Pemimpin-pemimpin UMNO telah
menuduh Anwar menjadikan isu kehilangan MH370 sebagai isu politik untuk
mendapatkan perhatian dan sokongan ramai. Mereka membidas Anwar kerana Anwar
menuduh kerajaan sekarang sedang menutup dan menyembunyikan sesuatu dari rakyat
berhubung dengan kejadian malang
bagi pesawat MAS itu pada 8hb Mach yang lalu.
Anwar telah berkata demikian
semasa ditemuramah oleh media antarabangsa baru-baru ini. Anwar dengan tegas
telah menuduh kerajaan menyembunyikan sesuatu dari rakyat dan ini adalah tindakan
yang tidak betul dan mempunyai motif tertentu kerana menyembunyikan beberapa
fakta tentang isu MH370 ini.
Sebagai seorang parliamentarian,
Anwar berhak untuk bercakap dan membuat tuduhan itu kerana ia melibatkan
kredibiliti negara. Tetapi apa yang Anwar perlu lakukan ialah dengan memberikan
rakyat penerangan tentang apa yang di sorokan oleh kerajaan dari pengetahuan
umum. Jika Anwar bercakap demikian tentunya Anwar boleh memberitahu apa yang
beliau tahu tentang apa yang kerajaan sembunyikan itu.
Tetapi setakat ini Anwar belum
lagi memberikan butiran tentang isu ini kepada ramai. Beliau hanya setakat
memberikan tuduhan itu dan sekarang beliau berhutang kepada rakyat untuk
memberitahu apa yang beliau tahu. Jika Anwar berani bercakap sedemikian, tentu
sekali Anwar tahu apa yang di sorokan dari rakyat itu.
Rakyat ingin tahu dan Anwar
jangan tunggu lama untuk memberikan kita tahu apa yang beliau tahu. Tentu Anwar
tidak mahu mengulangi kesilapan seperti yang beliau lakukan selepas sahaja PRU
yang lepas. Beliau telah menuduh lebih kurang 40,000 orang rakyat Bangladesh
turut mengundi untuk memenangkan BN semasa itu.
Akhirnya beliau menafikan yang
beliau telah membuat kenyataan sebegitu sedangkan ramai rakyat telah mendengar
dan melihat ucapan itu sendiri baik secara terus mahupun melalui youtube dan
sebagainya.
Jika Anwar berjaya memberikan
fakta yang jelas tentang tuduhan beliau terhadap kerajaan berhubung dengan isu
MH370 ini, ia akan dapat membersihkan imej beliau sebagai pemimpin yang
berbohong setelah menuduh puluhan ribu rakyat Bangladesh turut mengundi dalam PRU
yang lepas untuk memenangkan BN.
Anwar berwajib untuk memberitahu
kita semua, apakah yang dirahsiakan oleh pimpinan negara berhubung dengan isu
pesawat malang
itu.
Kita tunggu pembongkaran beliau
itu. Jangan tunggu lama-lama. Nanti rakyat akan tuduh beliau berbohong lagi.
Kalau nak jadi Perdana Menteri tidak boleh berbohong. Itulah sebabnya, jika
Anwar boleh menunjukkan yang Najib dan pimpinan berbohong, maka sampailah
masanya barisan pimpinan yang ada sekarang berhenti dan bersara.
Anwar pun sama, jika di dapati
berbohong ia akan menimbulkan masalah untuk dirinya menjadi Perdana Menteri
sebagai yang beliau idamkan itu. Pendeknya yang hendak kekal sebagai Perdana
Menteri pun tidak boleh berbohong dan yang ingin dan mengidamkan jawatan PM itu
pun tidak boleh berbohong.
Tun M banyak kali bohong boleh pun jadi PM... sampai 22 tahun..
ReplyDeleteIt is better for him to shut his mouth as whenever he starts talking,only shit will comes out.
ReplyDeleteItu la tu. Seteruk teruk Dr M dia at least educated. Bercakap mcm orang yg bersekolah kerana dia byk membaca. Tengku Razaleigh pun begitu. Ramai yg nak mengikut kedua dua ni tapi tak menjadi. Mcm bumi dgn pluto. All end up self absorbed and kuat berangan.
ReplyDelete
ReplyDeleteOrang dah overpoliticking mmg kuat bersilat. Hahaha. Kesian.
Anon 5.4.2014 21:20
ReplyDeleteA short statement but very significant, that's amazing!
There is such thing called OSA. Anyway, it's always UMNO/BN's fault when it comes to MH370 incident
ReplyDeletePak,
ReplyDeleteApakah maksud "sorok"? Kalau dah diketahui orang, buat apa bersusah-susah nak sorok kan?
Cantik tulisan tuan.
ReplyDeleteWhy Najib avoiding from reporters at a PC? It seemed as there was something to hide. There must be some information categorized as confidential, should it be hidden. He is so weak to handle the situation, would also try to cover own weakness. There were something to hide or covered. True, Anwar can't be labeled as a liar, because hiding activity of some information must be done by our government was really happened.
ReplyDeletePolitikus mesti ada temberag punya kalau tak lebih baik jadi imam.
ReplyDelete
ReplyDeleteAnon 23:07,
If Anwar knows what Najib is hiding, why can't he tell it out? It's mere suspicions and Anwar takes it politically.
As AA has said, Anwar must tell what Najib is conceal. Don't just allege blindly.
Anwar has the record of lying by alleging that BN won because of foreigners who came to vote for BN in the last ge.
Anwar is equating others with his dubious characters.