08 March 2014

Berdoa secara intensif, agar sifat 'greed, anger and foolishness' itu menjauhi kita

(sambungan)

Kelemahan manusia termasuk pemimpin apa-apa sahaja pertubuhan yang mempunyai sifat ‘greed, foolishness and anger’ tidak akan membawa apa-apa faedah kepada masyarakat atau sesiapa yang mereka pimpin. Ketiga-tiga sifat yang sangat negatif inilah yang membawa kepada perbalahan dan perselisihan yang akhirnya membawa kepada kehancuran diri sendiri.

Mereka yang mempunyai sifat ini tidak akan jumpa penyelesaiannya kerana setiap diantara tiga sifat ini merupakan penghalang kepada niat dan motif yang ada pada diri kita itu. Sifat-sifat ini sememangnya banyak diperkatakan dan di sebutkan dalam mana-mana agama sekali pun.

Jika ia bermula dari salah satu sifat yang di sebutkan tadi ia akan membawa seseorang itu untuk berhijrah kepada sifat-sifat yang dua lagi itu dan ia saling sandar menyandar diantara satu dengan lain dan akhirnya akan menggagalkan segala niat dan tujuan kita. Selalunya pemimpin yang termasuk diantara satu dari tiga sifat tadi, atau ketiga-tiga sifat buruk itu akan sentiasa berkata-kata dan bertindak dengan penuh manipulasi. Akhirnya ia akan membawa kelemahan kepada roh dan jiwa perjuangan jika di sebut tentang perjuangan apa-apa sekali pun.

Kesalahan sendiri akan dipindahkan kepada orang dan pihak lain. Segala hasil buruk yang mereka alami akan dipersalahkan kepada orang lain sedangkan kesalahan itu sesungguhnya datang dari dirinya sendiri.

Jika sifat-sifat negatif tadi ada pada dua pihak yang berbalah semua tindakan mereka itu tidak lebih dari usaha mengeliru dan memperdaya pihak yang lain untuk kepentingan peribadi dan kelompok sendiri. Sifat ini sudah sampai keterlaluan dan ia juga ada hadnya.

Ia akan sampai ke kemuncak dan tiada ke mana lagi selain dari menerima kecerahan cahaya yang akan tiba. Masing-masing akan tersedar yang selama ini keadaan yang mereka berada itu adalah keadaan yang akan meruntuhkan mereka sendiri. Keruntuhan mereka itulah yang akan membawa kepada keadaan aman dan berada dalam sinar cahaya yang amat terang. Ini proses biasa secara natural. Seperti yang saya selalu katakan, ‘the darker the night, the nearer we are to the dawn’.

Maka sampailah hajat rakyat untuk hidup dalam sebuah negara yang dalam keadaaan aman dan damai.

Seseorang yang berdoa dengan intensif terhadap Allah s.w.t. untuk terus memberikan dia tubuh badan yang sihat mungkin merasa kecewa kerana beliau jatuh sakit malahan terpaksa di masukkan ke dalam wad hospital selama seminggu.

Mungkin yang berdoa merasakan yang doanya tidak termakbul, tetapi setelah seminggu berada di dalam wad hospital itulah baru di sedarinya yang kemasukannya ke hospital itu telah menjumpai beberapa penyakit yang patut diubati. Selepas mengubati itulah baru dia sedar bahawa itu merupakan proses yang perlu dilalui sebelum mendapat kesihatan yang kekal dan makbullah doanya selama ini untuk mendapatkan kesihatan yang berterusan itu.

Begitu jugalah doa kita untuk mendapatkan negara yang aman dan damai. Bagi saya ini adalah gerakan yang ‘natural’ untuk kita menuju kepada keamanan yang kita doakan selama ini. Mungkin inilah proses untuk doa kita untuk dikabulkan Tuhan semesta alam ini. Satu demi satu yang bathil itu hilang dan diketepikan. Tentunya selepas ini mungkin ramai lagi pemimpin yang terpalit dengan sifat ‘greed, foolishness dan anger’ tadi akan tertewas secara natural.

Itu sebabnya saya mengingatkan diri saya sendiri agar berdoa secara intensif untuk kita mengalami zaman negara yang aman dan sentosa. Kita wajar mengakui segala tindakan kita itu di gerakan oleh satu diantara dua elemen, ia itu elemen yang hak dan yang bathil.

Doa kita hanya satu agar segala tindakan kita itu digerakkan oleh yang hak dan dijauhi dari bisikan khatir yang sentiasa mahu kita melakukan kerja untuk kepuasan yang bathil itu.

Pendeknya setelah semua yang mempunyai sifat ‘greed, foolishness and anger’ tadi tertewas, waktu itulah yang saya yakini, apa yang kita hebuhkan sebagai ‘national reconciliations’ itu akan berlaku, dan akan berjaya.

Jangan kita lupa untuk menjolok rahmat Allah s.w.t. dan syufaat junjungan Muhammad s.a.w. secara intensif untuk negara kita ini.

12 comments:

  1. Apakah ada harapan untuk menewaskan sifat 'greed, foolishness and anger' oleh pihak mereka sendiri, sedangkan ajaran islam pun mereka yang kononnya menganut islam itu juga memperolok-olokkannya? Selagi mereka tidak berpegang kepada prinsip ajaran agama, semua sifat itu akan terus kekal sebati dijiwa mereka. Kesempurnaan hanya akan belaku setelah kesemua 4 perkara ini dipenuhi iaitu akidah, syariat, ibadah dan akhlak. Untuk setiap satu perkara ini, yang mana satukah yang dilakukan dengan sempurna oleh UMNO? Bagaimana pula jika kesemuanya sekali? Tarak!

    ReplyDelete
  2. UMNO dan kedurjanaannya sudah terserlah. Imej memperjuangkan bangsa dan terutamanya agama dan masyarakat adalah rupa rupanya 'syaitan bertopengkan manusia'. Orang yg selalu tunjuk baik portray yg baik tak selalunya betul. Hakikat human behaviour. Pemimpin pemimpin dibawah adalah mangsa kepada pemimpin di atas apabila ditimpa musibah. Ini semua 'karma' mereka mereka ni dahulu. Sedikit demi sedikit 'sway' mereka datang terkeluar dan akhirnya menuduh orang bawah men'sabo' atau
    dengki kepada mereka yang pada hakikatnya 'dont give a shit anymore' dan hanya mampu pasrah daripada membuang masa memerhatikannya. Truth does not care who is gonna look good or bad. The most powerful tool;truth dan kebenaran ni jugalah yang membuat ramai dibenci dan terbunuh seperti Mahatma Gandhi dan sebagainya.

    ReplyDelete
  3. puaslah hati kami yg anti anwar

    ReplyDelete
  4. Bang suruh najib gunakan kapal selam yg mahal tu utk Cari kapalterbang yg disyaki masuk laut tu.

    ReplyDelete
  5. Salam Pak AA,

    Mereka mereka ni semua yang sudah 'sakit' kerana karma melanda, nak marah rakyat kerana tidak menyokong mereka lagi. Apabila sudah 'sakit', minda dan akal pun tak sihat, 'retribution' yang mengerikan akan mereka hadapi. Minda dah sakit, yang salah dikata benar, dan yang benar dikata salah. Apabila tersilap, 'adjustment' oleh kepala hotak sendiri tentang yang haq dan bathil pun berlaku di mana mereka sudah tidak segan silu lagi menipu dan meng'psycho' asalkan hati mereka di'sedapkan' oleh diri sendiri.

    ReplyDelete
  6. Sesungguhnya, orang orang UMNO sedang berfikir lebih daripada apa yang patut mereka fikirkan dan berkesudahan dengan hati dan minda yang tidak tenang. Semoga Allah selamatkan keadaan ini.

    ReplyDelete
  7. SETUJU BENAR DENGAN TEXT NI.. KENAL LAH DIRI KITA SENDIRI DAN BAGAIMANA PENILAIAN YANG HARUS KITA NILAIKAN UNTUK DIRI KITA..Tawakal kepada yang ESA adalah penentuan KEBENARAN akan TAKDIR yang ALLAH tuliskan untuk urusannya.

    ReplyDelete
  8. Sdr Aspan,

    Saya hanya ingin mengutarakan pandangan peribadi saya pada satu perkara yg mungkin ramai orang, termasuk diri saya sendiri, sering terlupa atau memang tidak sedar sama sekali, terutama sekali dalam memberi pandangan berhubung politik semasa -

    ada kalanya dalam memberi komen, berbicara dan sebagainya, kita sering membuat andaian berdasarkan pemikiran kita sendiri, ada kalanya terikut-ikut emosi yg melampaui batas pemikiran manusia sehingga berbicara sesuatu yg kita sendiri tidak pasti benar atau salahnya, dan ada kalanya kita berlagak sebagai hakim dengan 'menjatuhkan hukuman' mengikut kata hati sendiri.

    Adakah kita 'lebih mengetahui' dari Yang Maha Esa sehingga sewenang-wenangnya merasakan apa yg kita rasa benar itu sebenar-benarnya benar dan apa yg kita anggap salah itu sebenar-benarnya salah disisi Allah swt?

    Adakah kita mahu mendahului penghakiman dari Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Mengetahui?

    Sekadar utk renungan bersama, dan didahului dengan ucapan terima kasih.

    ReplyDelete
  9. UMNO habis. Nak ke depan pun terkejar bayang bayang sendiri, apatahlah lagi ke belakang. Jangan kata terkejar bayang bayang sendiri bila ke belakang, memang gali kubur sendiri jawabnya bila ke belakang. Sudah terperangkap dalam jerat Iblis laknatullah. Sekarang Tuhan akan tunjukkan melalui malaikat-malaikatNya yang boleh berupa seperti manusia atau apa sahaja segala 'true colours' dan kejahatan memakan 'harta' orang sampai kenyang, pijak kepala rakyat sampai rakyat jadi pandir. Kita ni bukan mengatakan kita ni baik sgt tapi sekurang kurangnya kita cuba menjauhinya. Benar ayat-ayatNYa yang selama ini manusia ambil ringan. Kesedaran akan kebenarannya hanya disedari selepas kita melaluinya. Hanya manusia yang pandai menukar menukarnya mengikut keperluan dan keselesaan masing masing.

    ReplyDelete
  10. Benar,

    Iblis ialah makhluk yang paling cerdik. Kalau tak intensif berdoa, bisikannya membolehkan kita rasa benar apabila hakikatnya salah, dan membuatkan kita rasa salah apabila benar. The king of manipulation is Syaitanirajeem. Benar kata kata pepatah orang orang tuA dahulu,
    -ingat ingat jangan suka suka sangat nanti terjatuh.

    - Ambil air sembahyang, nanti syaitan datang bisik.

    - Jangan buruk sangka, entah entah orang tu bukan apa yang kita sangkakan. Kenallah dulu orang itu baru tahu.

    - Hidup biar kurang makan, jangan sampai kurang ajar.


    dan sebagainya.

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Saya lebih cenderung dengan perbidalan Inggeris kerana Inggeris bunyinya lagi padu dan tepat. Saya percaya dalam alam ini dan dalam perjalanan hidup ini sebelum ke kubur, byk learning lesson setiap orang akan belajar. Saya percaya setiap orang tidak akan dapat lari dari perbuatannya. Contohnya, walaupun seseorang itu berjaya menyembunyikan kesalahan dan kesilapan kepada orang kebanyakan, dengan kuasa Tuhan akan ada 'kebocoran' yang boleh berlaku kepada seseorang. Dan seseorang ini pun asalnya tidak mahu pun tahu hal orang. Tetapi, kerana Tuhan ingin dia tahu dan menumpaskan penipuan dan kezaliman (mungkin kerana dipilih), kebarangkalian Tuhan 'train' dia mengenal diri dan body language si penutup cerita agak tinggi.

    Itu pasal there is a saying, 'it takes one to know one' God is great.

    Sama seperti Nabi Musa dan Nabi Muhammad yang diberikan kelebihan untuk menegakkan keadilan 'single-handedly' dalam bidang sekular dan agama. Salawat ke atas Nabi.

    ReplyDelete
  12. Salam bro,

    Benar, perubahan memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Doa secara intensif. Segala galanya dah berada pada tahap optima. Ingatlah bahawa Tuhan boleh cerdikkan sesiapa yang dikehendakinya. Semoga doa beramai ramai ini termakbul.

    ReplyDelete