Isu
hudud telah melarikan isu yang sebenar dan penting yang kita hadapi
sekarang. Isu hudud ini sudah sampai ketahap yang membahayakan Pakatan Rakyat
kerana sudah terdengar dengan terbuka dan lantang pemimpin DAP mahu PAS meninggalkan
‘coalition’ pembangkang sekarang ini. Jika ketiga-tiga parti ini tidak dapat
membendung kemarahan dan perbezaannya, perpecahan sudah nampak datang dengan
deras terhadap Pakatan Rakyat.
Pemimpin DAP dan segelintiran
pemimpin dari parti-parti PAS dan parti-parti dalam BN menyatakan ini adalah
tektik BN untuk memecahkan Pakatan Rakyat bagi kepentingan kuasa yang ada
ditangan mereka. Bagi saya niat ini adalah ‘mutual’ kerana Pakatan Rakyat pun
berniat dan mahu melihat BN itu pecah dan lemah dan kerana kelemahan pimpinan
BN itulah yang menyebabkan DAP khususnya, telah mendapat 38 kerusi, sepuluh
lebihan kerusi dalam PRU yang lepas.
Hakikatnya pertambahan kerusi
Pakatan Rakyat melalui DAP dalam pilihanraya yang lepas itu hanya kerana
kelemahan MCA khususnya dan bukannya kerana kekuatan Pakatan Rakyat itu.
Buktinya jelas kerana PKR mendapat kekurangan sebanyak dua kerusi berbanding
dengan PRU 2008 dan PAS telah kekurangan satu kerusi jika dibandingkan dengan
PRU 2008 itu. PKR hanya mendapat 30 kerusi dari 32 sebelumnya manakala PAS, mendapat 20 kerusi dari 21 dalam PRU sebelumnya.
Dalam PRU yang lalu gerakan yang
dilakukan oleh PR sangat hebat seolah-olah UMNO dan BN akan menjadi sejarah,
kerana perkongsian gerakan kerja oleh PR semasa itu, tidak ada cacat atau celanya.
Mereka bersatu dengan satu suara yang kuat dan menentang BN dengan persatuan
yang hangat itu sehinggakan ada diantara pemimpin BN sendiri mengakui yang BN
khususnya UMNO semasa itu merupakan penggal yang terakhir menduduki Putrajaya.
Tetapi dalam keadaan yang begitu
kuat kesatuan diantara Pakatan Rakyat mereka akhirnya gagal dalam percubaan
mengambil alih Putrajaya itu. Persoalannya adakah pertambahan kelemahan dalam
UMNO yang jelas kelihatan sekarang membolehkan Pakatan Rakyat bertambah kuat
dalam pilihanraya yang akan datang ini? Benar, UMNO itu bertambah lemah
sekarang ini tetapi kali ini jika diadakan pilihanraya sekali lagi, Pakatan
Rakyat tidak lagi bertindak selenggang dan sehayun untuk mengambil kesempatan
dengan kelemahan BN pada masa kini.
Kedua-dua belah pihak mempunyai
masalah dan masalah-masalah yang mereka hadapi bukannya masalah-masalah kecil.
Masalah-masalah yang dihadapi oleh BN dan Pakatan Rakyat sekarang ini adalah
masalah-masalah yang boleh membawa perpecahan kepada kedua-dua belah pihak yang
sedang merebutkan Putrajaya itu.
Masalah intra-parti dalam Pakatan
Rakyat khususnya dalam PKR bukannya kecil, begitu juga dalam DAP. PKR bermasalah
dalam perebutan jawatan dalam pemilihan yang sedang berlaku pada hari ini.
Belum lagi kita sebut masalah ‘inter-party’ dalam Pakatan Rakyat itu. DAP
dengan PAS sedang bersalah-salahan dalam isu hudud dan berbagai-bagai isu
sampingan yang lain.
BN juga menghadapi permasalahan
besar kerana UMNO sedang bergolak dengan begitu kuat. Tetapi ia tidak nampak
begitu secara terbuka kerana ‘coalition’ BN ini adalah satu ‘coalition’ yang
begitu berpengalaman dan jika ada pergolakan walaupun amat merbahaya, mereka
selalunya dapat menyelesaikan masalah mereka akhirnya.
Tetapi setakat ini BN belum lagi
dapat bertemu dengan penyelesaiannya kerana kelemahan pimpinan UMNO yang
mengetuai BN itu. Pimpinan UMNO sudah hilang kredibilitinya dimata rakyat sama
seperti PR kehilangan kekuatan dan kredibiliti selepas PRU yang lalu derngan
berbagai-bagai masalah kepimpinan dalam PKR dan DAP itu sendiri. DAP dan PKR
menghadapi masalah yang sama dengan UMNO.
Mereka akan menghadapi cabaran
besar apabila parti itu menjadi besar. Bezanya UMNO menjadi kucar kacir selepas
empat lima
dekad berkuasa, sedangkan DAP dan PKR sudah mula menghadapi perpecahan setelah
hanya mendapat sedikit kuasa di beberapa negeri dalam tempoh masa kurang dari
sepuluh tahun. Parti-parti ini hanya akan bersatu jika mereka dalam saiz yang
kecil.
Itu sebabnya saya selalu katakan
jika tidak ada perubahan sikap dalam Pakatan Rakyat, dan dalam keadaan BN yang
lemah sekarang ini, PR khususnya DAP dan PKR akan tetap menjadi pembangkang
yang baik. Mereka mempunyai kelebihan sebagai pembangkang. Mereka adalah
‘experts’ dalam membuat kritikan melalui tunjuk perasaan dan ucapan yang
berderai-derai yang memukau penonton dan mereka yang hadir dalam demonstrasi
anjuran pemimpin-pemimpin pembangkang itu.
Mereka pandai berpidato dengan diselitkan lawak jenaka yang sangat menghiburkan bagi ramai-ramai yang
hadir itu. Tidak dapat pula dipastikan samada mereka tertawa oleh kerana lawak
mereka yang berucap itu atau pun mereka dibawah pentas itu ketawa kerana
mentertawakan mereka yang berucap itu.
Kedua-dua belah pihak sedang
bermasalah dengan kepimpinan, baik dari sudut moral mahu pun dari sudut
kemampuan untuk melakukan perancangan untuk kemajuan politik dan negara ini.
Ingat jika dihapuskan PTPTN atau tol lebuhraya sekali pun ia bukan bermakna akan
membawa perubahan kepada nilai moral politik negara kita ini.
Kita perlukan pimpinan yang
merupakan seorang ‘planner’ yang cekap untuk memajukan negara dalam semua bidang.
Selain dari pemimpin yang boleh mengurangkan kos kehidupan, kita memerlukan
perancang yang mahir dan berjiwa negara untuk membuat perubahan kepada situasi
politik yang lebih meyakinkan keseluruhan rakyat yang dahagakan perubahan ini.
Seluruh kepimpinan dalam UMNO (MT
UMNO) sarat dengan mereka yang tidak berkepimpinan dan menggantikan pimpinan
kerajaan dengan salah seorang dari MT UMNO itu bukanlah perubahan. Ia akan
hanya menambah masalah yang berpanjangan.
Pakatan sudah tersedia dengan
masalahnya sendiri dan sekali gus tidak berkelayakan untuk menjadi penyelesai
kepada masalah kerumitan negara pimpinan UMNO ini. Kalau PR menjadi penggantinya, ia akan menjadi ibarat 'tikus memperbaiki labu'.
Adalah lebih pilihan yang salah jika penggantinya adalah dikalangan mereka yang akan berpecah belah dan tidak bersatu.
Adalah lebih pilihan yang salah jika penggantinya adalah dikalangan mereka yang akan berpecah belah dan tidak bersatu.
So, si anwar bermasalah adakah layak untuk mengantikan pm?
ReplyDeleteIlusi saudara aspan.Mana ada kerajaan sempurna. Kalau pembangkang kuat sekurangnya kebajikan ada.
ReplyDeleteBetul Sdr AA.
ReplyDeleteSuasana Politik Malaysia baik dengan Umno atau pembangkang, sama saja. Kemelut tidak berkesudahan. Hari-hari ada saja isu-isu sensitif yang di timbulkan
Malang kepada PM Najib, tidak senang dan tenang dengan agenda reformasi nya yang telah di ganggu gugat oleh pesaing politik nya.
Between chaos and a weak government, which would you choose?
ReplyDeleteYou've got to make a choice somehow.
anon 18:31
ReplyDeleteItu maksud saya. Elok pembangkang itu kuat. Maka saya harap DAP tetap menjadi pembangkang yang kuat kerana merweka sememangnya pembangkang yang baik dan tidak sebagai kerajaan.
"..DAP..sememangnya pembangkang yg baik..."Baik?? Mana mungkin DAP boleh dianggap baik jika DAP bercakap nak hapuskan keistimewaan Melayu?
ReplyDeleteSdr AA,
ReplyDeleteAgreed,DAP or PR as a whole is very effective as Oppo but as administrator,it was proven they failed.Too much politicking some how or rather they tend to forget that they are the administrator not otherwise,good eg is Sgor,
Whatever it is ABU!!!!!!
ReplyDeleteMemang kedua pihak iaitu BN dan Pakatan bergolak dan punye pelbagai masalah dalaman . Saya lihat Pak Aspan pecahkan masalah mereka ini kepada 2 sudut iaitu sudut moral & sudut kemampuan melakukan perancangan utk kemajuan negara. Dari segi sudut moral, saya tak nampak kepimpinan BN telah mempamerkan nilai moral yg jauh lebih cemerlang dari kepimpinan Pakatan. Tak perlu kita nak aibkan mana2 pemimpin BN yg tidak bermoral juga tak perlu Pak Aspan perlu mengungkit2 moral ketua pembangkang. Saya rasa biarlah isu2 moral ni dibiarkan berlegar dikalangan rakyat dan biar mereka menentukan nasib pemimpin tersebut. Dulu bila bekas ketua menteri Melaka cuba membuat comeback dlm politik , beliau gagal. Rasanya kita sama2 tahu apa sebabnya. Kita tengok pula sejauh mana Shafie Apdal mampu pergi. Dari sudut kemampuan melakukan perancangan, Pakatan belum ada pengalaman mentadbir negara lagi tapi telah menunjukkan prestasi yg membanggakan di PP, Kelantan dan Selangor. Cuba baca komen ketua audit negara tahun2 kebelakangan ini.Bandingkan saja Trengganu yg telah disuntik cash money berpuluh billion sejak pembentukkan petronas.Adakah krjn pusat BN menunjukkan prestasi cemerlang dari sudut perancangan mutakhir ini...belanjawan defisit 16 tahun berturutan & hutang negara membelon hampir 550 billion ??? Adakah GST utk hentikan 2 masalah besar ini ??? Tak perlu belajo ekonomi utk dapat jawapannya.
ReplyDeletePilihan yg realistic ialah meletakkan Pakatan menjadi kerajaan dan Anwar Ibrahim sebagai PM dan KJ jadi TPM ( ilusi sebegini yg best ) . Tak perlulah risau sangat kaum cina yg tinggal 22% tu, cuma risaukan $$$ meraka yg bisa membeli maruah / harga diri "Hidup Melayu" yg telah diberi amanah. Tkasih.
Sdr. cannonkapit. Keistimewaan Melayu dah lama terhapus masa TunMahathir jadi PM. DAP tak ada apa-apa lagi yang nak dihapus. Cuma menambah perasa saja.
ReplyDeleteSdr Suffian,
ReplyDeleteIiusi sdr coretkan itu saya rasa akan menuju kehancuran negara.Bukalah mata sikit,apa dah jadi dengan Sgor penggal ke dua PR perintah.Png dah merundum,Investment elek,cost of living naik....Kltn...malas nak tulis,Ketua Umum PKR[Calun PM sdr],election parti sendiri tak dapat diurus dengan baik,macam mana nak control DAP dan PAS jika memerintah,Skrg memang lah mereka sokong sebab DSAI tak sedar yang beliau hanya dipergunakan untuk mendapat sokongan pengundi.Tak kan semua perkara nak Agree to Disagree,hancur negara.
Anon 16:09
ReplyDeleteBelanjawan defisit 16 tahun, hutang negara 550 billion, indeks rasuah terus merosot, ranking universiti merudum, cerita2 tips of the iceberg macam 250 juta lembu shahrizat, IMDB juta2, harta2 Taib Mammud billion, etc2 ....anda ingat itu semua tak buleh hancurkan negara ke ???? Hanya nampak kuman diseberang...
Sdr Suffian,
ReplyDeletePerkarax yang sdr catatkan di atas telah beberapa kali diungkapkan olih orang yang memang anti establishment tapi bukan sekarang,5 ke 6 tahun dulu tapi tak hancur pun negara,malah ekonomi stable aja.Kalau PM calon sdr tu jadi PM ianya mungkin terjadi,ialah baru pemilihan peringkat parti sendiri dah haru biru,macam mana nak tadbir negara.Dunia sekarang dah maju,maanusia dah guna mikroskop untuk melihat kuman baik di dalam atau luar negara,mungkin hanya mata sdr yang kabor atau pura pura tak nampak keadaan sekeliling atau otak sdr telah dipenohi kumam.