perpecahan mereka di sana itulah yang
diharapkan peh pimpinan Persekutuan untuk membolehkan mereka terus berkuasa
seperti sekarang ini.
Bukannya kita tidak tahu, pimpinan
hari ini wujud dan kekal kerana perpecahan rakyat di antara wilayah, bangsa dan
agama. Sebagai yang saya sebutkan awal-awal tadi perpecahan seperti ini,
merupakan ‘condusive playing ground’ untuk mereka yang batil dan yang bencikan
mereka yang kuat dengan agama masing-masing.
Semoga tahun 2014 ini akan
membawa perubahan yang abadi bagi negara yang berbilang kaum, agama dan cara
hidup ini. Kita tinggalkan pimpinan yang sentiasa berada dalam kefakiran jiwa kemaknusiaan
seperti sekarang ini.
Kalau badan manusia menghidap penyakit 'batu karang', begitu jua badan negara kita ini, bezanya negara kita ini menghidap penyakit 'batu api'.Jika penyakit batu karang ini salah satu dua penyebabnya ialah kurang minum air dan diakibatkan tabiat menahan membuang air kecil.Penyakit 'batu api' dalam negara ini pula disebabkan pemimpin umno gagal menyemai dan menambah nilai-nilai yang positif dan harmoni kepada rakyat yang berbilang bangsa dan agama ini. Tanpa tindakan penyelesaian yang kekal dan adil, pemimpin yang memimpin ini pula tidak segera membuang segala sikap-sikap negatif dan permusuhan yang hanya akan membawa kepada perpecahan perbezaan bangsa dan agama.Jika segala isu bangsa dan agama terus dijadikan modal politik, maka jika berlaku porak peranda dalam negara, berkemungkinan pemimpin yang memimpin dengan penyakit 'batu api' sebagai cara untuk berkuasa semula.
ReplyDeleteSekuat mana usaha dan pengorbanan pemimpin yang berkuasa sekarang ? adakah mereka sedar bahawa langkah-langkah mereka sudah tersasar dari perjuangan asal ideologi negara Malaysia.Sudah 56 tahun Malaysia bebas dari penjajah, walaupun sekadar mengecapi 47% kejayaan memajukan dan mengeratkan perpaduan kaum setelah berusaha gigih, tetap tiada guna kepada mana-mana negara didunia jika penyakit suka menyalahkan bangsa dan agama lain masih lagi diamalkan.Sepatutnya kepelbagaian bangsa dan agama adalah kekuatan sebenar negara Malaysia.
ReplyDeleteNegara kita dijangkiti 'sindrom majoriti', seperti yang kita tahu jika kita majoriti kitalah yang berhak menentukan segala-galanya berkaitan segala politik,ekonomi,sosial,bangsa dan agama tetapi harus beringat jika bangsa dan agama majoriti tidak sama dengan bangsa dan agama kita di negara lain dan pihak yang sama dengan kita adalah golongan minoriti adakah kita menyokong tindakkan yang tidak adil majoriti ini kepada pihak minoriti.Persoalannya sekarang ialah tentang kefahaman kita tentang hak-hak sebagai seorang manusia, hak minoriti dan hak majoriti tanpa mengorbankan kebangsaan dan akidah kita, jauh sekali akan bertindak menyalahkan orang lain
ReplyDeleteInilah akibatnya apabila sesebuah negara itu diperintah oleh pemimpin-pemimpin yang tidak berintergriti dan tidak amah serta enggan mendengar keluhan dan rintihan rakyat jelata. Janganlah kita tunggu sehingga nasi menjadi bubur yang sekarang ini telahpun dirasai rakyat dan negara dengan adanya berbagai himpunan jalanan untuk menuntut perubahan dan penambahbaikkan sistem dan dasar negara.
ReplyDeletekita boleh sahaja tinggalkan pemimpin yg kurang jiwa dan tak boleh menyelamatkan diri lagi
ReplyDeletemasalahnya dia masih terperuk dlm mahligai putrajaya...
menjadi tanggungjawab kita semua pergi sana utk pergi masuk ambil dan membuangnya...
people should began their revolution
Aspan,
ReplyDeleteIt happened in Sabah resulting UMNO took over Sabah. I have nothing against Islam poseltysing. Don't do it using federal or state funds to do so. Sabah is a classic exmaple where leaders such as Tun Mustapha has started on over aggressive conversion of sabahan tribes. Mustapha was bestowed the power of detention without trial by Tunku detained many priests especially christians ones. Many of them deported out of the state. Berjaya under Salleh didn't fare better either. It's until Pairin has put a stop on all this
Pak Aspan..perlukah sy mngeluh? Istighfar?.....@ buat dek je bila tau bhw SETIAUSAHA POLITIK PM NAJIB yg baru ialah NORHAYATI ONN........ish.sih.ish........apa mkna smua ni?
ReplyDeleteJika kalimah Allah boleh menyebabkan umat islam keliru, apa bezanya dengan pendapatan hasil cukai judi yang terus masuk kantung hasil negara tanpa diasingkan dahulu dari hasil pendapatan negara yang halal.Hasil haram judi ini sepatutnya diasingkan demi menjaga akidah umat islam agar tidak terpengaruh dengan pendapatan segera dari amalan judi.Pendapatan haram judi hanya layak digunakan golongan orang-orang kafir sahaja ( pagan, ada agama tapi bukan penganut agama islam )
ReplyDeleteBiar berapa kali tahun baru pun, pemimpin tetap usang dan semakin usang. Segala kekayaan negara seperti hanya difaraid sesama mereka sahaja. Untuk mendapat sedikit habuan yang telah, sedang dan akan dibolot oleh para pemimpin itu, terdapat pula segelintir manusia yang menonjolkan diri untuk mengambil kesempatan, digelar sebagai oportunis. Setiap kali pemimpin ditegur atau dibantah oleh rakyat, maka akan adalah pihak oportunis yang muncul membela. Contoh terkini adalah si mufti itu. Maka dengan itu pemimpin usang tadi masih tetap merasakan apa jua tindakan yang dibuatnya itu adalah sentiasa betul belaka, walaupun terang-terang ianya salah. Jepun yang menyembah matahari itupun sangat menitik beratkan sifat kebertanggungjawaban sebagai pemimpin. Alangkah malunya tidak terhingga, pemimpin kita yang mengaku sebagai islam, tidak memiliki sifat kebertanggungjawaban sebagai pemimpin. Pemimpin kita telah hilang pedoman dan kompas yang ada hanya diletakkan entah tidak tahu di mana, mungkin telah dicampakkan seumpama sampah.
ReplyDeletelooes74,
ReplyDeleteI know you have nothing against Islam but yo have a lot of prejudices on the Muslims.
You have lost the sight of history and now let me know which priest was detained by the Tunku as far as you remember?
I like some of your views, but I think you are a bit reckless about history which you know a bit too little.
Thanks
Tahniah, hari ni bil sampai, elektrik naik dari RM0.40 kepada RM0.516 (300kWj ke atas). Kata naik 4.99sen? Tipu lagi ke? Main nombor lagi ke? Kenaikan tak membebankan - naik 29% tak membebankan?
ReplyDeleteTambah2 kos elektrik pengimport + kos kilang + kos gudang + kos kedai = barang naik melambung lagi.
Tahniah kepada kroni dan IPP mereka, anda kini makin kaya. Tak lupa juga tahniah dan terima kasih kepada SEMUA PENGUNDI BN, anda kini dapat apa yang kalian hajati. Kesejahteraan anda di atas memijak dan menghenyak rakyat amat kami hargai.
Tuan AA,
ReplyDeleteumno sebenarnya 'gila majoriti'.Dulu sebelum dan selepas pembentukan negara malaysia, majoriti penduduk Sabah adalah peribumi bukan melayu dan sekarang peribumi sabah ini menjadi penduduk minoriti.Dari mana datangnya keahlian umno yang banyak ini melebihi keahlian umno di malaya.Sama-sama kita tunggu keputusan RCI dan penyelesaiannya.
Aspan,
ReplyDeletePerhaps, I didn't make myself clearly. Tunku did not directly imprison some sabahan priests. Due to the political expedience of preserving the so called federal grip in Sabah & sarawak, Tunku has decided to side Mustapha against Donald Stephen (Fuad Stephen). After the separation of singapore from malaysia, Donald Stephen seek for the revision of Malaysia agreement.
Anyway, once Tunku favoured Mustapha, Mustapha was given various power. One of them was the power to detain people without trial. Mustapha has then embarked excessive islamisation of sabah. It carried on from Mustapha to Harris & even until now.