‘Bersatu teguh bercerai roboh’,
itulah perbilangan bahasa yang diketahui umum. Ia bermakna jika kita bersatu
pemikiran, kepercayaan serta bertindak untuk memperjuangkan sesuatu matlamat itu
sehayun dan selenggang, maka ia akan mudah untuk mencapai matlamat dan tujuan.
Jika keluarga bersatu ia
merupakan suatu yang dihormati masyarakat sekeliling. Masyarakat akan menghormati
keluarga kita walaupun kita keluarga yang bukan dari yang kaya raya tetapi
sesuatu keluarga itu dihormti kerana sifat saling kasih mengasihi diantara ahli
keluarga itu. Doa masyarakat yang bersatu juga akan mudah termakbul kerana ia
merupakan elemen penting untuk kejayaan sesebuah keluarga yang tinggi darjatnya
di sisi Allah s.w.t..
Itu diperingkat keluarga. Tetapi
keadaan dan situasi yang sama juga boleh kita lebarkan ruang kesatuan itu
kepada masyarakat dalam kariah kita dan terus ke peringkat negara dan peringkat
antarabangsa. Jika kita sebut dari sudut agamanya kita boleh rangkumkan untuk
bersatu bersama-sama dalam jemaah sejagat untuk kita mengtauhidkan Allah s.w.t.
serta bersatu dalam perjuangan sehayun dan selenggang tadi.
Jika bersatu dalam pemikiran,
niat dan tindakan kita di peringkat mana sekali pun usaha kita secara bersatu
itu akan mendapat kejayaan seperti yang hajati dan di matlamatkan itu. Hanya matlamat
bersatu itu berbeza dari satu kelompok dengan kelompok yang lain itu sahaja
yang berbeza. Ada
yang bersatu untuk kepentingan peribadi dan kelompok mereka sahaja tanpa
bersatu untuk tujuan yang baik dan luhur.
Tetapi kita juga tahu dan
memahami banyak yang bersatu itu berakhir dengan perpecahan juga. Banyak faktor
yang menyebabkan perpecahan itu berlaku. Pertamanya ia bersatu untuk
mempertahankan keburukan laku masing-masing. Samada perpaduan itu kekal lama
atau sebaliknya ia bersandar kepada premis untuk mewujudkan sesuatu kesatuan
yang berpadu itu. Pendeknya ia bergantung kepada niat dan penyebab berlakunya
perpaduan itu. Selalunya perpaduan untuk mewujudkan perpecahan pihak yang lain
itu tidak akan kekal.
UMNO dulu wujud di atas premis
memperjuangkan atau memudahkan perjuangan pencapaian kemerdekaan yang telah
diasaskan jauh sebelum penubuhannya. Perjuangan kemerdekaan itu telah awal-awal
lagi dilakukan oleh banyak pertubuhan-pertubuhan yang wujud dengan bergiat
sendirian. Tetapi UMNO diwujudkan setelah lebih dari 40 pertubuhan dan pergerakan
kesatuan yang ada semasa itu bersatu dan menubuhkan UMNO.
Lain-lain perkatan premis
wujudnya UMNO itu adalah diatas perpaduan banyak persatuan yang berselerak
dalam negara untuk menentang penjajahan British semasa itu. Akhirnya UMNO itu
wujud selama 40 puluh tahun sebagai parti yang bersatu dan telah berjaya
membawa perubahan khususnya setelah kejayaan mengetuai pencapaian kemerdekaan
itu.
Tetapi setelah terselit beberapa
elemen negatif dalam parti itu diakhir-akhir dekad keempat puluh itu. maka UMNO
telah berpecah kerana parti itu sudah di serang oleh pimpinan yang tidak mahu
perpaduan itu berlarutan kerana perpaduan dalam parti itu tidak akan membawa
kekuatan kepada politik peribadi masing-masing yang baru mengambil alih parti
itu. UMNO telah diresapi oleh pemimpin yang lemah dan parti itu hanya kekal
dalam kepimpinan jika parti itu pecah. Akhirnya parti itu kekal hanya selama 41
tahun sahaja dan terus terbengkalai setelah perhimpunan agung tahunannya yang
ke 38 sahaja.
Parti itu dimatikan oleh pimpinan
lemah yang tidak terdaya kekal dalam demokrasi sebenar parti itu. Mereka
terpaksa membunuh parti itu untuk kekal berkuasa, sambil membawa majoriti ahli
yang keliru untuk menubuhkan sebuah parti baru yang merupakan ‘imposter UMNO’
yang dinamakan mereka parti itu dengan nama yang sama iaitu UMNO (baru).
Takut dengan nama (baru) yang ada
kepada parti ‘imposter’ itu maka dengan kuasa yang ada mereka telah ke mahkamah
untuk mendapatkan perintah membuang nama (baru) yang ada kepada parti itu. Justeru
itu rakyat telah melihat yang perpaduan dikalangan mereka itu adalah perpaduan
yang tidak diasaskan kepada niat dan matlamat yang jujur.
Maka wujudlah parti baru dan
mereka telah menubuhkan jawatankuasa protem mereka yang di ketuai oleh Dr
Mahathir dan Abdul Ghaffar sebagai Timbalannya. Naib-Naib presidennya dalam
jawatankuasa protem parti baru itu termasuklah Abdullah Badawi, Anwar
Ibrahim dan Majlis Tertingginya di
senaraikan nama-nama yang semua orang tahu.
Pendeknya parti baru dengan nama
yang lama itu di penuhi dengan nama-nama pemain politik yang tidak jujur dan
jika kita tengok dalam pendaftaran parti itu alamat parti yang baru itu ialah
Seri Perdana, kediaman Perdana Menteri kita. Sila siasat di pendaftaran
pertubuhan untuk mempastikan kenyataan ini.
Perpaduan dikalangan pimpinan
yang lemah yang niat serta matlamat membunuh partinya dan menubuhkan parti baru
ini merupakan perpaduan yang sangat ‘superficial’ yang berlandaskan kepada
kuasa idaman sahaja. Perpaduan ini tidak kekal kerana ia bukan wujud diatas
perjuangan yang sepatutnya. Maka ia terbukti dengan perpecahan dikalangan
mereka sendiri kerana perpaduan mereka bukan dilandaskan kepada menjurus
memperbaiki negara dan politiknya.
Akhirnya perpecahan berlaku dan
tidak ada dikalangan mereka yang tidak jujur ini yang lebih baik dari yang lain
diantara mereka. Oleh kerana fokus mereka ialah terhadap penguasaan kuasa dan
perebutan jawatan yang boleh memenjarakan dan mengeluarkan lawan dari penjara
sahaja.
Oleh kerana kepentingan untuk
negara itu jauh dibelakang maka perpecahan itu telah mewujudkan ‘cult
politics’. Maka wujud pengikut Anwar Ibrahim dan Mahathir. Kepada penyokong
Anwar mereka menganggap Anwarlah pemimpin ‘world class’ yang digemburkan dan Mahatir
pemimpin dunia ketiga, yang sebenarnya semua ini tidak wujud dan tidak nyata.
Mahathir telah membina kepimpinan
dengan acuan beliau dan Anwar pula mewujudkan acuan beliau sendiri yang
cenderung kepada politik jalanan kerana politik seorang desperado untuk menikmati
kuasa ditangan.
Sesudah bersara Dr Mahathir
mewariskan kuasa kepada mereka yang lemah yang merasakan mereka kuat dan ber
‘consequence’. Maka wujud pemimpin seperti Abdullah Badawi dan kemudiannya
Najib yang sedang enak duduk di Putrajaya itu.
Yang jelas kumpulan ini pun
akhirnya berpecah dan sekarang sedang ada usaha untuk menggantikan Najib oleh
diantara sesama mereka. Dengarnya mereka hendak menaikkan dan memberikan kuasa
kepada Muhyiddin yang sama acuannya dengan Abdullah dan Najib.
Setengah orang berpendapat
Muhyiddin juga akan menghadapi situasi yang lebih buruk lagi kerana acuannya
sudah begitu. Justeru menggantikan Muhyidin dengan Najib itu bukannya tindakan
perubahan sebaliknya tindakan menyambung ‘shenanigans’ yang sedang dilakukan
oleh pimpinan hari ini.
Bersatunya mereka ini berkala.
Apabila sudah wujud ‘competitions’ dikalangan mereka yang pernah bersatu itu,
maka berlakulah perpecahan kembali. Apa yang pasti sekarang ini, tidak ada
dikalangan mereka yang bersatu itu berniat untuk kebaikan negara, selain dari
ketamakan peribadi yang akhirnya terjadi apa yang kita alami hari ini.
(Bersambung)
The question is who is the best among the worst to lead Malaysia to prosperity dunia and akhirat?
ReplyDeleteApa beza DAP dulu dan sekarang?
ReplyDeleteSaya nak jawab bagi pehak Tuan AA walaupun tanpa disuruh . Pemimpin yg layak dan kompiten ialah TG.. RAZALIGH HAMZAH.
ReplyDeleteAs salam Tn Aspan,
ReplyDeleteSuatu pemerhatian yg baik. Teruskan lagi komentar ini.
NAS
kalau nengok dari khalayak sekarang dah tak do yg botul-botul layak... tak dapek hok yg the best among the worst dah sbb yg ramai the worst among the worst ja... pelingkup negara. mgkin sallehudin ayob, saifudin abdullah, saifudin nasution, khairi jamaludin bole dibawa ke depan. tp sangat sukar krn berbeza ideologi...
ReplyDeleteSalam Pak Aspan,
ReplyDeleteIsu dan persoalannya sudah diketahui tetapi jawapan dan penyelesaian secara spesifiknya belum dikemukakan......
Bila bersatu kena ada imej mereka dinaikkam sekali. Kalau tak kena cantas.
ReplyDeletesaya rasa Pak Aspan lebih merujuk kepada parti umno secara keseluruhannya dlm artikel ini. Parti umno yg dibina dgn niat murni akhirnya tersasar dalam perjalanannya dlm beberapa tahun ini. Pejuang tulen sudah tidak ada tempat di dalamnya. Ahli2 di dalamnya juga bakal ahli punye niat yg satu iaitu duit, pangkat dsbnya. Di Malaysia yg punye banyak duit ialah kaum cina. Kita tahu betapa kroniknya penyakit rasuah dlm umno, siapa yg mampu menyuap lebih banyak duit maka dia lah akan menjadi pemimpin dalam umno.Hidup Melayu Dgn duit cina...slogan yg sepatutnya.
ReplyDeleteTidak kelihatan lagi pemimpin2 umno yg punye kualiti yg mampu mambawa negara ke depan dgn cemerlang. Macamana pun saya agak tertarik dgn ketua pemuda umno - KJ. Beliau kelihatannya lebih "smart" & hansem jika dibandingkan dgn yg lain2 tu. Saya mengkaji sedikit tentangnya, beliau lahir di sekitar bulan-bulan org2 yg cemerlang dilahirkan contohnya Siti Nurhaliza, Chef Wan, Elvis Presley, Mr Bean, Tiger Wood, Alex Ferguson, Mohd Ali, Ali Jinnah, Gamel Nasser....STALIN ! sangat menarik orangnya KJ ini. Pendidikannya di Oxford. Jika diberikan peluang saya yakin beliau mampu melakukan yg baik utk negara kita. Tapi saya yakin politikus2 yg bengap di dalam umno akan berbuat apa saja utk menghalang KJ atas sebab yg salah . Tradisi orang melayu yg gemar membunuh "Hang Nadim" masih berterusan sampai skrg. Hidup Melayu. Tkasih.
dapatkah kita mengatasi kehendak Allah swt ..? Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara. (Taa-Haa: 123)
ReplyDeleteKalau dalam tak menggelocak, luar takkan meletus dan mundar mandir.
ReplyDeleteTapi kadang kadang yang suruh bersatu juga memecahkannya kembali kerana tgh berada dalam kecemasan dan tak sempat nak lari. Bila dah terperangkap, 'kita kena berubah'. Bila dah keluar dari lubang, ragam lama keluar semula dan kembali me'ngenakan' orang orang semasa dalam lubang dahulu kerana kesumat. UMNO dahulu kini dan selamanya.
ReplyDeletePadan muka sekor sekor. Dulu layan orang macam barang dan sampah, sekarang sikit sikt orang ketepikan. Kalau bersatupun, terpaksa. Bukan atas dasar benar benar selesa hidup aman bersatu. Banyak faktor masalah dalam hidup pemimpin ini. Bini banyak belanja, anak nakal susah nak control, rasuah sana sini, affair altantuya.
ReplyDelete