28 February 2014

Seperti UMNO, PKR juga wujud 'rent seekers' yang ganas

Tan Sri Khalid Ibrahim memeterikan MOU dengan kerajaan pusat tanpa memberitahu pimpinan PKR untuk mengelakkan ‘rent seekers’ dari mempengaruhi perjanjian dan urusan untuk menyelesaikan isu air terawat diantara kerajaan Persekutuan dan Negeri. Kata Khalid beberapa orang pimpinan PR telah menemukan beliau dengan beberapa orang untuk menentukan nilai dan harga aset air di Selangor.

Khalid berkata beliau merupakan ‘investment banker’ yang berpengalaman dan beliau tidak mahu ‘principal’ yang penting tidak di ikuti iaitu untuk menilai aset dahulu baru ditetapkan harganya. Tetapi di sebaliknya mereka (pimpinan PKR) mahukan ditentukan harganya dengan tinggi dahulu baru di buat penilaian mengikut harga yang telah ditetapkan itu.

Menentukan harga dan tentukan nilainya mengikut harga yang dipersetujui itu, merupakan perkara yang sangat selalu kita dengar dan itu merupakan perkara yang selalu dilakukan oleh projek-projek besar dalam kerajaan UMNO. Itu yang menyumbang kepada korupsi yang begitu menular dalam BN. Itu pun yang rakyat marah dan memilih untuk memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat khususnya kepada PKR dalam pilihanraya dahulu di Selangor.

Tetapi apabila PKR mentadbir, perkara yang sama nampaknya berlaku juga dan itu yang membuatkan Khalid tidak berpuas hati dan melaksanakan apa yang telah terurus dengan kerajaan Persekutuan dengan cepat tanpa memberi tahu parti terlebih dahulu. Zaid Ibrahim, bakal calon bebas, dalam PRK Kajang telah menyebut isu Anwar mahu menjadi MB Selangor untuk mempengaruhi ‘deal air’ yang merupakan satu ‘exercise’ yang begitu besar itu.

Dalam isu ini saya lebih cenderung untuk merasa yakin terhadap kenyataan beliau (Zaid) yang Anwar juga tidak terlepas dari budaya dalam UMNO itu. Maka tidak salah jika saya katakan beberapa kali dalam blog ini yang Anwar merupakan seorang yang mempunyai DNA yang menebal dalam dirinya. Dalam sejarah Anwar, beliau tidak pernah tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh UMNO semasa beliau berada di dalamnya, malahan beliau merupakan ‘proponent’ terbesar dalam pembentukan budaya ‘rent seeking’ ini.

Tetapi malangnya beliau dipecat dan baru lah beliau bercakap dengan nada yang nyaring yang UMNO di saratkan dengan budaya ‘rent seeking’ yang susah untuk dikawal. Tetapi kecenderungan budaya yang sama berlaku dalam PKR, juga nampaknya sangat besar dan ia diakui oleh Menteri Besar dari parti itu sendiri. Saya yakin dengan kata-kata TS Khalid ini kerana beliau merupakan ‘boss’ saya agak banyak tahun  juga, semasa saya berkhidmat dengan sebuah agensi pelaburan kerajaan yang besar dalam mana TS Khalid adalah ketuanya. Budaya kerja dan sikapnya mengenai tindakan yang ‘professional’ tidak pernah diabaikan beliau.

Dalam perjanjian yang ditanda tangani tiga hari yang lepas, Kerajaan Selangor akan mengambil alih semua aset air di Selangor yang dipegang oleh Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat pengeluar air Selangor (Splash) dan Konsortium ABASS (ABASS) dengan harga RM 9.6 billion.

Bagi kepentingan pihak kerajaan Persekutuan pula, Kerajaan negeri Selangor akan mengeluarkan ‘development order’ dalam tempoh 30 hari untuk pembinaan ‘Langat 2 water treatment plant (Langat 2) (package 2A) serta distribution system (LRAL2)’. Dengan termetrinya MOU ini maka selesailah perbezaan diantara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri yang sudah berlarutan selama enam tahun sehingga hari ini.

PKR akan memanggil Khalid Ibrahim untuk memberikan penerangan terperinci tentang perjanjian yang tidak di maklumkan oleh Khalid kepada PKR itu. Keadaan ini sudah pasti menjejaskan imej PKR yang tidak henti-henti melaungkan isu transperansi dan isu-isu keterbukaan tetapi kenyataan Khalid itu menampakkan dengan jelas yang PKR juga mempunyai dan mengalami budaya yang sama seperti yang ada di dalam UMNO itu.

Kedudukan PKR sebagai parti reformis tercalar kerana jika ada budaya-budaya yag sama di dalam PKR seperti yag ada dalam UMNO itu. Maka imej sebagai parti reformis itu tidak membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat yang selama ini mengharapkan PKR untuk membetulkan keadaan buruk itu.

Imej reformis itu adalah kosong semata-mata. Samada DAP dan PKR boleh memulihkan kembali imej terbalik PKR itu, terpulang kepada keadaan. Pandangan sepintas lalu imej ini akan menusuk kedalam pemikiran dan jiwa rakyat yang sentiasa dikelirukan oleh pemimpin-pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab itu.

Laungan PKR selama ini sudah menunjukkan bukti yang ia hanyalah indah khabar dari rupa. Tiada sisik perjuangan seperti yang dilaungkan mereka.

Kita memerhatikan keadaan dengan dekat, lebih-lebih lagi sejak tindakan Anwar memaksa PRK Kajang itu dilakukan dengan tergesa-gesa itu. Mungkin benar kata-kata setengah pihak, Anwar dalam perjalanannya ke Putrajaya tidak henti-henti menyusahkan rakyat yang sedang hidup dalam keadaan tenang sekarang ini.

Tetapi pengikutnya yang fanatik tetap percaya yang beliau merupakan satu-satunya pemimpin yang layak menjadi Perdana Menteri…tidak dua , tidak tiga dan tidak ada yang lain pilihan Tuhan untuk memimpin kita. Kata mereka Anwar diturunkan kedunia ini untuk menyelesaikan semua masalah. Mungkin masalah dalaman yang sedang dihadapi oleh PKR ini, akan membawa penyelesaian kepada semua masalah yang lain pula.

Tuhan tidak menurunkan Anwar untuk menyelesaikan masalah beliau sendiri. Malah beliau, biar rakyat yang menyelesaikannya. Itu pun dengan izinNya jua. Masanya akan sampai. Itu pun dengan kehendak dan izinNya juga.

Tetapi hukum akal berkata Pakatan Rakyat akan berpecah, buka kerana DAP atau PAS tetapi oleh kerana parti tunjangnya, iaitu PKR. Telahan saya mungkin salah, tetapi itu adalah telahan yang telah difikirkan dengan panjang dan teliti. Dalil-dalil perpecahan itu semakin hari semakin terang dan jelas.

15 comments:


  1. Susah juga Anwar dan sekutunya hendak memusing kepala Khalid Ibrahim tu.

    Itulah lain kali pilih orang yg sama kepala dengan UMNO untuk jadi MB mewakili PKR.

    PKR ni macam UMNO jugak. Orng baik dipermainkannya. Tapi nampaknya Khalid Ibrahim tak mudah dipermainkan. Dia ada pendirian.

    ReplyDelete
  2. Jawapan Tan Sri Khalid adalah sindiran sinis untuk UMNO, tetapi bagi mereka yg masih kekal kromosomnya dgn DNA UMNO menganggap itu adalah merupakan pengakuan. Inilah dikatakan kebijaksanaan strategi Tan Sri. Jika benarpun ia menunjukkkan keikhlasannya tetapi jika tidak, umpan mula memikat.

    ReplyDelete
  3. Mungkin benar PKR masih dianggotai pemimpin yang ber DNA UMNO.Ramai sudah melompat kerana tidak mendapat apa2 habuan sewaktu menyertai Keadilan.

    Tetapi soal "rent seekers" atau korupsi tiada saipa yang boleh mengatasi UMNO yang telah lebeh dari satengah abah melanun, merompak dan khazanah rakyaat.

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Aspan..

    Dinegara yang lebih maju seperti di AS seorang presiden hanya dibenar menjawat jawatan yang disandang dua penggal sahaja.. Termasuk didunia ketiga presiden Indonesia SBY yang akan menyerahkan kepada penggantinya walau pun masih popular..

    Dinegara tersebut mereka faham penyakit yang bakal menimpa kapada pemegang jawatan lama..

    Belum ada satu parti diMalaysia yang mempunyai perlembagaan begitu samaada Umno,Pas,PKR,Dap dll.. Nampaknya penyakit diMalaysia masih jauh untuk disembuhkan.

    ReplyDelete
  5. SALAM SDR ASPAN;

    Satu ulasan yg tepat dan berani. Tapi itulah hakikatnya. Mana2 politikus yg asal-usulnya dari umno,kuman makan free dan makan senang ini senang nampak.

    Dalam umno sekarang ini penuh dgn LP(lembu pawah) yg kerjanyan hanya mematahkan percambahan fikiran yg diberi olih orang biasa, tiada kepentingan macam kita.

    Harap2 ramai lagi orang2 berperinsim macam MB Selangor sekarang dalam PR , supaya apabila tiba masa rakyat memberi mandat mereka yg berperinsip begini akan menjada penaraju pemerintah. Pemerintah cermat, berhemah, amanah, rakyat dan negara selamat.

    ReplyDelete
  6. Saya tak faham le pkr ni. Tengok Penang, dap tak kacau pun Ketua Menteri. Please le pkr, for once think positive.

    ReplyDelete
  7. Sebagai MB Tan Sri Khalid Ibrahim yg menerajui kerajaan negeri, sememangnya dia memegang kuasa eksekutif memeterikan MOU dgn kerajaan pusat. Jadi apa perlunya memberitahu pimpinan PKR? Tentu shj dia telah mendapat lampu hijau sebelum itu dari pemimpin2 PR termasuklah PKR tanpa dihebohkan. Apa yg jelas, tiada pula apa2 bantahan dari mana2 pemimpin PR menyusul selepas MOU itu termeteri.

    ReplyDelete
  8. Akhirnya....adalah satu perbuatan Bodoh ini pilihanraya Kajang bila ADUN perlu letak jawatan....apahal tak suruh Azmin letakkan kerusi daia (kononya dah hilang nak buat Umrah agar semua orang islam bodoh lupakan keTAMAKKAN dia)..

    Adlah Gila kalau undi UMNO Barang Naik untuk bagi apa lagi....Lagi Barang Naik??


    Zaid - Maaf No way...

    lebih baik bagi calon bebas ABU/Bersih itu gaji $7000 sebulan buat sesuatu.....Kita nak lihat lagi Drama PKR Selangor....

    Kalid pun lemah Tak Pecat itu terrorist JAIS curi Alkitab.....tak tegur Sultan perbuatan itu Salah.....tapi berani pecat Orang tak guna PKNS....... Akhirnya...hnya keruntuhan ekonomi Malaysialah jawapanya...Harap semua orang kelurkan duit Ringgit dan Labor ke negara lain....akan jadi macam Duit Zimbabwe atau Ruppiah!!..Teruskan Agenda 2020!!

    ReplyDelete

  9. Kepada semua pembaca...

    Saya memerhatikan semua pijak mengeji pihak yang lain. Penyokong Anwar sekarang ini lebih hebat membelsah Umno dgn kata-kata kotor. Anwar sahaja yg lebih baik.

    Tetapi Anwar sedang meminta nyawa dengan Umno untuk reconciliasi national dan beliau mahu berada dalam kerajaan bersama Umno.

    Habih, tuan-tuan yg menghentam Umno sekarang terpaksa menjilat ludah dan bersama-sama pula denga Umn0.

    Yang puas dgn kehendak hatinya ialah Anwar Ibrahim, awak semua dapat apa? Awak semua diperguna untuk mendaji pendekar Anwar akhirnya Anwar akan berpelukan dgn Najib.

    Justru awak semua hanya jadi kuda untuk melejang musuh anwar sahaja. Akhirnya wak semua jadi baruah sahaja.

    ReplyDelete
  10. saya rasa Pak Aspan macam menyindir saya. Saya memang peminat Anwar Ibrahim dan nak lihat dia jadi PM.Tapi tidaklah fanatik gila sangat malah saya bersedia merejam telo busuk ke punggungnya jika Pak Aspan & rakan2 pembahas berjaya menyakinkan saya bahawasanya Anwar kayaraya, darahdagingnya kayaraya & kroni2nya kayaraya. Zaid Ibrahim bukanlah org yg buleh dipercayai sangat, jgn lupa apa pendirian & peranannya sewaktu Tun Salleh dipecat 1987~1988. Mungkin niatnya membaiki kerosakkan bila hakim2 yg dipecat termasuk Tun Salleh diberi gantirugi sewaktu dia jadi menteri. Diberi peluang bertanding Hulu Selangor...kalah dan gigit semula jari org. yg memberinya peluang. Skrg di Kajang sekali lagi beliau gigit jari org yg sama. Mana mungkin Anwar berada didalam acuan yg sama spt.Madey, Daim, Najib , Muhyiddin dll. Kalau beliau berada di acuan yg sama bukan ke mudah utk tamatkannya....cuma guna modus operandi yg sama digunakan pd arwah Dato Harun . Tak perlu guna cerita2 lendir yg memalukan melayu dan Islam akhirnya. Krjn umno BN lagi byk menyusahkan rakyat dgn korapnya dan barang2 naiknya. Apalah sangat dgn politik Anwar, beliau cuma menjalankan tugas beliau sebagai ahli politik opposisi. Tkasih.

    ReplyDelete
  11. Suffian,
    Tak ada siapa yang hendak menyindir sdr. Saya hanya menulis apa yang hati saya tergerk untuk menulis.

    Sdr ada hak untuk memandang Anwar sebagai apa sekali pun, tetapi saya juga ada hak untuk memandang beliau sebagai apa.

    Masing-masing mempunyai sudut pandangan masing-masing dan masing-masing juga memandng sesorang itu berdasarkan kepada pengalaman lama.

    Oleh yg demikian, saya tidak bercadang untuk menyatakan premis pandangan dan persepsi saya terhadap Anwar kerana saya tidak berminat untuk menyebut perkara yg sebenarnya secara terbuka kerana itu sikap saya.

    Saudara mengatakan Zaid Ibrahim menggigit tangan Anwar yang memberi dia makan. Saya tak tahu apa yang diberi makan oleh Anwar kepada Zaid Ibrahim itu.

    Zaid Ibrahim juga kawan saya satu kampus sejak 42 tahun dahulu dan setahu saya beliau mencari makan dengan bidang beliau.

    Tidak bolehlah dikatakan kerana anwar memberi beliau bertanding di Hulu Selangor itu dianggap sebagai menggigit jari Anwar.

    kalau itu premisnya Anwar juga telah menggigit banyak rakan seperjuangan beliau baik semasa dalam ABIM lebih-lebih lagi dalam UMNO dahulu. Saya tidak bercadang untuk mengungkit jari mana dan tangan mana yang Anwar telah gigit itu.

    Sebelum dipecat oleh Dr mahathir dahulu secara senyap-senyap Anwar telah enggigit Dr mahathir yang menaikan beliau.

    Ramai lagi kawan-kawan yang menaikan beliau dalam UMNO dahulu di gigit oleh Anwar sampaikan mereka tidak bernyawa lagi politik mereka.

    Ahli Parlimen dari Johor Zainab Abu Bakar dipecat keahliannya dri UMNO oleh Anwar, sedangkan kesalahan beliau tidak seberapa. Anwar tidak sedar yang dibuangnya itu adalah anak kepada pengass UMNO sedanghkan Anwar yang memcat itu belum pun kering tanda tangannya sebagai ahli UMNO.

    uffian, pergilah sdr menyokong Anwar itu dan biarkan sesiapa yang tidak menyokong itu sendirian seperti kita semua membiarkan sdr menyokong Anwar sendirian.

    Masing-masing ada pendirian dan pandangan masing-masing terhada sesiapa.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Isu nya, si zalim bn mesti dinyahkan tak kira sapa jadi pm, dsai dll.

    ReplyDelete

  13. ars, awak ni lebih sudu dari kuah. Tahu kamu tak Anwar nak kompromi dgn BN dan dia offer dirinya untuk berada dalam kerajaan.

    Jgn keterlaluan. Anwar pun sedang hantar wakil untuk berunding dgn BN awak pula lebih-lebih


    jony

    ReplyDelete
  14. Selain Ahli Parlimen dari Johor Zainab Abu Bakar dipecat keahliannya dari UMNO, Anwar juga telah menasihatkan Rahim Tambi Chik turun dari kepimpinan UMNO. Tidak boleh dipakai betul Anwar ini. Begitu juga Mahathir, jika Anwar tidak melancarkan gerakan reformasi, Malaysia masih diterajui oleh Mahathir untuk terus membangunkan lagi negara.

    ReplyDelete
  15. Salam..
    MB selangor memang harus ditukar..mengikut kata penganalisis politik,selangor ni bakal jadi seperti terengganu,dan kedah..

    Serangan di selangor untuk penggal ni bukan macam serangan direct seperti penggal lepas..serangan kali ni untuk melemahkan Tan sri khalid dengan pujian dan 'bodek' dari umno..

    Sebab situasi selangor sekarang ni x ubah mcm situasi di kedah penggal lepas..ada keretakan dalaman PAS..

    So ada baiknya DSAI bertanding kerana dia berkaliber untuk mematahkan serangan umno..hanya DSAI dan TGNA yang bijak dan cerdik untuk menyahkan helah,tipu muslihat umno..

    Namun pujian dan penghargaan yang besar harus diberikan pada Tan sri khalid,tan sri khalid memang bijak dan dialah antara individu terlibat dalam serangan subuh di bursa london dahulu..
    Namun org yang bijak membaca helah dan tipu daya perniagaan x semestinya bijak membaca tipu daya politik..
    DSAI ada pakej lengkap tersebut..

    ReplyDelete