Dalam pada kita menunggu hari
penamaan calon PRK Kajang pada 11hb nanti politik negara sudah begitu tercemar
dengan kempen kata-mengata yang tidak berkesudahan diantara pihak yang
berlawanan. Keadaan bertambah heboh apabila dua orang pemimpin, seorang bekas
perdana menteri dan seorang lagi bekas timbalannya bertukar-tukar serangan
sambil menegakkan benang basah masing-masing.
Bagi saya apa yang dikatakan oleh
Dr Mahathir tentang Anwar itu semuanya betul dan apa yang dikatakan oleh Anwar
tentang Dr Mahathir pun betul. Itu sebabnya mereka berperang mulut sambil
terlupa masing-masing pernah bersama-sama bercengkarama politik dan menaikkan
diantara satu dengan lain. Sekarang mereka berdua sudah berkelahi dan elok kita
tidak payah masuk campur dalam perkelahian dua orang bekas pemimpin kerajaan
itu.
Jika Dr Mahathir dengan Anwar itu
tidak sama nilainya masakan mereka berkelahi dan masing-masing mempunyai sebab
untuk membidas diantara satu dengan lain. Jika seorang yang dianggap sebagai
pemimpin dunia ketiga dan seorang lagi pemimpin yang mengaku dinamik sudah
berkelahi dengan isu peribadi masing-masing itu adalah petanda politik nergara
sekarang sudah sampai ketahap yang paling rendah dan tidak ada lagi dalam
sejarah negara merdeka kita ini keadaan yang paling rendah seperti yang kita
sedang alami sekarang ini.
Persoalannya sampai bila keadaan
ini akan berterusan? Situasi sekarang sangat membosankan ramai kerana
perkelahian diantara mereka dibuka dikhalayak ramai. Apakah hikmah yang akan
kita dapati kerana kita diyakinkan oleh Tuhan yang segala yang buruk itu ada
hikmahnya. Malahan ada ulamak yang berpesan, jika ternampak 'yang cantik
itu jangan diterkam kerana mungkin ada celaka disebaliknya dan jika terjumpa
yang buruk itu jangan dibuang terus' kerana mungkin ada yang baik di sebaliknya.
Dalam perbidalan kita pula ada
berkata, ‘the darkest time of the night is just before dawn’, yang memberikan
kita keyakinan kita adalah diambang kebaikan kerana sekarang ini keadaan adalah
yang terburuk dan gelap sekali untuk kita. Maksud kata-kata itu, waktu yang
paling gelap ialah sebelum subuh dan waktu subuh itu adalah permulaan kita
menikmati cahaya yang terang benderang.
Apakah kita sudah menghampiri
keadaan yang terang dalam politik negara kita kini kerana kita sedang berada dalam
waktu yang paling gelap sekarang ini.
Persoalannya jika benar terang
itu akan datang, siapakah yang akan membawa sinar cahaya yang terang itu. Pada
hukum akalnya tidak mungkin mereka yang sedang berperang sekarang ini yang akan
membawa sinar cahaya yang diharapkan rakyat itu. Tidak mungkin Anwar yang
berperang tanpa henti ini akan membawa sinar cahaya itu kerana jika Anwar
berjaya sekali pun masuk ke Putrajaya beliau akan hanya mendapat sokongan dari
yang berpihak kepada beliau dan yang lain akan terus berkonfrantasi dengan
beliau.
Dalam sistem politik negara kita,
yang menang ambil semua dan yang kalah hilang semua. Jadi jika Anwar berjaya
atau Najib yang berjaya disebaliknya masakan keadaan akan aman kerana
masing-masing akan menjadi pemimpin yang mendapat majoriti tipis.
Dengan budaya politik kini tidak
akan sampai keamanan yang dicitakan kerana mereka berpolitik adalah untuk
kepentingan peribadi masing-masing. Najib sememangnya wajar diturunkan tetapi
bagaimana Anwar hendak mendapatkan sokongan sepenuhnya kerana beliau juga tidak
akan mendapat sokongan bulat jika beliau menang.
Tidak siapa yang boleh memberikan
jawapan yang tepat kerana kepimpinan kedua-dua pihak yang bemusuhan itu lebih
kurang sama kelemahan dan sikap mereka. Anwar tidak akan mampu merapatkan
perbezaan pihak-pihak yang bertelagah kerana pertelagahan mereka bukan diatas
premis perjuangan. Jika Najib bertahan pun tidak akan mampu merapatkan
pertelagahan diantara yang berpihak itu kerana Najib merupakan sumber
perpecahan yang diwarisi dari zaman pimpinan Dr Mahathir dahulu.
Ada yang bertanya kepada saya siapa yang
layak menggantikan kepimpinan negara jika kedua-dua pihak yang bertelagah ini
tidak layak memimpin negara? Saya belum lagi menjawabnya kerana saya adalah
seorang yang kerdil dan tidak mungkin diterima pandangan oleh banyak pihak,
tetapi dalam keadaan kita berpecah sebegini teruk maka sebagai seorang yang
bertuhan saya percaya hanya ‘divine
intervention’ akan menyelesaikan masalah besar yang kita semua alami sekarang
ini.
Tetapi saya telah sebut awal-awal
tadi, waktu yang paling gelap ialah sebelum subuh dan subuh itu pula
menghampiri sinar cahaya pagi yang menyamankan. Oleh kerana manusia yang
mempunyai kelemahan ini tidak mungkn dapat memberikan jawapannya kerana kita
sudah sampai ketahap yang kita sendiri tidak boleh mengendalikannya…bukan
Anwar, bukannya Najib, jauh sekali Dr Mahathir atau Azeez Rahim dan Shahidan
Kasim.
Bagi saya yang boleh menentukan
hikmah itu hanya lah Tuhan sahaja. Seperti tepatnya kedatangan sinar pagi
setiap hari itu, begitu jugalah tepatnya anugerah Tuhan dalam pemberian dan
anugerah hikmahNya nanti. Jika kedatangan sinar pagi itu pasti, begitu jugalah
pastinya kedatangan orang yang akan ditunjuk olehAllah swt itu nanti. Kita tidak
tahu siapa tetapi yakinlah Melayu ini ada keramatnya.
Pencerahan itu akan datang dengan
sendirinya dan kadangkala hikmah itu datang tanpa disedari oleh kita. Apabila
kita membuat penyerahan kepada Tuhan biar kita betul-betul melakukan penyerahan
itu, kerana setakat usaha manusia politik kini, nampaknya kita tidak akan
terjumpa jawapannya.
Apabila disebut penyerahan itu
tidak pula kita perlu berpeluk tubuh. Masing-masing boleh berusaha dengan menggunakan setakat mana
kudrat yang ada kepada kita, kerana usaha itu adalah wajib. Tuhan yang
menentukannya.
Misalnya Anwar boleh teus
berusaha tetapi jika beliau tidak mendapatnya bukanlah kerana tidak cukup
penyokong tetapi disebabkan ‘nature works mysteriously and mystically’. Hanya
apabila sampai jawapannya baru Anwar tahu akan berjaya mendapat rahmat itu atau
sebaliknya. Begitu juga Dr Mahathir yang berusaha untuk menyekat kemaraan Anwar
itu. Apabila sampai waktunya barulah Dr Mahathir akan tahu usahanya itu
mendapat keredhaan Tuhan atau tidak.
Buat sementara waktu ini masing-masing
berusahalah mengikut kemampuan dan kepandaian masing-masing dalam silat politik
masing-masing. Apa yang kita kehendaki itu tidak semestinya baik untuk kita.
Apa yang diberikan oleh Tuhan itu adalah yang terbaik bagi kita.
Tetapi apabila sampai waktu
penentunya kita terima sahaja apa yang diberikan Tuhan kepada kita, kerana
seperti yang saya sebutkan tadi, apa yang diberikan Tuhan kepada kita, itulah
yang terbaik bagi kita. Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik bagi kita,
bukannya kita.
Kadangkala kita mendapat apa yang
kita inginkan, tetapi tidak semestinya baik bagi kita jika ia tidak berada
dalam keredhaan Tuhan. Akhirnya ia akan membinasakan kita. Semasa itu nanti
barulah kita ketahui yang apa yang kita dapati itulah yang akan membawa masalah
dan kemusnahan kepada kita jika tidak mendapat keredhaan Tuhan yang Maha
Penentu itu.
Kalau saya berada di tempat Mahathir…….saya akan dok diam2 , bagi tumpuan pada ugama dalam usia bonus yg diberi Allah SWT. Kpd anak2 akan saya beritahu.. tak perlu dapat apa2 lagi dari daddy , daddy dah buat apa yg patut dibuat pada anak2 daddy. Pd kroni2 saya beritahu…saya mahu berehat .
ReplyDeleteKalau saya di tempat Anwar….saya akan lawan terus lawan , sebab ada 62% rakyat ( sememangnya lebih lagi ) di belakang menyokong saya !!! saya ada 1001 sebab utk menjadi PM. Apa masalah Anwar jadi PM ? Sudah tentu le ada puak2 yg membantah , apa masalah ? Sudah tentu le ada 1001 sebab yg dikemukakan yg Anwar tak boleh jadi PM, apa masalah ? Ada 62% rakyat yg OK Anwar jadi PM , apa masalah ? Anwar nak jadi PM sebab utk kepentingan peribadi ? Sebelum ini saya ada meminta pembahas2 keluarkan fakta2 yg Anwar Ibrahim kayaraya, adikberadik dia kayaraya, isteri dia kayaraya…..setakat ini belum bersambut permintaan saya . Anwar lama bersama umno , kenapa dia tak mengkayakan dirinya masa itu ? Jadi macamana saya boleh melihat yg Anwar nak jadi PM disebabkan kepentingan peribadi !!!!
Kalau insan penuh dugaan mcm Anwar Ibrahim yg tak kayaraya pun tidak boleh jadi PM , sebab dikatakan nak jadi PM utk kepentingan peribadi , jadi siapa lagi yg layak ????
Well said bro...
DeleteRamai yg menggemari rasa gula tapi tidak ramai menyukai rasa peria. Kedua-duanya mempunyai khasiat tersendiri. Tatkala berada dlm situasi mengidap diabetes, ketika itu memakan peria itu barulah terasa akan nikmatnya dan gula pula dielakkan dlm menunya. Malaysia kini berada dlm situasi mengidap diabetes, silap langkah atau terlewat untuk merawat ada kemungkinan Sabah atau/dan Sarawak akan terpisah dari badan. Politik adu domba perkauman dan agama perlu ditamatkan dgn segera. Pembawa virus ini hendaklah disingkirkan terus.
ReplyDelete
ReplyDeleteSuffian, UMNO to PKR, UMNO has more votes behind it. Anwar is not legitimate leader for a Muslim. He has done lots of misdeeds even though legally he is seen to be innocent. anwar is surviving on acting and he gets support from PAS and DAP for mutual expediency. Suffian, Anwar is not going to be the PM bro. believe me. Time will tell you that. You are heving a day dream just because your ignorance bro. I feel sorry for you. Thanks
Whether Anwar is going to be PM or not does not matter. I tend to agree with Suffian that people can claim Anwar has lots of misdeeds but can never prove it. What does it means? Empty accusations.
DeleteI wonder what's the problem with Anwar getting support from PAS and DAP. Najib/UMNO also cannot stand alone and get support from other BN component parties.
Salam,
ReplyDeletePak Aspan, nasihat kali ni memang sangat bernas. Allah sahaja yang tahu sama ada jawatan PM itu elok untuk Anwar ke tidak. Jawatan PM pun terbukti tidak elok untuk Najib walaupun Najib dah pun jadi PM dengan segala usahanya yang dikatakan tidak sah itu. Memang Najib suka dan dah jadi PM tapi nampaknya beliau 'sengsara'. Anwar mungkin tak perlu jadi PM. Cuma usaha beliau akan membolehkan seseorang yang bukan dari UMNO BN akan dipilih jadi PM suatu hari nanti. Anwar mungkin penyebabnya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala misteri alam ini.
Perempuan dari Batu Berendam
Anon 10:49
ReplyDeleteBakal PM yang meliwat sana-sini pun layak ke jadi PM.
Jika tuan rasa peliwat tegar sesuai jadi PM , tak tahu lah apa lagi nak cakap.
Mr Daud...yes umno got more votes from melayu especially melayu from rural areas.
ReplyDeleteYou tell me why umno didn't win melayu votes at BB Bangi, Shah Alam and Lembah Pantai ? Tell me the difference between melayu from rural areas vs these 3 places as I mentioned.To me, I want my child to have a mentality like melayu from these 3 places. How about you Mr Daud? (tolong,saya tidak hina sesiapa,don't spin)
Anwar is innocent from whatever misdeeds said,it were merely fabricated, please find something bad about Anwar before 1997,I will look into it seriously.Why mutual expediency only occurred on PAS & DAP only?
Anwar is our next PM !
Don't waste your time reacting to those with empty accusations lah. The best they can say is may God bless you as they don't have facts to support their arguments.
Delete
ReplyDeleteSuffian,
May god bless you!
ReplyDeleteLet Anwar try his best to be the PM. He has all the right to struggle for the position as he likes.
I am ok with his move to Putrajaya even though deep in me I know he will not be able to reach there.
He has a lot of time to waste. Let him do what he enjoys to do. One day he will realize that we can't achieve all we wish to be.
ReplyDeleteI am one who always wants Anwar to be the next PM. BUIT I also know he is not going to achieve it.
Quite disappointing but what can we do? If he is not fated to be one no one can do anything.
untuk orang yang percaya tuhan lah
ReplyDeletetnb,telekom,ktm , pejabat pos , lembaga air and so on untuk mengkayakan krooni umno dan bn.
ReplyDelete
ReplyDeleteYou all ni buat penyokong Anwar marah-marah sajalah! Dah tahu penyokong Anwar ni tidak punya cara nak respon, meereka mengherdik orang, memaki orang mencarutkan orang dan berbagai-bagai kerja buruk lain.
You all biar aje mereka merepek terus-terusan, lama-lama nanti mereka akan letih apabila suatu hari nanti Anwar akan kantoi. Biarkan sahaja, kita tengok saja gelagat mereka tu. Ramai penyokongnya itu adalah orang yang lebih sudu dari kuah aje bros.
Lama-lama nanti diaorang akan sedar apa yang mereka lakukan itu sia-sia sahaja. Jangan bergaduh dengan diorang tu.
Lama-lama mereka akan sedar yang pemimpin PKR tu bercakaran sesama sendiri. PKR bukanlah parti yg sustanable. Setidak-tidaknya Umno tahan juga enam pulh tahun...bukan kah macha???
ReplyDeleteBro, kalau Anwar tak dapat jadi PM, apa nak jadi pada dia ni hah?
Pak Aspan,
ReplyDeleteTidak salah Anwar berusaha menjadi PM, jadi tak jadi biar Allah tentukan. Allah tidak akan mengubah takdir sesuatu kaum sekiranya kaum tersebut tidak berusaha mengubahnya. Kenapa perlu menuduh Anwar itu peliwat sedang mahkamah telah membebaskannya. Kalau persepsi ini masih ada lagi pada penyokong Umno bagaimana pula persepsi penyokong Pakatan yang percaya Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Anwar telah pun disiasat sedang Najib umum tahu tidak akan siasatan dijalankan memandangkan beliau seorang PM. Saya juga amat hairan adakah Pak Aspan masih ahli Dap atau dah masuk Pas,atau masuk semula Umno sebab penulisan Pak Aspan hanya suka menghentam Anwar, PKR & Dap manakala Anwar, juga lah calon PM berdasarkan konsesus dalam Pakatan Rakyat.
Jebat
Saya pun tertanya2 juga kemana arah perjuangan Pak Aspan sekarang. Harap Pak Aspan tolong terangkan. Kalau semua tak betul maka kekal lah kita dengan kerajaan UMNO/BN yang korup.
Deletesoy,
ReplyDeleteTolong pelajari arithmetic mudah ini:
2014 - 1988 = 26 tahun
Macam mana anda kira dapat 60 tahun?
Ketahuilah bahawa UMNO itu setaraf sahaja dgn Parti Kominis Malaya, iaitu telah diharamkan. UMNO yg ada kini adalah UMNO kacukan, merupakan klon dari parti UMNO yg telah diharamkan itu. Almarhum Tunku Abdul Rahman dari tahun 1988 sehingga mangkat tidak sudi menyertai parti kacukan ini.
Spot on Bro. Bila saya scroll comments tak jumpa pulak yang Soy kata penyokong Anwar mengherdik dan mecarutkan orang. Itulah taraf penyokong UMNO, empty accusations.
DeleteMalaysia waves tulang besi pasti Akan pengsan baca artikel anda
ReplyDeleteSdr Aspan,
ReplyDeleteMenarik nampaknya tajuk posting kali ini, iaitu mengenai KETENTUAN ILLAHI.
Andainya begitu, ketentuan Tuhan jugalah :
1. Mahathir jadi PM.
2. Mahathir melantik Anwar menjadi TPM.
3. Mahathir memecat Anwar dari kabinet.
4. Anwar terlepas peluang utk menjadi PM semasa masih dlm kabinet, walau pun sebelah kaki sudah berada dikedudukan tersebut.
5. Anwar dipenjara atas sebab2 tertentu.
6. Mahathir bersara dari jawatan PM.
7. Pak Lah dilantik menggantikan tempat Mahathir sbg PM.
8. Anwar dibebaskan dari penjara.
9. Anwar melancarkan gerakan reformasi utk mengalah dan menumbangkan kerajaan UMNO/BN dan berhasrat menjadi PM.
10. Najib dilantik kejawatan PM.
11. PKR PAS dan DAP bergabung tenaga dlm piliharaya utk menumbangkan kerajaan UMNO/BN diperingkat Pusat, tetapi gagal.
12. Gagalnya demonstrasi2 selepas PRU13 yg dilancarkan Pakatan Rakyat dgn dakwaan2 SPR tidak telus, memihak kpd kerajaan UMNO/BN, penipuan dlm pilihanraya, dsbnya utk menaikkan darah rakyat agar tercetus aneka mcm 'SPRING'.
Adakah dgn tuduhan2 bertali-arus yg beraneka jenis; korup, mengayakan kroni, kerajaan zalim, tidak demokratik, penipuan demi penipuan dlm pilihanraya, dll, akan dapat mengubah pendirian rakyat utk memberi kemenangan selesa kpd Pakatan Rakyat utk memerintah negara dimasa hadapan, dan Tuhan akan memakbulkan impian dan harapan Anwar utk menjadi PM?
Dan, adakah semua rakyat dapat menerima apa yg dicatitkan diatas sbg ketentuan2 Tuhan?
Lagi satu nak tanya pandangan sdr Aspan (krn pernah berada dlm UMNO (BN) dan skrg bersama DAP (PR)),
Antara BN dan PR, yg mana satu korup atau lebih korup? Atau kedua-duanya sama saja, krn dipenuhi manusia2 yg cintakan dunia (harta dan pangkat)?
Atau sekiranya sesiapa nanti menggantikan tempat Najib, adakah dia akan dianggap suci, jujur, baik, amanah, tidak korup; atau kurang korupnya drp yg satu lagi?
(sekadar renungan bersama) ....
ReplyDeleteAnon 1:32,
Tak apalah sdr tak bersetuju. Mungkin kepada sdr ada yang lain yang menentukan segala-galanya. Itu saya tak tahu.
Pak Pan,,
ReplyDeleteHakikatnya begitu..
manusia maca kita kene suap kalau nak makan..
kita belum tahap tanpa hisap bro..