Initiatif Anwar Ibrahim memaksa
pilihanraya kecil di Kajang diadakan, jelas menjejaskan PKR dan Pakatan Rakyat
keseluruhannya. Jika Anwar menang sekali pun Pakatan Rakyat tidak lagi seperti
Pakatan yang dahulu. Dari hendak menyelamatkan PKR seperti yang dikatakan oleh
beberapa orang pemimpin PKR, pilihanraya ini menjadi penyumbang kepada perpecahan
di kalangan pimpinan PKR dan memberikan masalah kepada parti-parti komponen di
dalamnya. 'Lain yang di jolok lain pula yang jatuh. Lain yang koyak lain yang
ditampal'.
Masalah yang terbeban kepada PKR
sekarang ini, kalau dikaji dengan halus dan teliti, adalah disebabkan ketidak
mampuan PKR menguruskan kejayaannya. PKR telah berjaya untuk membentuk kerajaan
negeri dan kejayaan ini merupakan kejayaan besar dan hasilnya PKR menjadi parti
yang boleh dianggap parti yang ber ‘consequence’.
Apabila PKR mencapai kejayaan ini
maka minat dan kecenderungan sebahagian dari pemimpinnya untuk mencengkam kuasa
keatas parti itu mula menjadi melebar dan bermulalah saingan sesama sendiri
untuk kuasa itu. Keadaan ini juga berlaku dalam DAP dalam mana
pemimpin-pemimpinnya bersaing sesama sendiri dan keadaan ini tidak pernah
berlaku semasa DAP belum menjadi sebuah parti yang besar seperti sekarang.
Seperti PKR, DAP sedang melalui
zaman berebut-rebut diantara mereka dan kita sedang melihat perkembangan ini
sebagai perkembangan biasa bagi sesebuah parti yang sedang membesar. Di negara
kita elemen penguasaan ahli-ahli keluarga sememangnya sudah lumrah, baik dalam
UMNO, PKR dan DAP. Politiking sesama sendiri itu lebih kehadapan dari
menumpukan serta memfokuskan kepada perjuangan parti mereka.
Dalam isu PRK Kajang ini, pada
mulanya Anwar berkata tidak berniat untuk menjadi Menteri Besar Selangor tetapi
hanya untuk mengendurkan ketegangan diantara Azmin dengan Khalid sahaja. Tetapi
sekarang secara beransur-ansur percakapan politik Anwar berubah dan sekarang
sudah mengakui yang beliau akan menjadi Menteri Besar dengan berbagai-bagai
sebab.
Bagi saya yang begitu biasa
dengan tindakan politik sebegini kerana lamanya saya bergiat dalam UMNO itu,
tidak memeranjatkan saya dan alasan awal Anwar yang beliau bertanding Dewan
Undangan Negeri di Selangor itu adalah untuk menyejukkan keadaan dalam PKR
Selangor itu bukanlah sebab sebenarnya.
Dengan perkembangan politik masa
kini Anwar sebenarnya terpaksa mengambil tempat di sebuah negeri yang beliau
rasakan boleh bertapak untuk ke Putrajaya. DAN tindakan itu juga tidak salah
dalam demokrasi ini. Kita memahami Anwar mahukan kuasa di Putrajaya dan beliau
akan melakukan apa sahaja untuk kesana. Tidak salah dari segi demokrasinya,
tetapi kadang-kadang ramai orang yang tidak mahu membezakan demokrasi dengan
semangat demokrasinya.
Memberikan sebab lain tetapi
berlainan niat itu menjadikan kewibawaan seseorang pemimpin itu tercalar dan ia
manambahkan masalah dan stigma negatif yang tersedia ada kepada beliau. Jika
benar Anwar mahukan kekuatan untuk ke Putrajaya beliau sepatutnya jadikan Pulau
Pinang sebagai 'base' beliau, bukannya Selangor kerana beliau adalah orang Pulau
Pinang.
Kita faham yang beliau tidak
dapat menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang
kerana negeri itu adalah dibawah tadbiran DAP. Apabila beliau memilih Selangor
ia membawa masalah sampingan yang lain pula kerana Selangor itu sedang berada di
dalam keadaan dalam mana kerajaannya di tadbir dengan begitu baik oleh Khalid
Ibrahim.
Walaupun ada yang berkokok yang
mengatakan Anwar akan mentadbir Selangor dengan lebih baik lagi, tetapi
hakikatnya ramai yang pasti Anwar bukanlah orangnya yang boleh mentadbir negeri
Selangor dengan baik. Anwar adalah 'material' Persekutuan jika beliau mendapat
mandat.
Tetapi hendak membuktikan sebelum
beliau menjadi MB itu susah dan untuk membuktikannya, rakyat Selangor terpaksa
berhadapan dengan risiko kelemahan mentadbir kerajaan dibawah Anwar nanti.
Pandangan ini tentu ditentang oleh banyak pihak, tetapi seperti yang saya
katakan tadi keadaan itu terpaksa dilalui dahulu sebelum kenyataan ini nampak
dan terbukti benar.
Jika hendak bersandar kepada
alasan untuk menyejukkan keadaan diantara Azmin dengan Khalid, ia sudah tidak
boleh terpakai lagi kerana sekarang pun sudah berlaku perbalahan walaupun dalam
keadaaan senyap-senyap di Selangor. Kebulatan sokongan rakyat terhadap Pakatan
Rakyat tidak boleh dianggap seperti dahulu lagi. Orang yang memahami keadaan
dibawah ini boleh memahaminya.
Sebodoh-bodoh politik Khalid
seperti yang dikatakan oleh pemimpin PKR yang mahukan Khalid diketepikan, orang
ramai telah merasakan kebaikan pentadbiran Khalid. Jika tidak masakan Pakatan
Rakyat Selangor mendapat mandat yang begitu kuat di Selangor, keadaan yang
berlainan yang dialami Pakatan Rakyat di negeri lain.
Selangor merupakan satu-satunya
negeri selain dari Pulau Pinang yang mendapat mandat tambahan dalam PRU yang
lalu. Di Kelantan sendiri kerusi Pakatan berkurangan jika dibandingkan dengan
PRU dahulu. Pakatan Rakyat telah tertewas di negeri Kedah. Kemenangan tambahan
kerusi di Selangor itu, bukankah kerana kerja baik pentadbiran negeri dibawah
Khalid Ibrahim?
Kecelaruan rakyat Selangor dengan
tindakan Anwar ini amat merbahaya. Di takuti 'yang dikejar tidak dapat, yang
dikendung pula berciciran'. Jika keadaan sekarang tidak terkawal ia akan
memburukkan lagi keadaan. Jika keadaan itu berlaku, maka mungkin memanggil
pilihanraya negeri adalah alternatif terbaik.
Demi kebaikan Pakatan Rakyat
mungkin PAS boleh menjadi pilihan rakyat Selangor untuk mentadbir Selangor itu.
Jika kecemerlangan Khalid menjadi masalah, maka elok PKR duduk ditepi dan beri
laluan kepada PAS untuk mentadbir. Memberikan laluan kepada PAS bukannya
tindakan memberi sedekah kepada PAS, tetapi adalah tindakan yang sangat tinggi
moralnya kerana PAS merupakan komponen terbesar di dalam Dewan Undangan Negeri,
Selangor sekarang ini.
PKR perlu menunjukkan ‘conduct’
yang baik kepada rakyat, kerana sedikit kesilapan, akan mudah orang menuduh dan
percaya yang PKR itu adalah DNA UMNO yang paling jelas sekali.
Kepada Anwar beliau perlu ingat
yang langkah silatnya masih tidak banyak berbeza dengan langkah dan silatnya
semasa dalam UMNO dahulu. Orang lama lebih mudah membaca semua langkah dan
silat pemimpin ini.
Seperti yang saya sebutkan
beberapa kali, orang ramai boleh ‘menyelam air dalam tunggak’. Selaman itu
menunjukkan dengan jelas yang kita berpecah sesama sendiri semata-mata kerana
kepentingan peribadi dan sangat jauh dari kepentingan perjuangan untuk negara.
Asskm Brother Aspan.
ReplyDeleteYour write up is the true feflection on how citizen of Selangor feel. The honourable MB Khalid is a professional and clean person.
Why put an undoing fitnah to a honest person. Take a look at articles in Malaysia Chronicle and Malaysia Waves shows how ugly some of this self style lberals are.
If you have some contacts with Tulang Besi (Malaysia Waves), do advice him that slanderous act especially toward a good man is HARAM.
Thank you sir for your kind article. Appreciate if you can publish my comment
MR NO NAME
saya setuju dgn pandangan tuan.sepatutnya pasca pru13 ni pakatan rakyat bekerja keras untuk buktikan kemampuan memenuhi harapan rakyat dan membela keadilan mmerangi rasuah dan penyelewengan.selesaikan masalah parti -dalaman.usah buang masa n tenaga.
ReplyDeleteKalau PRK ini hanya sekadar untuk mereda kan pergeserian di antara Azmin Ali dan MB yang boleh di atasai dengan mudah sekira nya DSAI mau. Malang nya apa yang saya perhatikan DSAI seolah olah membiarkan Azmin Ali terus meroyan dengan cita cita nya. Ada apa apa ke?
ReplyDeleteHonestly speaking, I just don't like Azmin Ali from the begining. Tambahan bila saya berpeluang berinteraksi dengan rakyat Negeri Selangor di mana hampir kesemua mereka menyanggi MB yang ada.
Smack it!!!
ReplyDeletePKR luv Azmin
Rakyat Selangor luv Khalid
Anwar hang nak bertanding lantaq Hanglahhh. Tapi jangan kacau daun pilihan Rakyat selangor
Isu berbalahan antara azmin dgn khalid mungkin hanya satu smoke screen mengelak-kan perancangan major diketahui umum.
ReplyDeleteKajian saya ber-balik dgn apa yg Pak AA fikirkan. Walau apa pun, saya strongly confident DSAI akan lakukan check-mate baik utk beliau dan rakyat.
ReplyDeleteJason Mah, there is no such thing as smoke screen in this episode of politics bro.
Anwar can't be lucky all the time even if he wins this Kajang PRK.
He has to retire soon, that is my strong feeling.
ReplyDeleteJason Mah, DSAI will check mate himself
Well...let us wait and see.
ReplyDeleteSalam. Pads pendapat says. Bukannye duit., kedudukan, yg dicari oleh mereka yg says lihat spt political crazy INI. Tetapi kepuasan semmasa berada dipuncak kuasa yg mereka gilakan .maksud saya jika mereka menjadi pm. Melihat org bangun utk semua perkara utl serve mereka menjadikan kuasakan tidal dpt dipisahkan safari mereka
ReplyDeleteI'm amazed, I mustt say. Rarely do I come acreoss a blog that's equally educative and engaging, and llet me tell you, you've hit the nzil on the
ReplyDeletehead. The problem is something whiich not enugh
people arre speaking intelligently about.
I aam very happy I stumbled across this during my search ffor something regarding this.
Feeel free to vidit my webpage :: lose two stone inn 2 months -
,