“UMNO akan ‘bungkus’ dan berkecai!” kata ramai kawan-kawan yang bercakap di mana-mana. Sebagai ahli kepada parti ini saya berasa seram sejuk mendengar komen kawan-kawan yang begitu tegas.
Di setiap peringkat, pemimpinnya sudah hilang arah dan tujuan. UMNO dan ahli-ahlinya sudah terlalu jauh sesat dan kesesatan ini tidak mungkin terjumpa pedoman yang tepat untuk mencari jalan keluar.
Politik UMNO terlalu kotor dan saya pernah menulis tentang ‘ulat tahi’ di dalam UMNO sehinggakan UMNO itu menjadi parti untuk ‘ulat-ulat tahi’.
Pemimpin dan ahlinya suka kepada keadaan kotor dan tidak suka parti ini bersih sampai ke tahap UMNO itu macam tahi dan ahlinya macam ulat tahi.
Ulat tahi ini memang suka kepada tahi kerana tahi itu adalah dunianya dan tidak boleh hidup tanpa tahi.
Jika kita ambil dengan penyepit seekor dua ulat dalam tahi itu dan kita bersihkannya, ulat-ulat ini tidak akan merasa senang hidup dalam keadaan bersih.
Ulat-ulat ini akan merasa resah gelisah jika kita keluarkan dari tahi itu tadi. Tetapi apabila kita letakkan ulat-ulat ini ke dalam tahi kembali ulat-ulat ini akan merasa selesa kerana tempatnya memang di dalam tahi.
Kalau begitu keadaannya tentulah benar kata-kata orang bijak pandai, “The good is for the good and the bad is for the bad”.
Kalau UMNO sudah jadi tahi dan pemimpimpin-pemimpinnya sudah jadi ulat tahi, maka tidak syak lagi parti ini akan jadi parti sejarah bagi orang Melayu.
Kita sudah jemu dengan sikap para pemimpin UMNO yang sanggup menyalahkan ahli-ahli dan sementara mereka terus melakukan kemungkaran politik dan ekonomi serta budaya tetapi memaksa orang Melayu menyokong mereka membabi buta.
Rupa-rupanya apa yang diajar oleh rakyat baru-baru ini masih belum cukup untuk mereka ini. Kita tidak faham kenapa susah sangat kita mendapat pelajaran daripada apa yang berlaku ini.
Semasa kecil, saya pernah menjaga beruk kepunyaan datuk saya dan tugas saya ialah untuk mengajar beruk itu memanjat kelapa.
Saya mengajar beruk ini untuk memilih yang mana satu kelapa masak dan yang mana satu kelapa muda supaya kami boleh menyuruh beruk itu memetik mana-mana kelapa yang kami mahukan.
Beruk itu dapat belajar dengan cepat dan dalam tempoh satu bulan saya boleh mengarahkan beruk itu untuk memetik biji-biji kelapa yang saya mahukan.
Tetapi malangnya ahli-ahli UMNO tidak berkemampuan memilih yang mana pemimpin baik dan yang mana pemimpin buruk laku.
Selalunya mereka akan memilih pemimpin yang tidak senonoh yang terlibat dengan berbagai-bagai kesalahan yang tidak boleh dimaafkan, semata-mata kerana upahan wang ringgit dan menjaga kedudukan yang tidak kekal itu.
Saya mungkin dibenci apabila berkata sedemikian tetapi apakan daya; kebenaran itu sememangnya amat pahit untuk diterima.
Saya rela dicemuh oleh sesiapa yang rasa terkilan dengan apa yang saya perkatakan ini, tetapi saya tiada pilhan selain daripada mengibaratkan keadaan ini dengan perkara yang begitu pedas dan menjijikkan.
Apabila UMNO terkorban oleh pemimpin pilihan yang salah ini, masa itulah mungkin orang ramai akan mengakui kebenaran yang saya perkatakan ini.
Masanya akan sampai untuk saya membuktikan kebenarannya. Tunggu sahaja.
Sekian……………………………….Aspan Alias
saya sekeluarga turut tumpang hampa. kami menyayangi umno sepenuh hati tapi pemimpin melacurkan kepercayaan kami. yg merisaukan kami adalah pemuda yg bernama Khairy ni. walau pun dari negeri yg sama tapi kami tidak boleh menerimanya. budaya yg di bawanya merosakkan parti. kami takut dia menang kerana kemenangannya adalah bermakna kekalahan kepada umno. pastinya BN akan tewas pada pru13 nanti. tidak dinafikan dalam pru12 dulu umno kalah kerananya. membaca catatan blog another bricks in the wall cukup menakutkan.. harap allah memberi kemenangan pada yg hak. ameen
ReplyDeleteAyuni
Pan, saya copy dan paste kat email ..email kpd anak anak muda tulisan ini...
ReplyDeleteKita yang nahu persatuan Melayu itu terus hidup tiada pilihan..kita tubuh parti baru khas untuk orang Melayu Tulin dulu.../yang rosaknya umno kerana terlalu banyak orang asing yang mengaku diri mereka Melayu walhal dari keturunan jelas mereka ini bukan melayu..keturan adalah di tentukan dari baka bapa..bukan ibu...Melayu kini sudah jadi bangsa pelacuran..maaf kata...apa tidaknya...kalau lelaki Melayu kawin dengan bangsa lain..anak nya Melayu... itu betul..Lelaki Melayu kawin dengan cina anak di kira Melayu..kain dengan India dikira Melayu..kawin dengan orang putih di kira anaknya melayu..ini betul...tapi kalau perempuan melayu kawin dengan bangsa lain anaknya pun dikira Melayu! Perempuan Melayu kawin dengan Cina anaknya Melayu...perempuan melayu kawin dengan India anaknya di kira Melayu..perempuan Melayu kawin dengan Orang putih anaknya di kira Melayu...kan gila tu ?Apa kata perempuan India kawin dengan lelaki cina..anaknya di kira..India ke Cina..entah entah ada yang kata anaknya Melayu...
Jadi elok tubuh satu yang baru ..Bukan UMNO yang ada ni macam kau katakan zeela ( monyet ) di zoo tu...bukan UMNO yang asal..umno yang di tubuhkan oleh Dr Mahathir tahun 1988...
السلام عليكم
ReplyDeleteNampaknya kita semua sangat takut jika melayu tidak berkuasa lagi, hakikatnya kita menuju kearah itu, banyak pemimpin melayu hanya bersih pd penggal pertama masuk penggal kedua semua dah pandai cari makan ikut pintu belakang (pandai makan pandai simpan), masing2 suma ckp memperjuangkan hak melayu walaupun sebenarnya mengisi tempolok sendiri, jelas merperjuangkan hak melayu menuju kehancuran atau memperjuangkan semangat nasionalisme, inilah satu kejahatan puak kafir, melayu leka dengan memperjuangkan haknya, tp hakikatnya para pemimpi cukup takut dengan tekanan bangsa lain, sedangkan bangsa lain cukup mewah bagai ayam bertelur dalam kepuk padi. kita tidak perlu menubuhkan parti lain hingga menyebabkan terlalu banyak perpecahan, kita hanya perlu sedar yang mana perjuangan bermanfaat dan perjuangan yang sia2, Rasulullah SAW akan mengenali umatnya pada hari akhirat kelak melalui beberapa cara, antaranya yang memeperjuang syariat Islam dan mengamalkan AlQuran dan Sunnahnya.