Pilihanraya kecil Bukit Gelugor
merupakan satu PRK yang sangat mendapat perhatian ramai. Perhatian tertumpu
kepada siapa yang akan menjadi calon menggantikan mendiang Karpal Singh. Ia
lebih menjadi tumpuan sejak dua hari yang lepas kerana berita hangat didengar
ialah Ramkarpal, anak kepada mendiang Karpal adalah calonnya. Kalau ia
benar-benar terjadi maka DAP tidaklah seperti apa yang mereka perjuangkan. Ia
sama juga seperti parti PKR yang merupakan parti keluarga dan ipar duai
semata-mata.
Ramai dikalangan mereka dalam DAP
telah menunjukan sikap tidak puas hati jika anak Karpal menjadi pengganti
kepada Karpal. DAP tidak lagi boleh mengkritik pihak lain seperti mereka dalam
parti kerajaan yang dikatakannya mengamalkan nepotisma yang menebal dalam UMNO
terutamanya.
Di pihak UMNO pula berita kencang
bertiup yang Najib akan berhenti dan bersara dan mahukan sepupunya Hishamudin
sebagai pengganti Perdana Menteri. Yang lebih lawak lagi kedengaran berita yang
Shafie Apdal akan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Semakin hari semakin
menirus keyakinan rakyat terhadap politik negara kerana kedua-dua belah pihak
yang bersaing menampakkan pencabahan elemen kronisma yang begitu jelas dan tidak
dapat lari dari kepentingan keluarga.
Seorang pemimpin pergi akan
digantikan dengan seorang atau dua ahli keluarga mereka. Hisham dan Najib
merupakan keturunan kepada bekas Perdana Menteri-Perdana Menteri negara dan Lim
Guan Eng adalah mengambil pusaka Lim Kit Siang walaupun LKS masing berada
secara aktif di dalam partinya. Sekarang jika RamKarpal menjadi pengganti
ayahnya maka sudah jelas lagi situasi ‘pot calling the kettle black’
sesungguhnya wujud dalam mana-mana parti samada dalam kerajaan atau
pembangkang.
Baru-baru ini berlaku ‘intrigue’
politik yang dari awal di duga yang Wan Azizah dan suaminya dicalonkan untuk
bertanding jawatan Presiden PKR yang akhirnya suaminya mengundurkan diri untuk
memberikan laluan kepada isterinya untuk mengetuai parti itu tanpa cabaran.
Itulah sebabnya sesebuah parti yang mempunyai budaya menurun pusaka ini
selalunya tidak akan dapat membuat keputusan dengan baik yang akhirnya membawa
masalah kepada parti pimpinan mereka.
Akhirnya rakyat dibawa berarak
ke hulu ke hilir membuang masa semata-mata untuk menaikan ego sesuatu keluarga
dan jika ada kesalahan yang berlaku oleh pimpinan yang menerima pusaka ini,
rakyat juga yang akan dipersalahkan kerana kononnya rakyat membuatkan parti dan
negara berpecah. Mereka tidak pernah mahu menerima yang mereka yang mengambil
alih pusaka dari bapa atau datuk mereka inilah yang menyebabkan perpecahan.
Mereka tidak mahu menerima yang ‘there must be a cause for a cause’. Akhirnya
rakyat yang buruk-buruk dibawah ini juga yang dimangsakan apabila mereka gagal
melaksanakan tugas dan amanah negara kepada mereka.
Kebanyakan pucuk pimpinan
parti-parti yang sedang memimpin sekarang berpendapat yang hanya ahli keluarga
mereka sahaja yang mampu memimpin dan semua yang lain tidak punyai kemampuan
apa-apa. Yang lain-lain itu hanya diperguna untuk menampal poster dan banting
semasa pilihanraya dan menjadi ‘kuda pelejang’ untuk memaki hamun pihak mana
yang mereka tumpaskan..
Baik dalam UMNO, DAP dan PKR
pimpinan utama mereka hanya membuatkan ahli-ahli biasa yang lain sebagai anjing
buruan dan apabila anjing-anjing buruan dapat membunuh haiwan buruannya mereka
akan membahagi-bahagikan daging buruan sesama kroni mereka. Jika yang
ramai-ramai membuat bising maka mereka ini akan hanya dilemparkan tulang-tulang
yang tidak berguna kepada anjing buruan mereka itu. Maka senyaplah
anjing-anjing buruan ini kerana kepada mereka, tulang-tulang yang mereka dapat
dari lemparan tuannya tadi dianggapnya sebagai makanan yang paling nikmat
mereka dapati.
Maka negara akan terus diterajui
oleh pemimpin yang mahukan perpecahan semata-mata kerana pimpinan yang lemah
akan hanya kekal dalam situasi yang pecah belah. Mereka akan hanya ‘survive’
dalam perpecahan dan tidak mungkin kekal dalam keadaan aman dan damai.
Masing-masing mempunyai penyokong belaan yang akan mendindingi mereka walaupun
mereka melakukan kerja hina dan tidak elok.
Malahan penyokong-penyokong
inilah yang membinasakan pimpinan sokongan mereka. Mereka ini ibarat 'seekor
beruang belaan yang terlalu sayangkan tuannya' walaupun dalam keadaan apa sekali
pun. Apabila seekor nyamuk menghinggapi pipi tuannya beruang ini sangat
marahkan nyamuk ini dan terus sahaja menampar sekuat hati nyamuk yang hinggap
dimuka tuannya itu.
Akhirnya muka tuannya itu
‘sempong’ bak kata ‘oghang Pilah’ dan tuannya sudah tidak tentu rupanya lagi.
Akhirnya tuannya mati dalam keadaan mukanya ‘sempong mempong’.
Itulah yang berlaku dalam politik
negara kita sekarang ini. Najib sudah tidak tentu arah perjuangannya. Begitu
juga dari pihak PKR dan DAP. Semua mereka ini akan gagal sehingga bila-bila dan
tidak akan mempunyai masa untuk melakukan perkara yang baik selain dari
berusaha mengekalkan kuasa idaman mereka sahaja.
Najib dan UMNO tidak akan dapat
keluar dari permasalahannya. Jika parti-parti pembangkang seperti DAP dan PKR
terusan bersikap mengelirukan itu juga tidak akan mendapat kuasa idaman mereka.
Takut-takut meraka akan bermimpi disiang hari sahaja.
UMNO, PKR and DAP, and to some extent MIC and MCA are all political cleavages based upon oligarchic political organizations whose rents are rakyat for their political expedient. They are rent seekers that bring about perverse incentives for a better Malaysia. So they are no better than other poor 3rd world countries' politicians in Asia and Africa.
ReplyDeleteIf we think we can see light at the end of the tunnel with regard to a united, prosperous and peaceful malaysia, probably we are day dreaming.
Anon 14:50,
ReplyDeleteYou comment is exhilarating to read. Thanks
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteSaya mengharapkan Pak Aspan dapat kongsikan pandangan Pak Aspan bagaimana seharusnya Politik negara ini perlu dibentuk dengan acuan yang baru. Kami dipihak golongan muda sangat masih hijau dalam memahami politik. Justeru pemikiran dan pandangan seorang mantan politikus seperti pak Aspan sangat signifikan. Jangan biarkan kami si muda hilang arah tuju perjuangan.
Salam Pak Aspan, dengan izin Pak, saya hanya nak mengingatkan segala bahwa kegiatan politik olih Lim Guan Eng dicapai bukan saja menumpang atas nama bapaknya, tetapi melalui 'ordeal by fire' olih beliau sendiri - ingatkanlah isu di Melaka pada masa lalu dimana beliau dipenjara sebab berusaha lawan bagi hak asasi dan keadilan seorang wanita Melayu mudah (ya, yang terlampau mudah).
ReplyDeleteMaaf taraf rendah Bahasa saya. Terimakasih
Politik Malaysia yang semakin tunggang langgang sudah pasti akan memberikan kesan langsung kepada kehidupan semua rakyat. Kita perlukan perubahan utk kehidupan yang lebih baik. Betul Pak Aspan?
ReplyDeleteIn Successful organisation, you need have two things. 1) Skill Worker 2)Teamwork with good management. Skill worker meant worker have the right skill to perform the task. For Teamwork meant you have good relation with your staff. You also need understand their attutide as for you easy to communicate with them. I think nobody will reject if Hishamudin replace najib, and LGE replace LKS. Because Hishamudin and LGE is "skill worker", najib understand Hisamudin working attitude due to cousin relationship, LKS understand working attitude well due to father-son relationship. This is acceptable! ... Not like some party "MXA", the TUN LXX wanna his "no skill" son become successor.. This is very MALU and and clear show is "kepentingan keluarga"
ReplyDelete