Isu hudud semakin panas dan DAP
merupakan parti yang paling rasa kepanasannya. Yang terakhir Lim Guan Eng telah
mengeluarkan kenyataan keras kepada PAS dan mengingatkan PAS samada parti itu
patut yakin dengan janji-janji UMNO dalam hal hudud ini. LGE bertegas untuk
menentang hukum hudud ini dilaksanakan di Kelantan dan beliau mengingatkan PAS
yang parti itu telah mengecewakan penyokong bukan Islamnya dan tidak berterima
kasih diatas sokongan bukan Islam dalam PRU yang lalu yang membolehkan PAS
mendapat kerusi yang banyak dalam pilihanraya yang lalu.
Hanya yang belum di sebut oleh
LGE ialah supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat sahaja. Jika saya anggap saya
sebagai ahli PAS, saya tidak menerima kenyataan LGE yang PAS telah mendapat
kelebihan kerusi dalam pilihanraya yang lalu kerana sokongan DAP dan kaum
bukan Islam, ia merupakan satu kenyataan yang tidak berhati-hati. Sesungguhnya
dalam pilihanraya yang lalu PAS telah menjadi korban DAP dan Parti itu mendapat
satu kerusi kurang dari pilihanraya 2008 yang lalu.
Yang mendapat kelebihan kerusi
yang banyak ialah DAP, dari 28 kepada 38 hasil dari PAS yang membawa orang
Melayu dan Islam berpusu-pusu menyokong parti itu sehinggakan DAP mengambil
kesempatan dengan menggunakan orang Melayu dan Islam sebagai pembawa poster dan
banting sahaja dalam pilihanraya yang lepas.
Jika DAP berterusan mengkritik
PAS sebegini ia terlupa yang parti itu telah memungkiri janji untuk menghormati
perjuangan politik dan agama lain seperti yang disebutnya semasa berbahas
dengan Dr Chua Soi Lek suatu ketika sebelum PRU yang lalu.
PAS sekarang sedang menerima
gamitan dari mereka yang tidak suka dengan hukum Islam dan gamitan dari pihak
yang berkehendakkan Islam itu di masyurkan dan di tingkatan penerimaannya
terhadap umat manusia yang beragama Islam terutamanya. PAS boleh memilih untuk
meninggalkan perjuangan Islamnya dan bersekutu dengan pihak yang semuanya tidak
betul dengan Islam ini.
Tindakan DAP cuba untuk
mengelirukan PAS supaya tidak percaya kepada UMNO itu adalah satu lagi tindakan
yang tidak difikirkan sebelum membuat kenyataan. Adalah tidak munasabah bagi
PAS untuk mempercayai DAP dalam hal meningkatkan Islam ketahap yang tertinggi.
Dalam membuat kritikan terhadap PAS agar tidak percaya kepada UMNO, LGE sendiri
secara terbuka tidak menyokong pengamalan hukum hudud di Kelantan. Saya bukannya
meminta PAS percaya dengan UMNO, tetapi saya hanya mengatakan yang DAP langsung
tidak boleh berbincang tentang hudud ini.
Apa pun sebabnya UMNO bersetuju
untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal tentang hudud ini, ia dipersetujui oleh
mereka yang beragama Islam. Seburuk-buruk UMNO itu ada juga bau Islamnya
walaupun ia tidak setahap mana.
Bagi saya yang penting sekarang
kita wajar bersetuju untuk perlaksanaan hukum hudud itu dan Dewan Legislatif
perlu menyokong usul persendirian itu. Samada ia akan terlaksana tahun hadapan
atau tahun-tahun yang akan datang itu bergantung kepada beberapa perkara pokok
yang perlu diselesaikan dan dipersediakan.
Pertamanya ia perlu difahami oleh
semua bangsa dan berbagai agama dalam negara ini. Ia perlu diterangkan dengan
secara 'detail' dan pastikan semua pemimpin memahami apa hudud itu sebenarnya.
Malahan jika kita tidak
melaksanakan hudud itu, kita perlu memahami apa hudud itu, setidak-tidaknya
dijadikan sebagai sumber ilmu bagi mereka yang jahil-jahil seperti saya ini.
Jika kita mahu menjadi orang
Islam sebenarnya saya meminta diri saya dan semua orang untuk mengambil agama
itu seratus peratus. Kita tidak boleh menyesuaikan agama itu dengan kehendak
nafsu-nafsi kita semata-mata kerana Islam itu di turunkan sebagai agama yang
lengkap. Kalau kita tidak mahu mengikut kehendak sebahagian dari agama itu,
kita akui yang kita engkar dengan kehendak agama dan Tuhan kita, tetapi jangan
menyatakan agama kita itu tidak sempurna. Kita akui kita tidak mampu menerima
agama kita yang lengkap itu.
Jika kita malas bersolat, terima
sahaja yang kita engkar untuk bersolat misalnya, tetapi jangan katakan yang
kita tidak payah bersolat. Saya selalu tinggal solat lima waktu itu, tetapi saya tidak akan
berkata yang kita tidak perlu bersolat.
Begitu juga dengan hukum hudud
ini. Jika tidak berkemampuan untuk menerimanya, akui sahaja yang kita engkar,
jangan katakan yang hudud itu zalim dan sebagainya. Biarkan Lim Guan Eng kata
hukum Islam itu zalim. Jangan pula kita terikut berkata perkara yang sama
kerana Lim Guan Eng itu bukan bandingan dengan
Tuhan kita.
Jika perlu ditinggalkan sahaja
Pakatan Rakyat, lakukanlah dengan penuh komitmen dan keyakinan. Tetapi jika
masih hendak mengikuti LGE itu adalah hak masing-masing, tetapi kita mesti akui
yang kita engkar terhadap agama kita. Itu demokrasi, boleh ikut LGE jika
percaya kepadanya dan kita boleh ikut kehendak agama kita jika kita yakin agama
kita itu agama yang sempurna dan lengkap.
Tetapi jangan biarkan mana-mana
individu yang bukan beragama Islam menghina agama kita. Sejahil-jahil kita yang
beragama, kita tidak mampu membiarkan agama kita dilangkah dan diperkecilkan
oleh mana-mana pihak.
Pada siapa yang merasa berat
berjuang untuk kehendak Allah s.w.t. duduk diam ditepian bersama saya, tetapi
jangan terdorong untuk mengiyakan pandangan mereka yang tidak suka dengan hukum
agama kita.
Kita perlu ingat se garang dan
se hebat mana kita sekali pun didunia ini, akhirnya nanti kita akan pergi menghadap
Allah s.w.t. juga. Walaupun jasad kita dimakan ulat tetapi ingat roh kita lah yang
akan menerima bahagia atau celaka akhirnya nanti.
Oleh kerana kita ada roh itulah
maka ada elemen dosa dan pahala. Roh kita akan mengadap Tuhan Azawajalla dan
dialah yang akan menanggung segala dosa dan noda kita didunia ini.
Perlembagaan Tuhan lebih tinggi
dari perlembagaan negara. Perlembagaan negara itu adalah buatan manusia, boleh
diubah dan disesuaikan dan diubah. Yang tidak boleh diubah ialah Perlembagaan
Tuhan yang Maha Pencipta itu.
Pencipta-pencipta perlembagaan negara itu sendiri adalah ciptaan Allah s.w.t. Guan Eng itu sendiri adalah ciptaan Tuhan. Ingat itu.
Pencipta-pencipta perlembagaan negara itu sendiri adalah ciptaan Allah s.w.t. Guan Eng itu sendiri adalah ciptaan Tuhan. Ingat itu.
Surah mana dan ayat mana dalam Quran ada menyebut roh akan terima bahagia atau celaka dari Allah dikemudian hari? Hati-hati Pak Aspan, dalam kegairahan utk memahami tentang hudud jangan sampai memfitnah Allah s.w.t pula. Ikut rasa binasa. Ikut hati mati. Maka gunalah akal itu jangan diabaikan. Jangan hanya mengaji tetapi kaji, uji dan bukti. Namun yg paling penting perlu diingat jangan sesekali dilembukan oleh Pak Lebai bergelar ostat atau ulama. Terima kasih.
ReplyDeleteYup...bila time PRK yg melibatkan calon parti PAS...almost all undi Cina pergi ke BN....talked abt back stabbing...and yet DAP nak PAS percayakan mereka lebih dari UMNO.
ReplyDeleteAnon 1:11
ReplyDeletebuktiny apabila sampai ke yaumilmahsya nanti.
kalau tak faham jangan masuk campur
Aspan,
ReplyDeleteAs much as I respected your belief & faith in Islam, I do hope that you should reciprocate the respect on belief and faith of those who never believe in Islam. One must remember that no one live in an island entirely by itself. Hence, Hudud SHALL NEVER WORK IN MALAYSIA
This is also the will & testament of Tunku Abdul Rahman, a melayu prince who had vowed that Malaysia shall always be a secular state. So as such the case is clear, no Hudud. Not even mention of it
Furthermore, if PAS folks are so very believe much believe in Allah, perhaps, it's time to stick to Allah. Perhaps, it's Allah's punishment that Muslim Brotherhood went to the dogs in Egypt. Come to think of it, is Hudud really Allah's way? If true, then should follow the Jews' way under Old Testament during Judges time........
biar mati menegakkan Hukum Allah dari mati sbg Bangsat kepada orang Kafir!
DeleteAntara golongan musyrik dan munafik, yg munafiklah lebih wajar untuk tidak dipercayai kerana ia lebih lagi bahayanya. Ibarat musuh dlm selimut juga gunting dlm lipatan, pepat di luar rencong di dlm, telunjuk lurus kelingking berkait. Sentiasa berpura-pura tetapi sebati dgn sifat tidak amanah dan menunggu masa untuk menikam kawan dan lawan menggunakan keris tidak bersarung itu.
ReplyDelete
ReplyDeleteSalam buat Pak Aspan dan pembaca.
Isu hudud ini mesti diselesaikan dengan cara yang berhemah. Sepatutnya hudud telah dilaksana lama dahulu sebelum DAP kuat, tapi sejak awal negara ini merdeka lagi UMNO BN pun takutkan hudud. Muslimkah orang-orang UMNO yang menolak hudud dengan alasan negara ini negara berbilang bangsa?
Terus terang saya katakan (mungkin) tak perlulah panggil ustaz atau alim ulama untuk jelaskan tentang hudud. Para akademik yang bukan Islam pun ada boleh menyelesaikan kemelut hudud.
Ada ahli akademik bukan muslim di Malaysia mengkaji Undang-undang Keterangan Islam yang akhirnya merumuskan cara mensabitkan kesalahan di bawah hukum Islam lebih ketat dari undang-undang sivil.
Hudud bukan susah sangat untuk difahami. Mereka yang tidak mahu mengkaji sebenarnya memandang hudud sebagai musuh kerana keegoan masing-masing.
Amat mustahil bijak pandai seperti Guan Eng dan mendiang Karpal Singh tidak faham Hudud.
Kononnya Guan Eng kagum dengan Umar Abdul Aziz. Jika demikian, sepatutnya beliau lebih kagum dengan Pencipta Umar Abdul Aziz yang memerintahkan hudud.
Mendiang Karpal Singh sudah habis masanya,hanya Allah yang tahu nasib mendiang.
Mari kita sama-sama (cuba) Islamkan Guan Eng dan rakan-rakannya. Doakan mereka menerima Islam, sedangkan paderi-paderi boleh menerima (masuk) Islam,apalagi Guan Eng dan mereka yang makan 'sedulang' dengan rakan-rakan PAS dan UMNO. Ini bukan kerja Nik Aziz sahaja. Ini kerja kita semua.
InsyaAllah negara kita akan bertambah bilangan Muslim dan jangan kata hudud, mahkamah sivil pun akan hilang fungsinya nanti jika lebih ramai orang faham apa maksud Islam yang sebenarnya. AllahuAkbar!
- perempuan dari Batu Berendam
Melaksanakan hudud dalam perundangan bernegara umat Islam merupakan kewajipan yang telah dijelaskan dengan nas yang qath’ie (muktamad). Kewajipan melaksanakannya adalah sama seperti kewajipan solat, puasa, membayar zakat dan lain-lain lagi. Tidak melaksanakan hudud hukumnya adalah berdosa sama seperti berdosannya meninggalkan kewajipan mendirikan solat, puasa dan membayar zakat.
ReplyDeletehttp://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2014/04/isu-hudud-dalam-demokrasi.html
Wahai Anonymous 5 May 2014 01:11:00
ReplyDeletePerkataan azab bererti hukuman, seksaan, kesengsaraan atau kesusahan. Manakala perkataan kubur pula bermaksud tempat menanam mayat.
Mayat sama ada ditanam, ditenggelamkan, terbakar jadi debu atau dimakan binatang; mereka disebut berada di alam barzakh. Maka pengertian kubur yang dikaitkan dengan kesenangan atau azab ialah alam kubur yang berada di antara alam kehidupan dunia dengan alam akhirat iaitu alam barzakh.
Barzakh bermaksud rintangan atau pemisahan. Alam barzakh ialah alam pertama daripada alam yang kekal abadi di akhirat. Semua orang yang berada di dalam kubur dinamakan hidup di alam barzakh.
Firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: “Ia biarkan air dua laut yang masin dan yang tawar mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya“ (Surah ar-Rahman: 19-20)
Firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: “… Sedang di hadapan mereka ada alam barzakh yang mereka tinggal tetap padanya hingga hari mereka dibangkitkan semula pada hari kiamat” (Surah al-Mukminun: 100)
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan pertunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta” (Surah Taha: 124)
“Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang semasa mereka berada dalam alam Barzakh dan pada hari berlakunya kiamat diperintahkan kepada malaikat: “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya”. (Surah Ghafir: 46)
“Mereka ditenggelamkan dengan bah taufan, kemudian pada hari akhirat dimasukkan ke dalam neraka” (Surah Nuh: 25)
“Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain daripada azab yang tersebut”. (Surah At-Thuur: 47)
“Kalau keingkaran dan kedegilan mereka sampai begitu sekali maka biarkanlah mereka wahai Muhammad, dan janganlah dihiraukan sehingga mereka menemui hari yang padanya mereka akan binasa”. (Surah At-Thuur: 45)
“Kamu telah dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya hartabenda, anak pinak, pangkat dan pengaruh. Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali bersikap demikian kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk semasa hendak mati”. Sekali lagi diingatkan: Jangan sekali-kali kamu bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari Kiamat! (Surah at-Takathur: 1-3)
hai Looes74.....as a muslim , my belief in Hudud because it is mentioned in AlQuran , just like that. Can you tell me, your belief in common / civil law is base on what ? AlQuran is the holy book that has been protected by GOD from distortion since appro.1400 years back. Can you tell me any other holy scriptures / books that had the credible process of compiling ??? Of course you don't and usually if this is asked , they will start attacking Prophet Muhammad SAW . Hudud shall work in Malaysia , Insyaallah .
ReplyDeletePak Aspan...saya akui PAS memang tersepit dalam isu Hudud ini. Di luah mati bapak, ditelan mati bapak. Tkasih.
Salam Sdr Aspan
ReplyDelete1.Hukum2 Muamalah Islam di sebalik Sistem2 Perbankan Islam dan Sistem2 Kewangan Islam yang lain dan hukum Jenayah Islam termasuk Hukum Hudud , dari sudut perundangan Islam moden, ia diletakkan di bawah hukum muamalat duniawiyah yang lawanya ialah Hukum Ilahi/Allah, dengan maksud ia boleh diijtihadkan khasnya iaitu bagi mereka yang berkelayakan atau mujtahid.
2. Kalau orang Islam dan bukan Islam di negara ini amnya dan orang Barat khasnya boleh menerima Sistem Perbankan dan Sistem Kewangan Islam berkenaan mengapa mereka tidak boleh menerima Sistem Jenayah Islam ?
3. Dalam hal yang lain, sistem tender terbuka/ "open tender" bagi pelaksanaan projek dan penjualan/pembelian aset juga merupakan Hukum Muamalat Islam yang dinamakan Hukum Lelong.
Kalau orang Cina amnya dan orang DAP khasnya buat bising sana-sini mendesak kerajaan UMNObn melaksanakan sistem tender terbuka bagi projek kerajaan dan GLC dan dalam penjualan aset kerajaan, mengapa mereka berkeras menolak Hukum Hudud?
3. Jawapan yang diberikan oleh Pendakwah Abdul Raheem Green ialah, mereka sudah diBaratkan pemikirannya, dalam erti kata, mana2 Hukum Islam yang Barat telah terang2 menolaknya, mereka akan turut menolaknya.
SAJI
tak payah nak pening2...islam akan bangkit melalui jalan kenabian yakni khilafah bukan melalui democracy..khilafah akan tegak kembali di syria bukan kat Malaysia..dan apa yg sy cuba sampaikan kt sini ialah,politik di Malaysia ni sgt kotor dan menjijikkan..disebabkan democracy umat islam berpecah belah..dah tua2 pun nak bergaduh mcm bdk2..dah takde lagi sifat2 rendah diri atau hormat menghormati..kami yg generasi muda ni hanya mampu melihat gelagat pemimpin yg memperbodohkan diri sendiri.. pemuda dari batu berendam
ReplyDeleteAnon 1.11 tu bukan islam kot. So buang masa terang lebih2.
ReplyDeleteHudud = yes please
Assalamualaikum..dalam keghairahan kita membincang tentang hendak melaksana hudud..ramai yg tak mengambil kira syarat untuk melaksanakan Hudud.Ya,mmg benar hudud wajib di laksanakan,tetapi untuk melaksanakan hudud wajib memenuhi syarat syarat sebelum perwartaaan hudud.Sebagai contoh antara syarat nya adalah KEBAJIKAN.Adakah kerajaan Pas kelantan pasti yg mereka tidak lagi perlu menyelesaikan masalah kebajikan rakya dri sosial dan ekonomi,masih ramai yg susah berkawin,susah makan,tpi nk jalankan hudud.Rakyat malaysia yg lain pula memekik berkata 'contohi la h Brunei,sultannya melaksanakan hudud.Persoalannya adil hudud jika hanya di kenakan kepada rakyat tidak kepada pemerintah sperti berlaku di Brunei?
ReplyDeleteSdr Manan
ReplyDelete1. Hukum Hudud tidak melibatkan hukum mencuri sahaja.
2. "Ya,mmg benar hudud wajib di laksanakan,tetapi untuk melaksanakan hudud wajib memenuhi syarat syarat sebelum perwartaaan hudud."
Boleh sdr berikan sumber atau kitab yang sdr rujuk mengenai pernyataan sdr di atas?
Rotan anak mencuri makanan jiran...pastikan dulu makanan dah disediakan dirumah..anak dah diberi ilmu yg mencuri itu berdosa..
DeleteSuffian,
ReplyDeleteYou know what! When I was in good old England for several years, I saw most africans debating in Hyde Park where the famous speakers' corner. It's extremely surprising that it's always Christianity vs Islam. Those africans mostly come from Nigeria.
The crux of the matter is that......Really Hudud really Allah's law. Or Men dictating Allah's law for own benefit. When people with different faiths having different conclusion on Allah's will, would it be better to stick to a SECULAR platform that's neutral. THIS IS WHAT TUNKU ABDUL RAHMAN EXPECTING FROM MELAYUS such as you.
And seriouslt, I am EXTREMELY DOUBTFUL ON THE ACCOUNTABILITY OF HUDUD JUDGES.
Suffian,
Have you watched this video? THE DEATH OF PRINCESS (SAUDI ARABIA)
http://www.youtube.com/watch?v=kDUsKJTkOaE
DARE YOU SAY THAT IT'S ALLAH'S VIEW? Or this view is far superior?
http://www.youtube.com/watch?v=BuMkKKuFB2w
Sufian,
Are you absolutely sure that you are SINLESS? DARE TO TELL THAT ALLAH!
Even Mahatma Gandhi admire the sermon on the mount
http://www.youtube.com/watch?v=MDCbJ4vnMNg
Guys & Gals,
As people have violently different ideas, faith & creed, time to ditch hudud thingy. I strongly suggest muslims should show people how good Islam rather than imposing laws that may affect other people who never accept Islamic faith. Tunku Abdul Rahman says so one. Ask Aspan Alias!
What about all these issues?
http://tukartiub.blogspot.com/2014/05/cukong-tak-minat-hudud.html
P.S : Wonder how come the death of Uzzah not found in Quran. Muslim supposedly commanded by Prophet Muhammad to read Torah & Bible
Uzzah was trying to hold on the Ark of Convenant when it's about to fall, Apa macam? Imposing so called Allah's law, without Allah's approval!!!!!
Saya sangat bersetuju dgn pandangan Dr MAZA dalam forum anjuran SinarHarian beberapa hari yg lalu.
ReplyDeleteSebagai pandangan tambahan, PAS telah terperangkap dengan politik UMNO dgn meletakkan segala tanggungjawap melaksanakan hukum Allah keatas PAS, sedangkan yg mentadbir negara ini sudah lebih 50tahun adalah UMNO. Umno jugalah yg meracuni fikiran rakyat dlm waktu tersebut supaya menolak, memperlekeh dan menghina undang2 islam yg termaktub dlm AlQuran dan Hadith.
Sekarang PAS dibebankan dgn tanggungjawab untuk memperbetulkan segala kesalahfahaman dan kesangsian rakyat Malaysia terhadap kehebatan hukum Allah SWT.
Keutamaan sekarang ini ialah kesesatan kumpulan syaitan yg dikenali mesti dinyahkan dulu dari tampuk pemerintahan negara, selepas itu kerja2 untuk memperbetulkan kekeliruan rakyat akan lebih mudah dilaksanakan.
Rasulullah tidak pernah berkongsi kuasa dengan geng AbuJahal, AbuLahab, Abdullah Ubai dlm usaha untuk melaksanakan hukum Allah SWT....
UMNO sanggup bersandiwara apa saje demi mengekalkan kuasa dan harta....
Wallahualam, fikir fikirkan lah.