17 February 2014

Khalid Ibrahim dipuji oleh rakyat, dikeji oleh partinya sendiri


Berbagai-bagai alasan diberikan oleh kumpulan dalam PKR yang menggalakkan Anwar bertanding diKajang dalam pilihanraya kecil 23hb Mac nanti. Saya tertarik dengan alasan yang diberikan oleh setengah penyokong Anwar yang tindakan Ketua Pembangkang bertanding dikerusi DUN Kajang itu ialah untuk mengelakkan UMNO/BN dari menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seperti yang pernah dilakukan di Perak.

Saya berpendapat jika berlaku tindakan menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ia akan dilakukan oleh rakan kongsi mereka dalam Pakatan Rakyat itu sendiri kerana UMNO/BN hanya mempunyai 12 kerusi sahaja dalam Dewan Undangan Negeri Selangor itu. Tidak munasabah UMNO boleh menumbangkan kerajaan Selangor dalam dewan Undangan Negerinya.

Alasan ini adalah alasan yang paling tidak boleh diterima dan dipercayai kerana tidak mungkin UMNO boleh berunding dengan DAP atau PAS yang mempunyai lebih banyak kerusi untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor itu. Kalau hendak memberikan alasan fikirlah betul-betul dengan sedalam-dalamnya supaya rakyat ramai tidak merasa tertipu dengan alasan itu.

Sebenarnya Anwar merupakan punca kenapa PRK Kajang ini berlaku kerana kepentingan peribadi beliau dengan galakan oleh mereka dalam PKR itu yang tidak berpuas hati dengan Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim telah berjaya memberikan perbezaan kepada rakyat Selangor walaupun beliau dipersepsikan sebagai seorang yang tidak pandai bermain politik. Pujian terhadap Khalid Ibrahim kita dengari dimerata-rata corok rantau Negeri Selangor. Hasilnya Pakatan Rakyat Selangor kali ini telah berjaya menumpaskan UMNO begitu hebat sekali sehinggakan UMNO/BN hanya tinggal 'nyawa ikan' di negeri terkaya itu.

Alih-alih sekarang bermacam-macam pula cerita yang dibawa oleh pemimpin PKR sendiri terhadap Khalid semata-mata kerana untuk memberikan alasan bagi Anwar untuk bertanding di kawasan DUN di Selangor. Baik yang ada kepada Khalid sudah menjadi buruk. Pemimpin PAS tidak mencerca Khalid. Begitu juga DAP. Yag mencerca Khalid sekarang adalah dari PKR sendiri yang datang dari gulungan Anwar, Rafizi dan beberapa yang lain yang tidak berpuas hati dengan Khalid kerana tidak mentadbir secara UMNO mentadbir dahulu.

Itu sebabnya Anwar dan beberapa orang pemimpin dalam PKR itu mempunyai DNA UMNO dan tidak berpuas hati dengan Khalid kerana tidak mentadbir seperti yang UMNO lakukan dahulu. Tetapi mereka tidak mahu mengakui yang membuatkan kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim mendapat sokongan kuat rakyat Selangor dalam PRU yang lalu adalah disebabkan Khalid tidak mentadbir secara dan kaedah UMNO yang rakyat Selangor sudah jemu selama ini.

Sesugguhnya Khalid menjadi korban nafsu serakah pimpinan PKR sendiri. Jika Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri selepas PRU yang lalu, Khalid tidak akan dimangsakan secara begini. Rupa-rupanya PKR tidak suka Khalid memimpin cara yang berlainan dari UMNO.

Rakyat telah menjadi susah semata-mata kerana Anwar tidak berjaya menjadi Perdana Menteri selepas PRU yang lalu. Anwar dan beberapa orang penyokong kuatnya beranggapan yang jawatan perdana menteri itu adalah hak milik mutlak Anwar sehinggakan Anwar boleh bermain politik dengan bertenggek kepada ‘ignorance’ rakyat yang lurus dan jujur itu.

Anwar telah mengambil sokongan rakyat untuk melakukan apa yang nafsunya menyuruh beliau lakukan. Kebaikan rakyat telah dipermainkan oleh Anwar. “Anwar is taking the people’s friendliness as weaknesses’. Perbalahan diantara Azmin dengan Khalid diambil kesempatan oleh Anwar untuk menonjolkan dirinya sebagai penyelesai kepada masalah PKR Selangor.

Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah disebaliknya. PKR Selangor telah berpecah-belah dan tidak kurang masalah timbul dikalangan parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Baru beberapa bulan dahulu Khalid masih dipuji tetapi oleh kerana Anwar dan rakannya dalam PKR, Khalid sekarang sudah dikeji. Begitulah nasib jika berketuakan Anwar dan masalah tidak akan berkurangan, malahan masalah akan bertambah.

Di mana-mana Anwar membawa masalah. Saya bergiat secara cergas dalam UMNO dahulu lebih dari sepuluh tahun lebih awal dari Anwar menyertai UMNO pada 1982 dahulu dan saya nampak Anwar tidak mempunyai perjuangan untuk negara tetapi hanya untuk peribadinya sendiri. Semasa beliau bersama Dr Mahathir, beliaulah yang paling lantang menyokong Dr Mahathir.

Tetapi ini mungkin juga satu ‘retribution’ bagi Dr Mahathir kerana akhirnya mendapat Timbalan seperti Anwar kerana Mahathir sendiri tidak ikhlas terhadap rakan-rakan seperjuangan dalam UMNO semata-mata kerana kepentingannya untuk memerintah negara dalam masa yang lama. Akhirnya Dr Mahathir bertemu ‘buku dengan ruas’ dengan adanya Anwar sebagai timbalannya.

Akhirnya beliau dicerca oleh Anwar sendiri, orang yang telah diangkatnya sebegitu tinggi dalam jangka masa sepuluh tahun sahaja dalam UMNO itu sudah menjamah jawatan Timbalan Perdana Menteri. Dalam proses mendaki takhta kuasa sehingga jawatan Timbalan Perdana Menteri, Anwar telah menyepak dan terajang ramai pemimpin yang lain dalam UMNO semasa beliau berkuasa waktu itu.

Bak kata perpatah Inggeris, ‘what goes around comes around’. Anwar sekarang mendapat gilirannya pula untuk menerima apa yang telah diterima oleh Dr Mahathir dan Anwar sekarang terdedah kepada masalahnya sendiri seperti beliau memberi masalah kepada banyak pemimpin yang beliau perlakukan sesuka hati beliau semasa di dalam UMNO dahulu.

Anwar membawa masalah kepada rakyat dan sekarang membawa masalah itu kepada pengundi Kajang tanpa alasan yang kukuh.

Berpecah rakyat Selangor dibuatnya. Sekarang ramai yang sudah mempunyai ‘apprehensions’ untuk meneruskan sokongan terhadap PKR kerana sokongan terhadapnya akan membawa perpecahan yang berterusan.

Menyokong parti yang berpecah akan membawa kepada perpecahan rakyat. Mungkin cara terbaik untuk mengekalkan kerajaan Selangor berada dalam Pakatan rakyat, ialah dengan memberikan PAS untuk mengendalikan kerajaan negeri itu sekarang ini.

Pimpinan PKR ini asyik bertelagah sahaja diantara satu dengan lain. Kali ini biarkan pimpinan PKR menjadi penyokong kepada PAS pula. Lagi pun jika PAS menerajui negeri ini, ia masih dalam Pakatan Rakyat juga.

14 comments:

  1. Saya rasa strategi PKR memang hendak mempersiapkan Anwar sebelum menjadi PM nanti. Sekiranya Anwar menjadi MB, mahu tidak mahu media akan tetap menyiarkan berita tentang segala tindak tandduk MB selangor. So, disini le saya rasa rakyat seluruh Malaysia akan menilai kebolehan Anwar sebelum bergelar PM. Khalid Ibrahim lebih sesuai berada di sisi Anwar sebagai penasihat ekonomi, tetapi Anwar lebih sesuai menjadi MB kerana beliau lebih berpengalaman dalam sepak terajang politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp mb selangor skrg dpt publisiti yg baik ke?media berat sblh,itu yg anwar nk harap?mcm ada xkena dgn alasan tu.

      Delete
  2. Aspan,
    It's a yes & no. If you know who Mohd Raffick is or have read his blog that's now become private, you would have known that Raffick has critical remarks on Khalid Ibrahim.
    This is a very positive crticism actually. According to Raffick's then, Khalid is good at generating revenues & keeping them.....But people need to see the fruits the labour......You see the real issues.....Of course, we must stop people like Azmin Ali of having their hands on the kitty

    ReplyDelete
  3. Strategi bukan boleh bagi tahu org lain. Yg pasti Anwar org yg menghilangkan banyak pemain politik lama dan cara permainan politik lama.

    ReplyDelete
  4. Sir, this is rational reasoning that I concur with. Do also read what Zaid Ibrahim has to say as well.
    Zaid sees the bigger picture and has offered himself for N25. Anwar is finally meeting his nemesis.
    Let Anwar be retired once and for all come 23 March.
    Kudos to TS Khalid for exposing the PKR/UMNO corruption. Better late than never!

    ReplyDelete

  5. Congrat YAB Khalid for the expose on corrupt practice by PKR leaders in Selangor.

    ReplyDelete

  6. Before anyone knew there was 3B in the kitty no one bothered MB, Now "Everyone can put their hands in the TILL if Khalid is no longer the MB. PERIOD.
    All the explainations, sweet talk, contalk,even by tony pua on the reasons for the by- elections is not convicing the selangor PR supporters.
    I hope dsai will lose his deposit at kajang and MB Khalid remains MB

    ReplyDelete
  7. One of the reasons why Anwar does not favor Khalid is because Khalid does not want to spend the RM3b in the selangor reserve.

    Now the kitty is full of cash, the hungry leaders in PKR are squabbling over it and subsequently made Anwar to decide to take over the state.

    Knowing Anwar, all those funds will be gone, but to prove it we have to give the state to Anwar to manage it.

    That will be very expensive for Pakatan isn't it?

    ReplyDelete
  8. Bukan sekarang malah sebelum ini Khalid di kambing hitamkan. Konon nya Khalid lemah dan boleh saja ikut telunjuk Anwar dengan mudah.

    Khalid orang yang berfikir, dan kelakuan Anwar di lihat bagai badut saja. Lihat cara beliau mengurus publisiti politik yang di gegar Azmin dan Rafizi. Setpol Khalid lebih mengetahui...

    Khalid masih memiliki senjata ampuh yang belum di gunakan jika Anwar macam-macam ! Melayu paling pantang jika maruah tercabar ! Ini lah retorik dan persepsi politik demi kepentingan peribadi dan kroni.
    Rakyat di tipu hidup-hidup !

    ReplyDelete
  9. Saya rasa Khalid tak perlu risaulah kerana bola di kaki Khalid, nak tendangke, nak ambik ke . Anggap saja gerak geri Anwar sebagai retorik politik, anggap saja macam tungau yang mengiang ngiang di telinga tapi tak mendatangkan mudarat pun.

    Khalid boleh bubar DUN, boleh masuk PAS, Khalid boleh tak nak letak jawatan, boleh minta nasihat Sultan, boleh berdoa pada Allah mohon petunjuk jalan penyelesaiannya. InsyaAllah, kalau kita ni ikhlas, Allah akan beri jalan untuk mereka yang dianiaya.

    Ikut kata Daim, kalau Allah tak izin, walaupun jarak senapas saja nak jadi Menteri Besar ataupun Perdana Menteri, tak mungkin Anwar dapat jadi Menteri Besar walaupun telah macam rencana dan sandiwara yang dilakonkan dibelakang pentas. Tapi kalau dah Allah tetapkan, walaupun apa rencana yang mungkin dilaksanakan oleh Khalid, Anwar mungkin jadi MB.

    Kalau dah sampai macam tu, pasrahlah dan berserah pada yang Allah yang Maha Esa kerana mungkin ada rancangan Allah untuk menaikkan Anwar jadi Menteri Besar.

    Batu Ronson

    ReplyDelete
  10. Selangor will go to the dogs if Anwar wins in Kajang, then become MB.

    So help us God.

    Please don't let an ex-convict who once abused the power invested in him as DPM by instructing the Police to arrest Ummi Hafilda Ali (Azmin Ali's sister), in 1997.

    ReplyDelete
  11. Tuan AA,

    Tolong beritahu Utusan Malaysia jangan ingat dia boleh perbodohkan rakyat Malaysia...Negara ini ada undang-undang, Harap ada pihak yang tertentu buat laporan polis terhadap Artikel Ketua Pengarangnya yang menghasut dan membahayakan keamanan dan keselamatan negara. PDRM bersikap professioanallah dengan menegakkan keadilan!

    ReplyDelete
  12. Khalid adalah Trojan Umno Kalau tak takan senang2 Bank Islam boleh kurangkan bayaran hutang sebanyak 70 juta fikirkanlah

    ReplyDelete