Isu operasi lalang pada tahun
1988 yang lalu, kembali menjadi berita hangat kerana politik kini bertambah
celaru dan apa sahaja yang teringat oleh sesiapa walaupun isu itu sudah lama ia
kembali panas. Dr Mahathir telah memberi respons kepada tuduhan Anwar yang beliau
(Dr Mahathir) bertanggungjawab sepenuhnya dalam isu operasi lalang di mana 108
orang penggiat politik dan pemimpin-pemimpin NGO telah ditahan dibawah ISA pada
tahun 1988 dahulu.
Dr Mahathir kembali dengan
memberikan respons dengan mengembalikan tanggungjawab itu kepada Anwar Ibrahim
kerana tindakan itu adalah tindakan bersama dan jika Anwar tidak bersetuju
beliau sepatutnya meletakkan jawatan. Oleh kerana Anwar yang bersama dalam
kabinet Mahathir maka apa tindakan kerajaan itu adalah tindakan bersama
termasuklah tindakan menahan 108 orang dalam operasi lalang itu.
Bagi saya apa yang telah
dikatakan oleh Dr Mahathir itu ada benarnya kerana jika sesiapa yang sebenarnya
tidak bersetuju dengan tindakan operasi lalang itu sepatutnya meninggalkan kabinet
dan itu pun semangat dan moral kepada demokrasi sebenarnya. Dimana-mana negara
maju selalunya ahli kabinetnya akan meletakkan jawatan sebagai tindakan 'protest'
apa yang tidak dipersetujui yang dilakukan oleh seorang Perdana Menteri.
Tetapi Anwar semasa itu
memberikan sokongan sepenuhnya kepada tindakan Dr Mahathir itu dan hanya tidak
bersetuju setelah beliau keluar atau dipecat oleh Dr Mahathir pada tahun 1998
dahulu. Semua orang tahu Anwar merupakan penghulu kepada semua penyokong Dr
Mahathir. “Kalau boleh ku pintar awan dilangit, akan ku ukirkan nama mu wahai
Mahathir!” katanya semasa berucap dalam satu majlis parti yang dihadiri oleh Dr Mahathir sendiri.
Jika kita sekarang menuduh
ahli-ahli dan penyokong UMNO hanya mengampu pimpinan UMNO, kepada yang sudah
dewasa dan bergiat semasa itu masih terngiang-ngiang ditelinga kenyataan ampuan
Anwar terhadap Dr Mahathir. Taraf ucapan ampuan Anwar semasa itu hampir sama
dengan ‘standard’ ucapan Sanusi Joned yang kita dengar dalam ucapan penangguhan
beliau (Sanusi) di Perhimpunan Agung parti semasa itu.
Jika Anwar benar-benar tidak
bersetuju dengan tindakan 'boss'nya itu beliau sepatutnya meninggalkan kabinet.
Tun Dr Ismail telah meninggalkan kabinet Tunku apabila beliau tidak bersetuju
dengan tindakan Tunku mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Begitu juga lah Syed
Jaafar Albar. Tun Dr Ismail hanya kembali setelah Tun Razak mengambil alih
kepimpinan negara dan menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Tengku Razaleigh mengambil
langkah menandingi Dr Mahathir apabila beliau dapati yang kerajaan sudah mula
menyeleweng dan ada tanda-tanda pemimpin negara sudah mula mengambil kesempatan
memperkayakan diri mereka. Tengku Razaleighh mengambil keputusan untuk
meletakkan jawatan sehari dua sebelum menandingi Dr Mahathir sebagai Presiden
parti.
Beliau mengambil sikap mengundur
dari jawatan kerana menandingi seorang Presiden parti itu adalah tindakan ‘vote
of no confidence’ terhadap pimpinan dan adalah tidak betul jika beliau masih
berkhidmat dibawah kepimpinan yang beliau telah tunjukkan undi tidak percaya
itu. Sehingga saat Dr Mahathir bersara TR tidak berada dalam kabinetnya. Beliau
tidak mahu terpalit dengan apa yang sedang berlaku dalam kerajaan dalam
semangat ‘collective responsibility’ itu.
Tetapi Anwar mengambil sikap
menyokong apa sahaja langkah yang diambil oleh Dr Mahathir dahulu. Hanya
sekarang Anwar bertindak membidas Dr Mahathir sedangkan beliau semasa itu
adalah Naib Presiden UMNO yang baru terpilih semasa operasi lalang itu berlaku.
Anwar hanya 'berkokok diluar sangkar'... 'Kalau hendak memahat biarlah mengikut
garisan'.
Bukan itu sahaja, Anwar adalah penyokong tegar Dr Mahathir dan bersetuju dengan tindakan Dr Mahathir menghancurkan semua institusi demokrasi seperti Badan Kehakiman dan Perundangan serta yang lain-lain. Sekarang Anwar pula yang menjerit kerana Badan Kehakiman kepada beliau sudah tidak adil lagi. Anwar menyokong Dr Mahathir sepenuhnya untuk memusnahkan 'independence of judiciary' dan pengasingan kuasa diantara tiga tonggak demokrasi negara itu.
Bukan itu sahaja, Anwar adalah penyokong tegar Dr Mahathir dan bersetuju dengan tindakan Dr Mahathir menghancurkan semua institusi demokrasi seperti Badan Kehakiman dan Perundangan serta yang lain-lain. Sekarang Anwar pula yang menjerit kerana Badan Kehakiman kepada beliau sudah tidak adil lagi. Anwar menyokong Dr Mahathir sepenuhnya untuk memusnahkan 'independence of judiciary' dan pengasingan kuasa diantara tiga tonggak demokrasi negara itu.
Bukannya banyak perkara yang saya
bersetuju dengan Dr Mahathir ini, tetapi dalam isu yang dibangkitkan oleh Anwar
berhubung dengan operasi lalang ini, tanggapan Dr Mahathir terhadap Anwar
adalah betul.
Begitu juga dalam isu ‘bailout’
Mirzan oleh kerajaan yang memakan wang rakyat hampir dua billion dahulu, Anwar
juga tidak menunjukkan sikap tentangan terhadap tindakan kerajaan pimpinan
Mahathir semasa itu. Jelas-jelasnya anak Perdana Menteri telah menggunakan keringat
rakyat untuk ‘bailout’ anaknya itu, tetapi Anwar dan semua ahli kabinet tidak
berbuat apa yang mereka sepatutnya lakukan sebagai Ahli Jemaah Kabinet Dr
Mahathir semasa itu.
Sepatutnya semua ahli kabinet
meletakkan jawatan kerana tindakan yang amat merugikan negara itu. Dalam keadaan
sekarang begitu ramai ahli-ahli UMNO termasuk dikalangan Menteri-Menteri
seperti Muhyidin masih berdiam diri sedangkan didalam hati mereka itu kita
tahu, amat tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib sekarang ini.
Mereka hanya bercakap dibelakang
sahaja. Apabila dihadapan Najib, mereka takut untuk menyuarakan perasaan
mereka. Begitulah sikap Anwar sendiri semasa menjadi Timbalan PM dan ahli
jemaah kabinet Dr Mahathir dahulu…semua setuju, malahan Anwar hendak lukiskan nama Dr Mahathir dilangit
jika beliau dapat mencapai awan dilangit. Bukan calang-calang sokongan yang
Mahathir perolehi dari Anwar semasa itu.
Sekarang diantara kedua pemimpin
ini, seperti 'buntut kuali mengatakan buntut belanga hitam'. Orang ramai dibawah
tidak tentu arah berperang kerana kedua-dua pemimpin ini. Lebih baik cari
pemimpin lain untuk menggantikan Najib ini. Tidak usah bergaduh kerana mereka
berdua ini. Hentikanlah mencarut dan menistakan pihak yang berlawanan dengan
kumpulan kedua-dua pemimpin ini.
‘Enough is enough’.
Tanya Anwar berapa Marzuki dapat masa jual share PENAS BHD
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSudah terhantuk baru hendak tengadah, dlm situasi ini memang tepat dan cukuplah ianya berlaku sekali itu. Akan tetapi Anwar ini sempat juga tengadah selepas terhantuk itu. Jika dibandingkan dgn Mahathir yg sentiasa menghuru-harakan keharmonian politik negara, menghantukkan sesiapa sahaja yg tidak memenuhi seleranya, masih belum sedarkan diri apatah lagi untuk insaf dan bertaubat. Tentu pengalaman yg menyebabkan Anwar terhantuk itu, mengajar dirinya membentuk suasana supaya ianya tidak menyebabkan rakyat keseluruhan ini terhantuk pula. Pd masa itu semuanya telah terlewat, perkara diminta dijauhi oleh Allah AWJ drp berlaku.
betul lah apa yang Anwar buat kerana ia percaya mahathir tu ikhlas kat orang Melayu rupa nya dia keling.
ReplyDeleteKalau mahu bergaduh pun, usahlah membabitkan orang lain. Rakyat yang bijak perlulah pandai menilai...
ReplyDeleteTahun 1988..Anwar tu anak emas Tun Mahathir. Kentut Anwar pun bau wangi. Apa yang Anwar buat akan disokong oleh Tun Mahathir tanpa belah bagi. Anwar nak letak pegawai Melayu kat sekolah Cina, Mahathir tak bantah ketika tu.
ReplyDeleteTak eloklah Anwar tuduh Mahathir kerana Ops Lalang kerana puncanya dari Anwarlah. Bila negara dah mula jadi huru hara, seorang pemimpin kena bertindak untuk meredakan keadaan. Bila Tun bertindak, negara menjadi aman semula dan ekonomi meningkat semula. Ini kerja pemimpin yang berwibawa, berani bertindak walaupun tak popular.
Tahun 1998 pula, Mahathir dah tahu siapa Anwar sebenarnya? Lagi sekali Tun Mahathir bertindak dan melucutkan Anwar pula. Saya rasa jasa besar Tun Mahathir adalah melucutkan jawatan anak emas Tun Mahathir. Ketika itu orang Melayu emosi dan marah pada Tun Mahathir? Dah lebih 10 tahun peristiwa tersebut berlaku, dah banyak cerita pasal Anwar keluar kan; siap dengan video .Masih lagi kita nak percaya pada si Anwar?
Batu Ronson
Semasa Anwar menjadi TPM saya paling menyampah dengar bia berucap, tambah lagi di Perhimpunan Agong UMNO. Terlampau mengada-gada dan penuh dengan kata-kata ampuan atau bodek. Dia mula bercakap, saya terus terus tutup TV. Yang paling saya menyampah, pada tahun 95~96, ketika JB mengalami banjir dan Malaysia sedang bertelagah dengan Singapura, tiba-tiba Anwar dengan marah-marah dan menjerit, seolah-olah mahu berperang dan menyerang Singapura. Bukan lah saya takut berperang, tapi itu tindakan bodoh. Dah nak serang, bagi tahu dulu, buat apa. Lebih kuran macam immigration dan polis nak buat opersi tangkap pendatang asing, beritahu bila nak buat.
ReplyDeleteAnwar masa dlm umno mmg bodoh... tp skarang perrrghh.. adiwira malaysia..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSemua manusia ada membuat kesilapan.
Hatta, para Nabi-nabi pun ada di tegur Tuhan. Nabi Muhammad yang kita sanjungi itupun di tegur Tuhan berkali-kali dalam Al-Quran. Sahabat Nabi, iaitu Sayidina Umar pun bukan main teruk sebelum Islam.
Kita sendiri = Adakah kita rasa kita tak pernah buat kesilapan dalam hidup? Bagaimana rasa kita, dah bertaubat tapi orang masih tak percaya?
Berkenaan, Anwar ini, kalau dia betul-betul insaf atas kesilapan lalu dan sedar dan membina hidup baru dengan berjuang secara ikhlas, maka apa salahnya kita sokong dia. Apa nawaitu dia itu, antara dia dengan Tuhan.
Kalau kita curiga dengan Anwar, maka apakah kita tidak perlu ada rasa curiga dengan si Najib? Kalau rasa Najib buat itu betul silakanlah sokong.
Apa yang penting sekarang ialah kita menilai apa yang Pakatan Rakyat buat sekarang? Di sebelah lain apa yang kerajaan BN buat sekarang?
Apakah kita sokong benda yang menguntungkan rakyat atau kerja yang menyusahkan rakyat?
Kaum Melayu merupakan majoriti dalam Negara kita. Apakah betul Melayu berpecah sekarang?
Ada kata Hang Tuah, Melayu tak akan hilang di dunia. Adakah tak hilang secara fizikal atau tak hilang adab budaya melayu?
Bagi saya, Melayukah, Cinakah, Indiakah, Ibankah, Kadazankah.....itu semua ciptaan Tuhan. Apakah Quran suruh kita menghina dan mengejek bangsa lain seperti sifat kaum Yahudi?
Untuk "Nation Building", jauhkan cerita 'race-card' yang sangat merbahaya.
Kita sepatutnya semua bermuafakat mencari kata sepakat buat perkara yang menguntungkan RAKYAT demi NATION BUILDING.
GREAT PEOPLE see Ideas. AVERAGE PEOPLE talk about things. SMALL PEOPLE talk about other people.
Sekadar renungan RAKYAT biasa ......
Sbb x ikut dr m ler anuar d fitnah. Kalo anggok je lama dah jd pm.
ReplyDelete
ReplyDeleteAnon, bukannya kerana Anwar tak nak ikut Mhatahir dia difitnah. Ia kerana apa tuduhan terhadap Anwr itu telah di ketaui Mahathirpada tahun 1992 lagi kerana Tun Hanif,IGP sudah lapor kepada Mahathir.
Maka Mahthir sudah tidak mahu lagi Anwar jadi PM lah! Jadi apabila Anwar tunjuk macam dia hendak lawan beliau, maka beliau gunakan isu apa yang beliau tahu tentang Anwar sebagai sebab atau alasan untuk membuangnya.
maathir buang Anwar pun bersebab, hanya kalau disebut sebabnya penyokong babi butanya akan mencarut5 dan bercakap kotor marah marah, betul ci Aspan?
Mahathir & Anwar mmg fenomena Malaysia.
ReplyDeleteCuma Anwar gagal mengawal emosi Amarah mcm gaya2 Kuat nafsu gelojoh.
mahathir kelihatan tenang & bijak.
kedua2nya adalah Superhuman.
Pasal tu yahudi monitor diorang ni..Tak mcm Paklah & najib..specis lembik & tak boleh fikir sendiri pakai bini, menantu & kon-setan.
Jikalau Anwar lebih kelihatan 'damai' tak mustahil rakyat akan memilih beliau.
Memang betul Mahathir memecat atas alasan MORAL yang diterima. Tetapi jika rakyat mahukan Anwar ketika Mahathir sudah bersara, undi akan menentukannya.
Manusia boleh insaf, sedangkan Rasul melantik
bekas samseng ynag INSAF menjadi Khalifah, kerana kekuatan Auranya boleh menguatkan Islam.
Rakyat mahukan pemimpin bijak & jantan..bukan lembik & kelihatan bodoh
(tak ingat, Umar & hamzah kot)
Kalau Aknwagr menjadi PM alamatnya negara kita tergadailah olehnya kerana nak menutup kesalahan yg telah dia lakukan. Dia akan di'blackmail' anasir2 jahat yg sentiasa menunggu untuk menguasai negara kita yg kita cintai ini. Maka oleh sbb itulah dia menjadi liabiliti paling besar untuk negara.
ReplyDeleteApa yg kita lihat dan kita tahu ketika ini hanyalah sedikit daripada perbuatan dan kegiatan Anwar didalam negara. Apa yg berlaku diluar semuanya menunggu untuk digunakan oleh mereka mereka ini untuk menuntut pembalasan keatas pelaburan yang telah dikeluarkan sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri.
Akhirnya menang sorak kampung pun tergadailah kita rakyat Malaysia.
sekurang2 anwar telah berada di landasan berbanding seorag lagi masih tk puas hati kalu boleh nk pancung putus hanyat polotiknya tetapi tk mahubetsemuka sebaliknya menggerak segala gerombolan menentang anuar...tapi sinuar belum kecundang
ReplyDeleteapakah yg seorang itu begitu berkuasa. dy sebagai rakyat ygsangat biasa biarlah Allah tentukan hukuman keduanya yg pasti sangat adil kerana penghukumnya MAHA ADIL. Aspan pula sy rada ada sesuatu yg tidak serasi dgn anwar dan ug seorang lagi itu. maaf kalu aa tergores.
kita perlu berfikiran jauh kehadapan, mungkin akan ada ops kangkung 2018, tidak perlu salahkan sesiapa.Rakyat akan memangkah siapa yang layak memimpin
ReplyDelete***Bagi saya, Melayukah, Cinakah, Indiakah, Ibankah, Kadazankah..... itu semua ciptaan Tuhan. Apakah Quran suruh kita menghina dan mengejek bangsa lain seperti sifat kaum Yahudi?
ReplyDeleteUntuk "Nation Building", jauhkan cerita 'race-card' yang sangat merbahaya.
Kita sepatutnya semua bermuafakat mencari kata sepakat buat perkara yang menguntungkan RAKYAT demi NATION BUILDING.
GREAT PEOPLE see Ideas. AVERAGE PEOPLE talk about things. SMALL PEOPLE talk about other people.***
Saya bersetuju dengan kenyataan tersebut di atas***, Tahniah.
Apa keadaan pun Anwar hebat orgnya. tak akan ada ahli politik yg sudah dituduh sedemikian rupa kembali ke Pentas politik, tambahan pula dlm kontek malaysia ni. Tahniah Anwar.... kau banyak merubah pemikiran dan banyak buka peluang org lain naik pangkat. hingga org yg tak layak jadi pemimpin pun boleh jadi pemimpin.
ReplyDeletepada saya....kalau Anwar telah silap kerana tidak meletak jawatan atau tidak menentang keputusan Mahathir pada ketika keduanya dipersada kuasa , ye betul... Anwar telah silap.Kesilapan ketika itu adalah kesilapan pada ketika itu.Tidak bermakna kesilapan ketika itu adalah kesilapan hingga saat ini.Ingat lagi BJ Habibie, beliau juga lama menjadi no.2 kpd Suharto,sumbangan singkat dia sewaktu menjadi presiden tetap menjadi sanjungan. Mengecewakan bila beliau diturunkan dan naik pula insan yg matanya tidak sempuna utk menjadi presiden Indonesia dan kemudian naik pula anak perempuan bekas presiden yg tah mende2.
ReplyDeleteApa percaturan Anwar sewaktu dalam umno & krjn saya tak peduli, pada saya beliau satu2nya yg tidak mengkayakan dirinya & isteri, tidak kayakan adikberadik, tidak kayakan saudaramara...tapi saya ada dengar kawan2 baiknya menjadi kaya mcm Kamaruddin Jaafar, Nasaruddin Jalil, arwah Yahya Ahmad dll. Tapi kenapa BPR@SPRM yg dikawal oleh PM masih terkial2 mensabitkan Anwar dlm salahguna kuasa. Salahguna kuasa yg Anwar kena 6 tahun tu ialah bila beliau minta jasa baik director SB to look into these Umi Hafilda & Azizan A.Bakar , masa konspirasi berjalan diperingkat awal.
Pak Aspan...saya rasa Pak Aspan perlu bagi tumpuan penjelasan pada moral homosek & korupsi yg Anwar dah lakukan...bukan mencari-cari " why he didn't do that..." semata-mata utk menjatuhkan kewibawaannya.
Encik Suffian,
ReplyDeleteYour ignorance make you look shallow. Anwar didn't get himself rich? I can't digest that view Suffian. Get to know Anwar in detail, you will know who he is. He is DNA of Mahathir..
Not sure about you Aspan.....I felt that Madhater is indirectly helping Anwar to win big.....Madhater should stop talking & let Kadir Jasin to talk on his behalf.....Hahahahaha
ReplyDeletehttp://www.malaysiakini.com/news/254579
ReplyDeletelooes74..you are fond of talking nonsense
En Din....you told me Anwar is rich, yes I do not Anwar so much...but I know about Khir Toyo with his 20 million mansion (fact), Taib Mahmud with his in law tuntut mutaah 100 million (fact ), Mahathir sons are rich all know (facts) , Shahrizat is lembu rich (fact) and my kampung ketua pemuda umno also rich. Please tell me with facts that Anwar is so rich like I have mentioned just know.And why SPRM did nothing about Anwar's wealth .
ReplyDelete
ReplyDeleteSuffian, SPRM hasn't confirm that Najib, Mahathir, Zahid Hamidi JJ and all are rich. They are (Anwr and UMNO leaders) rich. In this case they cover ecah other Suffian. It takes a person like me who knows Anwar to tell you this. You can ber protective about Anwar but please not on this issue bro.
Din,
ReplyDeleteDo you also ones among them? If not, the issues that were questioned by Suffian certainly no problem for you to produce the answer. Otherwise your claim is totally blind and unreliable.
loolll....Encik Din....Mahathir,Zahid Midi dll, sudah menelanjangkan Anwar semahu2nya dah berbelas tahun dah. What stopping them now ????? they cover each other about their own wealth ???? you must be joking !
ReplyDeleteRe: Anon 16 February 2014 13:26:00 GMT+8
ReplyDeleteThe contributions and the lives of the two beloved Sahabah RA of the Prophet SAW before and after Islam and you wish to compare and contrast that with our modern time politician?