Hari ini masuk hari ke lima
pencarian pesawat MAS MH370 yang masih lagi tidak menampakkan kejayaan
pencarian itu. Kita masih tidak tahu dimana pesawat itu berada dan apa yang
terjadi kepada nasib 227 penumpang dan 12 anak kapal pesawat tersebut.
Saya seperti juga orang lain
sentiasa memanjangkan telinga dan membuka mata dengan luas dalam debaran hati
yang kuat untuk mendengar dan melihat apa kesudahan pencarian yang seolah-olah
tiada hentinya ini. Dalam pada itu saya juga seperti rakyat negara yang lain berdoa
dan mengharapkan sesuatu yang ‘miracle’ berlaku untuk keselamatan nyawa
penumpang dan kakitangan pesawat tersebut.
Banyak negara seluruh dunia telah
tampil membantu kita untuk mencari pesawat yang telah hilang dari radar
penerbangan dan tidak berkomunikasi dengan ATC sejak itu. Seluruh jentera
kerajaan dan banyak asset negara telah digunakan untuk pencarian ini, ditambah
pula dengan bantuan berbagai negara termasuk AS yang telah menggunakan 7th
fleetnya untuk mencari pesawat itu. Namun sehingga saat ini belum lagi kita
ketahui apa yang telah berlaku kepada pesawat dan penumpang serta anak-anak
kapalnya itu.
Setiap jabatan dan pihak yang
terbabit dengan pencarian ini tidak berhenti-henti memberikan ‘up-dates’ kepada
rakyat, namun pesawat itu masih tiada dijumpai. Saya mengambil keputusan untuk
memberikan komen sedikit kerana sudah ada tanda-tanda pihak yang sudah marah
terhadap pihak berkuasa kita kerana kegagalan setakat ini untuk mencari pesawat
tersebut.
Sesungguhnya kita memahami apa
yang sedang dirasakan oleh phak keluarga penumpang-penumpang baik negara kita
dan negara Cina serta banyak negara lain dalam mana rakyatnya bersama berada
dalam penerbangan itu. Bagi saya semua pihak sedang melakukan yang terbaik
untuk pencarian ini dan tidak ada yang tidak dilakukan oleh penguasa negara
kita.
Jika armarda angkatan laut
Amerika yang canggih itu pun tidak dapat menjumpai dimana pesawat itu berada,
apa lagi yang boleh meyakinkan kita yang pencarian ini adalah satu pencarian
yang amat sulit dan payah. Dalam keadaan sekarang tidak ada yang mahu melihat
kegagalan pencarian ini. Masing-masing mahukan dan mengharapkan ada ‘miracles’
berlaku kepada penumpang-penumpang dan anak kapal pesawat itu dan mereka
selamat akhirnya.
Yang penting bagi kita sekarang
ialah untuk memberikan sokongan moral dan doa-doa yang berterusan untuk semua
pihak yang sedang bertungkus lumus bagi penyelesaian isu ini.
Apa yang perlu bagi yang
mengikuti perkembangan tentang MH 370 ini lakukan ialah untuk mententeramkan
jiwa dan hati keluarga penumpang ini dan tidak memberikan kritikan dari luar
sahaja. Tidak pernah berlaku dalam sejarah pencarian ini dilakukan oleh banyak
negara dan ini sahaja sudah menunjukkan yang semua pihak mahukan penyelesaian
beberapa segera. Apa pun sebabnya berlakunya kehilangan pesawat ini, kita perlu
meneruskan doa dan memohon agar kita akan di hidayahkan dengan sekuat iman
seorang yang beragama untuk menerima apa sahaja ketentuan Allah s.w.t. nanti.
Dalam isu seperti ini, kita akan
melalui ujian besar, iaitu untuk menahan jiwa kita dari kufur dan sentiasa
mengakui yang segala-galanya itu adalah ketakdiran Tuhan yang Maha Esa.
Secara saintifiknya semua pihak
sedang bertungkus lumus untuk mencari penyelesaiannya tetapi Penentu yang
‘ultimate’ nya ialah Maha Pencipta dan Pencipta Sains itu sendiri.
Kita memerlukan kesabaran yang
lebih dari apa yang ada kepada setengah pihak. Mungkin mereka akan menjawab
yang ‘it’s easier said than done’, tetapi apa lagi caranya untuk kita
mententeramkan jiwa kita selain dari bersandar sepenuhnya kepada Illahi yang Maha Penentu itu.
Kepada keluarga yang terlibat
dengan kehilangan pesawat ini, diluar sini tidak ada yang tidak berdoa untuk
mendapatkan ketenangan hati dalam menghadapi peristiwa yang amat menekan jiwa
ini.
4 comments:
Tuan Aspan,
Komen yg baik dan selari dgn majoriti rakyat.Moga moga banyak lagi peristiwa yg boleh menyatuka rakyat.
NAS
Patut ada jurucakap khas yang akan memberitau wartawan tentang perkembangan terbaharu. Sekarang ini kelihatannya semua ingin bercakap. Yang membuatkan keadaan kelihatan serabut.
Tn. AA
Lebih 3hari Tn tak muncul ! Very funny ! 3hari lepas byk berita2 hangat. Biasa nya cepat je Tn beri kata2 manis
mohon izin saya masukkan paparan Pak Aspan ke dalam blog saya: http://suaramuhajirin313.blogspot.com
Post a Comment