01 March 2014

Pelan rekonsiliasi untuk yang terdesak sahaja, bukannya untuk rakyat

Pandangan sepintas lalu rakyat tentang ‘National Reconciliation Programme’ (NRP) itu hanya khayalan, walaupun ia sedang serius dipertimbangkan oleh semua pihak yang sedang berperang politik. Anwar memulakan isu ini pada bulan Januari yang lepas dan Najib memberikan respons yang positif dari sudut bunyi kata-katanya. Tetapi jika ditanya rakan-rakan yang berada dalam UMNO termasuk dalam Majlis Tertinggi UMNO sendiri, tidak ada siapa yang tahu. Maka adalah jelas yang ada atau pun tidak program itu, ia hanya diketahui oleh Najib sahaja, dan mungkin seorang dua yang hampir kepada beliau.

DAP yang begitu terkeliur dengan program ini mahukan Najib membuka secara terbuka apakah yang telah beliau rancang dan di tulis tentang program ini. Apa yang menyebabkan DAP begitu terkeliur dengan program ini tidak dapat diketahui oleh sesiapa.

Tetapi pemerhati politik yang bercakap dengan telus dan terang beranggapan yang DAP sememangnya berkehendakan berada dalam kerajaan kerana parti itu sudah merasakan keseronokan sebagai kerajaan di Pulau Pinang. “DAP has tasted blood, and they want to taste more” kata seorang pensyarah dari Universiti tempatan semasa minum petang dengan saya sehari dua yang lepas. “Now DAP is saying that MCA has no integrity by joining the government, as DAP wants to replace MCA if the NRP succeeds” katanya lagi.

Untuk melaksanakan NRP ini ia memerlukan seorang yang ‘magnanimous’ dan bukannya pemimpin yang mengetuai kumpulan yang sedang berperang politik. Tidak mungkin Najib dan Muhyidin boleh melakukannya. Begitu juga bukan Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim melakukannya. Sememangnya yang Anwar berperang politik selama ini ialah untuk berada dalam kerajaan atau kalau boleh beliau hendak mengetuai kerajaan. Anwar begitu ‘frustrated’ dengan Dr Mahathir kerana memecat beliau dari UMNO sedangkan beliau mahu menjadi pemimpin utama diperingkat Presiden dalam parti itu.

Anwar telah mengarak rakyat ke hulu ke hilir serta ke darat dan ke baruh untuk mendapatkan kuasa itu. Malahan memaksa diadakan PRK Kajang ini merupakan salah satu dari strategi beliau untuk menuju ke Putrajaya. Dalam proses itu Anwar telah mewujudkan perpecahan dalam PKR khususnya di Selangor kerana dalam masa yang sesingkat itu, Khalid sudah dianggap sebagai pemimpin yang tidak baik dalam PKR khususnya kepada pemimpin-pemimpin muda yang 'menggeli pundi-pundi' Anwar sekarang.

Kumpulan ini sanggup berubah haluan dari menghina UMNO kepada berpelukan dengan pimpinan UMNO asalkan sahaja Anwar mendapat tempat dalam kerajaan. Jika ada kompromi diantara Anwar dengan Najib, maka akan wujud banyak pihak yang terpaksa 'menjilat ludah' masing-masing dan tunduk kepada penyatuan Najib dengan Anwar itu.

Mereka terpaksa melatih diri mereka untuk bersetuju dengan Najib pula. Itu sebabnya saya selalu berkata supaya jika marah jangan lebih-lebih supaya senang untuk bersatu, dan jika sayang pun jangan lebih-lebih supaya senang hendak mengambil keputusan jika terpaksa melakukannya. Tetapi yang muda-muda terlalu seronok berpolitik dan sanggup menjadi kaldai kepada seseorang pemimpin mereka, bersikap garang dan bisa mulut mereka. Kata orang anak muda 'julung berkeris, batang pisang pun disanggah'nya.

Kita hendak juga tahu apa yang difikirkan oleh Najib tentang NRP ini. tetapi setakat ini ramai dikalangan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi pun berkata yang mereka tidak tahu apa yang ada dalam pemikiran Najib itu. Ada seorang yang hampir dengan saya berkata, “biarkanlah Najib bersatu seorang diri kerana kami tidak tahu apa yang beliau hendak lakukan. Dan kalau beliau beritahu pun saya jangka cadangan itu akan mendapat bantahan keras kerana kalau nak bersatu bukannya dengan pengacau seperti Anwar. Ini perkara serius” katanya.

Jika ada pun usaha Najib dan Anwar untuk berkompromi itu adalah hajat dua orang yang 'desperate' kerana apa pun yang mereka akan lakukan diatas nama NRP itu ia tidak akan berjaya. Niat itu akan terbengkalai begitu sahaja. Mungkin ada seorang dua yang akan mendapat faedahnya. Tetapi pihak yang dibawah yang telah berperang politik dengan melemparkan kata-kata kotor terhadap sasaran masing-masing akan kantoi dan akan merasa malu diatas perbuatan pemimpin mereka yang menyebabkan mereka berperang itu. 'Muka berpandangan, budi kedapatan', kata orang-orang tua dahulu.

Bagi pandangan yang realistik dalam isu NRP ini jika ia hendak dilaksanakan, yang utama sekali mereka-mereka seperti Anwar, Najib, Muhyiddin serta pimpinan kanan UMNO, LKS dan LGE sepatutnya berundur. Mereka tidak akan memberi sumbangan untuk kompromi itu dan mereka semua wajar menarik diri dan berehat dan bersara sahaja selepas itu. Dr Mahathir dan Daim pula elok berhenti dari masuk campur dalam urusan politik negara ini dan jangan lagi menggunakan UMNO dan kerajaan sebagai modal peniagaan masing-masing.

Baru ada NRP yang abadi.

5 comments:

  1. Damam..............

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan Aspan,

    Kalau semua kena berundur, siapa lagi yang tinggal? Mungkin Wan Azizah dgn Rosmah akan menguasai kerajaan secara langsung, tidak perlu di sebalik tabir lagi......

    ReplyDelete
  3. Cadangan untuk melakukan reconciliation itu terbit dari mulut Najib sendiri sebaik shj keputusan PRU13 mengisytiharkan BN telah berjaya membentuk kerajaan dgn majoriti mudah, kemudian dibiarkan senyap shj. Anwar yg mengungkit janji Najib itu, bilakah nak dilakukannya? Jadi, adalah tidak mungkin pasukan Najib tidak menyedari janji boss mereka itu, melainkan mereka mabuk/khayal ketika itu. Tuduhan menyatakan Anwar bersekongkol dgn Najib dlm urusan reconciliation ini tidak berbangkit sama sekali.

    ReplyDelete
  4. Pak Aspan....saya tidak fikir NRP akan menjadi kenyataan namun saya tidak tahu apa tujuannya dua puak ini mengembar-gemburkannya. Mungkinkah rancangan NRP ialah Anwar Ibrahim akan dinobat jadi PM dan umno BN akan menyokongnya kerana saya tidak fikir Anwar akan bersetuju tidak jadi PM.Oleh kerana itu maka semua yg korap dalam umno BN akan terlepas. Kalau itu yg berlaku maka saya akan pencen dari jadi peminat/penyokong Anwar.
    Anwar mungkin berhajat sangat3 nak jadi PM tapi yg desparate ialah Najib. Najib byk sangat "kes"... yg melindunginya skrg ialah kuasa PMnya. Kebanyakkan pemimpin2 umno bermasalah, cuma berpaut pada dahan yg rapuh.
    Kalau Pak Aspan selalu berimaginasi akan kehadiran satu set kepimpinan yg bersih utk mengambilalih kuasa krjn di Malaysia , saya pula berimaginasi yg Anwar dapat jadi PM melalui NRP tapi seluruh sistem & jentera yg korap mesti memulangkan segala $$$ yg mereka kebas dan krjn berhak memiliknegarakan harta2 si korap dgn balasan tiada dakwaan terhadap si korap di mahkamah. Win-win tak ?

    ReplyDelete
  5. Jika Anwar menjadi PM melalui NRP, adalah satu kerugian yg amat besar baginya. Anwar pastinya tidak mendapat sokongan padu drp pemimpin BN yg lain, ditambah pula dgn kehilangan sebahagian besar sokongan dari penyokong PR selama ini. Natijahnya pentadbiran negara akan menjadi lebih celaru. Tidak mungkin Anwar bersetuju menjadi PM melalui NRP. Sebagai pejuang rakyat Anwar hanya bersedia untuk bersama menjayakan NRP untuk kepentingan rakyat, bukannya besekongkol dgn BN bagi kepentingan peribadi.

    ReplyDelete